Saturday 24 September 2016

the hive singapore

assalamualaikum and hello.

hari tu aku janji kan nak bagitau trip aku g singapore. haa mai rapat-rapat baca ini entry. aku bukan nak citer the whole trip aku pergi sana. sebab aku rasa takde orang nak tau. lantak la ko nak pergi trip ke ape kan. kisah pulak aku. hihih cuma aku nak highlightkan satu accomodation ni. tapi untuk yang nak buat trip ala backpacker jelah eh. kalau nak harap hotel five stars sini bukan tempat nya. 

meh la aku citer sikit mukadimah trip ini. sebenarnya trip ni bukan saje-saje suke hati mak bapak kau tau. trip ni dibuat sempena memenuhi subject yang aku amik. subject tourism law. ha kau jangan ingat belajar law stress je. ade jugak yang kurang stress. kurang ye bukan takde terus. dah nama subject pun tourism, mesti lah kena g melancong ye tak. so lepas sepakat semua kitaorang nak g singapore. entah kenapa boleh pilih singapore. dah lah mahal you knoww. bawak duit malaysia macam dah banyak. tapi bila dah convert usd singapore terus nangis laju-laju. 

lepas sampai singapore terus je kitaorang pergi check in hotel and letak beg. nama hotel ni The Hive Singapore. hotel ni hotel budget. so memang sesuai sangat kalau kita pergi sebagai backpacker. sebab nye murah, bersih dan yang penting ada aircond. hehe hotel die more kepada dorm bagi aku. so kalau g ramai-ramai lagi okay la kan. rasanya paling sikit ada 4 katil. dan ade katil yang double decker. 

Hive Singapore ni nak cakap hotel pun bukan, sebab dia simple je macam dorm pastu tambah aircond je. Dorm dia ada untuk female only, male only dan mix dorm. Kalau datang hotel ni jangan lah kau gedik nak ambik mix dorm. Nanti pagi terkejut pulak nampak laki tido sebilik. Kahkah selalunya mat Salleh je ambik mix dorm in sebab diorang kan tak kisah tido campur-campur. Sebab boleh berkenalan and mingle around gituu.

Toilet dia kat luar ye, kena kongsi ramai-ramai. Pandai-pandai la kalau nak keluar ke toilet. Sebab tu aku cakap sesuai pergi backpacker ramai-ramai. Untuk backpacker tempat tido tak kisah sangat pun. Sebab motif kira nak g jenalan, bukan nak jenjalan dalam hotel. Haha. shower dia tak sediakan sabun seingat aku, so untuk selamat bawak sendiri la peralatan mandi korang. 

Kat sini ada breakfast so tak payah susah nak keluar cari. Tapi simple breakfast jela. Macam roti bakar dan cereal + susu. Boleh ulang makan banyak kali kalau tak malu la. Haha. sini jugak guna access card. Setiap bilik ada bagi satu card (ke dua, lupa pulak aku). Mean nak naik bilik kena guna access card. Untuk keselamatan la kata. Kira ni susah sikit la kalau travel ramai-ramai. Buat nya orang tu nak turun bilik, tapi kawan dia tak turun lagi. Kan susah. So pandai-pandai la planning turun sesama. Biasa la bila ramai-ramai ni banyak cekadaknye. 

Overall aku bagi 7/10. Sebab takde TV and sabun. Ngade nye aku. Kahkah. Gambar takde tapi boleh tengok sendiri kat website. Okay tu je. Byee

P/s: lama dah sebenarnye entry ni dalam draft. Tak sempat nak update je. Berkarat dah entry. Ni pun sempat update guna tab. 

Monday 19 September 2016

La Putri Boutique Hotel [simple review]

Assalamualaikum.

Ni nak buat review sikit. Sikit je tak banyak pun. Kahkah. Alang-alang tanam anggur. Kita tulis belog lah ye. Aku assume ramai yang tak tahu sangat hotel ni. Sebab hotel ni macam baru lagi. Dan aku search review kat google pun macam takde. So biar aku la yang mereview ye. Orang nak baca ke tanak baca belakang kira. Janji aku boleh buat rujukan masa hadapan. Panjang pulak bebelnya.

Okay straight to the point. Hotel ni terletak dekat area Bangi. Tapi sorry aku tak ingat hotel ni kat seksyen berapa. Kalau nak pergi boleh waze. Aku pun guna waze je sebab tak tahu kek mano tempat nyo. Bagi aku hotel ni menarik sebab bilik nya comel. Ada tema setiap level. Kalau korang dah pernah pergi hotel De Art dekat Shah Alam korang boleh agak macam mana hotel La Putri ni. Sebab dua hotel ni konsep nya sama. Hotel budget dan setiap bilik ada tema.

Tapi kat La Putri hotel ni tema bilik dia by level. Contoh tingkat empat tema malay tingkat dua tema Japanese. Kira satu level tu tema nya sama je. Takyah la engko berebut nak level sama tapi tema berbeza. Kiki. Decoration dia cantik. Cuma bilik dia agak kecik jugak. Family room pun tak berapa nak besar. Kalau compare dengan hotel De Art la. Toilet okay cuma air slow sikit. Bagi aku slow la sebab aku jenis yang suka air laju. Bila bukak shower tu biar air mencurah-curah macam kau buat ice bucket challenge. Kahkah

Jangan bimbang kat sini ada breakfast. Cuma kau jangan expect makan mewah la. Dah nama hotel budget. Hari tu aku breakfast ada roti bakar, meehoon goreng, nasi lemak. Air pulak as usual coffee or tea. Tapi yang best hotel ni lokasi dia. Memang strategik bai. Hahah. Kau bayang lokasi dia dikelilingi butik online yang famous amos. Macam zawara, radiusite, minaz, banyak lagi laa. Kalau orang tak kuat iman jalan kat sini kena pejam mata sambil zikir. Kalau tak duit terbang-terbang melayang. Hahah

Overall aku bagi 7/10. Sebab nya space bilik agak kecik untuk family room. Pastu shower dia air slow. And satu lagi TV tak berapa clear. Yang lain okay kot. Itu je. Nanti aku update gambar bilik nya ye. Maklum la update guna tab je, gambar takde lagi. Okay bye. Adios mi amigos!

Edited.

Ini lah gambar bilik ituu. Ni family room. Harga nya RM220. tak silap aku. boleh check balik dekat website atau call je nak tahu rating terkini. 



Saturday 10 September 2016

because im too lazy to blog dan cerita seram

assalamualaikum. 


sorry lama tak update. bukan takde masa. masa banyakk gilaa. tapi aku yang pemalas. bak kata orang putih 'becoz ima lazy like dat'. kahkah bila dah lama jadi penganggur ni tahap malas dia melampau okey. sampai satu tahap rasa malas gila nak g kencing sanggup tahan. hahaha pastu confirm lemak naik mendadak lah kan. nanti aku diet laa (monolog dalaman)

bila banyak masa free ni mula lah berfikir masa hadapan. fikir aje la nak kerja dulu ke, atau nak start chambering. tapi end up dua-dua aku tak buat lagi. ada sebab sebenarnya. tak perlu lah aku bagitau kat sini. sape nak tahu pm aku. saje kasi suspen takde ape pun sebenarnya. haahaa. bila dah taip separuh rasa macam malas gila pulak nak publish. tapi kena gigih jugak update entry nanti peminat i marah. kihkih taktahu nak citer life pasal ape. sebab rutin sama je penganggur ni. cuma upgrade jadi driver full time je la. hehe 

sekarang ni rutin harian suka baca website fiksyenshaha. sape yang taktahu boleh la google ye. macam hobi pulak hari-hari nak baca itu. pastu malam mula lah takut fikir bukan-bukan. sampai nak g toilet pun nak berteman. typical me. haha tapi dah alang-alang cakap pasal citer seram meh la aku kongsi pengalaman seram aku sepanjang hidup. mungkin untuk orang lain xseram la. tapi bagi aku yang penakut ni boleh dikatakan seram. tapi takde la seram pun. level dia kalau /10 boleh kasi 4 je. haha 

ni aku compile beberapa kisah la ye. sepanjang aku hidup. dan yang seingat aku. mohon jangan keji kalau tak seram. dan mohon jangan baca. aku tak paksa pun. haha

kisah 1

pengalaman ni memang aku akan ingat sampai bila-bila kot. sebab ni kira first aku kena benda macam ni. citer dia pendek je. macam ni. seingat aku masa tu aku baru darjah 6 atau form 1. kejadian ni berlaku masa aku balik kampung rumah mak sedara aku. bila duduk kampung paham-paham aje la. toilet nye kat luar. tapi yang aku nak cakap ni bukan toilet. haha pasal bilik mandi nya. bilik mandi orang kampung kan jenis yang tak duduk dalam rumah. means kau kena langkah ke luar dalam 2 langkah baru boleh masuk bilik mandi. 

bilik mandi nya pulak besar beserta kolah. pastu semua simen. imagine sendiri la ye. aku ni gedik awal-awal tak nak mandi. bila dah malam baru sibuk nak gi mandi. disini la tragedi bermula. ayat macam seram aje. padahal. baca dulu okey. haha kalau kat kampung kan selalu sediakan kain basahan. tapi aku masa ni kecik lagi. dikira kecik la kan. haha terus bukak baju nak mandi. pastu aku cebok la air kolah guna koleh tu kan. betol ke koleh? koleh tu tempat orang ceduk air la. haha 

aku pun jirus la air first dalam koleh tu ke badan. tiba-tiba lampu terpadam. kau bayang kan bilik mandi tu besar dan gelap. aku tak nampak apa-apa. tapi aku gigih jalan slow-slow pergi kat pintu. nak tanya rumah blackout ke apa. pastu dan dan aku bukak selak pintu, lampu terbukak kembali. aku cakap dalam hati. mungkin ada orang tutup sebab ingat takde orang ke ape. so aku pegi balik la kat kolah. nak sambung mandi. bila aku ceduk air kedua, lampu tertutup balik. 

aku pun jalan kali kedua nak p bukak pintu. sampai je kat pintu lampu terbukak. pastu aku tak fikir apa lagi time ni. aku pun jalan ke kolah balik. kali ketiga aku jirus air lamu terpadam. pastu aku rasa sunyi gila dalam bilik mandi tu. dan meremang satu badan. dalam hati aku cakap takleh jadi ni. 'dia' nak main-main lampu dengan aku. aku terus keluar ajak adik aku teman kan aku mandi. dah tak sanggup aku. aku duk terbayang macam mana la kalau 'dia' tiba-tiba muncul kan diri. tak pun 'dia' tersenyum sinis sebab berjaya usik aku. seramm aku time tu. lepas tu terus insaf taknak mandi malam kalau balik kampung. huhuu

kisah 2 

kisah ni pulak berlaku masa aku duk uitm shah alam. aku asasi lagi time tu semester kedua. ni aku kena masa duk kat kolej mawar. takpe  la aku bagitau nama kolej pun kan. sebab nya ramai dah duk cerita pasal kolej tu. hehe masa first semester bilik tingkap bawah. ground floor. jadi okey je la. takde pengalaman seram pun. semester dua bilik tingkap 3 ke 4. lupa dah. 

citer dia macam ni. ada classmate aku ni dia jenis yang suka lepak bilik kawan-kawan. kira macam dia suka melawat kawasan la setiap bilik classmate kami. dah la jalan malam-malam sensorang pastu p singgah situ sini. nak jadi cerita dia singgah bilik aku last sekali. so kira dah malam la masa dia singgah tu. pastu borak punya borak dalam bilik sampai lewat malam. tetiba masa nak balik tu dia cakap kaki dia sakit. dan makin lama tak boleh nak jalan. padahal tadi okey je masa sampai. 

pastu panggil la kawan aku sorang lagi tolong tengok kan dan urut. pastu kawan yang urut tu boleh pulak cakap biasa la tu, kadang-kadang ada je yang nak menumpang. aku dengar macam dah seram. tapi abaikan jela. sebab dia tak boleh nak bangun, so kawan aku tu tumpang tido kat bilik aku. disini la bermula keseraman aku tu.  malam tu taktau kenapa mata aku susah sangat nak tido. roomate aku yang lain dan classmate aku tu semua dah tido. 

pusing kiri kanan tak jugak tido. aku rasa macam lambat gila malam tu. nak je cepat siang. tak tau kenapa. pastu tiba-tiba aku dengar macam ringtone. bukan ringtone sangat sebenarnya, more to music box. sape yang pernah dengar music box tu tahu la betapa mendayu nya dia. masa aku dengar aku pelik, sebab aku bukak mata tengok orang lain tengah tido macam tak dengar pape. aku budget roomate aku yang buat alarm. tapi serius aku tak pernah dengar pun bunyi alarm macam tu sebelum ni.

aku pun tengok la jam kat handphone aku. and guess what? pukul 3.00 a.m tepat. terkejut aku. kau bayangkan terdengar music box yang mendayu tengok jam pukul 3 pagi. nak nangis aku time tu. aku pun ape lagi. terus ambik selimut selubung satu badan. peluh jangan cakap la. takut gila aku time tu. aku mengiring ke arah roomate aku. kira aku membelakangi tingkap, sebab duduk tepi tingkap. aku rasa macam ada orang perhati aku tido. tapi biasala bila kita takut, macam-macam boleh bayang, boleh rasa dan pikir. yang tu jela aku rasa paling seram. yang lain macam lampu tertutup sendiri tu dah biasa. pastu pernah sekali masa kawan aku tumpang tido dia dengar macam bunyi ketukan dari meja aku. why me? tapi aku buat donno jela. kalau kita takut benda tu lagi suka. 

okey tu jela nak citer seram. sorry la tak berapa seram. level anak ayam je citer seram aku ni. kahkah sebenarnya saje kongsi citer seram sebab dah tak tahu nak citer apa. lain kali aku sambung lagi okey. panjang sangat dah ni. daa~