Friday 15 March 2013

im homee

hello peeps. im homiee. im homee. 

motip nak bagitau semua orang kau balik kampung? sajee nak kasik jeles sapa yang dah lama tak balik rumah. kejam tak? even just 2 days aku kat rumah. its worthh okay. nothingg is more good when umi gorengkan my favorite jemput ubi masa kecik and then siap panggil makan lagi. exclusive kau. kau hado? hehee

saja rasa nak balik walau terpaksa ponteng kokurikulum esok. sorry sir. bukan taknak pergi, tapi rumah saya is much more better than going to koko early in the morning. but if sir tanya kenapa tak hadir. memang tak lah aku nak guna ayat tadi. mau dia pukul aku dengan raket tenis tuh. memang aku determined sangat nak balik minggu ni. becos i got lot of works to do next two weeks. minggu depan kena attend kenduri. ada dua kenduri pulak tuh. tak pergi kang macam tak memberi support pulok. next two weeks ada dinner faculty. so memang tak boleh pulang lah kan.

currently aku dah jinak kan diri nak membaca buku law tebal gedebak tuh. sebelum ni memang takde nafsu nak bukak. bukak time ada quiz and tutorial je. kalau tak, mau bersawang buku-buku aku tuh. dulu aku baca buku sebab nak dapat A dalam exam. baca buku sebab nak masuk final je. tapi sekarang bila aku fikir balik, kita belajar sebab nak masuk exam, sebab nak grad dengan jayanya tak kan kemana. ilmu yang kita belajar tuh akan hilang camtu je. kenapa tak kita menimba ilmu untuk kegunaan masa hadapan. bila kita belajar dengan niat nak tuntut ilmu, insyaallah ilmu yang kita dapat tuh akan berkekalan sampai bila-bila. 

sekarang ni aku sedang berusaha keras menukar pemikiran aku belajar hanya sekadar nak masuk exam. aku nak sangat ilmu-ilmu yang aku dah pelajari dan bakal pelajari kekal sampai bila-bila. dan yang lebih baik ilmu ini disebar kepada orang lain. tak rugi kalau kita belajar benda baru. insyaallah berguna pada masa hadapan dan boleh dipraktikkan bila perlu. bila kita niat belajar untuk menuntut ilmu, tendency untuk kita memahami ilmu tuh lebih tinggi. dan sebaliknya jika kita belajar semata-mata nak masuk exam, kita akan lebih cenderung untuk memorize benda-benda dalam buku tuh. and lepas habis exam, we end up with nothing. benda yang dibelajar entah ke mana, ilmu pun hilang macam tuh je. so jangan terlalu mengejar pointer or whatsoeva. takut nanti cgpa cemerlang tapi bila dah grad lupa habis apa yang dipelajari. ambik lah faedah dan pengajaran dari ilmu yang kita pelajari.

okay lah itu je. byebye.

p/s: sekadar renungan untuk diri sendiri, semoga aku boleh mengubah mind set aku dan jugak kawan yang lain. bak kata pepatah "tuntut lah ilmu sehingga ke negeri Cina" :P

Friday 1 March 2013

another boring day

assalamualaikum. hello march!

sedar tak sedar dah masuk bulan tiga. macam kejap je kan masa berlalu. tengok-tengok esok lusa dah nak kawin. *eh gedik* muahaha abaikan kegedikan temporary itu. setiap hari Jumaat mesti datang satu perasaan yang tak tahu nak describe macam mana. boring pun ada. malas pun ada. letih pun ada. semua perasaan tunggang terbalik konklusi nya. bercampur baur bagai susu dengan milo. eh ape kaitan pun tak tau. bila asignments takde lagi memang lah tak rasa kan. nanti dah ade discussion bagai mau nangis haku. dah tak boleh ada perasaan macam ni. aku pun tertanya-tanya apa lah kengkawan kelas tengah buat sekarang. tidor ke, layan movie ke. or tengah study. kalau yang tengah study memang aku berani potong sayur la. petang macam ni tengah study? memang gempak wei. 

aku rasa hidup aku ni tak kan pernah muncul kamus study hard. entah lah bukan aku tak nak try study bila waktu free. tapi badan aku ni allergic. tak boleh terima reaction dari sebarang buku-buku ilmiah. mula lah gelisah tak tentu hala macam kena santau. mungkin terlalu banyak syaitan yang bergayut dekat mata ni. tapi bila time final boleh aje mengadap buku tebal gedabak. boleh je nak hadam semua. ni kata benda yang baik ni kena buat secara terpaksa. bila dah selalu buat, lama-lama akan jatuh cinta lah kan. iye ke eh? itu teori aku lah. orang lain aku tak tau.

nafsu study tak pernah datang. tapi bila time nafsu makan membuak-buak nauzubillah. teruk sangat. makan macam untuk 5 orang. 10 orang macam hover pulak kau. seriusly aku boleh makan 5 different foods at the same time. tapi dalam amount yang sikit lah. but still bila sikit dah campur total nya still banyakk kan. wuhuhu sedih dengan diri sendiri. azam nak diet memang ada. tapi nak laksana tuh macam susah sangat. macam langit dengan bumi. jauh sangat wei. tak nak diet takpe, tapi makan kena kawal. aku ni kes tanak diet tapi makan nauzubillah banyakk. acano ni ha? 

hari ini pun dah macam-macam selamat masuk dalam esophagus ni ha. pagi-pagi lagi mengidam nak makan popia pisang coklat. semangat tau pergi beli barang-barang nak buat. sebelum tuh dah pekena nasi minyak. and petang nya pulak makan mee kuah. belum masuk malam. entah apa pulak yang bakal masuk dalam perut malam ini. how im suppose to burn all these calories? memang tak ter burn lah wei. hajat di hati mau berkebun. jangan pandang sebelah mata. aku punya minat berkebun selain baking. cuma minat je lah. berkebun tuh jarang sekali. muahaha. tapi bila dah ada masa terluang apa salah nya. 
salah satu my dream, aku  nak punya garden yang dipenuhi flowers and fruits too. insyallah kalau ada rezeki in future aku nak bukak bakery and nak ade garden sendiri. itu dream sampingan sebenarnya. bila fikir banyak sangat benda aku nak buat in future. *arghh dah start berangan* heheee :p

motip aku tulis benda-benda ni bagai sebab aku boring. nothing to do hari Jumaat. selalu orang akan cakap Thanks God its Friday. but for me its a boring day. takde benda sangat kan nak buat. so mari lah kengkawan kita isi masa lapang dengan benda pekdah. *pakai topi kebun sambil pegang cangkul* nak pergi jenjalan tapi tak tahu ape tempat menarik di terengganu ni. Mydin and Giant ade lah. tuh pun berduyun-duyun warga terengganu pergi. masjid kristal? dah kali ke berapa pergi. but still amazed dengan masjid itu. tapi tak nak lah pergi. biar tourist je yang pergi. baru tak jem. hehe

esok baru busy sedikit. ada kokurikulum tenis. saja ambik benda yang tak pernah belajar sebelum ni. hope boleh belajar benda baru. and luckily hari isnin cuti. soo yay another free day. 

okay lah itu sahaja. bye peeps.