Wednesday 20 July 2016

kifarah

Lama tak update belog. Nanti aku update balik ye. Ni nak post entry yang dah lama simpan hari tuh. Hehehe

Kau percaya kifarah? Mungkin ada yang tak tahu kifarah ni macam mana. Tapi secara ringkas nye kifarah ni lebih kurang macam karma la. Aku percaya sangat kifarah ni. Its like what u give, u get back from Allah. Aku pernah rasa palat dengan satu peristiwa ni. Sakit dia Allah saja yang tahu. Masa tuh aku mampu nangis je. Aku tanya, Allah kenapa mereka sanggup buat aku macam ni? Apa salah aku? Tapi aku biarkan je peristiwa tuh. Aku anggap ni dosa aku yang lalu. Sebab tu aku di balas dugaan macam ni.


Tapi betul lah orang cakap. Kifarah tu ada. Kau buat jahat dengan orang last sekali kau yang kena jugak. Aku mampu gelak dalam hati dan berpuas hati. Maaf. Aku bukan malaikat yang boleh memaafkan. Lepas perasaan palat yang pernah aku rasa, aku mahu kau rasa benda sama. Bila rasaku ini rasamu. Ecewaahh. Tapi aku takde lah kejam sangat nak gelak dan cakap padan muka depan-depan. Cuma aku nak kau tahu kifarah tu ada. Terima kasih untuk pengalaman palat itu. Buat aku lebih berhati-hati dengan manusia.