Sunday 23 April 2017

this would be a private blog soon

assalamualaikum.

mesti terkejut kan tengok tajuk entry. itu pun kalau ada orang baca lah. kahkah okay seperti mana tajuk, dengan ini aku announce belog aku akan jadi private belog. mean public dah tak boleh baca belog ni. mesti ramai stalker aku akan sedih bila baca announcement ni. hahataklawak. 

ade beberapa sebab aku nak private kan belog ni. first skali aku jarang update. nanti peminat-peminat aku sedih bila bukak belog nampak entry yang dua tiga bulan lepas. untuk tidak mengecewakan peminat aku sekalian, aku buat keputusan nak private belog. so takde la diaorang tertunggu. walaupun aku rasa peminat aku cuma imiginary fan. kahkah

secondly sebab aku nak mengutuk dalam belog ni. kira logik jugak la kan sebab aku ni. disebabkan aku sekarang banyak hidup dalam manusia yang 'not in the list to meet in future', aku harap belog aku ni dapat jadikan medium mengutuk secara berhemah. berhemah disini bermaksud aku tak kan kutuk membabi buta. kutuk mesti bersebab kan. so untuk mengelakkan belog aku jadi bahan umpatan and viral di masa hadapan, aku bertekad nak private kan ia.

okay tu jelah alasan kukuh nak privatekan belog. jangan risau aku tak kan private kan untuk selamanya. bila aku dah bersedia nak buat post banyak-banyak nanti aku akan publickan ia. tapii jangan risau, sape-sape yang nak baca belog aku boleh tinggalkan email or whatsoever korang nak bagi supaya aku boleh add sebagai friend dan supaya kamu boleh baca belog aku.

dannn jangan risau lagi. aku tak privatekan sekarang, tempoh berkuat kuasa untuk private kan belog ni bermula satu bulan dari sekarang. so sesiapa nak stalk aku punya belog boleh lah berbuat demikian. (berkata tuan punya belog pada diri sendiri)

bye belog. i will miss my public/silent readers :')

Thursday 13 April 2017

Dedikasi buat umi dan abah

assalamualaikum.

I know this is kinda random post. Tapi nak jugak buat. Tiba-tiba hati jadi emosi bila fikir pengorbanan mak ayah. Biasalah words can simply describe your emotion. Bila nak cakap direct mungkin tak terluah. Mungkin sebab malu, mungkin sebab ego. Budget macam hati kental, sebenarnya dengar pasal mak ayah pun dah sebak.

Kalau aku nak list pengorbanan umi dan abah rasanya tak mampu aku senarai. Dari sekecil-kecil perkara hingga seberat-berat masalah. Semua benda aku bergantung harap dengan mereka. Pengorbanan ni merangkumi banyak segi. Pengorbanan segi kewangan. Pengorbanan obvious yang mak ayah selalu buat sejak kita lahir.

Aku masih ingat masa semester pertama masuk degree. "Boleh acik nak apply ptptn?" Pertanyaan ku dibalas umi dan abah "abah umi masih mampu. Tak payah apply la" Aku masa tu masih muda. Yang aku ingat aku frust sebab orang lain 'cucuk ATM' boleh ambik duit dari PTPTN. Aku? Hanya mampu menunggu mesej "umi dah bank in duit" dari umi. Tapi selalunya aku tak perlu nak tunggu mesej sebab umi macam dah boleh paham. Bila hujung bulan je nampak jumlah akaun dalam bank bertambah. Betapa memahaminya umi dan abah waktu tu.

4 tahun aku kat degree mean 4 tahun aku bergantung kewangan pada umi dan abah. Diaorang tak pernah mengeluh tak pernah membebel. Setiap semester, setiap bulan setia bertanya "duit ada lagi tak? Duit cukup tak?" Aku hanya mampu membalas dengan segulung ijazah. Itu pun bukan first class degree. Sedih tak payah cakap. Aku bersyukur, cuma aku rasa my parent deserve more than this. Sejak hari tu aku tekad nak cari kerja, nak balas jasa mak ayah. dan sejak hari tu jugak aku bersyukur dan berterima kasih kat umi abah sebab tak buat hidup aku gelumang dengan hutang PTPTN.

Tapi kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Disebabkan degree aku time tu tak boleh nak practice as a professional, aku further master. Sebab umi aku pernah cakap, "jadi pensyarah pun okay" so aku consider itu sebagai impian umi aku nak tengok aku jadi warga pendidik. kahkah jadi bermula la journey aku as a master student. kalau kau cakap final year degree tu susah gila, master dua kali ganda susah. aku bukan nak takutkan ke hape, tapi sebab aku dah lalui. dan dah boleh rasa tahap meroyan nya bila kena buat individual assignment aka journal. 

tapi yang aku nak highlight kat sini bukan pasal aku meroyan nak habiskan master. hahaha nak bagitau sambung master pun guna duit mak ayah. pathetic me. kau bayangkan orang lain dah bekerjaya, ada scholarship tanggung. aku? menumpang duit mak ayah. nasib la yuran master dekat UKM tak semahal Uni lain. kalau takk. mahu rasa bersalah sepanjang hidup. hahah abah aku siap cakap "kalau nak sambung PHD pun takpe, abah sanggup bayar" ya allah, masa tuh punya la terharu. bayangkan aku search cost untuk sambung boleh cecah 30K. takpe lah kuburkan dulu hasrat PHD. Insyaallah satu hari nanti. hihi

and until now, aku masih bergantung dengan mak ayah. umur dah 25 tahun wei. orang lain boleh jadi jutawan seawal usia macam aku. tapi aku mereput jadi kuli. kahkah selalu jugak aku mengeluh, give up separuh jalan. yela kau bayang kan zaman najib ni duit macam air. tapi umi aku selalu bagi nasihat, sokongan "anggap jela kita menumpang nak belajar di tempat orang, duit tak payah nak berkira sangat. Insyaallah ada rezeki kita di masa depan. Yang penting ikhlas kan hati, insyaallah pahala pun dapat." Terus aku rasa terharu dan sebak. tapi tak sampai tahap nangis. hati kena sado. kahkah Time rasa nak mencarut dengan kerja terus aku istighfar dan ingat kata-kata ni. sobsob T-T

lepas ni aku tekad, nak cari kerja. insyaallah kalau ada rezeki. wish me luck. mungkin aku tak boleh nak bagi sumbangan dari segi kewangan. tapi aku akan cuba terbaik untuk jadi anak yang baik, mendengar kata, dan paling penting solehah. giteewww. 

okay lah nak pergi melayan perasaan kejap. seminggu dua ni emosi macam tak berapa sihat. simptom tiap bulan mungkin. 

okay byee.