Monday 7 April 2014

a recap of my random vacation

assalamualaikum and halooo.

tajuk entry nak good-good aje kan. padahal okay sebelum membuka bicara lebih panjang nak cakap dulu I'M HOMIEE. saje letak capslock nak nampak esaited di situ. dah lama tak cakap sesuatu kat sini. kesian belog ni terabai. dah kata tuan sibuk? hehee 

aku ni memang ade satu penyakit nak ikut perkembangan semasa tapi bila dah ada, takde pulak aku guna. sebagai contoh aku dah daftar dua email aku untuk instagram. tapi berakhir dengan uninstall pulek. first aku daftar sebab aku tengok kawan-kawan aku guna macam syiok aje. tapi tak letak sekeping pong gambar. bila dah lama tak bukak aku lupa password dia. then buat la guna second email konon berjanji nak guna. tapii janji melayu aje lah. sebab nya aku tak ingat jugak second password ni. tahi sangat kan. bila dah geram sangat aku uninstall balik. tuan email yang salah nak geram kat sape nye oi? 

okay stop cakap pasal masalah instagram aku yang tahpape tuh. 

yang boleh tetiba aku rasa nak berblog ni sebab nya tadi aku terbukak folder gambar yang pergi vacation. terus rasa nak letak kat blog ni. dah kata kat rumah. memang takde keja lah kan. hee kasi can la tuan belog ni nak letak gambar skek. mana la tau nti dah tua tak ingat boleh refer di sini. hehee

tapi aku nak letak random gambar sahaja. yang mana aku rasa memorable la. yang selalu pergi tak payah. hahaha

1. trip ke bandung

aku dapat pergi sebab nya i pass my pmr with flying colour (konon). so its a reward from my cousin. sebab dia dah janji. kena lah tunaikan. dia janji sebab maybe tak sangka aku boleh dapat kot. hahah but aku pergi after spm sebab nya susah nak cari masa yang seswai. yang best kat sini nye engko boleh shopping manyak-manyak woo. sebab murahhh gilaa. tapi make sure kena bawak calculator sebab nak convert.hahah so many factory outlet kat sini. kalau pilih hotel yang berdekatan outlet senanglah poket nak kering ye. tapi disebabkan aku budak lagi time tuh, takde la nak fikir shopping sangat. dapat pergi jenjalan pun seronok tak ingat dunia. jakun sangat aih. hehee

gambar bertuah nye adalahhh..........


v
v
v
v
v
v




tahniah ya dik. gambar kamu berjaya menjadi gambar yg bertuah. hahah ok sebenarnya i was shocked bila datang sini sebab nya once kita stop kat traffic lite kita akan dihiburkan oleh sekumpulan manusia yang memang menunggu kehadiran kita kat traffic lite tuh. kesian sangat tau. diorang sanggup buat apa je mcm dancing, wearing weird mask n anything as long as kita bagi duit. kalau nak lagi bertuah akan ada penjual key chain, souvenir dan strawberry pun ada. at first aku terfikir how come diorang boleh buat macam ni kat jalan raya? bahaya okayy. tapi that is life. we never appreciate til we see it. baru lah aku rasa bertuah nye hidup aku sekarang nak dibandingkan dengan diorang. 

ok stop here untuk trip pergi bandung. kalau nak cerita semua memang tak habis la woi. lagg laptop aku dibuat nye. hahah


2. trip to bukit tinggi

okay sapa yang tak tau bukit tinggi ni kat mana sila lah google. sebab aku malaih sangat nak citer. tapi datang sini best boleh feeling2 g oversea. sapa yang tak dapat g oversea lagi datang sini pun jadi lah ye. aku lah tu. heee



bangunan kat sini ala2 di France gitew. pastu mula lah budget nak makan roti and pastry france aje.tengok nasi pun sebelah mata.hahah



ape yang aku amazed sangat dia punya bridge. comel baq hang. macam bridge dalam castle citer kartun. omeyy


3. Thistle Port Dickson





kat sini takde ape nak cakap. just normal vacation. cuma nya nak bagitau yang aku amazed dengan skill aku amik gambar ni. nampak macam pro gituh. padahal guna henpon cikai je time ni. ke aku je perasan sensorang gambo ni lawo? hihik



4. I-city Shah Alam





nothing to say jugak. same macam gamba sebelum nye. aku rasa macam comey pulaks aku ambik. haha so saje nak letak kat sini. mane tau nanti hilang di folder boleh ambik sini. hahah i-city ni cantik sangat okay. banyak lampu lil lap lip lap. aku rasa orang tua datang sini pun akan ternganga menengok kecomelan lampu ni. budak ape tah lagi kan.hehe dulu selalu je datang kalau g shah alam. tapi sekarang jarang dah pergi. sebab nye ramai gilers orang. malas nak menyempit. heh

okay lah itu aje kot. tadi rase macam semangat nak recap segala bagai. ni rasa malas pulak. tu lah kata, bila mood malas mai, yang rajin tadi pun boleh takde mood. okay lah nanti aku sambung lagi. bila takde keja.

byee~