Sunday 24 September 2017

pupillage journey part 1

Assalamualaikum.

Disebabkan aku rajin malam ni, aku nak share sikit pengalaman chambering aku. Harus diingatkan pengalaman orang berbeza. Ni based on true experience aku. Sape nak baca boleh teruskan. Taknak baca boleh blah. Haha!

Buat sesiapa yang tak tahu lagi, chambering atau dipanggil pelatih dalam kamar ni adalah training sebelum seseorang itu layak bergelar Advocate & Solicitor atau dalam erti  kata lain peguam. Tempoh chambering ni 9 bulan. Maksud nya lepas 9 bulan kita akan diiktiraf sebagai Peguambela & Peguamcara Malaya melalui 'event' Called to the Bar atau dipanggil jugak 'long call'. 

Hari Called to the Bar ni kira macam hari graduasi kita. Pada hari ni Master kita akan sarungkan jubah aka robe untuk 'mengesahkan' kita ni dah tamat tempoh training dan boleh practise as a lawyer. Tapi tapi kau jangan ingat terus dapat kerja sebagai lawyer. Ni cuma lesen aje untuk kita practise. Ofcourse secara normalnya kita kena hantar resume kat mana-mana firm yang berkenan di hati. Melainkan kau di retain di tempat chambering. Kihkih

Okey buat yang tak tahu, Master ni kira macam supervisor kita sepanjang pupillage period tu. Nama Master ni akan ada masa kita Filing Borang 1&2. Kira Master ni akan buat petition kemasukan kita sebagai pelatih dalam kamar. Nama Master je letak situ, semua benda ofcourse la kau sendiri kena handle. Jangan mandai ye mintak tolong Master nanti kena tunjal. Hahak Master ni yang akan ajar kita dari A to Z. Ni secara teori la. Praktikal nya ikut pandai kau la nak belajar apa. Kalau rajin dapat la ilmu lebih. Hihi

Kalau pemalas macam aku ni memang tak ambik port sangat. Pengakuan ikhlas ni. Haha Kalau kat firm aku ada conveyancing, banking litigation, generalities dan accident cases. Criminal memang jarang sangat. Bagus la sebab aku pun tak nak belajar. Haha Dan kat firm tu aku memang buat fully banking litigation. Ada la jugak satu dua fail aku buat convey dan general. Tapi memang jarang la. Sebab nya? Mula-mula masuk aku ditempatkan dekat department litigation. Ceh department sangat kau. Padahal hahataklawak So nak tak nak memang aku kena buat la litigation.

Buat yang tak tahu, conveyancing ni tak melibatkan pergi court. Maksud nya kau duduk je office buat kerja-kerja yang berkaitan. Secara senang nya convey ni dia involved bila kita ada nak jual beli tanah, nak pindahmilik tanah, nak buat loan dengan kerajaan untuk buat rumah, nak beli rumah atau whatsoever korang nak buat berkaitan tanah. Secara umum la aku bagi ni. Bila kau nak buat semua benda ni boleh la guna khidmat peguam. Sebab benda macam ni semua complicated. Jadi kau bayar je legal fee dan goyang kaki aje dirumah tunggu result. Haha

Litigation pulak melibatkan pergi court. Macam contoh kita saman orang. Proses saman menyaman tu ofcourse la kena naik turun mahkamah. Macam aku pulak memang buat banking litigation. Sebab firm tu banyak jadi panel bank. So banyak la jugak aku belajar untuk banking ni. Sape-sape yang suka pergi court jumpa dengan hakim semua boleh la buat litigation. Haha Ada setengah orang dia tak suka gi court jadi dia buat convey. Ikut suka korang la nak prefer yang mana. Tapi untuk chambering ni disyorkan belajar semua supaya senang masa depan korang nanti. Bila gi interview cakap je saya boleh semua bidang. Eceh berlagak. Haha

Okey tamat part 1. Nanti sambung lagi boleh? Sebab aku dah malas nak taip. Kahkah Nanti aku share cara nak filing Borang 1 & 2. Doakan aku ingat lagi steps dia. Banyak sebenarnya nak share ni. Tapi kan tulaa masalah nya. MALAS. Doakan aku rajin. 

Bye.

Wednesday 20 September 2017

blogging no more?

Assalamualaikum.

Tiba-tiba benci dengan diri sendiri. Sebab sebelum ni kemain janji nak update belog at least sebulan sekali. Sekarang apa jadi? Habukk.

Sorry because im too busy with my life. Tapi reason utama malas. Kahkah Pejam celik lebih kurang sebulan lagi pupillage period aku nak tamat. woohoo. Suka dalam masa yang sama sedih. Ntah la kenapa. Maybe rasa beban penganggur lepas tamat. Haha

Sebenarnya kan dalam kepala aku ni duk fikir nak share pupillage journey kat sini. Untuk adik-adik junior buat rujukan. Start dari filing segala Borang tu, until pengalaman buat kerja-kerja, buat mitigasi and so on lah. 


Tapi kan, aku malas sangat nak menulis. Apa benda tah buat belog tapi pemalas. Kan bagus ada laptop yang boleh scan fikiran kita. Hahak Insyaallah bila aku rajin aku akan start share pasal nak filing Borang 1, 2. Pastu share pengalaman. Ceceh budget macam banyak aje pengalaman kan. Tapi boleh la setakat nak kongsi-kongsi.



Tapi doa kan aku rajin dulu. Ni pun update entry sebab rasa hina sangat dengan janjian palsu yang pernah ditabur oleh tuan belog. Mohon maap ye anak-anak. Tapi kan thankyou sangat sape yang baca belog aku. Ade satu post tu dah sampai beratus. Maksud nya masih ada yang sudi membaca. Thankyou readers sudi baca belog yang maha picisan ini.



Okey tidur dulu ya buk.

Bye.