Tuesday 7 February 2012

aktiviti sihat

assalamualaikum and hello.

sejak duk rumah hampir sebulan ni. aku rasa makin banyak pulak kurap lemak-lemak tepu hinggap kat badan. sehingga rasa malu nak keluar rumah *over you* so aku pun mengambil inisiatif nak pergi karoke joging. tempat yang selalu aku joging tak lain tak bukan dekat HUSM. entah lah aku lebih prefer joging kat sini. rasa aman gitew. kalau nak joging dekat Taman Tengku Anis rasa macam tak best pulak. orang asyik duk usha *tipu* haha sebenar nye taman tu jauh dengan rumah ku. plus tak suka pemandangan mata yang menyakitkan hati. banyak tengok couple jer joging kat situ. nak pergi berdating ke joging??! (emo pulak) macam eye sore jugak lah tengok. baik aku joging kat HUSM tengok makcik pakcik joging macam comel pulak. keh3

tambahan pulak, HUSM baru je upgrade diorang punye kawasan joging untuk keselesaan bersama.so aku pun tak lepaskan peluang lah nak rosakkan guna facilities yang ade. gelangang futsal, gelangang tenis, bola keranjang semua ada lah. kecuali reban ayam je takde. wawawa *tak lawak* -.- best jugak sekali sekala joging dapat keluar kan haba peluh. ditambah pulak dengan vitamin D secara free. cuaca memang panas terikk. tapi takpe. panas pagi consider lagi. muka ku dah macam kena bara secara live gitew. okay lah tuh. kira ada jugak aktiviti sihat. daripada aku duk berkelubung dalam selimut pagi-pagi buta, baik aku pergi joging kan. dapat jugak pekdah nye. dalam aku duk joging tuh sempat jugak lah snap sekeping dua gambar untuk tontonan bersama. (even takde pun yang nak tengok) keh3





memperkenal kan kompleks sukan HUSM




ini bukan tempat mainan, ini tempat sihat kan badan


balik rumah terus timbang. tapi hampa berat tak turun. okay fineee -.- (baru je pergi joging sekali dah kecoh pasal berat, memang tak kan turun lah woi)


okay lah itu aje buat masa ni. byebye. assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment