Friday 16 November 2012

midsem is over


Assalamualaikum and hello peeps.

Khamis (8/11)- 4pm bertolak dari rumah sewa balik rumah.

Jumaat & Sabtu – berjimba jimbo kat rumah. Tidor sepuas yang mungkin. Aktiviti memalaskan diri.

Ahad- Terengganu

Isnin- Gambang Water Park

Selasa- Terengganu

Rabu- Aktiviti wajib dirumah (tidor dan memalaskan diri)

Khamis- aktiviti sama seperti di atas

Jumaat- merenung nasib ape yang aku dah buat sepanjang cuti sem ni

Sabtu- pulang ke universiti

Okay kat atas tuh summary keseluruhan ape yang aku dah buat sepanjang cuti sem. so setiap kali aku rasa nak mengadu domba cakap cuti sem kejap je, boleh la aku analisa balik ape yang aku dah buat. Overall aku dah bazirkan cuti aku 5 hari buat koje yang tak paedah. Iaitu tidor dan memalaskan diri. Padan muka aku. Tuh jelah keje nye bila balik rumah. Tak payah nak bazirkan air mata darah cakap tak sempat nak study. Aku sendiri yang pemalas. Pathetic me T.T

sebelum tuh nak tunjuk ni...








gambang water park is OHSEM!!


overall tempat ni memang memenuhi cita rasa aku yang nakkan excitement. aku bagi 4/5. Tapi ada beberapa benda yang aku tak puas hati:


1) foods n drinks nya bapak mahal. tapi terpaksa beli coz outside food not allowed.
2) nak beli makanan or even air kena beratur punya la panjang. bukak la kiosk banyak sikit nak menampung 
    ramai orang khen.

okay tuh jela kot. 
k bye.


Friday 9 November 2012

ima back!

hello peeps im back, back backkkk!!!

harus lah rasa esaited sebab dah lama gila tak bukak ini belog. sampai dah lupa yang aku ada belog rupe nye. bulan ni macam busy sangat lah. maklum lah bakal pm (ehh?) banyak benda sebenar nye nak buat. nasib assignments belum muncul. 

and fortunately dalam sibuk-sibuk neh mid term break timbul kan diri. yay! yahooo. rasa nak bersorak sambil pegang pom-pom. suka sangat mak jemah! boleh aku tidor puas-puas. eh bukan ke hari biasa pun kau tidor macam orang kena chicken pox. *kantoi* biasalah dah nama hobi pun suka tidor harus lah aktiviti lapang di isi dengan tidor :p

so mood sekarang tengah holiday. sebarang assignment or test or whatsoever please talk to my hand. ehh poyo nye kau. nanti orang jawab test, kau sengih sensorang. argh bila cakap pasal test. teringat test criminal and islamic law transaction after cuti. ohh tidak! please dun spoil my mood.

okay dah tak nak tulis. nanti teringat test. 

k bye. assalamualaikum.

Friday 7 September 2012

cerita hari ini dan semalam


assalamualaikum.

Today is the lastt day im home before berangkat kaki ke rumah sewa. Feeling? Ofcourse la rasa malas gilaa. Macam tak ready lagi nak balik sana. Nak duk aje kat rumah seperti koala bear yang duk bertenggek atas pokok. So sebelum meninggal kan rumah i rasa nak buat good deeds. Lalu i bertungkus lumus kemas kan dapur. And kemas rumah ape yang patot. Sebab umi i dah selalu masak kan i masakan yang super sedap. So harus la i pulak yang ‘masak’ nak membalas jasa. Term masak di sini bukan bermaksud engko pegang sudip n kuali kat dapur. Ia bermaksud mengemas. Saje letak term sebegitu supaya nampak efek ustazah pilihan. Kalau i masak harus lah umi i kena ellergic. Sebab umi i tak tahan dengan masakan tak sedap. So nak cakap masakan i tak sedap lah tuh? Takpe takpe i terima kritikan -.- insyaalah suatu hari nanti i akan inherit skill umi i yang superb tuh (bile tuh jangan ditanya. Goreng telor pun terketar-ketar) *saje cakap i you bagi nampak efek baik sikit* muahaha

Banyak pulak barang nak kena humban angkut bawak pergi rumah sewa. Barang harus lah banyak dari yang sebelum neh. Sebab kena beli almari sendiri. rak buku sendiri. bawak kelengkapan ape patot. Aku rasa satu bilik tuh pun tak cukup nak letak semua barang aku neh. Nak pindah kat ruang tamu boleh? baru la luas n selesa. hee thanks yang tak dapat diucap kepada my umi n abah sebab sanggup habiskan duit beli macam-macam untuk anak mu ini. Sayangg gilaa. Walaupun aku tak mintak tapi umi n abah macam boleh paham aje aku perlu benda tuh. :’) tak sabar nak kerja, nak bawak umi abah pergi mekah, bawak umi abah makan angin dengan gaji aku sendiri. walaupun aku tau ape umi abah dah buat memang tak mampu aku nak balas sampai aku mati. Tapi insyaallah aku nak gembira kan mereka. Ya allah, kau bagi lah aku kesempatan untuk aku membalas jasa kedua orang tua ku. Aminn *nanges sambil kesat hingus kat baju* tacingg nyee T_T

So this is it. Barang yang aku nak bawak pergi rumah sewa esok. Dari hujung dinding sampai ke hujung pintu. Banyak tak? Banyak tak? Saje susun macam tuh supaya senang nak bawak turun. Ape kau ingat ade mesin bergerak macam dalam kilang yang boleh turunkan semua beg kau ke tangga ke? Dush dush *tumbuk diri sendiri sebab tak sedar* T_T sebenar nye ni dah second trip. First trip dah selamat di deliver ke rumah sewa.



beratur sume! yang pendek duk depan! jangan melintas.


Okay semalam harus aku akui hari yang sangat lonely bagi aku. And first time dalam hidup aku sebegitu lonely. Eh over nye cara cakap lonely macam kena ikat dengan rantai dalam hutan aje. Padahal nye pergi mall sensorang je pun. Yay jom ucap tahniah kat aku sebab berjaya shopping sensorang tanpa bantuan kebajikan masyarakat sesiapa. Clap clap. Sebenarnye nak keluar makan dengan kawan. Tapi dia cancel last minit. So tak kan nak paksa jugak diorang teman kan aku makan. So here we go, one cute little girl. Walking alone without friends. (little ke? Cute ke? Puii)

First time neh keluor jenjalan sensorang. Takot jugak mana tau nanti ade orang rompak ke culik ke. Dalam takot tuh berjaya jugak aku kebas dua helai baju. Muahaha sempat lagi tuh. Nih yang best shopping sensorang aku boleh amik ape saje aku nak. Tapi tak best jugak. Nanti nak tanya pendapat susah. Tak kan aku tanya aku sendiri nak jawab -.- pastu kalau muka kita comot ke, tudung kita senget ke takde orang nak tegur. Kita dengan selamba nya jalan dengan megah. Budget orang usha kau. Padahal tengah gelak kan kau sebab ade sayur kat muka. Eew malu nyeee!

Time nak makan la macam awkward sikit. Sebab aku tak pernah makan sorang-sorang kat luar. Semua orang makan dengan family, kawan-kawan, couple. Tapi ade sorang minah lonely duk tengah makan kat sudut hujung. *aku la tuh. Aku* pastu sume orang tengok aku sambil buat muka kesian. Mesti dalam hati cakap ‘kesian nye budak tuh kena pulau’ sabar aje lah kan T_T nasib baik ade abang waiter yang hensem teman kan i. dia nampak aku buat muka kesian sebab tuh dia asyik lalu-lalu depan aku. Padahal dia tengah kemas meja je pong. Kau yang perasan. Haha



Hey u think im alone??


But who care? Im with….










KFC SNACK PLATE HOT AND SPICY CHICKEN!




its freaking yummeh! i lovee you moreee <3




Wednesday 5 September 2012

nak ni

Assalamualaikum.

Ade tak sape-sape yang menjual tudung empat segi satin bercorak? Teringin gila kot nak pakai. Nampak efek comel aje. Haha yang paling penting boleh feeling gadis arab. Bior la hidung kau kemek pong. Haha susah kot nak cari tudung ni. Tak tau nak cari kat kedai mane. Kalau online memang banyak. Tapi selau nye shawl aje. Aku tak minat sangat shawl neh. Sebab rasa rimas gila bila pakai. 2 jam pertama okay lagi pakai. Bila jam seterus nya jadi macam pocong dah aku tengok. Haha

Nak jugak. Nak jugak. Tak kira. *hentak kaki sampai darah* tapi kan bila dah jumpa yang kenan di hati mahal gilaa pig. Tudung aje pun dah ratus-ratus. Baik aku beli baju terus. Takde ke tudung style cemni yang murah. Budget aku dalam rm30 ke bawah je. Paling mahal rm50 la. Tuh kira termasuk postage. Tak nak yang mahal lagi. Bazir kau. Lagi pun aku tak suka sangat beli tudung yang mahal-mahal. Sebab kita kan memang sentiasa tukar tudung tuh. And satu lagi aku nak yang labuh menutupi dada. Tak nak la tutup leher aje. Baik kau tak payah pakai tudung. Tapi tapi tak tau nak cari kat mane. T_T sesape yang ade jumpe sila lah bagitau aku. Nak kasi sebagai hadiah pun takpe. Lagi aku sukeee.

So konklusi nye aku nak tudung empat segi bercorak, jenis satin. Harga around 30-50 and labuh (menutupi bahagian dada) tuh je tak banyak pun. muahaha

Ok bye.





neh aku rembat kat mudah. tapi bila nak tengok macam dah sold out je.


nak yang style macam neh. tapi nak yang satin punye. senang nak bentuk


lawa nye kalau gadis arab pakai. lau aku pakai? mesti ar lawa *muntah*

Tuesday 4 September 2012

deskriminasi

deskriminasi menjatuhkan aku..reputasi kini menjadi bisu..dan aku.. (tetiba rasa nak nyanyi lagu bunkface)


Amaran: maaf kalau isi yang bakal ditulis neh agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi aku memang takde motif untuk menghina, mengutuk or ape-ape yang sekutu dengan nye. Aku cuma nak bagi pendapat peribadi sahaja. Jadi aku mintak maaf awal-awal kalau ade yang terasa or tacing lebih ngan ayat aku. Chill okay. Baca dan fikirkan. Yang mana baik jadi kan teladan. Yang buruk jadi sempadan. *ehh banyak la polak kau nak membebel kat intro neh. Baling batu kang*

Kat mane-mane mesti ade orang akan deskriminasi. Tipu lah cakap kita satu bangsa, satu negara, satu Malaysia! Yay merdeka! Merdeka! Merdeka! (overdose nye kau) sama ada secara sedar atau tak deskriminasi ni memang berlaku. Sebagai contoh itik putih tak nak kawan dengan itik hitam. Sebab die hitam. Motip kau tak nak kawan dengan orang hitam? Sebab ketiak dia hitam, ketiak hitam mesti bau tengik, nanti boleh pengsan. See deskriminasi boleh menjurus kepada salah paham dan buruk sangka. Mana kau tau ketiak hitam bau tengik? Kau hado cium ke? Ntah-ntah bau lavender. 






Orang cantik tak boleh kawan dengan orang hodoh. Orang gemok tak boleh dekat dengan orang kurus. Orang miskin tak boleh duduk semeja dengan orang kaya. Mesti ade yang cakap ‘mane adee aku kawan dengan semua orang laa, kau jangan nak fitnah ye’ ya ya ya memang aku akui ade je segelintir manusia yang tak kisah kawan dengan sape-sape pun. Tapi rata-rata cuba kita tengok balik, mau ke gadis yang pakai barangan Prada, Gucci, shopping dengan gadis pakai barangan 3 for RM10?

KAUM.RACE benda ni selalu dipertikaikan. Bila kita nak lantik ketua or whatsoever jawatan mesti kita akan tengok kaum dia kan. Pastu kita akan cakap ‘eh aku tak nak la dia jadi ketua aku, sebab dia tu kaum *tet tet* nanti tak pasal-pasal die suh semua kaum dia conquer jawatan. Baik kita ambik geng-geng kita je’ pastu ade pulak segelintir kaum yang buat event tak nak ajak pun kaum lain. Dalam dewan tuh semua geng die je. Based on true story~ ape ni? Ape ni? Kate satu Malaysia? Tapi masih lagi ade pemikiran yang cetek. Okay aku mengaku memang kadang-kadang aku punya sifat racist sikit. Tapii bukan sebab aku tak suka diorang. Cuma sebagai orang melayu mesti aku akan tolong bangsa aku sendiri kan. Sebagai contoh ade dua orang budak, satu india, satu melayu, mintak duit dekat kau. Masa tu pulak kita ade 50sen aje. Mane dulu korang nak bagi? Aku berani cakap la kaum lain pun akan buat benda yang sama. Sape yang tak sayang kaum sendiri oii. Ape pun aku memang anti racist yang melampau okay.  

Dan tak lupa jugak segelintir manusia yang selalu membeza-beza kan orang mengikut kenegerian masing-masing. Aku tak pelik kalau ade orang yang menganggap kaum perempuan pantai timur ni tak elok. Perangai tak sopan. Jahat. Gedik la. Macam-macam. Aku pernah tanya kawan aku kenapa diorang tak suka perempuan kelantan/pantai timur. Pastu aku dapat satu jawapan yang aku kira logik jugak la untuk diorang membenci kelantanese girls neh. Nak tau ape jawapan nye? Diorang cakap, gegurl kelantan or pantai timur ni agak bersifat kepuakan. Maksud nye bila dah jumpe geng-geng klate nye, die akan tinggal kan kawan-kawan die yang lain. Haha itu lah salah satu jawapan yang aku dapat. Yes exactly memang aku akui orang kelantan neh bila diorang dah jumpe geng budu diorang macam ade magnet + and – yang menarik antara satu sama lain. Mane tak nye nak kecek sesama sendiri pong senang paham :p

Tapi ade jugak yang cakap perempuan pantai timur ni gedik la. Tak tau malu la. Terhegeh-hegeh kejar jantan. Yang ni aku tak boleh nak komen lebih sebab kita tak boleh nak menilai orang dari negeri nye. Ape kau ingat perempuan negeri lain takde ke yang perangai cemni? Jangan sebab kau tengok sorang dua pompuan kelantan gila jantan habis kau nak tuduh semua sepsis yang sama ke? Ee what a lame.

Aku sebagai pemegang IC 03 pun memang tak menafikan ade aje pompuan-pompuan sundal kat kelantan neh. Maap di atas kekasaran bahasa. Tapi tuh je yang mampu aku cakap. Pompuan tak tau malu. Harga diri terbang dibawa timbunan wang. Tapi bukan kat kelantan je. Semua tempat pun ade lah bitch cemni. Hahaha so jangan nak deskriminasi sangat la penduduk pantai timur neh. Kami tau la kami neh cantik, ayu. (ayat poyo mintak kaki) muahaha bagi aku pulak, memang aku tak kesah nak kawan dengan sape-sape je. aku memang tak memilih. janji perangai nye elok, takde perangai cam dajal tuh aku terima seada nye heee :3

Sebagai penutup nye, moh la kite same-same hentikan deskriminasi beramai-ramai. Say no to smoking! Eh tetibe.

Okay lah dah malas nak membebel. Byebye world!



Saturday 1 September 2012

welcome new sem

Assalamualaikum and hello peeps.

Ade lagi beberapa hari aku nak hidup dalam kancah maksiat kemalasan. Lepas ni dah tak dapat tidor pukul 2,3 pagi bangun 1 tengah hari. Macam biasa, sebelum cuti sem mesti cakap nak isi masa dengan benda faedah, tapi tak penah menjadi. It will ends up sia-sia je. Tak tau pulak ape yang aku dah buat dalam masa dua bulan neh. Oohh tidakk! Ade kah aku hilang ingatan masa cuti sem? BANYAK CANTIK. bila dah buat salah ayat cover je engko nak bagi. Tsk tsk T_T

Term-term law pun banyak aku dah lupa. Ape itu bona fide? Nasi impit ke? Rendang? Ohh sedap nyee kalau betol. Nak kena pergi bukak buku-buku law aku yang bersih lagi suci bak pehimpunan bersih (ehh?) tak nak bukak. Tak nak. Tak nak otak aku wire shot lepas bukak. Nanti jadi mereng. Aku memang ade alahan sikit bila nak bukak buku tebal. Nanti mata jadi juling, mulut berbuih macam kena sawan. Lari keliling bilik tanpa memakai seluar. Teruk nyee symptom aku neh. Ade sesape boleh rawat tak? -.-

Tak puas lagi la cuti. Tambah sebulan lagi boleh? Kalau tak boleh pun tambah semingu lagi boleh? Please please. *merayu sambil melutut di tengah panas* memang mintak penyepak kan. Orang lain cuti seminggu dua pun takde nak merungut. Aku neh berbulan pun masih menggelupur nak cuti tambahan. Bagus jugak lah cuti dah habis. Takot nanti mak aku kejut bangun subuh pagi-pagi TERkonpius aku dengan benda lain. Sebagai contoh ‘ehh atas katil tuh anak aku ke dugong? Tapi cemano ha dugong sesat dalam bilik anak aku neh?’ arghh kejam. Kalau betol mak aku yang cakap cemtuh nak lari rumah. 10 tahun kemudian baru balik rumah dengan Ferrari merah. Ehh sempat lagi berangan. WAKEUP!!!

Barang-barang pun aku tak kemas lagi. Memang takde mood langsung nak mengemas. Alat-alat tulis pun memang aku tak beli. Even semua yang dalam pencil case tuh tinggal pen je. Dakwat dah selamat semadi kat final paper sem lepas. baju-baju pun aku tak kemas, tambah lagi nak beli pen-pen ni bagai. takpe nanti aku curik yang kawan aku. Bior die menggelupur nangis time jawab test. Ye la kalau dolu-dolu masa zaman sekolah punye lah esaited beli barang stationary sebelum bukak sekolah. Pencil case nak yang baru yang omey-omey. Baru boleh berlagak dengan kawan kat kelas. Tapi sekarang tak kesah. Sampai kan aku boleh tertukar pencil case ke tong sampah. Sebab dah terlalu banyak plastic gula-gula. Nak paling epic bila ade chewing gum yang kau makan seminggu lepas. eww pengotor punya olang. Ehh kawan saya yang dengki, dia pergi letak chewing yang dia dah makan dalam pencil case saya. Tolong la percaya. *mata bergenang* (ayat cover)

Sem ni banyak benda yang berbeza. Sebagai contoh subject sem neh boleh dikatakan subject baru. Ade yang tak pernah belajar. Dolu kau boleh la berlagak macam dah pandai sebab dah pernah belajar masa asasi. Sekarang kau boleh menangis sebab tak tau ape yang kau belajar. Kesian nya aku. Cry cry T_T sem ni jugak berbeza sebab aku tak duk kat asrama dah. Kena campak ke luor sebab dah naik part 2. Kejam nye pihak kediaman. Nak protes bawak bantal depan office asrama. *ape motip pun aku tak tau* bilik kat rumah sewa aku sekarang memang sama je kebesaran nye dengan pondok buruk bilik asrama aku yang dulu. Cuma yang membeza kan rumah sewa ni konkrit. Ehh kat asrama pun konkrit ape. Tapi sebab die dah uzur nampak efek macam dalam pondok. Wakaka dolu kat asrama ade beranda boleh sidai segala jenis perkakas dapur yang kau pakai. Tapi sekarang nak sidai manee? Tak kan nak sidai dekat pagar rumah sewa. Nanti mat bangla curik.

Nak enjoy beberapa hari sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan persekolahan. Nak cium bilik aku sampai pengsan. Ehh gilaa sudah.

Okay lah byebye world!



meet my new room for this 2 months(maybe) or for the rest of sem 3 (if rayuan asrama gagal) huu 

Thursday 30 August 2012

mengidam

lately craving gila nak makan dessert yang sejuk-sejuk, yang manis, yang melts in ur mouth (over nyeee) terus tetiba ngidam nak makan sambal belacan TRIFLLE! 

tanpa berlengah harus lah kite berkungfu di dapur menyiapkan triffle neh. ingat nak beli je. tapi lebih puas hati makan air tangan sendiri (poyoo) dah lah sekali buat hamekk dua bekas terus. hee okay memperkenalkan BELLA SI GEDIK TRIFFLE! clap clap reramai cepat. (saje letak nama bagi efek gedik sikit) muahaaha






first try buat neh. gigih betol. sampai nak pergi toilet pong tahan duluu. hahaha overall okay lah untuk my first try. cuma cumaa kurang manis sikit. takpe la memang tak elok kan makan manis sangat. (ayat nak cover)

okay lah bye!




Wednesday 29 August 2012

wordless wednesday



homemade chocolate: behind the scene






















those chocs seriously freaking delicious! (swear)

Monday 27 August 2012

entry campur aduk


Assalamualaikum and hello yaw.

Cuba teka. Cubaa tekaa. Guess what?? Teka laaa. Teka cepat. Rasa dah lama tak jenguk belog ni. Rinduu nye. Nak cium belog doploh lapan kali.  Buat ayat macam ni memang mintak penampar. Lupa pulek nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk sesiapa yang mengenali atau tak mengenali diri ini. Walau pun macam dah lambat je nak wish tapi masih boleh wish ape. Dah kata raya sebulan.

Hari ni dah raya ke-8. Ketupat, rendang, biskut raya dan semua jenis makanan raya dah selamat diijabkabul dalam perut aku. Sodap tuh memang sodap. Tapi untuk dua tiga hari neh tandas jadi rumah kedua aku. Zzz tahun neh dapat raya kat kampong. Memang best raya kampong. Boleh ziarah saudara mara sepupu sepapat yang jarang sekali jumpa. Tapi yang paling best bila dapat duit raya. Yay tak sangka masih ada yang sudi bagi duit raya. Terharu nye. Nak nangis laju-lajuuu

Dah lah malas pulak nak citer pasal raya. Sama je pun tiap-tiap tahun. Yang paling tak suka sem baru dah nak mula. Malass ganda sepuluh aku nak sambung belajar. Takde ke cuti sem setahun dua? baru heavenn. Hahaa dan yang paling tak suka permohonan asrama GAGAL. Eee menyampah tau tak. Nak kena sewa rumah kat luar. Nak kena jalan kaki pergi kelas. Memang tak boleh tengok aku dan lemak bermanja-manja mesti ade jeh halangan. Ceitt

Ada dua minggu lagi aku nak golek-golek atas katil kat rumah. Nanti kena tidor atas toto je. Kesian tulang belakang aku tak dapat kasih sayang yang cukup. Pastu kesian kaki aku kena jalan 2,3km pagi and petang. Kesian jugak muka aku kena panas mata hari. Ayat mintak kaki je kan. Cara cakap macam aku anak dato tan sri. Puii takpee jihad fi sabilillah! Pergi belajar kan salah satu jihad. So ape salah nye berkorban (ayat pujuk diri sendiri) sebenar nye aku tak kesah pun janji ade tempat nak duduk. Takde lah aku pasang khemah depan fakulti -.-

Lately banyak pulak design beg, kasut, and accessories yang berkenan di hati. Kalo ikut hati nak aje aku rembat semuaa. Tapi ape kan dayaa fuluss ngak ada dong. Aku ni pulak tajaan pama je. Tak kan lah nak nangis guling-guling paksa mak ayah bagi duit semata-mata nak beli benda alah neh. Orang lain takpe lah dapat biasiswa, tajaan sana sini, duit PTPTN bagai. tapi takpe nasib baik aku takde duit banyak. Kalo tak memang membazir duk perabis duit beli benda tak sepatot nye. Baru aku perasan yang aku ni seorang pemboros. Tak boleh ade duit sikit mesti nak beli itu ini. Heh bahaya hoi bahayaa. Konklusi nye bia lah duit kat dalam purse neh cukup untuk aku makan je. Huuuu T_T

Eh ape sebenarnye aku nak citer. Pasal raya ke pasal tak dapat asrama ke or pasal duit takde nak beli barang?? Konpius konpius. Takpe lah aku campur kan semua nya. Kan senang. Nanti 2 tahun kemudian update polak. hahaha Ok bye! -.-

Monday 13 August 2012

raya datang lagi


Assalamualaikum and hello.

Lame sungguh menyepi kan. Bosan lah kau neh. Baik tak yah wat belog kalo nak tulis entry setahun sekali kan. Tapi ade aku kesah. Bior ler tak berupdate janji aku ade belog macam orang lain. Kau hadoo? -.- ape aku merepek.? Menyampah ganda sepuloh!

Pejam celik pejam celik, pejam tak celik-celik  dah ramdan ke-24. Sekejap je kan masa berlalu. Tak sampai seminggu lagi nak rayaa. Hoyeahh suka la tew mak jemah. Setiap kali nak raya mesti aku sebak. Aku rasa sedih nak tinggal kan bulan Ramadan. Ntah dapat ke idok aku berpuasa tahun depan. Umur pun dah semakin meningkat. (heh buat ayat sedih macam ni rasa macam dah tua sangat daa. Mintak penyepak pun ade)

Bila dah besar neh macam tak syiok pulak nak raya. Rasa esaited pun dah tak sama macam zaman hingusan dulu. Banyak sebenar nye beza raya masa kecik and dewasa. Dan ofkos lah aku lebih prefer raya masa zaman dahulu kala. Best woo. Bila teringat rasa macam nak nangis (over kau) sebab sekarang dah tak sama cam dulu dah :’) Meh la aku list sikit perbezaan raya zaman hingusan yang membuat kan aku rasa esaited keje nak melompat doploh pat jam (over lagi)

DUIT RAYA
Ofkos la masa kecik paling banyak dapat duit raya. Setiap kali pergi rumah orang beraya mesti dapat duit. Tak kesah lah singgit dua pun. Janji dapat. Nilai tak penting. Yang penting rasa terharu bila orang bagi duit raya kat kita. Pastu mula lah bersaing sape dapat duit paling banyak. Paling koman duit raya dapat RM300 lebih. Itu dulu lah. Masa zaman parameswara kanak-kanak. Tapi sekarang engko nak dapat rm100 pun kena menangis air mata darah. Huh sedih je bila tengok budak-budak beratur nak amik duit raya. Bila tibe giliran aku, dapat salam je. Ehh nak je aku cakap. “makcik, saya masih blajar, tak keje lagi. Saya nak jugak duit raya. Baik bagi duit raya kat saya dari bagi kat budak-budak. Diorang mane boleh pegang duit banyak-banyak” tapi sah-sah kalo aku cakap camtu makcik tuh tak bagi aku makan biskut raya. Okay fineee. T_T

MAIN BUNGA API/MERCUN
Masa kecik-kecik best jee dapat main bunga api banyak-banyak. Pastu main mercun ngan sepupu sepapat, sedara mara sume. Main mercun yang biasa-biase aje. Bukan nye mercun bola yang boleh penyebab tangan/kaki kudung okay. Zaman sekarang memang jarang sekali boleh main benda alah neh. Kalo dapat pun seputung dua je. Tuh pun belas ihsan dari anak-anak sepupu yang umur 3,4 tahun T_T sabor jela~ kalo sekarang nak beli bunga api pun aku rasa malu. Mesti budak-budak duk kutuk aku. “Akak besor gajah neh pun nak main bunga api ke??”      uwaaa jaat betoi budak zaman sekarang. Diskriminasi terhadap orang dewasa T_T

TRY MACAM-MACAM RESIPI BISKUT RAYA
Dulu time aku naik beskal roda tiga, mak aku suka buat biskut raya. Try resipi-respi baru. Dan bahan utama yang kiteorang selalu guna opkos la CORNFLAKES. Aku pun tak tau nape mak aku suka guna benda neh. Tapi kalo cobaan membuat resepi baru dengan cornflakes sah-sah menjadi. Takde lah membazir. Tu lah kot reason mak aku suka beli cornflakes neh. Haha tapi memang masa kecik dulu banyak gila kiteorang memerah keringat buat biskut raya. Sampai kan tak tidur malam. Berkampung di dapur. Siap bawak selimut, toto bagai. Padahal boleh je masuk bilik. Bukan nye sampai 1km pun.haha over kau. Tapi sekarang nak tunggu aku buat biskut macam tunggu buah rambutan gugur (eh ape kaitan?) memang malas gilaa gua cakap. Aku pun tak tau nape. Semangat nak buat biskut tuh ade. Tapi hangat-hangat taik itik jela weh. Habis satu tray, aku pun lenyap. Heh jawab nye beli biskut tunjuk jelaa.

Banyak lagi sebenar nye perbezaan nye. Tapi tak kan lah aku nak list sume. Esok lusa sampai hari raya pun tak habis. Cuma yang tiga above ni la aku rasa paling obvious kot. Tapi bahang raya tetap terasa. Mana tak nye sume tempat penuh orang menjual, sale sane sini. Jem tak ingat donia. Lagu raya pun sentiasa berkumandang. Sampai cair taik telinga aku nak dengar. Haha yang paling aku suka bila ade citer or iklan kat tv pasal hari raya. Memang aku suka gila. Rasa macam malam raya pulak.

Okay lah itu aje. Byebye.

p/s: lepas raya bukak sem baru. Hadoiih malas nyaaa aku! -.-      

Sunday 5 August 2012

iftar

assalamualaikum.

hari ni rasa macam nak post pasal makanan pulak. selalu malas nak letak gambar. hari ni terlebih rajin. plus takde benda nak buat. so boleh la upload gambar seketul dua. 


this is what i eat for iftar today...




main menu nye: nasi beriyani daging (sedap.tambah 10 kali) haha




ofkos la sedap dimakan bersama dalca daging.




plus jelatah timun neh. memang sedap ade rase masam manis. hee




and tak lupa jugak side dish nye. begedil ayam. nampak macam cekodok je kan. haha lantak. janji sedap. 





lastly dessert yang delicious lagi creamy bubur jagung. hehe


p/s: saje taknak bagi nampak blog tak berupdate letak gambar dua tiga keping. *keji*

okay bye.

Friday 3 August 2012

entry ape-ape je


Assalamualaikum and hello.

Dah lame rase nye tak menulis kat sinih. Bukan nye tak nak tulis tapi busy. (heh busy la sangat sampai engko boleh tido 10jam -.-) sebenar nye maleh nak menulis. Lagi pun takde feel nak menulis. Nak menulis pun kena ada feel okay. Takde lah nanti menulis membabi buta benda yang tah hape-hape. Even memang aku selalu tulis benda yang mengaban. Hahaha *tak lawak* lately aku macam malas gila nak involve ngan dunia teknologi. Heh ayat tak boleh blah. Paling tepat dah lama tak bukak facebook. Haha bukan nye tak nak bukak sebenar nye. Aku cuma malas nak layan peminat-peminat or anonymous yang hantar mesej kat aku. Ayat poyo gila kan. Padahal takde manusia pun duk mesej aku. Biasa la kuat berangan. Haha

Seriusly aku memang tak suka sebenar nye gune facebook. Tak tau nape. Orang duk gebang sane sini pasal facebook. Tagged la comment la shared photo la. Tapi aku memang totally tak suka semua tuh. Sebab tuh boleh nampak aku balas comment kengkawan aku setahun sekali. Haha orang semua duk raya dah tapi aku baru nak wish selamat menyambut bulan Ramadan (contoh). See betapa lambat nye perkembangan facebook aku. Bila fikir sekali macam oldskool plak aku neh. Tak minat benda-benda facebook bagai. Sebab aku ni kadang-kadang boleh jadi jiwang. Kalo aku post status kat facebook benda-benda jiwang neh mesti kengkawan aku tak caya. Cakap aku kena hack ke. Kuang asem betol.

And satu lagi facebook neh boleh membuatkan anda addicted tau tak. Bila kita boleh share photo, video. Pastu balas komen sampai berejam-jam lame nye. Memang lah mula-mula nak tanya benda yang penting tapi makin lama makin melalut, mengarut. Tanye soalan yang tak sepatot nye. Dah bazir masa kat situ. Memang la aku akui facebook boleh jadi tempat untuk discussion online sesama lecturer atau kengkawan. And facebook jugak boleh boleh dijadikan tempat menyebarkan dakwah. Aku tengok banyak info-info agama sebelum neh yang aku tak pernah tau. Tapi masalah nye 20 minit pertama je kita akan baca benda-benda faedah cenggini. Baki masa lain kita akan stalk senior-senior yang hensem, yang poyo, yang budget kiut and tak lupa jugak bukak kelab gossip sesama kawan. And yang paling ngetop bila dapat create satu group untuk bergosip pasal dunia semasa. Haha aku leteww *memang terasa pun* and aku tau korang pun mesti ade terasa gak kan sipi-sipi. Haha

Sebab tu lah sekarang macam dah insap sikit. Dah tak layan sangat dah sume benda alah neh. Even ade kengkadang aku terlanjur. Terus istigfar bebanyak. Poyo macam budget good-good aje aku ni kan. Tapi insyaallah aku memang nak berubah jadi someone yang lebih baik. Dah taknak bazir kan masa buat benda-benda nonsense.

Ya Allah, kau tolong lah hamba mu ini ya Allah. Beri kan aku kekuatan untuk meneruskan hidup menjadi insan yang lebih baik, lebih rajin. Buang kan sifat malas aku. Jadi kan aku insan yang cemerlang dunia akhirat. Amin.

p/s: motip ape sebenar nye aku tulis entry neh? Aku pun kurang pasti. Hormone kurang stabil agak nye.

Okay lah bye-bye world.

Sunday 22 July 2012

the bond


assalamualaikum and hello.

I really really miss my sister. She is the only younger sister I have. We share story, we fight, we eat, we scream, we make jokes. Lot of stuff we did together. But now shes gone. pursue her studies. For the first time I knew that she gonna further her studies far away from hometown I cried. You know the feeling when someone who always be with us suddenly ‘disappeared’. it’s a shame when I cried just becoz of this. Some people might say ‘she only pursue her studies. Not ran away from home’ yah its really true but I even didn’t realize my tears would burst out when hearing bout the news.

Shes 17 now. But yet she still looks like a girl from standard six. She is very childish. Not like the other girl who had same age with her. Shes really innocent and not matured at all. But that’s make her more special.  Everyone got worried when shes gonna leave home and live in another place which is 100miles away from home. But whether we like it or not she still going. Its not like we want to ‘keep’ her forever. Like my parent said ‘let her know the world’ yah my parent said that. But I know they only said to ease their feeling. Deep in their heart they still worried.

She has the same habit with me. Shes not only my sister but more likely as my best friend. We always imagine something funny and end up laughing crazily. And if we found or see something ‘weird’, we will touch each other and make eye contact. Hahaa that was our secret signal. No one knows bout this signal. I can tell her anything. We shared lot of stories. Even sometimes she acts as my diary. I can tell her bout my problems. And so do her. We keep telling each other stories that cannot be shared with other people.

It’s about 2 months since she leave home. I feel lonely. If im sad no one will hear my problem. I cannot complain to anyone. No one accompany me sleep. I cant tell story anymore. Every night we will call her. Asking bout her studies, what she eats. Common questions. Sometimes she ask me childish question like ‘do I need to read this? Do I need to give it to them? Do I need to write it?’ its like she still cannot make her own decision. Sometimes I feel worry bout her. She is tooo kind. I don’t want someone take advantage on her kindness. I hope she will get good friends. And I always pray for her health and studies.

Do come back quickly. I miss you :’)

Yours truly sister.

 p/s: please ignore my bad English. My English suck.

(biasa lah anak melayu makan sambal belacan dan budu!)

BTW HAPPY RAMADAN.

Okbye.

Wednesday 18 July 2012

bilik ku~

assalamualaikum and hello.

hari ni rasa tetiba pulak rajin nak meng-upload gambar bilik ku. bukan bilik kat rumah ye. tapi bilik kat asrama nun di terengganu :P kan hari tuh aku ade janji nak tunjuk gambar bilik aku tuh. tak tau la sama ada perasan ke tak. tak perasan pun takpe. aku nak letak jugak. hahaha *memang tak malu* 

malas la aku nak cakap banyak-banyak. lets the pictures talk. (ehh padahal nye semua gambar akan aku letak jugak caption) bahaha 




taraaa! ini lah pondok buruk bilik ku selama setahun. ape pun bilik neh banyak kenangan :') yang kanan tuh katil aku. kat luar pulak ade balkoni. boleh nak feeling tinggal kat condo -.- (time neh semua barang sudah siap dikemas untuk pulang)





close up sikit katil aku neh hee





neh pulak meja study aku. buku tak pernah tersusun dengan rapi 


dan yang paling aku pelik. setiap kali nak balik cuti sem barang mesti banyak. aku pun tak sedar kenape lah boleh jadi sedemikian ghupe. bawak lah beg sekecik mane skali pun. time cuti sem mesti jadi beg mekah jugak. heran aku. hahaha kat bawah neh membuktikan barang-barang milik aku dah beranak pinak -.-


evidence 1





evidence 2





yang ni pulak bunga pakwe aku bagi. romantik youu. auww. TIPU jeh sebenar nye. ni cousin aku yang bagi. biase lah die memang minat bab-bab membunge kan diri neh. untong laa aku tak convo lagi dah dapat munge. hee

p/s: maaf la gambor macam nak tak nak je amik. guna henpon cikai memang gitu kualiti nye -.-

okay lah itu aje nak share. byebye.

Tuesday 17 July 2012

api terbang~

Assalamualaikum and hello.


Hye belog. Dah lame tak bukak kan. Bukan ape tadek benda nak ngobrol. Tak kan lah aku pi toilet pun nak tulis dalam belog jugekk -.- lagi pun aku malas nak bukak internet. Baik aku layan movie ke drama ke lagi baik. Hihi bosan jugak kan asyik duk rumah jer. Tak keluor gi memane pun. Paling jauh g bandor. Tuh pun bukan nye best. Tempat same je pegik. Bosan berganda jugak. Lagi pun aku malas nak keluor jugak sebab kaki aku terseliuh. Sebab?? Aah tanak bagitau sebab coz aku rasa memalukan je sebab die. Kuakua. Tapi nak bagitau jugak la. Aku terseliuh sebab tidur buas. Korang caye tak? Hahaha kalo dengar macam kelakor je. Tapi tu lah aku pun tanak caye. Tapi terpaksa dah memang jadi kat aku. Bangun je dari tidor terus sakit kaki. Buas bebeno tidor. Cuba teka aku mimpi apa? Jeng jeng jeng *senyum gedik*

Heh ape aku melalut neh? Ntah aku pun tak tau. Ni sebab takde modal je nak tulis ape. Pernah ke aku ade modal? Slalu tadekkk -.- tapi tadi aku ade la duk searching-searching kat google. Pastu terjumpa pulak pasal TAMAN KELIP-KELIP ni. Cantikk gilaaa. Teringin sangat naak pergi. Cahaya yang hanya diterangi dengan lampu dari kelip-kelip atau nama omputih nya fireflies. Comel gila kot tengok. Mesti romantik kalo dapat pergi dengan pasangan. Yang sudah berkahwin je okay. Yang duk bercintan tak payah la nak menggatal pergi. Best nya kalo aku dapat pergi. Tak semesti pergi ngan pasangan. Family pun bolehh. Lagi meriah ape.

Cuba bayang kan duduk kat taman kelip-kelip sambil makan keropok cap udang menikmati cahaya kelip-kelip. Duduk pulak di atas padang rumput yang menghijau yang diterangi cahaya bulan. Ade pulak lagu yang jiwang-jiwang sikit. Woah layan habis. Best nyaaaa! Heh over nye aku. Rasa terlebih esaited pulaks. Tuh baru je imagine. Tak pergi lagi. Biasa lah tuh aku memang suka imagine lebih-lebih. Kiki


Waaa nak pergi. Ade sesapa nak teman aku pergi tak? Tapi aku nak pegik ngan somi family aku la opkos. Hihihi





cantik kan bila malam-malam camnih >.<





bila dah banyak sangat boleh buat lampu wehh





wat balik letak dalam jar pun okay gak. boleh guna time black out. hee




okay lah itu je nak cakap. byebye. adios~

Sunday 8 July 2012

pengalaman baru

Assalamualaikum and hello.


Bosan lah takde benda baru nak citer. Tapi aku nak citer pengalaman first aku masa pergi sekolah Henry Gurney. Macam cool kan dengar. Sebenar nye tak. Seseorang yang nak datang melawat sini perlu ada daya tahan mental yang kuat. Maklum lah budak-budak kat Henry Gurney melakukan jenayah sama seperti penjenayah dewasa yang lain seperti rompak, samun, rogol, ambik dadah dan macam-macam kegiatan sosial lagi.

For me this is the one unforgettable experience yang aku dapat sepanjang hidup. Sebab bukan senang nak jumpa diorang and dapat borak secara face to face. Meh la aku citer sikit mukadimah lawatan ni. Lawatan ke?? It is more kepada program bakti siswa sebenar nye. Hee sebenarnye program ni disaran kan di bawah committee yang aku masuk. Dan aku sebagai salah seorang committee member memang bertanggungjawab 100% dalam menjayakan program ni. Rasa agak terbeban sebab jumlah committee member hanya 5 orang. Tapi kteorang sangup menyahut cabaran besar. Dan bayangkan semua committee member kteorang perempuan. Tough kan? Heheehe Nasib baik ramai jugak kawan yang sudi tolong dalam menyiapkan persiapan pergi sane. *thank you so much*  (poyo je) hahha

Semua benda harus disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Daripada mula membuat proposal, beli makan minum untuk para peserta, uruskan tempat tinggal, siapkan hamper. memang pada mula nya agak stress. Banyak gila cabaran kami kena tempuh. Dengan masalah peserta la, tempat tinggal la. Penat eden. Tapi Alhamdulillah kami berjaya selesaikan. Budget macam buat projek mega besar-besaran je kan? Haha tapi memang pun. Sebab this is our first time program yang memang kami semua kena handle.

Bertolak pergi Melaka dalam 10 malam. Actually rancang nak bertolak lebih awal. Tapi disebabkan ade ganguan terpaksa lah bertolak lewat sikit. Pakcik driver bus memang bawak bus laju gilaa. Rasa jantung berhenti kejap 30saat. Memang tak dapat lena tidur pun malam tu. Bayang kan semua beg, hamper yang duk kat atas bus tu boleh bertukar tempat dari seat belakang ke depan. Pastu semua barang-barang main gelongsor pulak ke depan and ke belakang. Sabar je la kan. Tapi nak tak nak kteorang kena jugek paksa mata tidur. Coz esok seawal 9 pagi dah memang kena bertolak pergi sekolah Henry Gurney.

Ehhh banyak pulak aku citer mukadimah die. Main point nye tak masuk lagi. Okay lah dipendek kan cerita kami sampai lewat sikit. Tapi okay lah still boleh catch up kteorang punya schedule. Eh sebelum tu nak citer sikit lagi. Hee kteorang dah tetap kan beberapa game dengan diorang. Game ni semua memang berkaitan dengan diorang. Pasal self esteem diorang. Dan banyak lagi la. Time nak buat hamper pulak. Memang sangat strict. Air kotak tak boleh ada straw. Dan tak boleh bagi minum air bikarbonat. Banyak lah pantang larang. Kalah orang beranak dalam pantang. huhu Setiap kumpulan akan ada 2 orang fasilitator and 4,5 orang pelajar henry gurney. Sebenar nye aku tak payah join pun group-group ni. Sebab tu macam poyo lebih je. Bila kengkawan cakap takot la nak jumpa dengan diorang. Aku cakap rilekk aa. Takde pape pun. Takyah nak takot sangat la. Sekali aku pun kena join jugak group ni disebabkan ahli peserta tak cukup. Memang nevess nak mati la. Muka pucat lesi. Sebab tengok diorang sume muka ganas. Kepala botak pastu semua pakai baju putih. Seluar putih. Arghhh seram aku. Duk tengok-tengok orang macam nak telan je. (ni la first impression aku)

Dah la aku orang first yang kena bagi cup untuk diorang untuk menentukan group. Hampeh tul. Semua duk tolak aku suh bagi cup tu kat diorang. Sabar jela. Aku pun dengan muka poyo habis and wat macam takde pape pass la cup tu kat diorang. Then kteorang pun duduk dalam group. First sesi kteorang kena buat pengenalan. Pastu aku memperkenal la diri aku. Cakap umor 23. Tak ley blah. Sebab warden kat situ cakap kalau boleh yang muda jangan reveal umor sebenar. Takot nanti kena ngorat.hahaha takdelah takot diorang tak hormat je.

Group aku lak semua dalam lingkungan 19 hingga 17 tak silap. Kira macam aku ni noona jugak lah. Hehee so diorang start lah introducekan diri. Lepas tu ade sorang pelajar yang duk sebelah aku tu. Tak boleh cakap nama. (sebenar nye dah lupa) haha die perkenalkan diri die, then cakap die dimasukkan kat sini sebab kesalahan di bawah akta ape tah. Arghh aku lupa akta ape. Tapi first memang aku tak tau sebenarnye akta tu. Sekali die cakap MEROGOL. Cuakk gilaa aku. Dah la duk sebelah die. Muka aku memang berubah gila. Sambil senyum anguk-anguk depan die aku tengok kawan aku. Nak rasa secure sikit. Huahua yang lain kes jual dadah, mencuri. Sorang lagi aku kurang pasti. Tak dapat selongkar identity die. Sebab die ni senyap sikit. Tak macam yang lain sibukk je nak cakap. Hahaha

Memang semua permainan kteorang main best jugak lah. Antara nye rumah impian. Kelakar gila main game ni. Dengan menggunakan kertas. Marker pen, paper cup kteorang kena buat rumah yang diorang impikan. Time ni diorang mula lah buat kolam, pagar, lukis pokok, bunga. Aku tengok duk ketawa je coz mereka semua nampak ganas. Tapi bila bab bina rumah jambu habis. Lukis macam-macam. Ni lah dikatakan dalam hati ada taman. Hahha pastu part kteorang kena nyanyian lagu ramai-ramai. Semngat gila diorang nyanyi. Biasa lah dah lama tak dapat nyanyi camtu. Bila aku bagi mic kat diorang memang tak nak lepas. Haha


Memang banyak gila game best kteorang main. Tapi part yang paling menyentuh perasaan masa sesi hati ke hati. Dalam sesi ni diorang semua diberi satu kertas. Diorang boleh luahkan perasaan diorang dalam kertas tu. Memang panjang gila aku nampak diorang tulis. And satu lagi setiap sesi semua orang akan diberi gula-gula. Diorang makan punya lah banyak. Macam makan nasi. Aku tengok memang kesian. Macam dah lama diorang tak makan benda-benda macam ni. Banyak lagi sebenar nye tapi aku malas nak tulis. Hahaa

Terus kepada ending lah ye? Haha ending tak gempak. Tapi takpe aku memang happy plus terharu. Majority group dapat hamper. and time diorang dapat hamper ni memang aku terharu. Diorang gembira gila. Siap peluk lagi hamper tu.tak nak lepas. and diorang siap cakap lagi kat aku “akak tak nak ke hamper ni” dengan muka happy gila. Aku cakap takpe tak nak pun. Korang ambik lah. Diorang siap suh sign lagi kat hamper. rasa famous kejap. Haha tapi memang terharu. Nak nangis time tu. Last diorang beratur nak balik semua cakap “terima kasih abang, kakak fasi” arghh nak nangis. Emo betol aku time tu. *THE END*
And time balik homestay kteorang sume berkumpul baca luahan perasaan diorang. Semua memang sebak. Mata merah nangis laju-laju. Luahan diorang memang sangat menyayat hati. Sorry aku lupa nak ambik gambar beberapa kertas luahan tu. Silly me -.- but diantara luahan tu:

“jangan anggap semua yang masuk sini budak jahat, saya terpedaya dengan kawan-kawan” 
                                              
 “mak, adik rindu mak. Selamat hari ibu mak. Adik janji lepas keluar adik akan jaga mak”  
                                                                 
 “saya rindu family saya. Saya menyesal buat benda ni. Saya janji tak kan buat lagi”                                                            


“di sini saya banyak belajar benda baru. Saya insaf. Pengalaman disini tak kan saya lupakan”                                            


 “hidup kat sini susah, saya janji tak kan buat lagi benda jahat macam ni”



And banyak lagi sebenarnye. Tapi sampai disini je aku boleh kongsi. Jarang sekali pengalaman macam ni kita dapat. Memang aku tak kan lupa. Dapat dijadikan tauladan dan pengajaran. One of my memorable experience. 



hamper yang berjaya disiapkan atas sumbangan kengkawan
gambar ni je yang boleh diitunjuk hasil ditag di fb >.<



p/s:
1)      sorry gambar takde. Kat sini memang strict gambar tak boleh ambik. Even handphone kteorang tak boleh bawak masuk.
2)      Aku syak yang dijatuhkan atas kesalahan merogol disebabkan partner nye bawah umor. Even suka sama suka pun akan dianggap merogol.
3)      Banyak sebenarnye nak citer. Tapi dah panjang sangat dah. Soo sampai disini saje.

Okay lah itu je nak kongsi. Byebye.