Wednesday 24 April 2013

day by day

assalamualaikum peeps.

comey tak kak ton? takde motip sangat kan stat tulis belog dengan tag line kak ton kite. tapi seriusly kelakar. setiap kali aku tengok mesti gelak guling-guling. saje je kan kak ton ni buat lawak. tapi memang comey. muehehe

selalu je nak update belog tapi rasa malas. kejap rajin kejap malas. silih berganti. nak tulis pun mood hilang. tapi hari ni aku gagahkan jugak tulis. untuk rujukan anak cucu aku esok-esok. rujukan la sangat. pui.

lately dapat selonggok assignment. ibarat mendapat durian free selonggok. durian runtuh you. semua asignment datang dalam masa yang sama. nak kena siapkan cepat. baru lah tak kalut sangat nanti. tapi kenapa aku ends up menaip kat sini? ye ye aje nak buat asignment kan. dah kata janji melayu. aku kan melayu. hahaha

dalam banyak asignment sempat jugak berjimba-jimbo dengan kawan. pergi makan kfc spicy korean chicken. kau hado? aku tak paham motip die nak letak nama korean kat situ. ape yang korean pun aku tak tau. saje nak tarik pelanggan letew. ni kan musim 'korean wave'. haruslah ambil peluang. seseorang usahawan yang berjaya harus mencari dan merebut peluang dalam meningkatkan perniagaan mereka. mentang-mentang la belajar asas keusahawanan dah berlagak. pui

sebenarnya motip keluar tadi nak beli tiket balik. balik cuti mengundi. tapi bukan sebagai pengundi sebagai parti yang tersenarai untuk bertanding. (memang dalam mimpi lah kan) nak mengundi pun tak dapat, ni ada hati nak jadi calon parti bertanding. kalau mengikut umur sebenar memang dah boleh mengundi. tapi bila duk godek laman web nak daftar mengundi asyik error je. so dah fed up. aku buat keputusan tak nak daftar. sedih jugak. sebab undi aku boleh menentukan sape yang bakal memimpin negara kita. ayat poyo aje kan. hahaa

ape-ape pun janji aku dapat balik. lama jugak woo cuti. nak sampai semingu. bermula 1 may. hebak tak? nak mengundi tiap-tiap tahun la camtuh. boleh tambah kan cuti. hehee

okay lah itu je, nak siapkan asignment pulok.

daa peeps. selamat malam dunia!

Saturday 13 April 2013

bye bye midsem break

just a quick update using phone.                                                                                                                                            

hari yang paling malas dan rasa sebak bila tiba hari nak kena balik jalani hidupan sebagai student. tolong lah saat ni rasa macam nak bungkus dalam selimut. pura-pura pengsan. supaya tak payah balik sana. malas hanya allah sahaja yang tahu. malas nak fikir hari-hari yang padat dengan kelas,asignments, test, kokurikulum and macam-macam lagi.                              

so sebelum aku tinggal kan belog ini dengan sawang, izinkan aku mengucap selamat tinggal. till then peeps. harap-harap boleh pulang tiap minggu.                                                                                          byebye.muga ketemu lagi.

Tuesday 9 April 2013

midsem break yaw

assalamualaikum and hello peeps.

even cuti midsem still masih ada banyak kerja nak kena settle. assignments, tutorial, and test. sabor aje lah. boleh kena nervous shock aku kalau hari-hari dapat kerja macam ni. nanti bukak sem ni terus di hadiahi dengan dua test sekali gus. pada hari yang sama pulak. sabar sabar. nasib baik yang satu test objective. boleh aku main bulat-bulat sambil pejam mata. hasil nya markah aku jugak menjadi bulat. 

lately rasa mengidam nak baking. baking tuh uols. tak pernah dalam hidup. rasa nak makan kek sendiri. hasil air tangan sendiri. baru sedap khen. padahal kalau buat sendiri kek tak tahu nak beza kek dengan batu. lepas gagal buat roti hari tuh rasa trauma nak buat something yang ada kaitan dengan pastry. bila mana kau rasa roti kau boleh jadi macam roti boy tapi malang nya sangat keras. lempar di dinding pun still tak berubah in shape. hebak tak roti saya? sobs

semalam berjaya TERminum dua gelas nescafe. TER okay. bukan disengajakan minum. tak dapat tidur malam. tapi bersyukur dapat siapkan jugak satu kerja hasil dari nescafe dua gelas. nanti bila aku dah desperate nak siapkan kerja pada saat terakhir nak try minum lima  gelas air yang mengandungi cafein. mana tau kerja dapat disiap dalam sekelip mata. 

time midsem break ni lah aku nak berpoya-poya. tapi selalu terfikir aku nak tidur ke.ke nak siapkan semua kerja yang tertangguh ni. nak jadi skema ke or nak jadi gengster? arghh dua-dua aku taknak. tapi selalu nya akan jadi gengster. bila last minit baru terpaksa jadi skema. TERPAKSA okay. 

okay lah. bye peeps.