Monday 22 June 2015

updated

'siapa kita nak tentu pahala dan dosa orang? itu kerja Allah'

dah banyak kali sebenarnye aku dengar benda ni. jawapan cliche bila buat salah tapi tak nak ngaku. memang la kita bukan siape-siape nak tentu kan dosa pahala orang. kita ni hamba Allah je. tapi kalau dah terus terang dalam Quran, Hadis cakap benda tu haram, berdosa kalau buat. tak kan nak nafi kan lagi. orang sekarang suka nak putar belit benda yang terang dan nyata. zaman sekarang memang orang boleh buat macam-macam interpretation. tapi atas kita la nak guna pakai atau tak. kalau betul kita ambik. kalau dah terang-terang salah tak payah la nak pertikai. muak tahu nak dengar?

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” - Imam Syafie.

p/s: cece sekarang dah pandai nak buat tarbiah pulek. nampak tak nampak tak. tahap kematangan berunsur naik.

okey lah nak chow dulu. tak tahu ape nak update. so kita kasi tarbiah sikek di bulan puasa. tarbiah sangat

Tuesday 16 June 2015

beza

beza kita orang islam dengan bukan islam adalah aurat. kalau kita sendiri tak reti nak tutup aurat, ape beza kita dengan orang bukan islam? lain la kalau rasa bangga dapat tunjuk rambut yang tak se gah mana. body pulak kalau putih takpe nak pakai mini skirt. dah la lutut hitam wakaka

#budgettarbiahsentap

assalamualaikum dan halo.

saje nak buat tarbiah sikek sebelum start berbelog. selalu asyik ayat cliche 'lama tak update blog'. ni kita mula kan blog dengan tarbiah. baru rare sikek. kah kah

okey la taknak tulis pape lagi. sebab takde mood. dan takde cerita.

sebelum mengundur diri nak bagitau yang finally aku dah unofficially tamat degree in law. unofficial sebab tak konvo lagiiii. takpe la janji dah tamat. tapi bukan maksud tamat belajar. insyaallah kalau ade rezeki sambung lagi.

tapi nak berjimba dulu kat rumah. nak joget riang ria. 

takpayah nak joget sangat la. esok lusa dah nak puasa. insap la sikek woi. 

ok bye. nanti kita belog belog lagi ye.