Saturday 25 February 2012

minggu pertama


Amaran: ini bukan diari minggu pertama ibu mengandung. Jangan salah tafsir ye :P

assalamualaikum and hello.

Hari first masuk bilik memang sangat hampaa. Ku ingat kan dapat jugek menikmati katil dan almari baru, rupe nye tak. Bukak pintu je terus nampak katil dan almari usang dari sem lepas. Memang frustt gua cakap. Aku punya lah esaited nak loncat-loncat atas katil baru. Sedihh gilaa. Pastu baru aku tau kalo nak tukar katil, almari or meja baru kena buat report. Means kena komplen la kerosakan bilik. Hampagas betol. Aku ingat kan memang pihak asrama akan tukar semua tanpa perlu berurusan dengan diorang. Sia-sia je lah usaha aku menunggu benda alah ni semua nak bertukar kepada yang baru. Ceh ceh. Sabor jela~ dah lah kipas nazak. Bila masa boleh meninggal. Dengan bunyi yang sangat annoying. Memang boleh buat alarm aku bangun pagi. zzz

Tapi aku paling tak suka duk kat asrama ni. Rasa macam hidup aku kosong. Gelap. Sebab? Internet tak boleh nak access. Uwaa rasa nak nanges je. Bayang kan hidup aku kat rumah selama ni di isi dengan cahaya internet (tak ley blah). Kat sini rasa bosan sangat. Sangat. Dan amat bosan. Kalo kat rumah aku bangun dah ngadap internet. Lepas makan ngadap internet. Lepas berak ngadap internet. Lepas solat aku bukak internet. Boleh dikatakan hidup aku ni tak boleh dipisah kan dengan internet. Walaupun takde benda aku buat bila bukak internet, aku akan tetap bukak. Dah macam addicted dah aku tengok. Aku akan main game online, tengok youtube, paling koman aku bukak website yang bagi info tahhapehape. Teruk bukan. Sila jangan tiru aksi melampau ini. Sebab tu aku datang asrama aku rasa sunyi. Aku boleh je pergi jalan-jalan cari makan kat bilik kawan ku yang lain. Pergi lepak ke. Tapi tak kan lah nak duduk berejam-jam sambil makan kuaci kat bilik kawan. Paling bengang bila kita sepah kan kulit kuaci kat atas lantai diorang sambil buat muka innocent. Esok lusa konpem korang datang bilik, diorang pura-pura takde kat bilik tak pun pura-pura tidor awal. hahaa Diorang pun nak jugek privacy kan. Mesti diorang nak jugak bergayut dengan pakwe ke. Tengok cerita orang dewasa ke. Hahaa -.-

satu lagi aku ni memang jenis tak suka lepak kat bilik orang lama-lama. Tak boleh bebas nak buat gaya kuak lentang ke, gaya kupu-kupu ke dan macam-macam gaya lagi lah. Dan aku memang malas nak gerak jalan pergi bilik sape-sape. Kecuali time-time kecemasan je lah. Nampak beno pemalas nye. Nak berlingkar je atas katil macam ubat nyamuk. Hehee tapi aku tak kesah pun kalo kawan-kawan aku nak lepak dalam bilik aku sampai subuh.  Nak bawak maruku, sambal belacan, ikan pekasam pun boleh sebagai buah tangan. Sangat digalakkan. Hehee -.- dan aku sangat lah malas nak guna berukband selepas dapat pelbagai testimony dari kawan-kawan ku. Ada cakap beruk maxis memang line teruk. Sama taraf dengan wifi free. Ade gak cakap beruk celcom cukup-cukup makan je. Setakat nak bukak facebook boleh lah. Ape barang beruk ni. Aku guna beruk nak jugak bukak youtube ker. Bukan nak suh beruk panjat pokok kelapa jer weh. Hahaa *tak lawak* -.- beruk digi tak pernah pulak aku dengar orang guna kat asrama aku ni. So aku tanak la berani mati pergi beli.  Kang tak pepasal beruk ni meragam. (ke asrama aku ni bawah tanah atau dalam gua? Konpius i) Satu lagi aku tanak bazir kan duit aku sebab bayar beruk ni. Bazir tau. Kalo benda yang tak penting tak perlu guna. So aku rasa beruk ni tak penting. Dulu kat Uitm aku guna berukband digi. Sangat laju you. Tapi bayaran nye pun harus lah laju. Tiap bulan aku bayar RM58.  Bayang kan guna 5 bulan. Dah nak cecah RM300 kot. Baik lah aku menabung buat pergi Mekah. Eceh -.- tapi kat Uitm takpe lah jugak. Aku terpaksa guna nak buat assignment senang. Sekarang aku boleh balik rumah je. Surf internet kat rumah sudah. See dah jimat kan? hehee

minggu first kuliah dah start. Soalan tutorial pun dah banyak memuncul kan diri. Nasib je assignment takde lagi. masih di tahap yang rileks la. Study pun memang harem tak start. Huhu so takde pape sangat nak cakap minggu first. Itu je lah kot. Nanti lah ku update pulaks. ade mase akan ku dedahkan secara official bilik 5 star asrama aku. Hehee okay byebye.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment