Sunday 5 February 2012

bosan.bosan


Assalamualaikum and hello.

Dah lame rase tak tulis something. Tak tau ape nak tulis dalam belog ni. Boring lah. Nothing interesting happen. Asyik benda yang sama. Makan, tidor, bukak laptop, kemas rumah (kalau rajin). Patot kah aku tulis dalam belog ni, hari ini benda biasa berlaku takde yang menarik. Esok pulak tulis, benda sama berlaku macam semalam jugak. Lusa pulak cakap, as usual. Arghh boring. Takde life kan? Nak kuar jenjalan rasa malas pulak nak iron baju, tukar baju dan yang paling malas nak kena drive sendiri. harus lah aku yang jadi driver kepada family ku. Zzz sebab tu ends with tersadai dekat rumah. Tapi heaven jugakk. Hidup kat rumah best. Peacefully. Tidak sesibuk life di kampus.


Takde benda faedah pun nak cakap. But semalam aku ade tengok satu citer ni. From Thailand. Aku taktau nape aku suka tengok citer thai. The best horror movies are from Thailand. Hehe citer hantu dia bikin gua takot pergi tandas malam-malam. Last-last bangun pagi rasa macam sikit lagi nak terkucil. *sadis gila* tapi yang aku tengok ni bukan horror. Ia lebih ke arah komedi tak silap aku. Tapi aku tak jugak gelak. Urat gelak aku berhenti berfungsi kot malam tu. Citer tu kalo nak bagi rating good-good aje. Okay lah kalo nak layan boring yang tahap maxsima ni. Tapi ade satu part ni. Dialogue dia bagi aku macam bermakna jugak lah.


Ini part of the dialogue selepas di translate:



Kalau rapat mesti selalu jumpakah? Saya selalu tengok muka awak, kita tak rapat pun.


Betol. Betol. Betol. Memang aku setuju sangat dengan ayat tu. Kalau kita rapat dengan sesorang, even dah lama tak jumpa kita still akan rasa keakraban. Bila jumpa pun kita still rasa sama macam kita mula-mula kenal. Still tak kan rasa kekok bila bersama. And tak semestinya orang yang kita rapat tu mesti kena jumpa doploh pat jam. Jumpa sekali sekali tu yang lebih bermakna. Kita akan lebih menghargai masa yang dihabiskan bersama si dia. Hehe and vice versa. Kalo kita jumpa dengan seseorang tu tiap-tiap hari tapi tak rasa rapat pun tak guna jugak. Still rasa macam dia tu orang luar. Tak boleh nak mesra. Rasa awkward je even tiap-tiap hari tengok muka yang sama. Sama je lah macam tak jumpa. Boleh nampak tak perbezaan nye?? Hehehe

Okay lah itu aje. Takde benda nak ngobrol. Bye. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment