Wednesday 15 February 2012

tudung oh tudung~


Assalamualaikum and hello.

Kali ni  aku nak citer pasal tudung saji pulak. Bleh tak? Kalo korang cakap tak boleh pun ade aku kesah? Kuang3 amaran~ ini bukan iklan tudung Syria, mahu pun tudung express dan mana-mana jenis tudung. Ini cuma entry yang tah hapehape. sorry la if ade yang terasa sebab ini boleh dikata kan isu sensitip you. Tapi aku takde maksud nak kutuk mana-mana pihak. Just nak bagi pendapat jerr. Nak baca sila kan. Tanok baca sudah. Sila lah blah slow-slow.

Kadang-kadang aku rasa pelik bila masih ramai yang tak pakai tudung. Padahal tudung-tudung memang berlambak di pasaran. Aku pun tertanya-tanya gak. Sedang kan Allah dah mewajibkan kita menutup aurat. Rambut tu kan aurat. Mahkota wanita. Kenapa kita nak tunjuk kebanggaan kita kat public? Rasa boleh jadi perhatian ke? Boleh nampak hot ke? Api neraka lagi hot lah. Nak kata pakai tudung nampak muka macam alien takde lah pulak. Aku rasa wanita yang pakai tudung ni nampak lagi cantik dan manis. Tak kesah lah nak jadi model pun. Kalo pakai tudung tak salah kan. Sekurang-kurang nya tutup jugak aurat.

Aku selalu tertanya-tanya (tapi tak pernah tanya) ape perasaan diorang bila boleh tunjuk rambut kat orang ramai. Bangga ke dapat tayang rambut yang beralun bak kain sutera. Habis sume benda nak tayang kat orang. Kesian la suami kau nanti. Dapat tengok yang dah tak fresh. Kuang3 kita ni kan orang Islam, kena la tunjuk ape keunikan kita. Keunikan wanita Islam ialah dengan pemakaian tudung. Kalo orang Islam sendiri free hair ape kelebihan nya? Kita pun sama-sama jadi macam orang yang bukan Islam jugak. Takde yang spesel. Dan aku perasan jugak, laki ni dia suka tengok perempuan yang seksi-seksi. Yang tunjuk sana-sini. Yang pakai baju ketat, tayang rambut. Korang nak ke korang ni jadi bahan santapan mata lelaki yang macam tu. Nampak macam murah kan. Bagi orang tengok free je. Mesti korang budget hot kan bila ramai laki-laki hensem duk usha. Tapi sedar lah kamu api neraka akan membuatkan anda rasa lagi hot. Korang tak takot ker nanti dalam neraka rambut yang korang duk tayang dengan bangga nya kena bakar. Sampai mengelegak otak. Nauzubillah. Kalo dengar memang sume tanak buat. Tapi kenapa masih ada yang tak ambik kesah. Nanti engko orang tanggung lah sendiri.

Bayangkan lah kalo seseorang tuh dari kecik sampai ke dewasa dan dah tua duk tayang aurat dia kat orang. Boleh bayang tak betapa banyak dosa kena tanggung *mungkin tak boleh nak bayang, tapi nanti kat akhirat memang nasi dah jadi bubur* nak pakai tudung labuh masa tu pun dah sia-sia. Ada yang cakap tanok jadi hipokrit kalo terpaksa pakai tudung. Tapi sampai bila. Tak kan nak tunggu tua baru nak taubat. Kalo mati accident memang tak sempat taubat. Ajal dan maut di tangan Allah. Bila-bila masa je Allah boleh ambik nyawa kita. Dan aku pernah terbaca kat mane lupe pulak. Sorang perempuan bertanya pada kawan lelaki nya, “kenapa ko suke perempuan free hair?” dan si lelaki dengan slumber nye menjawab “ye lah aku suka sebab kalo aku nak pegang tangan ke, peluk ke depan orang ramai, mesti orang tak kesah. Kalo aku buat macam tu dengan pompuan pakai tudung mesti semua duk tengok”  see boleh tengok tak. Betapa penting nya pemakaian tudung pada seseorang perempuan.

Percaya lah kaum wanita sekalian, anda lebih kelihatan cantik dan manis bila memakai tudung. Sape cakap pakai tudung terhad kan aktiviti harian. model, artis, penyanyi, athlete ramai yang bertudung. Mereka bebas laku kan aktiviti yang mereka nak. Lagi pun banyak style-style tudung yang mengikut perkembangan semasa. Dan yang paling penting menutup aurat. Jangan lah nak jadi kan alasan bertudung nampak tak moden. Tak ikut arus perkembangan semasa.  Perempuan nampak jauh lebih manis jika bertudung. Trust me. hehee

Sorry lah kalo aku membebel panjang. Dan cakap aku ni menyibok jaga tepi kain orang. Sebab aku tanak kaum hawa seagama dengan ku masuk neraka hanya kerana tidak bertudung. So cuba lah fikir sejenak. Anda mampu mengubah nya. Ehh dah macam iklan pulaks. Keh3


p/s: “pakai tudung tak wajib. Tutup aurat yang wajib” Bak kata ustaz Azhar Idrus. Pikir-pikir kan lah. Dan selamat beramal~


ok lah itu je. Byebye. Assalamualaikum.





alololo tomei tomei die pakai tudung




No comments:

Post a Comment