Sunday 22 July 2012

the bond


assalamualaikum and hello.

I really really miss my sister. She is the only younger sister I have. We share story, we fight, we eat, we scream, we make jokes. Lot of stuff we did together. But now shes gone. pursue her studies. For the first time I knew that she gonna further her studies far away from hometown I cried. You know the feeling when someone who always be with us suddenly ‘disappeared’. it’s a shame when I cried just becoz of this. Some people might say ‘she only pursue her studies. Not ran away from home’ yah its really true but I even didn’t realize my tears would burst out when hearing bout the news.

Shes 17 now. But yet she still looks like a girl from standard six. She is very childish. Not like the other girl who had same age with her. Shes really innocent and not matured at all. But that’s make her more special.  Everyone got worried when shes gonna leave home and live in another place which is 100miles away from home. But whether we like it or not she still going. Its not like we want to ‘keep’ her forever. Like my parent said ‘let her know the world’ yah my parent said that. But I know they only said to ease their feeling. Deep in their heart they still worried.

She has the same habit with me. Shes not only my sister but more likely as my best friend. We always imagine something funny and end up laughing crazily. And if we found or see something ‘weird’, we will touch each other and make eye contact. Hahaa that was our secret signal. No one knows bout this signal. I can tell her anything. We shared lot of stories. Even sometimes she acts as my diary. I can tell her bout my problems. And so do her. We keep telling each other stories that cannot be shared with other people.

It’s about 2 months since she leave home. I feel lonely. If im sad no one will hear my problem. I cannot complain to anyone. No one accompany me sleep. I cant tell story anymore. Every night we will call her. Asking bout her studies, what she eats. Common questions. Sometimes she ask me childish question like ‘do I need to read this? Do I need to give it to them? Do I need to write it?’ its like she still cannot make her own decision. Sometimes I feel worry bout her. She is tooo kind. I don’t want someone take advantage on her kindness. I hope she will get good friends. And I always pray for her health and studies.

Do come back quickly. I miss you :’)

Yours truly sister.

 p/s: please ignore my bad English. My English suck.

(biasa lah anak melayu makan sambal belacan dan budu!)

BTW HAPPY RAMADAN.

Okbye.

Wednesday 18 July 2012

bilik ku~

assalamualaikum and hello.

hari ni rasa tetiba pulak rajin nak meng-upload gambar bilik ku. bukan bilik kat rumah ye. tapi bilik kat asrama nun di terengganu :P kan hari tuh aku ade janji nak tunjuk gambar bilik aku tuh. tak tau la sama ada perasan ke tak. tak perasan pun takpe. aku nak letak jugak. hahaha *memang tak malu* 

malas la aku nak cakap banyak-banyak. lets the pictures talk. (ehh padahal nye semua gambar akan aku letak jugak caption) bahaha 




taraaa! ini lah pondok buruk bilik ku selama setahun. ape pun bilik neh banyak kenangan :') yang kanan tuh katil aku. kat luar pulak ade balkoni. boleh nak feeling tinggal kat condo -.- (time neh semua barang sudah siap dikemas untuk pulang)





close up sikit katil aku neh hee





neh pulak meja study aku. buku tak pernah tersusun dengan rapi 


dan yang paling aku pelik. setiap kali nak balik cuti sem barang mesti banyak. aku pun tak sedar kenape lah boleh jadi sedemikian ghupe. bawak lah beg sekecik mane skali pun. time cuti sem mesti jadi beg mekah jugak. heran aku. hahaha kat bawah neh membuktikan barang-barang milik aku dah beranak pinak -.-


evidence 1





evidence 2





yang ni pulak bunga pakwe aku bagi. romantik youu. auww. TIPU jeh sebenar nye. ni cousin aku yang bagi. biase lah die memang minat bab-bab membunge kan diri neh. untong laa aku tak convo lagi dah dapat munge. hee

p/s: maaf la gambor macam nak tak nak je amik. guna henpon cikai memang gitu kualiti nye -.-

okay lah itu aje nak share. byebye.

Tuesday 17 July 2012

api terbang~

Assalamualaikum and hello.


Hye belog. Dah lame tak bukak kan. Bukan ape tadek benda nak ngobrol. Tak kan lah aku pi toilet pun nak tulis dalam belog jugekk -.- lagi pun aku malas nak bukak internet. Baik aku layan movie ke drama ke lagi baik. Hihi bosan jugak kan asyik duk rumah jer. Tak keluor gi memane pun. Paling jauh g bandor. Tuh pun bukan nye best. Tempat same je pegik. Bosan berganda jugak. Lagi pun aku malas nak keluor jugak sebab kaki aku terseliuh. Sebab?? Aah tanak bagitau sebab coz aku rasa memalukan je sebab die. Kuakua. Tapi nak bagitau jugak la. Aku terseliuh sebab tidur buas. Korang caye tak? Hahaha kalo dengar macam kelakor je. Tapi tu lah aku pun tanak caye. Tapi terpaksa dah memang jadi kat aku. Bangun je dari tidor terus sakit kaki. Buas bebeno tidor. Cuba teka aku mimpi apa? Jeng jeng jeng *senyum gedik*

Heh ape aku melalut neh? Ntah aku pun tak tau. Ni sebab takde modal je nak tulis ape. Pernah ke aku ade modal? Slalu tadekkk -.- tapi tadi aku ade la duk searching-searching kat google. Pastu terjumpa pulak pasal TAMAN KELIP-KELIP ni. Cantikk gilaaa. Teringin sangat naak pergi. Cahaya yang hanya diterangi dengan lampu dari kelip-kelip atau nama omputih nya fireflies. Comel gila kot tengok. Mesti romantik kalo dapat pergi dengan pasangan. Yang sudah berkahwin je okay. Yang duk bercintan tak payah la nak menggatal pergi. Best nya kalo aku dapat pergi. Tak semesti pergi ngan pasangan. Family pun bolehh. Lagi meriah ape.

Cuba bayang kan duduk kat taman kelip-kelip sambil makan keropok cap udang menikmati cahaya kelip-kelip. Duduk pulak di atas padang rumput yang menghijau yang diterangi cahaya bulan. Ade pulak lagu yang jiwang-jiwang sikit. Woah layan habis. Best nyaaaa! Heh over nye aku. Rasa terlebih esaited pulaks. Tuh baru je imagine. Tak pergi lagi. Biasa lah tuh aku memang suka imagine lebih-lebih. Kiki


Waaa nak pergi. Ade sesapa nak teman aku pergi tak? Tapi aku nak pegik ngan somi family aku la opkos. Hihihi





cantik kan bila malam-malam camnih >.<





bila dah banyak sangat boleh buat lampu wehh





wat balik letak dalam jar pun okay gak. boleh guna time black out. hee




okay lah itu je nak cakap. byebye. adios~

Sunday 8 July 2012

pengalaman baru

Assalamualaikum and hello.


Bosan lah takde benda baru nak citer. Tapi aku nak citer pengalaman first aku masa pergi sekolah Henry Gurney. Macam cool kan dengar. Sebenar nye tak. Seseorang yang nak datang melawat sini perlu ada daya tahan mental yang kuat. Maklum lah budak-budak kat Henry Gurney melakukan jenayah sama seperti penjenayah dewasa yang lain seperti rompak, samun, rogol, ambik dadah dan macam-macam kegiatan sosial lagi.

For me this is the one unforgettable experience yang aku dapat sepanjang hidup. Sebab bukan senang nak jumpa diorang and dapat borak secara face to face. Meh la aku citer sikit mukadimah lawatan ni. Lawatan ke?? It is more kepada program bakti siswa sebenar nye. Hee sebenarnye program ni disaran kan di bawah committee yang aku masuk. Dan aku sebagai salah seorang committee member memang bertanggungjawab 100% dalam menjayakan program ni. Rasa agak terbeban sebab jumlah committee member hanya 5 orang. Tapi kteorang sangup menyahut cabaran besar. Dan bayangkan semua committee member kteorang perempuan. Tough kan? Heheehe Nasib baik ramai jugak kawan yang sudi tolong dalam menyiapkan persiapan pergi sane. *thank you so much*  (poyo je) hahha

Semua benda harus disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Daripada mula membuat proposal, beli makan minum untuk para peserta, uruskan tempat tinggal, siapkan hamper. memang pada mula nya agak stress. Banyak gila cabaran kami kena tempuh. Dengan masalah peserta la, tempat tinggal la. Penat eden. Tapi Alhamdulillah kami berjaya selesaikan. Budget macam buat projek mega besar-besaran je kan? Haha tapi memang pun. Sebab this is our first time program yang memang kami semua kena handle.

Bertolak pergi Melaka dalam 10 malam. Actually rancang nak bertolak lebih awal. Tapi disebabkan ade ganguan terpaksa lah bertolak lewat sikit. Pakcik driver bus memang bawak bus laju gilaa. Rasa jantung berhenti kejap 30saat. Memang tak dapat lena tidur pun malam tu. Bayang kan semua beg, hamper yang duk kat atas bus tu boleh bertukar tempat dari seat belakang ke depan. Pastu semua barang-barang main gelongsor pulak ke depan and ke belakang. Sabar je la kan. Tapi nak tak nak kteorang kena jugek paksa mata tidur. Coz esok seawal 9 pagi dah memang kena bertolak pergi sekolah Henry Gurney.

Ehhh banyak pulak aku citer mukadimah die. Main point nye tak masuk lagi. Okay lah dipendek kan cerita kami sampai lewat sikit. Tapi okay lah still boleh catch up kteorang punya schedule. Eh sebelum tu nak citer sikit lagi. Hee kteorang dah tetap kan beberapa game dengan diorang. Game ni semua memang berkaitan dengan diorang. Pasal self esteem diorang. Dan banyak lagi la. Time nak buat hamper pulak. Memang sangat strict. Air kotak tak boleh ada straw. Dan tak boleh bagi minum air bikarbonat. Banyak lah pantang larang. Kalah orang beranak dalam pantang. huhu Setiap kumpulan akan ada 2 orang fasilitator and 4,5 orang pelajar henry gurney. Sebenar nye aku tak payah join pun group-group ni. Sebab tu macam poyo lebih je. Bila kengkawan cakap takot la nak jumpa dengan diorang. Aku cakap rilekk aa. Takde pape pun. Takyah nak takot sangat la. Sekali aku pun kena join jugak group ni disebabkan ahli peserta tak cukup. Memang nevess nak mati la. Muka pucat lesi. Sebab tengok diorang sume muka ganas. Kepala botak pastu semua pakai baju putih. Seluar putih. Arghhh seram aku. Duk tengok-tengok orang macam nak telan je. (ni la first impression aku)

Dah la aku orang first yang kena bagi cup untuk diorang untuk menentukan group. Hampeh tul. Semua duk tolak aku suh bagi cup tu kat diorang. Sabar jela. Aku pun dengan muka poyo habis and wat macam takde pape pass la cup tu kat diorang. Then kteorang pun duduk dalam group. First sesi kteorang kena buat pengenalan. Pastu aku memperkenal la diri aku. Cakap umor 23. Tak ley blah. Sebab warden kat situ cakap kalau boleh yang muda jangan reveal umor sebenar. Takot nanti kena ngorat.hahaha takdelah takot diorang tak hormat je.

Group aku lak semua dalam lingkungan 19 hingga 17 tak silap. Kira macam aku ni noona jugak lah. Hehee so diorang start lah introducekan diri. Lepas tu ade sorang pelajar yang duk sebelah aku tu. Tak boleh cakap nama. (sebenar nye dah lupa) haha die perkenalkan diri die, then cakap die dimasukkan kat sini sebab kesalahan di bawah akta ape tah. Arghh aku lupa akta ape. Tapi first memang aku tak tau sebenarnye akta tu. Sekali die cakap MEROGOL. Cuakk gilaa aku. Dah la duk sebelah die. Muka aku memang berubah gila. Sambil senyum anguk-anguk depan die aku tengok kawan aku. Nak rasa secure sikit. Huahua yang lain kes jual dadah, mencuri. Sorang lagi aku kurang pasti. Tak dapat selongkar identity die. Sebab die ni senyap sikit. Tak macam yang lain sibukk je nak cakap. Hahaha

Memang semua permainan kteorang main best jugak lah. Antara nye rumah impian. Kelakar gila main game ni. Dengan menggunakan kertas. Marker pen, paper cup kteorang kena buat rumah yang diorang impikan. Time ni diorang mula lah buat kolam, pagar, lukis pokok, bunga. Aku tengok duk ketawa je coz mereka semua nampak ganas. Tapi bila bab bina rumah jambu habis. Lukis macam-macam. Ni lah dikatakan dalam hati ada taman. Hahha pastu part kteorang kena nyanyian lagu ramai-ramai. Semngat gila diorang nyanyi. Biasa lah dah lama tak dapat nyanyi camtu. Bila aku bagi mic kat diorang memang tak nak lepas. Haha


Memang banyak gila game best kteorang main. Tapi part yang paling menyentuh perasaan masa sesi hati ke hati. Dalam sesi ni diorang semua diberi satu kertas. Diorang boleh luahkan perasaan diorang dalam kertas tu. Memang panjang gila aku nampak diorang tulis. And satu lagi setiap sesi semua orang akan diberi gula-gula. Diorang makan punya lah banyak. Macam makan nasi. Aku tengok memang kesian. Macam dah lama diorang tak makan benda-benda macam ni. Banyak lagi sebenar nye tapi aku malas nak tulis. Hahaa

Terus kepada ending lah ye? Haha ending tak gempak. Tapi takpe aku memang happy plus terharu. Majority group dapat hamper. and time diorang dapat hamper ni memang aku terharu. Diorang gembira gila. Siap peluk lagi hamper tu.tak nak lepas. and diorang siap cakap lagi kat aku “akak tak nak ke hamper ni” dengan muka happy gila. Aku cakap takpe tak nak pun. Korang ambik lah. Diorang siap suh sign lagi kat hamper. rasa famous kejap. Haha tapi memang terharu. Nak nangis time tu. Last diorang beratur nak balik semua cakap “terima kasih abang, kakak fasi” arghh nak nangis. Emo betol aku time tu. *THE END*
And time balik homestay kteorang sume berkumpul baca luahan perasaan diorang. Semua memang sebak. Mata merah nangis laju-laju. Luahan diorang memang sangat menyayat hati. Sorry aku lupa nak ambik gambar beberapa kertas luahan tu. Silly me -.- but diantara luahan tu:

“jangan anggap semua yang masuk sini budak jahat, saya terpedaya dengan kawan-kawan” 
                                              
 “mak, adik rindu mak. Selamat hari ibu mak. Adik janji lepas keluar adik akan jaga mak”  
                                                                 
 “saya rindu family saya. Saya menyesal buat benda ni. Saya janji tak kan buat lagi”                                                            


“di sini saya banyak belajar benda baru. Saya insaf. Pengalaman disini tak kan saya lupakan”                                            


 “hidup kat sini susah, saya janji tak kan buat lagi benda jahat macam ni”



And banyak lagi sebenarnye. Tapi sampai disini je aku boleh kongsi. Jarang sekali pengalaman macam ni kita dapat. Memang aku tak kan lupa. Dapat dijadikan tauladan dan pengajaran. One of my memorable experience. 



hamper yang berjaya disiapkan atas sumbangan kengkawan
gambar ni je yang boleh diitunjuk hasil ditag di fb >.<



p/s:
1)      sorry gambar takde. Kat sini memang strict gambar tak boleh ambik. Even handphone kteorang tak boleh bawak masuk.
2)      Aku syak yang dijatuhkan atas kesalahan merogol disebabkan partner nye bawah umor. Even suka sama suka pun akan dianggap merogol.
3)      Banyak sebenarnye nak citer. Tapi dah panjang sangat dah. Soo sampai disini saje.

Okay lah itu je nak kongsi. Byebye.





Wednesday 4 July 2012

RM

Assalamualaikum and hello.

Currently sangat addicted tengok RUNNING MAN. Rasa sangat loser pulak bila orang lain dah tengok sampai beratus episod. Tapi aku tak sampai pun 50 episod lagi. Double loser. Sebenarnye tak nak tengok sangat pun variety show ni. Time kat asrama kengkawan aku kecoh sangat nak sedot pendrive sesama diorang semata-mata nak tengok show ni. Tapi aku rilekk je cungkil gigi goyang kaki. Malas nak ambik port sangat sebab tak minat. Aku memang tak suke tengok benda yang memakan masa sampai berjam-jam.

TAPI disebabkan dalam hard disk ni ade episode RM sampai beratus-ratus. Tiba-tiba rasa berminat pulak. Kate takde aktiviti. Harus lah layan segala jenis cerita yang ada dalam hard disk ni. Takde lah lengkap semua episod tapi cukup lah sekadar nak memenuhkan aktiviti harian aku. Tengok hari-hari memang boleh addicted. Sebabnye diorang sangat KELAKAR okay. First tengok biase aje. Good-good je. Tapi lama-lama boleh bikin aku gelak macam kena histeria. Diorang punya gelagat bikin perut gua sakit. Tengok show ni serius boleh hilang kan stress. Memang gelak gila gua cakap.

Tambah pulak setiap race diorang berbeza. Macam explorace pun ada. Dah kate running man. Harus lah berlari -.- aku memang suka tengok show yang ala-ala explorace. even aku ni seorang yang loser kalau nak berlari. Jogging satu round keliling sekolah pun dah semput. Bukan takat satu round suku je kott -.- diorang punye guests pun berlainan setiap episod. So takde lah boring sangat sebab guests die selalu bertukar-tukar.

Part yang paling aku suka bila geng-geng RM ni kena cari guests diorang. And dalam masa yang sama guests ni boleh singkirkan geng RM menggunakan running ball. Ehh tak perlu lah aku nak explain lebih-lebih. Baru tengok sikit dah kecoh. Orang lain tengok episod beratus-ratus takde pun nak bagitau. Pathetic me -.- ni lah bile dah excited sangat semua benda nak kasi tau. Heeee teringin sangat nak main macam RM. Jadi guests pastu singkirkan semua orang. Haha takde keje betoi hang ni.  TAPI MEMANG TAK LAH KAN. BERANGAN BOLEH LA. Kalo main camtu kat korea semua orang suka tapi kalo buat macam ni kat Malaysia aku rase orang duk kutok ade la.









okay lah itu aje nak ngomong.

byebye.