Thursday 28 February 2013

emotional enough

assalamualaikum.

EMOSI. EMOSI. 

mana mungkin aku tak beremosi bila mana baca akhbar yang menyakitkan hati. dah banyak sangat aku dengar berita nyawa budak kecil diperkotak katik kan. macam takde nilai langsung. yang terbaru kematian seorang budak yang baru berusia 5 tahun. paling menyedihkan dia dibunuh secara kejam, dicekik dan dibakar. bukan itu saje, terdapat DNA suspek pada vagina and dubur gadis kecil tersebut. mungkin dia dirogol dan diliwat. 

ni mungkin kes yang dilaporkan. bagaimana pulak dengan kes yang tak pernah dibangkitkan. yang hanya suam-suam kuku. aku kesal kenapa hukuman yang diberikan kadang-kadang ringan kalau nak dibandingkan dengan kesalahan yang dibuat. ada satu kes ni, datuk yang dah masuk kategori warga emas. tapi dituduh bersalah merogol tiga orang perempuan. seriusly umur yang dah layak masuk kubur tetap nak buat perkara terkutuk macam tuh. bila masuk bab hukuman. sebatan tidak dikenakan pulak. sebab dah masuk kategori warga emas. habis merogol orang boleh pulakk?? aku pelik kenapa tak dibiarkan sahaja hukuman sebatan even dah tua bangka sekali pun. dah memang dia buat kesalahan yang wajar dengan hukuman. tak kan nak escape dia dari hukuman semata-mata dia dah tua. tak adil. lantak la orang nak kata apa. bagi aku tak adil. dah benda merogol tuh pandai pulak dia buat. masa tuh tak rasa tua ke??

manusia sebegini hanya layak mandatori gantung sampai mati. itu pun belum cukup hukumannya bagi aku. diaorang tak pernah rasai bertapa seksa nya budak-budak yang diperlakukan begitu. bagi aku diorang layak merasai benda yang sama. seksa sebelum mati. itu belum lagi masuk seksa di akhirat. aku betol-betol sedih bila baca berita kanak-kanak yang tak tahu ape-ape tapi dibunuh, dirogol. aku tak paham dengan motif pembunuh ni. kenapa mesti kanak-kanak? cita-cita menjadi pendakwa raya semakin meluap bila aku dengar kes-kes macam ni. aku nak sangat pembunuh kanak-kanak macam ni betol-betol terima hukuman yang setimpal. bukan hanya terlepas macam tuh je. 

aku tak tahu la sama ada aku ni terlebih emotional bab-bab macam ni. tapi seriusly benda macam ni boleh buat aku sedih, rasa nak mencarut pun ada bila nampak muka pembunuh tuh dalam tv or paper. mungkin sebab i just love kids soo much and tak sampai hati nak tengok if jadi ape-ape kat diorang. tengok diorang menangis pun rasa bersalah ini kan pulak jadi benda-benda buruk macam ni. dan aku harap sangat parents kat luar sana menjaga anak nya dengan baik. dunia sekarang bahaya. even kita tak aspect pun benda macam tuh boleh berlaku but still boleh terjadi.

sorry sedikit beremosi. okay bye.

p/s: hopefully kempen hak asasi kanak-kanak dipertingkatkan.

Saturday 23 February 2013

part time domestic worker

assalamualaikum.

hari ini nak buat diari harian seorang surirumah separuh masa pulak. disebabkan hari ini hari Jumaat so aku bertungkus lumus siapkan house chores. baju yang berlambak tak basuh seminggu disebabkan sangat busy pada minggu pertama. nak basuh pun malas sebab takde machine. so terpaksa gunakan tangan. rajin tak i? seawal jam 8 pagi dah bangun. gigih nak basuh baju. tapi it ends up aku basuh pukul 10. duduk melilau atas katil pikir nak basuh ke tak nak baju ni. tak kan nak gali tanah buang semua baju yang malas basuh neh. *argh mengarut* 

dalam dua jam jugak lah aku bertapa dalam tandas tuh. mana tak nya baju dari seminggu tak basuh. tunggu weekend aje. keluar je bilik air rasa macam 10 tahun dah tua dari usia asal. rasa macam tahap penuaan naik mendadak T_T memang aku tabik spring pada para surirumah yang boleh siapkan semua kerja tiap-tiap hari macam ini. tapi housewife sekarang dah moden. dah guna mesin basuh. aku jugak macam zaman dolu-dolu. basuh baju guna tangan. nasib je tak basuh tepi sungai. wuwuw :'(

rasa nak nangis jugak lah buat benda alah ni. bukan nye tak pernah basuh baju dengan tangan. tapi tak pernah basuh baju dengan tangan sebanyak ini. and tak pasal-pasal kena membebel dengan sepupu ku. dia tengok aku kesian gamak nye. dah macam ape basuh baju berlambak tuh. tapi nak buat cemane kan dah tak sempat. kat depan garaj dah nampak macam rumah setinggan dah disebabkan baju-baju aku tersidai merata. tak cukup tempat weii nak sidai.

tapii rasa bangga jugak. tak sangka i manage to cleann baju-baju tuh. yay new achivement for me. rasa terharu jugak untuk diri sendiri. ehh mengade je kan orang lain basuh baju berbakul-bakul relax je. takde nak gebang macam aku ni. biase lah wei first time babe. heheee pastu rasa rajin nak kemas katil. kemas bilik. time cuti jelah nak jadi suri rumah pong. nanti bila dah ade kelas perangai macam anak jantan. baju entah sepah ke mana. katil dah takde cadar. huhuhu 

petang nanti nak siapkan kerja tutor and kerja lain yang lect bagi. what a hectic day. *hectic lah sangat kan*    

p/s: entry ini sepatotnya di publishkan jumaat semalam~                                           

Tuesday 19 February 2013

why i choose law

assalamualaikum.

hari ini first class untuk family law. so macam biasa, lect akan suruh short introduce one by one. tak suka cakap pasal myself. benda common je yang cakap. nama, hometown and bla bla bla. tak kan nak masuk kan jugak favourite food, hobby bagai. sah orang tidor berdengkur. 

pastu lect akan tanya the reason u choose law. ada yang cakap mak ayah suruh, dapat tawaran dari UPU, minat dari kecik and macam-macam lah. bila tiba giliran aku, dengan bangga nya cakap "the reason i choose law becoz i love reading cases" dan semua orang pun macam waaaa waaaa woooo. tak aspect akan ada makhluk yang cakap sedemikian rupa. even lect sendiri pun cakap this is the first time student i cakap suka reading cases. muahaha

how cant u not love reading cases when they make u laugh hysterically? seriusly baca case memang boleh buat aku gelak. cases ni kadang-kadang banyak yang tak logik and pelik. dan baca case jugak menyelamatkan aku dari terus dibuai alam mimpi. aku memang enjoy baca case. takde lah rasa bosan and cepat mengantok kan. interesting and funny to me. ada satu case ni, a man attempt to rape a woman. dia dah bukak seluar and suddenly he got no erection and tak jadi nak rape. seriusly what the frog??? hahaha aku gelak guling-guling. boleh pulak camtu eh? kelakar wei kelakar. mostly cases yang buat aku gelak cases criminal and tort. macam-macam lah benda pelik and tak masuk akal. 

but major reason i choose law sebab i think im better in memorizing than counting. memorize lah sangat kan. kalau setakat membaca tuh boleh la. sebab aku rasa mengira memang buat jiwa aku kusut. tapi bukan nya aku tak suka math. i do enjoy subject math tapi cinta ku sangat menebal kepada subject membaca. and alhamdulilah i love my course now. kadang-kadang memang boleh menggila nak baca buku law yang macam kamus oxford tebal nya. tapi still i can manage it even kadang-kadang rasa nak tukar course yang ada kira-kira. seriusly i miss using my calculator. wuwuw :'(

okay lah bye. 


Monday 18 February 2013

diari harian

assalamualaikum.

motip la sangat kan aku nak buat diari harian bagai. bila dah bosan, semua benda pong layan. mula-mula kelas boleh la aku melepak cemni. kerja pun tadak lagi. hari ini cuma satu kelas. balik kelas sampai sekarang aku mengadap benda alah si laptop neh. pastu jangan nak komplen la power spec naik. dari pukul 8 pagi barbaju kurung sampai sekarang. balik kelas terus landing kejap. sampai sekarang. malas sangat sampai nak bangun g toilet pun tahan. ehh?? rasa nak golek-golek aje g dapur. seriusly symptom ape kah ini?? itu PEMALAS nama nyaa. okay foineee -.-

tv dah okay, siaran dah clear. tapi nafsu aku nak tengok tv macam tertutup pulak. dulu masa takde tv menggelupur atas tanah nak tengok. sekarang nak pandang pun tak mau. ni lah manusia. tak pernah bersyukur. mula sem pun dah malas. mana pergi semangat aku sebelum masuk sem yang kata nya nak rajin. tolong lah kembali kan semangat tuh. buku kat library punya lah semangat pinjam. lepas tengok indek rasa tak lalu pulak nak baca. sampai nak makan nasi pun tak lalu. melampau tak? nasib aku sempat pinjam buku. sebelum neh susah nak pinjam pergi asyik takde je. orang lain dah pinjam. tapi kali neh aku buat taktik baru. pinjam awal-awal even tak baca. nanti bila nak buat assignment baru guna. muahaha

seriusly aku desperate sangat nak baucer buku. bila nak bagi pun aku tak tau. tak kan nak tunggu final baru nak bagi? time tuh baik aku jual je baucer tuh. alang-alang dah ade kemudahan guna kan je lah. boleh save duit sikit. nak beli buku nii hoi. buku law mahal-mahal. tak mampu nak beli guna tajaan pama. kesian mak ayah aku nanti. tsk tsk T_T

okay lah nak chow. adios.

p/s: im chicken maniac. craving for KFC now. tolanglah bawak aku segera ke sana.

Friday 15 February 2013

otak kosong

assalamualaikum.

seriusly otak sangat kosong. tak tau nak tulis ape sebenarnye. tapi nak jugak tulis. rasa dah lama sangat tak tekan keyboard laptop. saje nak cuci keyboard. and frankly speaking aku dah ada kat bumi terengganu ini. sedih bukan. sepatot nye hari sabtu baru aku sampai. tapi disebabkan my family nak hantar adik yang jauh nun di KL sane, terpaksa lah campak letak aku kat terengganu ini. bencikk tau. 

sekali lagi aku pindah rumah sewa. yang sebelum ni tak mampu nak bayar. sewa rumah macam tinggal kat kondo mewah ade kolam. pui. dan insyaallah rumah sewa ini mungkin yang terakhir sampai aku grad. harap nye lah. dah tak sanggup nak pindah randah macam kehidupan bernomad. lagi pun malas dah nak apply asrama yang bagi harapan hidup segan mati tak mau.  

result exam dah keluar. alhamdulillah. tak aspect pun nak dapat result begitu sebenarnye. dengan usaha yang tak seberapa. itu rezeki dari Allah. insyaallah aku akan lebih usaha sem baru ini. selalu ayat macam gini awal sem. cakap tak serupa bikin. nanti buat benda yang sama jugak kan. tapi takpe lah. semangat harus ada. 

kenapa aku rasa diri aku macam old skul ye? yelah im not into any social network. twitter, instagram and many other social network yang aku tak pernah tau kewujudan nya. yang aku tau hanya facebook. entah lah fb pun jarang sangat aku nak bersosial kat situ. cuma bukak check ape-ape update terbaru dalam kelas. any announcement ke. pastu wish befday kengkawan. pastu log out. hahaha noob me. tak rasa nak bersosial pun lah. tapi bila datang mood mengedik nak bersosial aku pergi lah chat ngan sape-sape pun or saling berkomen ngan kengkawan. paling koman stalk random people yang ntah sape-sape. benci diri aku yang punya tabiat stalk stranger. takde gune pun ekaw nak stalk orang yang kita hanya tau nickname facebook aje. cis cis

aku guna blog ni pun time aku rasa nak tulis and luahkan something. kalau nak tulis dalam dairy nampak macam dah tua sangat aku ni. tak ikut perkembangan semasa langsung. haha besides, aku suka sangat taip kat keyboard ni. rasa satu nikmat macam lepas berak. muahaha dan rate aku menaip boleh dikatakan laju. *okay ini sangat poyo mintak kaki* i just enjoy typing any words. rasa macam main piano lah wei. sumpah nampak macam unsound mind aje. haha

henpon android pun entah ke mana aku campak. aku lebih selesa guna henpon nokia c3 yang bila-bila masa boleh arwah. sibok-sibok aku install app viber, Line and macam-macam lagi lah. last-last aku uninstall balik. sebab tak guna dan menyemak kan capacity aje. malas nak layan benda camtuh. nanti bila dah addicted masuk toilet pun nak bawak henpong.

hari ini baru hari jumaat. masih ada esok sebelum kelas pertama bermula. haihh tak tau nak buat apa. rasa nak keluar jenjalan and cari barang tapi cuaca tak berapa nak cantik. malas nak keluas plus kesihatan badan yang kurang memuaskan. asyik selsema je. jawab nye duduk jelah kat rumah sambil kemas barang yang masih tersusun kemas dalam kotak. nak sangkut baju-baju dalam almari lagi. cakap macam banyak je kan baju. padahal. nak make over room ni sikit. sebab sekarang dah ade bilik study sendiri. boleh lah nak menconteng menghias ikut suka. tanpa perlu persetujuan sesape. bilik study lah sangat. siap dengan tilam bagai. yang tak best nye tv macam nyawa-nyawa ikan je. bunyi mengalah kan radio zaman 90-an. adakah ini petunjuk? nak suruh aku jangan tengok tv dan study dengan tenang. wuwuw :(

okay lah itu je nak bebel. nanti sambung lagikk.

byebye chickos!


Monday 4 February 2013

durian crepe

ooohooiii tengok ni kengkawan sekalian..!








seriusly aku suka gilaa tengok durian crepe. kulit nya yang begitu gebus buat aku meleleh air liur. pastu kulit yang shining buat aku tak tidur malam. kenapa engkau sungguh tempted wahai durian crepe? geram nak gigit-gigit. tak tau mengapa aku punya syndrome gilakan si durian crepe nih. sebab diaaa sangat-sangat gebuuu. and maybe sebab si dia kaler kuning? my favourite kaler okay. nasib lah aku tak suka durian. lau tak mau tiap hari aku jadikan dessert selepas makan nasikk. TERGODA okay. 







isi dalam yang begitu gebus lagi creamy. mau kau tak TERGODA wehh?? but unfortunately i dont eat durian. wuwuwu T_T





and luckily sekarang ada jual perisa lain. seperti oreo atau strawberry. untuk penggemar durian crepe yang tidak suka kan durian macam aku nih boleh lah cuba crepe perisa lain polak. teringin sangat nak try. tapi susah nak cari kat kedai. yang online banyak lah. aku memang lah malas bab-bab online neh. kalau boleh nak beli kat kedai. zap terus masuk mulut jer. tak penyabar.


okay lah itu aje. bye bye.

source gambar dari pakcik google ye. so credit kat sape punya gambar aku ambik tuh. hehehe



Saturday 2 February 2013

21 but still noob part 1

situasi 1:

my akak: eh dah rasa sayur masak tadi?
me: dah. tapi paku pakis tuh masin sikit.
my akak: what?? PAKU PAKIS??
me: wadefak? betol lah kan *muka blur*
my akak: pucuk paku lah ngek wakakaka *gelak guling*

okay foineee -.-

situasi 2:

lokasi: dapur tempat berkungfu

my mum tengah masak tomyam.

me: letak ape lagi dalam tomyam ni. bawang, serai and bla bla bla
mum: yela letak pape jer. ikut suka. *malas nak layan*
me: ehh cepat nye dah kaler merah. padahal baru letak je kan atas dapur nih?
mum: tuh sebab guna paste tomyam. memang lah kaler merah.
me: erk. okay. -.-

nampak tak? nampak? aku macam noob gila. terasa loser amat. tuh pun tak tau. silly me. ala bukan tak pernah masak. tapi nih version lain. so macam blur-blur sikit (ayat cover)

kbai~