Monday 30 January 2012

jom membaca!

pada minggu lepas, saya dan keluarga telah berangkat ke Kuala Lumpur. tujuan kami ke sana adalah untuk mengisi waktu lapang sambil membeli belah. setiba nya kami di KL, banyak tempat yang kami lawati antara nya ialah Suria KLCC, Pavilion, SOGO, Jalan TAR dan banyak lagi (arghh ayat macam budak sekolah rendah. tak matured langsung)


*back to normal* banyak-banyak tempat kat KL, tempat yang paling menarik bagi mata aku ialah kat Excess Bookstore di Amcorp Mall. actually tempat ni lecturer aku yang rekomen kan. die cakap la kat sini banyak buku murah. masa tu aku macam malas nak ambik tau sangat. sekadar dengar nak ambik hati je. then tiba-tiba macam berminat pulak nak pergi teroka tempat tuh. aku pun try la tanye kengawan camne nak pergi plus usha-usha die punye site. kat sini banyak gilaaa novel murah-murah. serius murah. macam jualan mega akhir tahun. bayang kan harga buku sophie kinsella, cecilia ahern aku boleh dapat dengan harga separuh. memang gila buku kejap bila aku masuk club bookstore tuh. even aku takde lah ulat buku sangat.


aku ni memang ade tebiat yang pelik. aku suka hidu bau kedai buku. nikmat gitew. macam hisap gam. keh3 kedai tuh memang seciput berlambak-lambak buku die. aku masuk jadi macam excited kejap. terlompat-lompat macam budak jumpe gelongsor. teruja gitew. tak sangka dapat pergi tempat yang aku dah lama aim nak pergi *mata bergenang* aku sanggup tinggal kan kedai-kedai baju yang sale 50-80% semata-mata nak masuk kedai ni. giler semangat. meh aku nak citer sikit macam mana nak pergi Amcorp Mall tuh. dulu aku tanya orang sekarang aku pulak jadi penunjuk arah *berlagak giler* kalo naik LRT memang tersangat senang. anda cuma hanya perlu berhenti dekat station Taman Jaya. dari situ memang dekat dengan Mall tuh. dalam LRT lagi dah boleh nampak Mall. dari station Taman Jaya ke Amcorp tu kalo jalan kaki mengambil masa dalam 10minit bagi yang jalan secara normal. bagi yang jalan ala-ala itik pulang petang dalam setengah jam baru sampai kot. keh3 kat google cakap dalam 3minit. tapi aku syak yang 3minit tuh die guna rollerblade. sebab macam tak logic je korang nak turun tangga bagai dalam masa 3minit. nak lintas jalan lagi.


kembali pada citer aku tadi. lepas duk godek-godek buku kat situ. aku duk budget la nak beli buku guna baucher buku RM200 tuh. tapi sangat hampa. pergi kat kaunter akak tu cakap 'maaf dik, kat sini baucher buku tak boleh guna, kami baru dalam perbincangan' okay fineee hati aku hancur. baru je ingat tak nak keluarkan satu sen. ni lah padah nye bila kerajaan bagi baucher untuk beli buku pelajaran ye. PELAJARAN. bukan beli novel untuk dibaca time boring. tapi aku takde lah frust sampai bersila menongeng. sebab buku kat situ sangat murah. cuba kira brape kali aku guna perkataan murah. nak menunjukkan betapa murah nyee buku. keh3


so aku dengan riang nye memulakan aktiviti explore kat kedai tuh. banyak gila buku sampai aku pun tak tau nak pilih yang mana. pegang satu buku, nampak buku cun di sudut yang lain terus lari-lari pergi sana. nampak buku bagus kat tempat lain terus bergegas ke sana pulak. ke sana ke mari. boleh bayang tak? betapa meroyan nye aku. nasib baik security dia tak halau aku keluar -.- novel tebal-tebal pun harga seploh hengget je *muka bersemangat* jadi sape-sape nak beli buku atau novel omputih sila lah datang ke kedai ini. aku rase kat kedai ni jual buku english je. sebab aku duk tengok jugak buku melayu tapi tak jumpa. nak tanya pekerja dia nampak sangat aku first time datang. haha so aku syak ade buku and novel omputih je lah. hehee ape tunggu lagi. datang beramai-ramai bawak satu family. semua peringkat buku ada dijual. eh macam promoter tak berbayar dah. zzz






ini buku yang berjaya aku rembat.
lai lai manyak mulah woo.



so aktiviti aku sepanjang cuti sem ni ialah membaca ye. saje beli buku banyak-banyak nak mengelakkan keluar rumah pergi shopping. hehee okay lah itu saje buat masa ni. byebye. assalamualaikum.

chow.




 

Sunday 29 January 2012

meet me :)


Assalamualaikum and hello!

Okay ini first time aku buat entry. Maklum lah baru buat belog. Agak noob jugak lah. Bukan agak memang aku noob yang melampau -.- macam mane aku bleh terfikir nak buat blog neh? Sebab aku rasa syok pulak tengok orang lain ade belog. So aku pun nak buat jugak lah. Baru Nampak cool kentang kan. (bagus sangat. Aku tanya soklan aku jawab -.-) tambahan pulak (giler skema ayat) aku suka dengar idea, pendapat orang. (bukan dengar sebenarnye tapi baca -.-) plus aku nak buat kenangan di masa hadapan. Nak tunjuk kat cucu cicit aku nanti. Biar diorang tau yang nenek diorang ni menggunakan kemudahan teknologi dengan sebaiknye. Ceh tak ley  blah!  And and aku buat belog sebab nak luah kan perasaan, nak kongsi pendapat ke idea ke. Ehh banyak pulak sebab aku buat belog. Zzzz

Okay sebelum tu harus lah kita buat sesi interview dengan penulis belog ini (penulis?? Err macam tak seswai giteww) zzzz. Kat bawah ni ade beberapa benda tentang aku. Ala-ala resume gitu. Nanti tak payah aku susah payah nak buat resume. Copy and paste je. Hahaha (seyes tak lawak. Menyampah lagi ade la -.-)



-          Lahir tahun 1992. Mengikut calendar Cina tahun cicak monyet. Kira nye usia aku tahun ni genap 15 20 tahun. Sweet 20 gitu. Erkk tak sweet langsung. Rasa macam dah tua sangat-sangat bile umo dah tak cukup nak kira dengan tangan dan kaki.

-         Degree of law student. part 1. Bile orang cakap waaa bakal lawyer. Seyes idung tak kembang. Rase nak jerit je kat muka die ‘ko tau tak ambik course ni boleh buat otak jadi sewel?? Rase nak terjun bangunan jer!’

-         Anak ke 2 dari 15 3 adik-beradik.

-          Suke kaler kuning. Even aku tau ramai yang mengeji cakap kaler kuning macam tahi cirit. Aku redha. Tapi aku takde la obsess sangat dengan kuning sampai sume benda nak kena kuning kuning. Aku pun tak hingin Nampak macam tahi. Haha tidak lah se obsess gegurl yang suka pinky-pinky tuh.

-         - Aku jugak suke kaler pelangi. Campuran  merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu (masih ingat disebabkan formula Michael Jackson balik india utara) keh3 *takde motip*. Kaler pelangi nampak ceria sangat. Aku suke beli barang-barang yang colourful.tak kesah lah benda ape pun. Pensel ke. Pemadam ke. Pen ke. Janji Nampak comel-comel gitew. Tapi takde lah aku nak pakai baju yang berwarna-warni. Nanti tak pasal orang tertukar aku ngan badut -.- *kejam*

-        My favourite food ofkos la masakan kak wok my mother. Daebakk. Tak sape boleh lawan. (sume orang pun akan puji masakan their mom) -.- second favourite food aku ialah tak lain tak bukan KFC. Aku tak tau lah nape aku suke giler makan KFC ni. Padahal kaki ayam celup tepung je kot -.- tapi memang seyes tak boleh lawan McD ke, Pizza Hut or whatsoever lah. Bila lah mau kurus kalo asyik makan mende alah neh. Zzz KFC boleh jadi ubat aku time demam. Bayangkan time aku demam tak lalu nak makan tapi dengan selamber nye boleh makan KFC laju-laju. Dasyat.

-         Kadang-kadang aku ni jenis yang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Aku lebih suka ikut ape yang orang sekeliling aku buat. Contoh nye bila aku duk ngan orang pengotor aku pun jadi suka korek punggung hidung  di khalayak dan buang merata. Hehee dan bila dengan seorang yang pembersih aku boleh jadi se tidy and se neat yang mungkin.  Itu lah aku. Bagai lalang yang mengikut arah angin, bagai ais di atas bara. Keh3
     
     Kalo nak citer sume benda pasal aku memang tak pernah habis. Banyak benda sangat. So aku rasa cukup je lah banyak tu jeh.  Orang pun tanak tau pasal aku -.- sape-sape nak tau sila lah contact aku. Buat FAQ ke. Insyaallah kalo ade time free tu aku layan. ( budget ramai je nak tanye, padahal sorang pun takde nak tanye lah) Pasal belog ni pulak. Aku tak nak lah specific kan belog aku ni. Kira nye aku bebas nak buat entry ape pun. Pasal kehidupan semasa, luahan perasaan, sebarang tips, resipi masakan, resipi kejayaan and ape-ape je lah.  ( yang part resipi kejayaan tuh memang tak ley blah) keh3
      
     Pasal nama belog aku pulak. Nape aku letak lifeblackwhite92. Actually aku nak letak lifeblackwhite je. Tetibe google cakap nama tu not available. Why not tambah 92. Tup tup available pulak. Tak paham betol aku setiap kali aku nak buat nickname mesti 92 tak lari. Memang jodoh sangat-sangat ngan aku. Keh3 okay berbalik pada nama belog aku tadi. Aku letak nama sedemikian rupe sebab hidup kita ni kan ade hitam putih nye. Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang sedih. Kadang kita ada kat puncak gunung, kadang pulak dekat anak tangga je. So aku nak relate kan dengan kehidupan seharian aku lah jugak. Ade paham? Aku harap paham lah sebab aku pun tak paham. Kuang3
     
     Ape lagi aku patot bagitau sebagai pemulaan? Rase nye macam dah cukup. Itu jelah buat masa ni. Nanti lah aku citer if ade something yang menarik dalam idup ku. Tak kan lah aku menghirup sup ayam pun nak citer dalam belog. Bukan nye macam facebook. Boleh update ribu raban status bagai. Okay lah. Bye. Assalamualaikum.

 Till then. Chow.