Saturday 25 February 2012

imaginasi diri




kenapa aku punya daya imaginasi yang tinggi?
kalo pikir sampai 10x pun kadang-kadang belom tentu logik.
aku suka berimaginasi.
berimaginasi buat kan aku bebas berpikir di luar kotak pemikiran manusia.
berimaginasi buat kan hidup aku lebih ceria.
aku bebas ketawa.
aku bebas mengatur jalan cerita yang aku suka.
aku berimaginasi mengikut situasi yang aku alami.


contoh imaginasi pertama:

ketika angin kencang menjengah tubuh ku, aku boleh membayang kan diri ku berada di atas langit. terbang gembira bersama burung. bebas ke mana sahaja. 

contoh imaginasi kedua:

ketika bersama seseorang yang annoying dengan perangai berlagak nye, aku bayang kan diri nya ditampar, disepak, dimaki oleh ku secara live *agak kejam* pastu aku bayang kan dia nangis-nangis depan aku sampai mintak maap hahaa *over*


aku pun tak tau kenapa aku boleh berpikiran terlalu jauh.
mungkin disebab kan aku suka membaca buku yang berunsurkan fantasi.
aku suka tengok cerita kartun.
masa kecik pun aku suka bukak buku yang macam 3D.
ala yang bila kita tarik anak panah, akan keluar istana ke, rumah ke *contoh*
(tak tau lah masih wujud ke tak buku tu zaman sekarang)


okay lah. itu aje. byebye.
assalamualaikum.


p/s: ayat mau puitis. tapi harem tak menjadi. ku bukan budak sastera. so takley nak amik feeling jiwang-jiwang :P

minggu pertama


Amaran: ini bukan diari minggu pertama ibu mengandung. Jangan salah tafsir ye :P

assalamualaikum and hello.

Hari first masuk bilik memang sangat hampaa. Ku ingat kan dapat jugek menikmati katil dan almari baru, rupe nye tak. Bukak pintu je terus nampak katil dan almari usang dari sem lepas. Memang frustt gua cakap. Aku punya lah esaited nak loncat-loncat atas katil baru. Sedihh gilaa. Pastu baru aku tau kalo nak tukar katil, almari or meja baru kena buat report. Means kena komplen la kerosakan bilik. Hampagas betol. Aku ingat kan memang pihak asrama akan tukar semua tanpa perlu berurusan dengan diorang. Sia-sia je lah usaha aku menunggu benda alah ni semua nak bertukar kepada yang baru. Ceh ceh. Sabor jela~ dah lah kipas nazak. Bila masa boleh meninggal. Dengan bunyi yang sangat annoying. Memang boleh buat alarm aku bangun pagi. zzz

Tapi aku paling tak suka duk kat asrama ni. Rasa macam hidup aku kosong. Gelap. Sebab? Internet tak boleh nak access. Uwaa rasa nak nanges je. Bayang kan hidup aku kat rumah selama ni di isi dengan cahaya internet (tak ley blah). Kat sini rasa bosan sangat. Sangat. Dan amat bosan. Kalo kat rumah aku bangun dah ngadap internet. Lepas makan ngadap internet. Lepas berak ngadap internet. Lepas solat aku bukak internet. Boleh dikatakan hidup aku ni tak boleh dipisah kan dengan internet. Walaupun takde benda aku buat bila bukak internet, aku akan tetap bukak. Dah macam addicted dah aku tengok. Aku akan main game online, tengok youtube, paling koman aku bukak website yang bagi info tahhapehape. Teruk bukan. Sila jangan tiru aksi melampau ini. Sebab tu aku datang asrama aku rasa sunyi. Aku boleh je pergi jalan-jalan cari makan kat bilik kawan ku yang lain. Pergi lepak ke. Tapi tak kan lah nak duduk berejam-jam sambil makan kuaci kat bilik kawan. Paling bengang bila kita sepah kan kulit kuaci kat atas lantai diorang sambil buat muka innocent. Esok lusa konpem korang datang bilik, diorang pura-pura takde kat bilik tak pun pura-pura tidor awal. hahaa Diorang pun nak jugek privacy kan. Mesti diorang nak jugak bergayut dengan pakwe ke. Tengok cerita orang dewasa ke. Hahaa -.-

satu lagi aku ni memang jenis tak suka lepak kat bilik orang lama-lama. Tak boleh bebas nak buat gaya kuak lentang ke, gaya kupu-kupu ke dan macam-macam gaya lagi lah. Dan aku memang malas nak gerak jalan pergi bilik sape-sape. Kecuali time-time kecemasan je lah. Nampak beno pemalas nye. Nak berlingkar je atas katil macam ubat nyamuk. Hehee tapi aku tak kesah pun kalo kawan-kawan aku nak lepak dalam bilik aku sampai subuh.  Nak bawak maruku, sambal belacan, ikan pekasam pun boleh sebagai buah tangan. Sangat digalakkan. Hehee -.- dan aku sangat lah malas nak guna berukband selepas dapat pelbagai testimony dari kawan-kawan ku. Ada cakap beruk maxis memang line teruk. Sama taraf dengan wifi free. Ade gak cakap beruk celcom cukup-cukup makan je. Setakat nak bukak facebook boleh lah. Ape barang beruk ni. Aku guna beruk nak jugak bukak youtube ker. Bukan nak suh beruk panjat pokok kelapa jer weh. Hahaa *tak lawak* -.- beruk digi tak pernah pulak aku dengar orang guna kat asrama aku ni. So aku tanak la berani mati pergi beli.  Kang tak pepasal beruk ni meragam. (ke asrama aku ni bawah tanah atau dalam gua? Konpius i) Satu lagi aku tanak bazir kan duit aku sebab bayar beruk ni. Bazir tau. Kalo benda yang tak penting tak perlu guna. So aku rasa beruk ni tak penting. Dulu kat Uitm aku guna berukband digi. Sangat laju you. Tapi bayaran nye pun harus lah laju. Tiap bulan aku bayar RM58.  Bayang kan guna 5 bulan. Dah nak cecah RM300 kot. Baik lah aku menabung buat pergi Mekah. Eceh -.- tapi kat Uitm takpe lah jugak. Aku terpaksa guna nak buat assignment senang. Sekarang aku boleh balik rumah je. Surf internet kat rumah sudah. See dah jimat kan? hehee

minggu first kuliah dah start. Soalan tutorial pun dah banyak memuncul kan diri. Nasib je assignment takde lagi. masih di tahap yang rileks la. Study pun memang harem tak start. Huhu so takde pape sangat nak cakap minggu first. Itu je lah kot. Nanti lah ku update pulaks. ade mase akan ku dedahkan secara official bilik 5 star asrama aku. Hehee okay byebye.

Assalamualaikum.

Friday 17 February 2012

sem dua~


Assalamualaikum and hello.

Dengan ini secara rasmi nya aku nak bagitau cuti sem aku dah tamat dengan jaya nya. Harus lah rasa sebak bila nak pulang kolej. Berlagak macam university kat amerika syarikat. Padahal kat ganu je. *baca dalam slank tganu*aku pulak memang balik rumah tiap-tiap minggu. Wawawa. Tapi entah lah ada satu perasaan malas, sebak dan macam-macam lagi lah bila nak tinggal kan rumah.  sebulan cuti macam seminggu je. Takk best lah nak balik kolej. Malas nak pergi kuliah. Malas nak study. Malas nak basuh baju sendiri. malas nak makan *okay yang ni tipu* hahaa sila jangan cuba tiru aksi budak pemalas ini. Sem baru harus lah lagi semangat nak pergi blajor. Tapi aku macam haremm. *Hoii jin rajin sila lah datang kepada ku* (jangan tiru aksi puja memuja ini ya, syirikk dosa! :P)

Barang-barang sudah pun siap ku kemas. Beg siap letak depan pintu lagi. Agak-agak sape yang tak nampak beg besor gedabak aku tuh konpem tersepak jatuh tangga tergolek koma atau mati -.-  *cuba imagine beg luggage yang besor tuh, dikenali jugak sebagai beg Mekah* ye lah sebab orang balik Mekah je bawak beg besor-besor. Keh3 tapi kali ni aku dah tukar kepada beg yang lebih kecik. Sebab aku duk pikir, aku kan balik tiap-tiap minggu. So tak perlu lah nak bawak belacan, ikan bilis, ikan masin, telur jeruk, budu, lesung batu dan seangkatan dengannya sumbat semua dalam beg. Hehee tapi aku heran lah nape lah tiap-tiap kali aku duk kolej mesti barang macam nak pindah rumah. Bayang kan angkat barang aku sorang je dah nak dekat 10 round. Hari tu aku sorang je angkat barang-barang aku dari tingkat 3 ke bawah. Dah macam orang baru lepas tanam padi dah muka aku. Penattt gila. Turun naik. Orang yang duk kat bawah tuh pun tengok aku semacam. Siap tegur lagi “ni macam pindah rumah jer” aku senyum jer. Dalam hati rasa nak sepak. Haha suka ati aku lah barang banyak. Ade aku menumpang barang aku dalam bilik engko keh? :P

Kali ni aku dah susun strategi (tak ley blah btol). Aku dah tak bawak barang banyak-banyak. Bawak ape yang patot jer. Benda tak penting kunci dalam almari rumah diam-diam. Aku nak tengok nanti habis sem ni barang aku banyak ke tak. Kalo banyak jugek makna nya barang aku ni membiak secara binary fusion -.- tapi rasa semangat sket nak balik kolej. Sebab nya dengar-dengar kolej dah tukar kan katil, almari, meja study yang baru. Yay gembira. Harus rasa sangat gembira sebab sebelum ni almari sangat uzur. Sampai nak bukak pintu almari tu kena mengucap dulu. Takot mati ditimpa lebihan kayu yang dah uzur dalam almari. Katil pulak ada serpihan kayu lebih. Yang kecik-kecik tu. Rasa macam nak tido pakai stoking je. Sebab nanti kaki masuk selumbar. Aku ni pulak jenis manusia yang tido sopan buas. Aku pernah kena sekali. Perit woo -.- meja pulak tinggi sangat. Memang tak selesa nak study sebab kena tegak kan badan macam orang tengah kawad kalo nak guna kan meja. *ke aku yang pendek? Arghh sabo jela* Amboii semua benda nak komenn. Memang tak bersyukur kan. Hehee maap maap maap. Saje je bagi pendapat peribadi. Lalala tapi part yang paling aku suka ialah bilik aku ada beranda. Boleh jugak nak feeling titanic malam-malam.  Nak jemur baju pun tak yah berebut. Dulu masa kat Uitm time nak jemur baju suma wat muka kerek. Muka tanak kalah. Mata semua tertumpu dekat ampaian yang kosong. Mata semua bertentangan, then bersedia untuk pecut ke arah ampaian. (sabo jela) And yang paling penting kat bilik aku sekarang takde orang nak curi baju-baju ku. *macam lah orang hingin sangat nak curi, tengok pun tak lalu. Ade kulat-kulat kat spender baju* hahaa kalo nak feeling macam apartment mewah pulak boleh la bawak pasu bunga (bukan pasu je bawak, bunga skali lah) letak dekat beranda. Tapi jangan lupa lah siram. Nanti tak sampai seminggu jadi seaweed pulak tanaman korang. Hehee

Ehh sempat lagi tuh aku membebel. Okay lah dah tanak membebel. Nanti dah jarang dapat bukak internet. Maklum lah. Kat bilik aku nak access facebook pun sampai satu hari. Means that time balik rumah je lah boleh guna internet. Tapi bagus gak lah. Takde la aku lagha sangat. Masa kat uitm dulu tidor lewat pagi semata-mata study main game -.- nanti dah tak dapat bangun lewat dah. Sedih nye. Kena bangun awal. Mandi air sejuk. Sobs sobs T.T

p/s: semoga sem baru ni aku lebih semangat nak study. dean list please :p

Okay bye. Till then. Chow.

Assalamualaikum. 

Wednesday 15 February 2012

tudung oh tudung~


Assalamualaikum and hello.

Kali ni  aku nak citer pasal tudung saji pulak. Bleh tak? Kalo korang cakap tak boleh pun ade aku kesah? Kuang3 amaran~ ini bukan iklan tudung Syria, mahu pun tudung express dan mana-mana jenis tudung. Ini cuma entry yang tah hapehape. sorry la if ade yang terasa sebab ini boleh dikata kan isu sensitip you. Tapi aku takde maksud nak kutuk mana-mana pihak. Just nak bagi pendapat jerr. Nak baca sila kan. Tanok baca sudah. Sila lah blah slow-slow.

Kadang-kadang aku rasa pelik bila masih ramai yang tak pakai tudung. Padahal tudung-tudung memang berlambak di pasaran. Aku pun tertanya-tanya gak. Sedang kan Allah dah mewajibkan kita menutup aurat. Rambut tu kan aurat. Mahkota wanita. Kenapa kita nak tunjuk kebanggaan kita kat public? Rasa boleh jadi perhatian ke? Boleh nampak hot ke? Api neraka lagi hot lah. Nak kata pakai tudung nampak muka macam alien takde lah pulak. Aku rasa wanita yang pakai tudung ni nampak lagi cantik dan manis. Tak kesah lah nak jadi model pun. Kalo pakai tudung tak salah kan. Sekurang-kurang nya tutup jugak aurat.

Aku selalu tertanya-tanya (tapi tak pernah tanya) ape perasaan diorang bila boleh tunjuk rambut kat orang ramai. Bangga ke dapat tayang rambut yang beralun bak kain sutera. Habis sume benda nak tayang kat orang. Kesian la suami kau nanti. Dapat tengok yang dah tak fresh. Kuang3 kita ni kan orang Islam, kena la tunjuk ape keunikan kita. Keunikan wanita Islam ialah dengan pemakaian tudung. Kalo orang Islam sendiri free hair ape kelebihan nya? Kita pun sama-sama jadi macam orang yang bukan Islam jugak. Takde yang spesel. Dan aku perasan jugak, laki ni dia suka tengok perempuan yang seksi-seksi. Yang tunjuk sana-sini. Yang pakai baju ketat, tayang rambut. Korang nak ke korang ni jadi bahan santapan mata lelaki yang macam tu. Nampak macam murah kan. Bagi orang tengok free je. Mesti korang budget hot kan bila ramai laki-laki hensem duk usha. Tapi sedar lah kamu api neraka akan membuatkan anda rasa lagi hot. Korang tak takot ker nanti dalam neraka rambut yang korang duk tayang dengan bangga nya kena bakar. Sampai mengelegak otak. Nauzubillah. Kalo dengar memang sume tanak buat. Tapi kenapa masih ada yang tak ambik kesah. Nanti engko orang tanggung lah sendiri.

Bayangkan lah kalo seseorang tuh dari kecik sampai ke dewasa dan dah tua duk tayang aurat dia kat orang. Boleh bayang tak betapa banyak dosa kena tanggung *mungkin tak boleh nak bayang, tapi nanti kat akhirat memang nasi dah jadi bubur* nak pakai tudung labuh masa tu pun dah sia-sia. Ada yang cakap tanok jadi hipokrit kalo terpaksa pakai tudung. Tapi sampai bila. Tak kan nak tunggu tua baru nak taubat. Kalo mati accident memang tak sempat taubat. Ajal dan maut di tangan Allah. Bila-bila masa je Allah boleh ambik nyawa kita. Dan aku pernah terbaca kat mane lupe pulak. Sorang perempuan bertanya pada kawan lelaki nya, “kenapa ko suke perempuan free hair?” dan si lelaki dengan slumber nye menjawab “ye lah aku suka sebab kalo aku nak pegang tangan ke, peluk ke depan orang ramai, mesti orang tak kesah. Kalo aku buat macam tu dengan pompuan pakai tudung mesti semua duk tengok”  see boleh tengok tak. Betapa penting nya pemakaian tudung pada seseorang perempuan.

Percaya lah kaum wanita sekalian, anda lebih kelihatan cantik dan manis bila memakai tudung. Sape cakap pakai tudung terhad kan aktiviti harian. model, artis, penyanyi, athlete ramai yang bertudung. Mereka bebas laku kan aktiviti yang mereka nak. Lagi pun banyak style-style tudung yang mengikut perkembangan semasa. Dan yang paling penting menutup aurat. Jangan lah nak jadi kan alasan bertudung nampak tak moden. Tak ikut arus perkembangan semasa.  Perempuan nampak jauh lebih manis jika bertudung. Trust me. hehee

Sorry lah kalo aku membebel panjang. Dan cakap aku ni menyibok jaga tepi kain orang. Sebab aku tanak kaum hawa seagama dengan ku masuk neraka hanya kerana tidak bertudung. So cuba lah fikir sejenak. Anda mampu mengubah nya. Ehh dah macam iklan pulaks. Keh3


p/s: “pakai tudung tak wajib. Tutup aurat yang wajib” Bak kata ustaz Azhar Idrus. Pikir-pikir kan lah. Dan selamat beramal~


ok lah itu je. Byebye. Assalamualaikum.





alololo tomei tomei die pakai tudung




Thursday 9 February 2012

baucer buku

assalamualaikum and hello.

tadi pagi pergi ambik surat sumbangan dari UMNO. dapat sikit je. tapi okay lah dari tak dapat langsung kan. lepas tu rasa nak mengoyakkan menggunakan baucer buku yang tersimpan lama dalam spender purse. terus teringat nak pergi Jaafar Rawas. ini bukan nama orang pakistan ya kawan-kawan. ni nama kedai buku. sape warga kota bharu yang tak kenal tempat ni sila lah pindah ke gua musang -.- 

kat sini banyak buku-buku agama dijual. buku untuk muhasabah diri, buku motivasi semua ada lah. tapi buku LAW je takde kat sini. dan yang best nye kat sini boleh guna baucer buku RM200 tuh. aku memang duk target nak beli buku agama seketul dua guna baucer nih. dari aku guna baucer ni untuk beli novel cintan cintun baik aku guna beli buku yang ade pekdah *sape-sape yang terasa sila lah angkat ketiak* dan yang paling best ada orang cakap kalau baucer yang kita guna tuh lebih, dia akan bayar balik cucur baki dengan duit. tak konfem lah yang ni. sebab aku tak tanye. beli pulaks cukup-cukup. aku guna sekeping je baucer aka 50 hengget. sebenar nye ade lebih lah jugak baucer 50 hengget aku tuh. aku duk aim nak beli jus tok guru dengan baucer tuh. keh3 tapi tak tau lah boleh ke idok beli makanan guna baucer. hehee

duk tawaf kedai tuh sampai dua,tiga round last-last aku ambik lah jugak 2 ketul buku. rasa hina pulak kalau keluar bogel tangan kosong. satu buku tuh aku amik pasal berfikiran positif. ye lah nak jugak rasa fikir positif. asyik fikir kuning negatif jer. satu lagi pasal dajjal. aku pun tak tau nape aku terpikat nak amik buku ni. banyak-banyak buku, buku nih jugak aku amik. kalo fikir rasa macam peliks je. tapi rasa macam dajjal dalam buku tuh panggil aku. (arghhhh mengarut!) sebenar nye saje je aku nak tau pasal dajjal ni. maklum lah dunia sekarang, dunia akhir zaman. banyak yang kita perlu tau pasal dunia akhir zaman neh. dua buku neh harga dia RM42. kalau nak guna duit memang aku pikir 10 kali. tapi dah ada baucer, time ni lah nak guna. masa nak bayar guna baucer tuh rasa sedih jugak. rasa macam keluarkan duit aje. dah kurang dah baucer i satu :'( *over you* 




jom positif kan minda anda!




ini lah dajjal!




p/s: bawak baucer buku ni pergi restoran agak-agak kena makan selipar tak?? wawawa *tak lawak* -.-


okay lah itu je. byebye.assalamualaikum.



Tuesday 7 February 2012

aktiviti sihat

assalamualaikum and hello.

sejak duk rumah hampir sebulan ni. aku rasa makin banyak pulak kurap lemak-lemak tepu hinggap kat badan. sehingga rasa malu nak keluar rumah *over you* so aku pun mengambil inisiatif nak pergi karoke joging. tempat yang selalu aku joging tak lain tak bukan dekat HUSM. entah lah aku lebih prefer joging kat sini. rasa aman gitew. kalau nak joging dekat Taman Tengku Anis rasa macam tak best pulak. orang asyik duk usha *tipu* haha sebenar nye taman tu jauh dengan rumah ku. plus tak suka pemandangan mata yang menyakitkan hati. banyak tengok couple jer joging kat situ. nak pergi berdating ke joging??! (emo pulak) macam eye sore jugak lah tengok. baik aku joging kat HUSM tengok makcik pakcik joging macam comel pulak. keh3

tambahan pulak, HUSM baru je upgrade diorang punye kawasan joging untuk keselesaan bersama.so aku pun tak lepaskan peluang lah nak rosakkan guna facilities yang ade. gelangang futsal, gelangang tenis, bola keranjang semua ada lah. kecuali reban ayam je takde. wawawa *tak lawak* -.- best jugak sekali sekala joging dapat keluar kan haba peluh. ditambah pulak dengan vitamin D secara free. cuaca memang panas terikk. tapi takpe. panas pagi consider lagi. muka ku dah macam kena bara secara live gitew. okay lah tuh. kira ada jugak aktiviti sihat. daripada aku duk berkelubung dalam selimut pagi-pagi buta, baik aku pergi joging kan. dapat jugak pekdah nye. dalam aku duk joging tuh sempat jugak lah snap sekeping dua gambar untuk tontonan bersama. (even takde pun yang nak tengok) keh3





memperkenal kan kompleks sukan HUSM




ini bukan tempat mainan, ini tempat sihat kan badan


balik rumah terus timbang. tapi hampa berat tak turun. okay fineee -.- (baru je pergi joging sekali dah kecoh pasal berat, memang tak kan turun lah woi)


okay lah itu aje buat masa ni. byebye. assalamualaikum.


Sunday 5 February 2012

bosan.bosan


Assalamualaikum and hello.

Dah lame rase tak tulis something. Tak tau ape nak tulis dalam belog ni. Boring lah. Nothing interesting happen. Asyik benda yang sama. Makan, tidor, bukak laptop, kemas rumah (kalau rajin). Patot kah aku tulis dalam belog ni, hari ini benda biasa berlaku takde yang menarik. Esok pulak tulis, benda sama berlaku macam semalam jugak. Lusa pulak cakap, as usual. Arghh boring. Takde life kan? Nak kuar jenjalan rasa malas pulak nak iron baju, tukar baju dan yang paling malas nak kena drive sendiri. harus lah aku yang jadi driver kepada family ku. Zzz sebab tu ends with tersadai dekat rumah. Tapi heaven jugakk. Hidup kat rumah best. Peacefully. Tidak sesibuk life di kampus.


Takde benda faedah pun nak cakap. But semalam aku ade tengok satu citer ni. From Thailand. Aku taktau nape aku suka tengok citer thai. The best horror movies are from Thailand. Hehe citer hantu dia bikin gua takot pergi tandas malam-malam. Last-last bangun pagi rasa macam sikit lagi nak terkucil. *sadis gila* tapi yang aku tengok ni bukan horror. Ia lebih ke arah komedi tak silap aku. Tapi aku tak jugak gelak. Urat gelak aku berhenti berfungsi kot malam tu. Citer tu kalo nak bagi rating good-good aje. Okay lah kalo nak layan boring yang tahap maxsima ni. Tapi ade satu part ni. Dialogue dia bagi aku macam bermakna jugak lah.


Ini part of the dialogue selepas di translate:



Kalau rapat mesti selalu jumpakah? Saya selalu tengok muka awak, kita tak rapat pun.


Betol. Betol. Betol. Memang aku setuju sangat dengan ayat tu. Kalau kita rapat dengan sesorang, even dah lama tak jumpa kita still akan rasa keakraban. Bila jumpa pun kita still rasa sama macam kita mula-mula kenal. Still tak kan rasa kekok bila bersama. And tak semestinya orang yang kita rapat tu mesti kena jumpa doploh pat jam. Jumpa sekali sekali tu yang lebih bermakna. Kita akan lebih menghargai masa yang dihabiskan bersama si dia. Hehe and vice versa. Kalo kita jumpa dengan seseorang tu tiap-tiap hari tapi tak rasa rapat pun tak guna jugak. Still rasa macam dia tu orang luar. Tak boleh nak mesra. Rasa awkward je even tiap-tiap hari tengok muka yang sama. Sama je lah macam tak jumpa. Boleh nampak tak perbezaan nye?? Hehehe

Okay lah itu aje. Takde benda nak ngobrol. Bye. Assalamualaikum.

Thursday 2 February 2012

berlagak sana sini


Ape pendapat anda bila anda terpaksa berdepan dengan situasi yang bikin annoying seperti di bawah:

Situasi 1:

Si A: eh cantik nye spek awak ni. Brape power spek ni?
Si B: ade la dalam 1000. *muka poyoss gila*
Si A: wahh power 1000? Biar betol. Tak sangka awak pakai spek power tinggi.
Si B: eh awak tanye power ke. Ingat harga. *senyum kerek*
Si A: erkk?? -.-

*Bongoks kan. Budget orang nak tanye sangat harga spek kau. Dah terang-terang tanye power spek la samdol. Ke kau ni pekak? Ahh memang dah dasar nak menunjuk memang cenggitu* keh3


Situasi 2:

Adik manis: wahh awak pergi Singapore? Best nye. Nak pergi jugak. *muka excited*
Awek cun: aah memang best. Nak pergi sana kena ade paling kurang RM1000..  kalau tak jangan harap boleh pergi *dengan muka selamber*
Adik manis: *dalam hati cakap berlagak siot minah ni*

*nak cakap kau sorang je lah kan de bulu duit manyak. Okay fine aku tau aku takde duit. Aku tak kerja lagi. Tak mampu nak kumpul duit macam engko*


Situasi 3:

Upload ribu raban gambar yang di snap bersama artis dalam facebook. Then letak caption ‘tak sangka die masih ingat i. terharu nye i. ‘ lepas tu letak jugak gambar dengan orang terkenal/terkemuka dengan harapan ade ramai orang nak komen kat gambar ‘wahh untung nye awak dapat bergambar dengan die’

*arghh tak heran.baik aku amik gambar ngan Ustaz Azhar Idrus lebih bagusss. Keh3*


Tiada sebarang unsur  jeles mahupun iri hati tentang situasi diatas. Cuma rasa meluat jugak bila orang selalu menunjuk or berlagak. Budget die je bagus. Jangan lah nak dabik dada sangat. Nanti jatuh longkang kan susah. Time tu aku hanya mampu tengok je. Paling sadis aku gelak kan kau. Keh3 Dialog di atas sudah pun di ubah suai untuk keselesaan pembaca. Tiada unsur jenayah ditokok tambah. Untuk iktibar kita bersama.

Okay lah itu saje. Byebye. Assalamualaikum.