Saturday 28 January 2017

Jalan-jalan lombok

assalamualaikum. Nak update sikit ye. Jari jemari terasa gatal gituu.Nak kongsi trip ke lombok sekejap ye. Tak banyak pun. Just nak list few places wajib pergi bila datang Lombok. Aku ni kalau pergi jenjalan suka pergi tempat yang breathtaking. View yang superb. Tempat-tempat shopping tu kurang sikit. Kurang bukan sebab ape, sebab nya ongkos tak berapa nak penuh. Kalau aku banyak ongkos confirm tempat shopping laju je aku pergi. Kahkah

Tapi buat masa ni memang aku suka pergi tempat view yang best-best aje la. Macam bagi kepuasan dapat tengok alam semulajadi. Sambil tu boleh memuji kebesaran Allah. Ceceyh. Aku more kepada nature view. Macam history view aku sangat lah kureng. Macam contoh jenis-jenis tempat patung lama-lama, kuil ke, macam Angkor Wat tu. Bukan ape aku ni jenis tak suka tempat misteri macam tu. Selalunya tempat history ni banyak misteri nye. Aku kan jenis penakut. Nanti aku bayang yang bukan-bukan. Heheh

So balik kepada cerita asal, aku listkan few places kat Lombok buat pencinta alam sekitar yang nakkan breathtaking view. Sebelum tu aku nak bagitau awal-awal, semua gambar aku letak kat entry ni ambik kat google aje. Malas nak cari gambar-gambar kat phone. Satu lagi kualiti phone tak berapa nak senonoh sikit. So credit to tuan punya gambar kat google.

Benang Kelambu Waterfall

Disebabkan air terjun ni kat dalam hutan, sebelum sampai situ kena naik motor weh. Motor pulak bukan yang jenis lasak untuk aktiviti dalam hutan tu. Maaf la aku tak tahu jenis motor ni nak sebut pun tak ghetii. Tapi yang aku tahu motor ni jenis yang biasa-biasa kita jumpa tepi jalan kat Malaysia lah. Hahaa

Dah lah aku ni lama gilaa tak naik motor. Aku tak expect la perjalanan ke sana begitu mencabar. Masa dah naik motor tuh baru terkejut tengok jalan nye berbukit-bukit. Dengan hujan lagi. Bayangkan jalan tanah takde tar memang berlecak teruk. Yang nak lagi sadis orang bawak motor tuh kecik aje weh. Aku duk terbayang macam mane die mampu gendong gajah aku kat belakang dengan jalan macam naik sampan di lautan bergelora. Nasib baik jugak perempuan. Kalau la laki yang bawak memang aku tobat tak nak naik.

Tapi worth betul la perjalanan 15minit yang horror tu. Bila sampai je terus macam wow cantik nye ayaq terjun nih. Kenape takde kat Malaysia? Terus rekod and bergambar laju-laju macam tak pernah jumpa kamera. Air dia jernih gilaa wehh. Sayang nye aku tak bawak baju lebih so tak leh nak mandi. Just rendam kaki je. Minum and makan jajan sikit. Hilangkan penat lelah. Pastu sambung bergambaq.

Kenapa nama dia Benang Kelambu? Sebab air terjun nya turun macam benang gitu. Nyaman gilaa suasana. Tak tercemar pun. Duduk kat situ menikmati pandangan dalam sejam jugak. Sebab nya nak boleh sampai situ kau kena tahan kencing sebab takut duduk atas motor. Kahkah satu lagi bila dah sampai situ kena turun anak tangga dalam 5minit macam tuh.  So duduk la lama-lama ikut suka hati kau. Tapi jangan lebih dari pukul 6. Kalau tak tunggu esok la baru boleh pulang. Kihkih yang penting kena ada stamina kuat. Sebab ni ala-ala hiking jugak nak kena turun naik tangga yang membukit tuh. Aku ni berapa kali pancit kejap berenti. Nafas semput. Haha


macam ni la ghupe air terjun tuh. rasa nak mandi shower semula jadi sila datang sini bawak baju lebih :p


Bukit Seger

Aku rasa seger ni segar dalam bahasa Malaysia. Cuma slang indo die bunyi segerrr. Comel pulak nak nyebut nye. Hahaha Ni dah nama nye bukit ofcourse la kau kena memanjat kan. Mula nak panjat aku macam serius laa takde tempat lain ke kau nak bawak. Dalam hati je la mengomel. Kaki turut panjat jugak. Dah la aku pakai flat je time tuh. Nasib la bila sampai tengok tapak kasut ade lagi. Ni pun stamina kena ada kalau tak nangis la kau sorang-sorang kat kaki bukit. Satu lagi kena pandai balance diri. Ni sape yang kurang ketinggian memang untung sebab cepat balance. Kahkah

Bila sampai puncak bukit rasa macam taknak turun. Hahah berbaloi weh. Dapat tengok laut yang crystal clear dari atas, sawah padi. Macam lukisan yang tak boleh digambar dengan kata-kata. Dah la time tu takde orang, rasa macam bukit ni aku punyaa. Angin menderu-deru. Memang bagus layan perasaan. Syiokk asyikk bangett. Ni pun worth jugak. Tak kesah la tapak kasut aku dah haus ke hape janji puas hati akak.


nangis ke tak tengok pemandangan camni? (buat nature lover je lah)


Okay aku taip setakat ni dulu. Nanti sambung lagi. Penat wei taip lau dapat gaji okey la jugak. Hahah

Chaw. 

Friday 6 January 2017

marah bertempat

assalamualaikum.


lamanyaa tak update. last update tahun lepas. selamat tahun baru kawan-kawan. alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini. lama tak terupdate sebabnya aku dalam tempoh adapt kan diri sebagai wanita bekerja. cewahh adapt sangat kau. masih dalam tempoh trial lagi kerja ni. doa kan aku tabah ye. baru start kerja pun dah mintak ditabahkan hati. kahkah bukan ape, aku cuma doa supaya aku tak cepat stress dengan kerja. aku kan jenis manusia yang tak boleh ade kerja tak beres, nanti 24 jam fikir kerja je. workaholic sangat. puii 

tajuk entry tak mula lagi. sibuk membebel benda lain. biasaa la kann. mesti ade mukadimah dulu. tak tahu nak mula macam mana. tapi let me simplified benda ni okay. pernah tak kau nak marah orang bila dia buat something yang kau tak suka? aku mengaku dulu aku macam tu. tapi sekarang aku belajar dari pengalaman. cuba kita duduk situasi orang yang kita marah tu. ape perasaan dia? 

aku bagi contoh. budak-budak dalam tempoh tumbesaran dia mesti suka buat something menyakitkan hati. macam contoh sepahkan barang mainan, kotorkan rumah. mesti mak ayah diaorang akan marah kan? dalam situasi ni, kalau tiap-tiap hari kena marah agak-agak ape yang akan jadi kat budak tu? mesti emosi dan minda dia bercampur. dalam minda dia dah set kalau aku buat benda ni mesti kena marah dengan mak, ayah. budak macam ni kesian, dia hidup dalam ketakutan. dia takut nak cuba sesuatu yang baru sebab dah set dalam kepala nanti mesti kena marah. 

aku tak cakap tak boleh marah. marah sekali dua sebagai peringatan boleh. tapi kalau asyik marah kau ghase? mungkin boleh cakap marah ni boleh sedar supaya tak buat silap benda yang sama. masalah nye tak perlu kot tiap kali buat salah kena marah. benda ni bukannya buat budak tu jadi 'ikut peraturan' tapi makin takut dengan life dia. dia akan kurang keyakinan sebabnya dia akan terfikir kalau aku buat benda ni mungkin orang akan marah. kamon lah kehidupan ni adalah sesuatu proses belajar. tak kemana pun kalau hidup asyik nak marah-marah.

macam aku, benda kena marah ni dah biasa dalam hidup. aku takde lah nak balas dendam tak puas hati ke ape kalau orang nak marah. dah memang kalau ade silap patut lah kena. tapi kalau semata nak marah tak bertempat ni macam tak logik kan. tak boleh ke ajar baik-baik? aku pergi sekolah jugak. boleh paham la ape benda nak diajar tu. aku tak marah, tak sedih aku just pelik. kenapa kau nak kena marah? i cannot brain. bukannya ajar secara baik tak boleh masuk otak pun. jangan cakap aku ni jenis tak boleh kena marah, kena tegur. sebab aku dah faced banyak situasi macam ni dalam hidup. cumanya jenis macam ni je aku tak boleh handle.

lesson learned.

okay tu aje untuk entry kali ni. maaf ler kalau ayat pening tunggang terbalik. dah lama tak menulis kan. kahkah