Friday 17 February 2012

sem dua~


Assalamualaikum and hello.

Dengan ini secara rasmi nya aku nak bagitau cuti sem aku dah tamat dengan jaya nya. Harus lah rasa sebak bila nak pulang kolej. Berlagak macam university kat amerika syarikat. Padahal kat ganu je. *baca dalam slank tganu*aku pulak memang balik rumah tiap-tiap minggu. Wawawa. Tapi entah lah ada satu perasaan malas, sebak dan macam-macam lagi lah bila nak tinggal kan rumah.  sebulan cuti macam seminggu je. Takk best lah nak balik kolej. Malas nak pergi kuliah. Malas nak study. Malas nak basuh baju sendiri. malas nak makan *okay yang ni tipu* hahaa sila jangan cuba tiru aksi budak pemalas ini. Sem baru harus lah lagi semangat nak pergi blajor. Tapi aku macam haremm. *Hoii jin rajin sila lah datang kepada ku* (jangan tiru aksi puja memuja ini ya, syirikk dosa! :P)

Barang-barang sudah pun siap ku kemas. Beg siap letak depan pintu lagi. Agak-agak sape yang tak nampak beg besor gedabak aku tuh konpem tersepak jatuh tangga tergolek koma atau mati -.-  *cuba imagine beg luggage yang besor tuh, dikenali jugak sebagai beg Mekah* ye lah sebab orang balik Mekah je bawak beg besor-besor. Keh3 tapi kali ni aku dah tukar kepada beg yang lebih kecik. Sebab aku duk pikir, aku kan balik tiap-tiap minggu. So tak perlu lah nak bawak belacan, ikan bilis, ikan masin, telur jeruk, budu, lesung batu dan seangkatan dengannya sumbat semua dalam beg. Hehee tapi aku heran lah nape lah tiap-tiap kali aku duk kolej mesti barang macam nak pindah rumah. Bayang kan angkat barang aku sorang je dah nak dekat 10 round. Hari tu aku sorang je angkat barang-barang aku dari tingkat 3 ke bawah. Dah macam orang baru lepas tanam padi dah muka aku. Penattt gila. Turun naik. Orang yang duk kat bawah tuh pun tengok aku semacam. Siap tegur lagi “ni macam pindah rumah jer” aku senyum jer. Dalam hati rasa nak sepak. Haha suka ati aku lah barang banyak. Ade aku menumpang barang aku dalam bilik engko keh? :P

Kali ni aku dah susun strategi (tak ley blah btol). Aku dah tak bawak barang banyak-banyak. Bawak ape yang patot jer. Benda tak penting kunci dalam almari rumah diam-diam. Aku nak tengok nanti habis sem ni barang aku banyak ke tak. Kalo banyak jugek makna nya barang aku ni membiak secara binary fusion -.- tapi rasa semangat sket nak balik kolej. Sebab nya dengar-dengar kolej dah tukar kan katil, almari, meja study yang baru. Yay gembira. Harus rasa sangat gembira sebab sebelum ni almari sangat uzur. Sampai nak bukak pintu almari tu kena mengucap dulu. Takot mati ditimpa lebihan kayu yang dah uzur dalam almari. Katil pulak ada serpihan kayu lebih. Yang kecik-kecik tu. Rasa macam nak tido pakai stoking je. Sebab nanti kaki masuk selumbar. Aku ni pulak jenis manusia yang tido sopan buas. Aku pernah kena sekali. Perit woo -.- meja pulak tinggi sangat. Memang tak selesa nak study sebab kena tegak kan badan macam orang tengah kawad kalo nak guna kan meja. *ke aku yang pendek? Arghh sabo jela* Amboii semua benda nak komenn. Memang tak bersyukur kan. Hehee maap maap maap. Saje je bagi pendapat peribadi. Lalala tapi part yang paling aku suka ialah bilik aku ada beranda. Boleh jugak nak feeling titanic malam-malam.  Nak jemur baju pun tak yah berebut. Dulu masa kat Uitm time nak jemur baju suma wat muka kerek. Muka tanak kalah. Mata semua tertumpu dekat ampaian yang kosong. Mata semua bertentangan, then bersedia untuk pecut ke arah ampaian. (sabo jela) And yang paling penting kat bilik aku sekarang takde orang nak curi baju-baju ku. *macam lah orang hingin sangat nak curi, tengok pun tak lalu. Ade kulat-kulat kat spender baju* hahaa kalo nak feeling macam apartment mewah pulak boleh la bawak pasu bunga (bukan pasu je bawak, bunga skali lah) letak dekat beranda. Tapi jangan lupa lah siram. Nanti tak sampai seminggu jadi seaweed pulak tanaman korang. Hehee

Ehh sempat lagi tuh aku membebel. Okay lah dah tanak membebel. Nanti dah jarang dapat bukak internet. Maklum lah. Kat bilik aku nak access facebook pun sampai satu hari. Means that time balik rumah je lah boleh guna internet. Tapi bagus gak lah. Takde la aku lagha sangat. Masa kat uitm dulu tidor lewat pagi semata-mata study main game -.- nanti dah tak dapat bangun lewat dah. Sedih nye. Kena bangun awal. Mandi air sejuk. Sobs sobs T.T

p/s: semoga sem baru ni aku lebih semangat nak study. dean list please :p

Okay bye. Till then. Chow.

Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment