Thursday 25 July 2013

biskut rayaa

assalamualaikum.

tahi sangat ni. setiap kali aku nak update mesti error la. bad request la. ape kebende entah. tetiba emoo pulak dah kenapaa?? -abaikan-

pejam celik dalam dua minggu lagi nak rayaa. sedih sebenarnya nak tinggal bulan ramadan. tapii feeling excited untuk raya totap ado. aku ni ada satu habit bila time raya aku suka sangat makan biskut raya. bila pergi open house kat rumah sesapa mesti aku akan cuba biskut raya. rasa excited uols dapat makan biskut raya. tambah lagi bila makan biskut raya yang jarang jumpa. bukan biskut yang common kita selalu jumpa. macam ada satu rasa excited nak try rasa dia. 

bila dah nak praktikal minggu hadapan baru sibuk nak buat biskut kan. selama ni tidor ja keja aku. pastu ada buat busines kecilan. busines la sangat. haha jual biskut raya. tapi biskut yang aku jual ni limited edition sikit tau. sebabnya tak boleh tempah. dan satu jenis biskut je pong. muahaha aku jual direct macam itu je. kalau hari tuh aku rasa rajin nak menguli tepung dapat lah jual nya. saje je buat suka-suka. alang-alang dah buat untuk makan boleh jual sekali khen. tapi disebabkan ada yang tempah, aku buat jugak lah. sedap kata nya (ini puji diri nama nyee) buek 

buat sikit aje. yang selebihnya nak bawak balik kampung. hihii 

yang leceh nya setiap kali mengadun biskut ni dapur mesti lah bersepah sana sini. nak kena basuh lagi. tapi nak buat cemano ha. daripada aku tidor baik lah aku buat aktiviti cenggini. ado jugak pekdahnye. side income pun masuk. tapi banyak yang keluor. ape kes? muahahaaa

Saturday 20 July 2013

blog update

assalamualaikum.

heh macam kisah pulak orang dengan aku update blog. xpe lah nak update jugak. currently duduk bertapa di rumah. masa dihabiskan dengan menonton tv, anime dan yang paling hebak tidor 20jam. 

tapi minggu depan dah start praktikal. suke ke idok? tak tau nak cakap. feeling macam nak pergi. tapi dalam masa sama tanak bangun awal pagi. dah tak boleh bangun lewat, tidor lewat. macam kerja pulek. haih dah la lepas raya kena sambung balik. maknanya tak boleh nak raya sampai sebulan. aku kerja okayh. baca sebagai praktikal. cuti pun macam orang bekerja lah jugak. 

-no story-

nak bukak fb macam menyampah pulak. banyak sangat orang promote baju raya lah. dah menyemak naik kat newfeeds. iklan sana sini. dah kate nak raya. tak kan nak promote baju sejuk -.- sebenarnya teringin jugak tengok baju kurung, peplum lawa-lawa. tapi memang idok lah aku nak beli. lip lap sana sini. mula tengok memang berkenan. tapi tunggu pagi raya memang terkurung dalam bilik lah haku. maluu kot kalau pakai baju raya kalah mak datin. orang tengok pun macam 'eh semangat nye die beraya'. maluu woo pakai baju merelip sana sini. baik pakai baju kurung aje lah. tak lupus dek zaman khen. 









currently hidup i ditemani mustajab pati halia. maklum lah manusia berlemak. harus lah ade benda ini jadi teman setia. walaupun efek nya kurang pasti. sekurangnya meningkat kan keyakinan diri. rasa kurus sedikit lepas apply benda alah ni. kuakua dari dulu aku memang peminat setia pati halia ni. kalu sakit perut ke, lenguh ke lepas apply benda ni rasa okay pulak. dulu aku selalu beli pati halia hot atau extra hot. memang malu nak pakai bila keluar. sebabnya bau dia semerbak. nanti orang tau la aku pakai losyen ini. nampak beno gemuknye. tapi sekarang tak lagi. bila aku beli yang rose scent ni. bau rose die yang wangi, takde lah orang ingat engko pakai pati halia. macam dah addicted. malam-malam mesti nak kena apply benda ni. macam baby kena pakai minyak yuyee tuh. hee

okay ape aku merapu? nampak sangat tak tau nak citer hape. 
okay lah bye.
assalamualaikum.
anneong~

Monday 8 July 2013

The stupidest thing I’ve done

pernah tak engko buat something yang fikir sekali je pong dah rasa macam ‘bodoh nye aku ni. Bongok nye. Kenapa aku boleh buat camtu?’

engko tak kesorangan. Aku selalu mengalami nasib yang sama.

Situasi 1
Excited nak pergi mydin beli something untuk kawan. Seawal jam 8 pagi dah sampai kat mydin KK. Ape lagi nak tak nak kena lah tunggu. Nasib baik mydin ni bukak awal takde la aku tunggu lama. Double excited bila dapat parking betol-betol depan mydin. Selama ni berebut mak aih bila nak masuk parking. Even parking yang 2km jauhnya. Lepas parking tunggu 15minit dalam kereta. Bila dah bukak apa lagi masukkk lah wei. Syiok punya tak hengat tengok itu ini, pilih barang. Sekali bila dah nak sampai kat kereta, aku nampak pakcik kat tepi kereta aku tengah masuk kan syiling untuk parking. Aku pun dah macam WTF? Kenapa tadi aku takde buat pong. Bila sampai kat cermin kereta nampak surat cinta dari MPKB. Kesalahan: TIDAK MEMBAYAR PARKING KENDERAAN. Bodoh nya aku! Benda camtu pong tak leh ingat ka?

Situasi 2
Hujung minggu gigih aku bangun awal nak pergi mydin Terengganu. Beratur hoi nak masuk. Tunggu pintu dia bukak. Bukan itu saje, beratur amik troli jugak. Disebabkan aku nak feeling gadis melayu, aku telah mengenakan tshirt and kain labuh jenis maxi. (yeke maxi? Hentam saja lah). Aku pergi beratur jugak tempat nak ambik troli. Kononnya takot habis. Sekali bila aku nak masuk disebabkan sepupu aku dah ambikkan troli, aku rasa macam ada orang tarik kain aku. Aku cuba tarik balik tapi usaha gagal. Bila ku toleh aku nampak kain aku tersekat kat troli mat bangla. Agak-agak lah excited nak amik troli pong. Hoi bodoh punya mat bangla! Ke aku yang bongok g beratur kat troli tuh. Tanak pakai kain dah pergi mydin. Sumpah!

Situasi 3
Kejadian ni berlaku masa hari last paper final. Kiteorang sume exam di gym. Kau hado? So sebelum masuk baca lah sikit notes ape patot. Untuk kali terakhirnya. Budget boleh ingat pulek. Sekali bila pengawas dah bagi kebenaran ape lagi mula kan langkah dengan laju. Excited sebab paper last. Benda yang wajib dibawak masuk: phone,purse,kunci kereta, dan paling penting slip and kad matrik. Bila dah pilih seat yang sesuai aku rasa kat tangan aku macam berat semacam je. Rasa macam slip aku kecik je. Apsal boleh berat sebegitu rupa? Sekali tengok, aku dah terbawak semua nota yang aku baca sebelum masuk dewan -.- hoii tau lah nota-nota ni tidor, makan ngan aku 2,3 hari lepas. tak kan lah tak nak pisah ngan aku kot. Maluu gila. Nak tak nak terpaksa lah keluar pergi letak nota tersebut. Ada la 2,3 orang kawan sekelas aku yang nampak and gelak gila. Kuanghajo kan. Nasib aku budak baik. Lau jahat dah lama aku biarkan je. Dah lah pengawas periksa tak perasan pun masa aku bawak. Bodoh nye aku!

p/s: apsal nasib aku malang bila pergi MYDIN???


Saturday 6 July 2013

school holiday

assalamualaikum. 

yay sekarang kita tengah cuti sem! jom tepuk tangan ramai-ramai sambil nyanyi lagu rasa sayang tanda gembira.

lamaa nyaa tak berupdet. rindu lah nak menaip. uwekk. bila dah cuti sem baru ada masa sikit nak pegang laptop ni. nampak beno nipu nye. time exam pun aku rilek je bukak laptop. kuakua sebenarnya dah beberapa minggu aku selamat bersantai di rumah. niat nak updet belog tuh ade, tapi belog ni macam buat hal pulek. terstuck ke hape aku pun tak tau. macam tahi sangat

so macam biasalah. aktiviti semasa cuti sem dihabiskan dengan memanah memburu dan sebagainya. masa tengah final bukan main you, list kan segala jenis aktiviti nak buat masa cuti. tapi as usual la. bila dah cuti selalu akan tanya 'apa sebenar aku nak buat hah? macam takde benda gitew' soo konklusi nya jom kita tidor secara berjemaah bangun pukul 12. hoii anak dara ke ayah dara ni? banyak sebenarnya perancangan nak buat. entah menjadi ke idok. harap-harap lah menjadi. tak pernah tick kan list things to do during holiday. nampak sangat lah kan plan tak berjalan macam dirancang. nak berjaya macam mana. start pun idok. haihh 

but but nak cerita short vacation 2 hari lepas. tak pergi jauh pong. cameron aje dah cukup. rasa dah lamaa sangat tak pergi sana. ni last minit plan. so macam tak bersedia sangat lah. pergi tak bawak sweater konon nya macam hebakk boleh tahan sejuk. alah cameron je pong. tapii sekali sampai, sejuk mak hoii. dia punya breeze menusuk ke tulang baqhang. masa ni mula lah rasa menyesal. tapi tak gunaa. sebab nya dah sampai sana tak guna nak menangis air mata kucing sekali pun. 

disebabkan kami berempat. jom kita ambik family room. cakap senang la. sebab bukan aku yang bayar. tapi harganya worth la kot. sebab malam ada makan steambot untuk 4 orang. pagi pun sama, ada breakfast. nak cakap sedap tuh takde la. so-so aje. buleh la sekadar nak mengenyangkan perut. tapi better lah kan dari takde makanan. sebab setengah hotel tak provide any foods. tapii yang best nyaa room dia besar jugak. kalau nak masukkan dalam 7-8 orang pun muat. tapi kena extra bed. siap boleh jogging lagi dalam bilik. -.- tapi takde aircond ye. ekau gila nak ada aircond tetengah sejuk. mau jadi bahan frozen haku. tapi kipas disediakan untuk mereka yang tahan kebal. 





okay ni saje nak tunjuk bilik dia. macam ni lah family room nye. cilok dari google aje. takde keja sangat aku nak snap gambo bilik. hahaha



dekat cameron takde banyak sangat aktiviti nak buat. makan, membuta dan tengok tv disamping usha pemandangan di luar tingkap nya yang luas. memang tak rasa pun nak buat benda. nak duduk aje bungkus dalam selimut. hoii bertambah gemuk lah akuuu. yang best nya dapat shoping strawberries berkilo-kilo you. ni lah part yang paling best bila kat cameron. bila mana dapat makan strawbery macam kacang tanpa perlu memikirkan harga. dulu masa first datang jakun sangat. beli sayur-sayuran yang segar. kalau boleh semua benda nak ambil. tapi sekarang tengok sayur jeling je. dah muak. hahaha tapii sweet corn mesti beli. salah satu fevret jugak. benda yang kena nikmati kat cameron setiap kali datang, strawbery, sweet corn and cendawan goreng (makan panas-panas menitik air mata woi) makan lah sepuas nya. sampai tahi bercampuran tiga makanan ini. ewww uwekk 







gambar kat atas tuh adalah one way to enjoy ur strawbery. strawbery cicah coklat uols. sebab mengidam sangat nak makan, dah tak boleh tunggu esok so beli sahaja coklat bar. cara nya rendam coklat bar dalam kettle air yang sedang menggelegak. masuk kan coklat, jangan buang plastik nya ye. bila dah agak cair baru boleh bukak. kalau nak beli sangat mahal okay. one stick kos around rm2-2.5. padahal strawbery cinonet aje. nak untung!

okay lah itu aje nak cite. bye! berjumpa lagiii dalam rancangan....... -.-

assalam.