Friday 10 May 2013

luahan perasaan

hai hai orang kampung. dah lama tak dengar kabar. ada sihat ka?

ni nak buat luahan sikit kat orang kampung. (haruslah guna term orang kampung supaya dapat effect ramai yang baca) *hakikat nya aku sendiri baca* wakaka -tak lawak-

okayy seriusly aku cakap minggu ini memang satu minggu yang memenatkan. banyak kerja woo nak kena buat. assignment jangan cakap la. banyak macam kulit kuaci yang bersepah tepi longkang. tapi yang menambahkan kepenatan dan stress is bila mana kena buat final projek untuk kokurikulum yang hanya 1 jam kredit. 

engkau bayangkan aku dah macam AJK tugasan khas dah. ke hulu hilir bawak muatan sarat yang semua berat macam tong drum. hari ini dalam salah satu sejarah hidup kerana aku berjaya tak tidur seharian. new achievement for me. sebelum ini buat ape sekali pun wajib tidur walau hanya 5 minit. seawal 6 pagi dah bangun untuk hantar sepupu ke kerja. dah macam mak-mak uols hantar anak gi sekolah. balik rumah terus study. study tuh. bia betikk. sebab ade test je pong. kalau tak memang haremm nak study. wuwuw :'(

pukul 8 nye hantar kereta untuk diservis. pastu sambung study. pukul 10 pergi test. tapi hampa. study macam tak berapa nak study. hape aku jawab pun tak tau. harap-harap mengarut pun diterima. wakaka balik rumah dalam pukul 1 lepas berjimba-jimbo dekat cafe. cafe je pong tak payah nak berjoli sangat. tapi hari ni cafe kat kampus spesial. ade festival bahasa. macam-maccam boleh tengok dan makan. semua bahasa ade, arab, thailand, jepun, vietnam dan macam lagi lah. pastu siap makan somtam sampai tercirit uols. 

balik terus surf internet pasal asignments dan cari gambar untuk buku log tenis. ha jangan memain uols. bukan sekolah rendah aje buat buku log koku. kat unversiti pun ade. pastu petang pergi ambik barang untuk program koku esok. petang pergi teman kengkawan main tenis jap. pastu balik sambung siapkan buku log. sampai nak kentut pun tahan. sampai tak sempat nak tido. aku ni kalau tak dapat tidor mula lah jadi zombi. tak pepasal nak marah orang. kalau tak cukup makan okay lagi. tapi tak cukup tido aku pancung sensorang yang cari pasal dengan aku. padat sangat uols. sedih tau. bila dah banyak kerja baru ingat masa itu berharga. mula lah lagu raihan demi masa berkumandang di telinga. cepat sangat pulak tuh masa berlalu.

malam nye ade meeting pulak untuk program esok. lepas balik sambung siapkan buku log. dan alhamdulillah berjaya jugak siap walaupun tak seberapa. janji cukup syarat aje sudah. penat la nak hias-hias comel macam zaman kecemerlangan dulu. sekarang baru boleh tido dengan aman. sebelum tido sempat kemas bilik ape patot. dah tak tahan tengok rupa bilik yang tak senonoh. sekarang aku nak tido. esok nak bangun awal untuk tournament tenis. 

moral of the story: jangan tangguhkan kerja, sampai satu tahap engkau akan rasa tertekan seperti mau menjerit dan menangis keliling kampus. dan jangan main tenis nanti engkau jadi zombi. eh probability ape kah ini? 

okay bye. selamat malam dunia.