Tuesday, 15 January 2013

paranoid

assalamualaikum and hello peeps.

its been a long time since my last post. dah. dah. muak dengar reason yang sama. BUSY. tapi tu lah memang takde masa nak bukak internet. aku kan budak nerd. okay TIPU. tak kan pernah wujud perkataan 'nerd' dalam kamus hidup aku. aku study smart je bro. itu nama orang pemalas. wuwuwu :'( internet selalu aje bukak kalau ada masa. tapi tu lah mood nak menulis itu jauh lari ke laut. tapi ni bukan topik utama dalam post ni. so abaikan.

seriusly sejak rumah masuk pencuri hari tu. aku macam dah terlalu paranoid. lebih-lebih lagi tinggal sorang kat rumah. semua pintu akan aku check dari dapur hingga la ke ruang tamu. semua pintu aku nak sendal dengan benda berat. dengan harapan cubaan pencuri nak masuk rumah gagal. bila semua orang dalam rumah dah takda, aku mula lah buat kerja aku. pintu dapur aku sendal dengan tong gas. pintu ruang tamu sendal guna sofa. muahaha macam kelakor aje. tapi aku buat macam tu supaya rasa lebih secure. aku sekarang memang alert dengan segala macam jenis bunyi. 

nampak macam over kan? tapi tu lah kalau boleh taknak kejadian macam tu berulang. nauzubillah. and aku memang sentiasa mendoakan pencuri-pencuri tu menerima balasan setimpal. kalau aku jumpa memang siap aku kerja kan. dasar tak guna. menyusahkan hidup orang aje. puiii!

okay lah itu aje. bye bye.

p/s: sekarang cuti sem. yahooo. heaven okeh.

Friday, 16 November 2012

midsem is over


Assalamualaikum and hello peeps.

Khamis (8/11)- 4pm bertolak dari rumah sewa balik rumah.

Jumaat & Sabtu – berjimba jimbo kat rumah. Tidor sepuas yang mungkin. Aktiviti memalaskan diri.

Ahad- Terengganu

Isnin- Gambang Water Park

Selasa- Terengganu

Rabu- Aktiviti wajib dirumah (tidor dan memalaskan diri)

Khamis- aktiviti sama seperti di atas

Jumaat- merenung nasib ape yang aku dah buat sepanjang cuti sem ni

Sabtu- pulang ke universiti

Okay kat atas tuh summary keseluruhan ape yang aku dah buat sepanjang cuti sem. so setiap kali aku rasa nak mengadu domba cakap cuti sem kejap je, boleh la aku analisa balik ape yang aku dah buat. Overall aku dah bazirkan cuti aku 5 hari buat koje yang tak paedah. Iaitu tidor dan memalaskan diri. Padan muka aku. Tuh jelah keje nye bila balik rumah. Tak payah nak bazirkan air mata darah cakap tak sempat nak study. Aku sendiri yang pemalas. Pathetic me T.T

sebelum tuh nak tunjuk ni...








gambang water park is OHSEM!!


overall tempat ni memang memenuhi cita rasa aku yang nakkan excitement. aku bagi 4/5. Tapi ada beberapa benda yang aku tak puas hati:


1) foods n drinks nya bapak mahal. tapi terpaksa beli coz outside food not allowed.
2) nak beli makanan or even air kena beratur punya la panjang. bukak la kiosk banyak sikit nak menampung 
    ramai orang khen.

okay tuh jela kot. 
k bye.


Friday, 9 November 2012

ima back!

hello peeps im back, back backkkk!!!

harus lah rasa esaited sebab dah lama gila tak bukak ini belog. sampai dah lupa yang aku ada belog rupe nye. bulan ni macam busy sangat lah. maklum lah bakal pm (ehh?) banyak benda sebenar nye nak buat. nasib assignments belum muncul. 

and fortunately dalam sibuk-sibuk neh mid term break timbul kan diri. yay! yahooo. rasa nak bersorak sambil pegang pom-pom. suka sangat mak jemah! boleh aku tidor puas-puas. eh bukan ke hari biasa pun kau tidor macam orang kena chicken pox. *kantoi* biasalah dah nama hobi pun suka tidor harus lah aktiviti lapang di isi dengan tidor :p

so mood sekarang tengah holiday. sebarang assignment or test or whatsoever please talk to my hand. ehh poyo nye kau. nanti orang jawab test, kau sengih sensorang. argh bila cakap pasal test. teringat test criminal and islamic law transaction after cuti. ohh tidak! please dun spoil my mood.

okay dah tak nak tulis. nanti teringat test. 

k bye. assalamualaikum.

Friday, 7 September 2012

cerita hari ini dan semalam


assalamualaikum.

Today is the lastt day im home before berangkat kaki ke rumah sewa. Feeling? Ofcourse la rasa malas gilaa. Macam tak ready lagi nak balik sana. Nak duk aje kat rumah seperti koala bear yang duk bertenggek atas pokok. So sebelum meninggal kan rumah i rasa nak buat good deeds. Lalu i bertungkus lumus kemas kan dapur. And kemas rumah ape yang patot. Sebab umi i dah selalu masak kan i masakan yang super sedap. So harus la i pulak yang ‘masak’ nak membalas jasa. Term masak di sini bukan bermaksud engko pegang sudip n kuali kat dapur. Ia bermaksud mengemas. Saje letak term sebegitu supaya nampak efek ustazah pilihan. Kalau i masak harus lah umi i kena ellergic. Sebab umi i tak tahan dengan masakan tak sedap. So nak cakap masakan i tak sedap lah tuh? Takpe takpe i terima kritikan -.- insyaalah suatu hari nanti i akan inherit skill umi i yang superb tuh (bile tuh jangan ditanya. Goreng telor pun terketar-ketar) *saje cakap i you bagi nampak efek baik sikit* muahaha

Banyak pulak barang nak kena humban angkut bawak pergi rumah sewa. Barang harus lah banyak dari yang sebelum neh. Sebab kena beli almari sendiri. rak buku sendiri. bawak kelengkapan ape patot. Aku rasa satu bilik tuh pun tak cukup nak letak semua barang aku neh. Nak pindah kat ruang tamu boleh? baru la luas n selesa. hee thanks yang tak dapat diucap kepada my umi n abah sebab sanggup habiskan duit beli macam-macam untuk anak mu ini. Sayangg gilaa. Walaupun aku tak mintak tapi umi n abah macam boleh paham aje aku perlu benda tuh. :’) tak sabar nak kerja, nak bawak umi abah pergi mekah, bawak umi abah makan angin dengan gaji aku sendiri. walaupun aku tau ape umi abah dah buat memang tak mampu aku nak balas sampai aku mati. Tapi insyaallah aku nak gembira kan mereka. Ya allah, kau bagi lah aku kesempatan untuk aku membalas jasa kedua orang tua ku. Aminn *nanges sambil kesat hingus kat baju* tacingg nyee T_T

So this is it. Barang yang aku nak bawak pergi rumah sewa esok. Dari hujung dinding sampai ke hujung pintu. Banyak tak? Banyak tak? Saje susun macam tuh supaya senang nak bawak turun. Ape kau ingat ade mesin bergerak macam dalam kilang yang boleh turunkan semua beg kau ke tangga ke? Dush dush *tumbuk diri sendiri sebab tak sedar* T_T sebenar nye ni dah second trip. First trip dah selamat di deliver ke rumah sewa.



beratur sume! yang pendek duk depan! jangan melintas.


Okay semalam harus aku akui hari yang sangat lonely bagi aku. And first time dalam hidup aku sebegitu lonely. Eh over nye cara cakap lonely macam kena ikat dengan rantai dalam hutan aje. Padahal nye pergi mall sensorang je pun. Yay jom ucap tahniah kat aku sebab berjaya shopping sensorang tanpa bantuan kebajikan masyarakat sesiapa. Clap clap. Sebenarnye nak keluar makan dengan kawan. Tapi dia cancel last minit. So tak kan nak paksa jugak diorang teman kan aku makan. So here we go, one cute little girl. Walking alone without friends. (little ke? Cute ke? Puii)

First time neh keluor jenjalan sensorang. Takot jugak mana tau nanti ade orang rompak ke culik ke. Dalam takot tuh berjaya jugak aku kebas dua helai baju. Muahaha sempat lagi tuh. Nih yang best shopping sensorang aku boleh amik ape saje aku nak. Tapi tak best jugak. Nanti nak tanya pendapat susah. Tak kan aku tanya aku sendiri nak jawab -.- pastu kalau muka kita comot ke, tudung kita senget ke takde orang nak tegur. Kita dengan selamba nya jalan dengan megah. Budget orang usha kau. Padahal tengah gelak kan kau sebab ade sayur kat muka. Eew malu nyeee!

Time nak makan la macam awkward sikit. Sebab aku tak pernah makan sorang-sorang kat luar. Semua orang makan dengan family, kawan-kawan, couple. Tapi ade sorang minah lonely duk tengah makan kat sudut hujung. *aku la tuh. Aku* pastu sume orang tengok aku sambil buat muka kesian. Mesti dalam hati cakap ‘kesian nye budak tuh kena pulau’ sabar aje lah kan T_T nasib baik ade abang waiter yang hensem teman kan i. dia nampak aku buat muka kesian sebab tuh dia asyik lalu-lalu depan aku. Padahal dia tengah kemas meja je pong. Kau yang perasan. Haha



Hey u think im alone??


But who care? Im with….










KFC SNACK PLATE HOT AND SPICY CHICKEN!




its freaking yummeh! i lovee you moreee <3




Wednesday, 5 September 2012

nak ni

Assalamualaikum.

Ade tak sape-sape yang menjual tudung empat segi satin bercorak? Teringin gila kot nak pakai. Nampak efek comel aje. Haha yang paling penting boleh feeling gadis arab. Bior la hidung kau kemek pong. Haha susah kot nak cari tudung ni. Tak tau nak cari kat kedai mane. Kalau online memang banyak. Tapi selau nye shawl aje. Aku tak minat sangat shawl neh. Sebab rasa rimas gila bila pakai. 2 jam pertama okay lagi pakai. Bila jam seterus nya jadi macam pocong dah aku tengok. Haha

Nak jugak. Nak jugak. Tak kira. *hentak kaki sampai darah* tapi kan bila dah jumpa yang kenan di hati mahal gilaa pig. Tudung aje pun dah ratus-ratus. Baik aku beli baju terus. Takde ke tudung style cemni yang murah. Budget aku dalam rm30 ke bawah je. Paling mahal rm50 la. Tuh kira termasuk postage. Tak nak yang mahal lagi. Bazir kau. Lagi pun aku tak suka sangat beli tudung yang mahal-mahal. Sebab kita kan memang sentiasa tukar tudung tuh. And satu lagi aku nak yang labuh menutupi dada. Tak nak la tutup leher aje. Baik kau tak payah pakai tudung. Tapi tapi tak tau nak cari kat mane. T_T sesape yang ade jumpe sila lah bagitau aku. Nak kasi sebagai hadiah pun takpe. Lagi aku sukeee.

So konklusi nye aku nak tudung empat segi bercorak, jenis satin. Harga around 30-50 and labuh (menutupi bahagian dada) tuh je tak banyak pun. muahaha

Ok bye.





neh aku rembat kat mudah. tapi bila nak tengok macam dah sold out je.


nak yang style macam neh. tapi nak yang satin punye. senang nak bentuk


lawa nye kalau gadis arab pakai. lau aku pakai? mesti ar lawa *muntah*

Tuesday, 4 September 2012

deskriminasi

deskriminasi menjatuhkan aku..reputasi kini menjadi bisu..dan aku.. (tetiba rasa nak nyanyi lagu bunkface)


Amaran: maaf kalau isi yang bakal ditulis neh agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi aku memang takde motif untuk menghina, mengutuk or ape-ape yang sekutu dengan nye. Aku cuma nak bagi pendapat peribadi sahaja. Jadi aku mintak maaf awal-awal kalau ade yang terasa or tacing lebih ngan ayat aku. Chill okay. Baca dan fikirkan. Yang mana baik jadi kan teladan. Yang buruk jadi sempadan. *ehh banyak la polak kau nak membebel kat intro neh. Baling batu kang*

Kat mane-mane mesti ade orang akan deskriminasi. Tipu lah cakap kita satu bangsa, satu negara, satu Malaysia! Yay merdeka! Merdeka! Merdeka! (overdose nye kau) sama ada secara sedar atau tak deskriminasi ni memang berlaku. Sebagai contoh itik putih tak nak kawan dengan itik hitam. Sebab die hitam. Motip kau tak nak kawan dengan orang hitam? Sebab ketiak dia hitam, ketiak hitam mesti bau tengik, nanti boleh pengsan. See deskriminasi boleh menjurus kepada salah paham dan buruk sangka. Mana kau tau ketiak hitam bau tengik? Kau hado cium ke? Ntah-ntah bau lavender. 






Orang cantik tak boleh kawan dengan orang hodoh. Orang gemok tak boleh dekat dengan orang kurus. Orang miskin tak boleh duduk semeja dengan orang kaya. Mesti ade yang cakap ‘mane adee aku kawan dengan semua orang laa, kau jangan nak fitnah ye’ ya ya ya memang aku akui ade je segelintir manusia yang tak kisah kawan dengan sape-sape pun. Tapi rata-rata cuba kita tengok balik, mau ke gadis yang pakai barangan Prada, Gucci, shopping dengan gadis pakai barangan 3 for RM10?

KAUM.RACE benda ni selalu dipertikaikan. Bila kita nak lantik ketua or whatsoever jawatan mesti kita akan tengok kaum dia kan. Pastu kita akan cakap ‘eh aku tak nak la dia jadi ketua aku, sebab dia tu kaum *tet tet* nanti tak pasal-pasal die suh semua kaum dia conquer jawatan. Baik kita ambik geng-geng kita je’ pastu ade pulak segelintir kaum yang buat event tak nak ajak pun kaum lain. Dalam dewan tuh semua geng die je. Based on true story~ ape ni? Ape ni? Kate satu Malaysia? Tapi masih lagi ade pemikiran yang cetek. Okay aku mengaku memang kadang-kadang aku punya sifat racist sikit. Tapii bukan sebab aku tak suka diorang. Cuma sebagai orang melayu mesti aku akan tolong bangsa aku sendiri kan. Sebagai contoh ade dua orang budak, satu india, satu melayu, mintak duit dekat kau. Masa tu pulak kita ade 50sen aje. Mane dulu korang nak bagi? Aku berani cakap la kaum lain pun akan buat benda yang sama. Sape yang tak sayang kaum sendiri oii. Ape pun aku memang anti racist yang melampau okay.  

Dan tak lupa jugak segelintir manusia yang selalu membeza-beza kan orang mengikut kenegerian masing-masing. Aku tak pelik kalau ade orang yang menganggap kaum perempuan pantai timur ni tak elok. Perangai tak sopan. Jahat. Gedik la. Macam-macam. Aku pernah tanya kawan aku kenapa diorang tak suka perempuan kelantan/pantai timur. Pastu aku dapat satu jawapan yang aku kira logik jugak la untuk diorang membenci kelantanese girls neh. Nak tau ape jawapan nye? Diorang cakap, gegurl kelantan or pantai timur ni agak bersifat kepuakan. Maksud nye bila dah jumpe geng-geng klate nye, die akan tinggal kan kawan-kawan die yang lain. Haha itu lah salah satu jawapan yang aku dapat. Yes exactly memang aku akui orang kelantan neh bila diorang dah jumpe geng budu diorang macam ade magnet + and – yang menarik antara satu sama lain. Mane tak nye nak kecek sesama sendiri pong senang paham :p

Tapi ade jugak yang cakap perempuan pantai timur ni gedik la. Tak tau malu la. Terhegeh-hegeh kejar jantan. Yang ni aku tak boleh nak komen lebih sebab kita tak boleh nak menilai orang dari negeri nye. Ape kau ingat perempuan negeri lain takde ke yang perangai cemni? Jangan sebab kau tengok sorang dua pompuan kelantan gila jantan habis kau nak tuduh semua sepsis yang sama ke? Ee what a lame.

Aku sebagai pemegang IC 03 pun memang tak menafikan ade aje pompuan-pompuan sundal kat kelantan neh. Maap di atas kekasaran bahasa. Tapi tuh je yang mampu aku cakap. Pompuan tak tau malu. Harga diri terbang dibawa timbunan wang. Tapi bukan kat kelantan je. Semua tempat pun ade lah bitch cemni. Hahaha so jangan nak deskriminasi sangat la penduduk pantai timur neh. Kami tau la kami neh cantik, ayu. (ayat poyo mintak kaki) muahaha bagi aku pulak, memang aku tak kesah nak kawan dengan sape-sape je. aku memang tak memilih. janji perangai nye elok, takde perangai cam dajal tuh aku terima seada nye heee :3

Sebagai penutup nye, moh la kite same-same hentikan deskriminasi beramai-ramai. Say no to smoking! Eh tetibe.

Okay lah dah malas nak membebel. Byebye world!



Saturday, 1 September 2012

welcome new sem

Assalamualaikum and hello peeps.

Ade lagi beberapa hari aku nak hidup dalam kancah maksiat kemalasan. Lepas ni dah tak dapat tidor pukul 2,3 pagi bangun 1 tengah hari. Macam biasa, sebelum cuti sem mesti cakap nak isi masa dengan benda faedah, tapi tak penah menjadi. It will ends up sia-sia je. Tak tau pulak ape yang aku dah buat dalam masa dua bulan neh. Oohh tidakk! Ade kah aku hilang ingatan masa cuti sem? BANYAK CANTIK. bila dah buat salah ayat cover je engko nak bagi. Tsk tsk T_T

Term-term law pun banyak aku dah lupa. Ape itu bona fide? Nasi impit ke? Rendang? Ohh sedap nyee kalau betol. Nak kena pergi bukak buku-buku law aku yang bersih lagi suci bak pehimpunan bersih (ehh?) tak nak bukak. Tak nak. Tak nak otak aku wire shot lepas bukak. Nanti jadi mereng. Aku memang ade alahan sikit bila nak bukak buku tebal. Nanti mata jadi juling, mulut berbuih macam kena sawan. Lari keliling bilik tanpa memakai seluar. Teruk nyee symptom aku neh. Ade sesape boleh rawat tak? -.-

Tak puas lagi la cuti. Tambah sebulan lagi boleh? Kalau tak boleh pun tambah semingu lagi boleh? Please please. *merayu sambil melutut di tengah panas* memang mintak penyepak kan. Orang lain cuti seminggu dua pun takde nak merungut. Aku neh berbulan pun masih menggelupur nak cuti tambahan. Bagus jugak lah cuti dah habis. Takot nanti mak aku kejut bangun subuh pagi-pagi TERkonpius aku dengan benda lain. Sebagai contoh ‘ehh atas katil tuh anak aku ke dugong? Tapi cemano ha dugong sesat dalam bilik anak aku neh?’ arghh kejam. Kalau betol mak aku yang cakap cemtuh nak lari rumah. 10 tahun kemudian baru balik rumah dengan Ferrari merah. Ehh sempat lagi berangan. WAKEUP!!!

Barang-barang pun aku tak kemas lagi. Memang takde mood langsung nak mengemas. Alat-alat tulis pun memang aku tak beli. Even semua yang dalam pencil case tuh tinggal pen je. Dakwat dah selamat semadi kat final paper sem lepas. baju-baju pun aku tak kemas, tambah lagi nak beli pen-pen ni bagai. takpe nanti aku curik yang kawan aku. Bior die menggelupur nangis time jawab test. Ye la kalau dolu-dolu masa zaman sekolah punye lah esaited beli barang stationary sebelum bukak sekolah. Pencil case nak yang baru yang omey-omey. Baru boleh berlagak dengan kawan kat kelas. Tapi sekarang tak kesah. Sampai kan aku boleh tertukar pencil case ke tong sampah. Sebab dah terlalu banyak plastic gula-gula. Nak paling epic bila ade chewing gum yang kau makan seminggu lepas. eww pengotor punya olang. Ehh kawan saya yang dengki, dia pergi letak chewing yang dia dah makan dalam pencil case saya. Tolong la percaya. *mata bergenang* (ayat cover)

Sem ni banyak benda yang berbeza. Sebagai contoh subject sem neh boleh dikatakan subject baru. Ade yang tak pernah belajar. Dolu kau boleh la berlagak macam dah pandai sebab dah pernah belajar masa asasi. Sekarang kau boleh menangis sebab tak tau ape yang kau belajar. Kesian nya aku. Cry cry T_T sem ni jugak berbeza sebab aku tak duk kat asrama dah. Kena campak ke luor sebab dah naik part 2. Kejam nye pihak kediaman. Nak protes bawak bantal depan office asrama. *ape motip pun aku tak tau* bilik kat rumah sewa aku sekarang memang sama je kebesaran nye dengan pondok buruk bilik asrama aku yang dulu. Cuma yang membeza kan rumah sewa ni konkrit. Ehh kat asrama pun konkrit ape. Tapi sebab die dah uzur nampak efek macam dalam pondok. Wakaka dolu kat asrama ade beranda boleh sidai segala jenis perkakas dapur yang kau pakai. Tapi sekarang nak sidai manee? Tak kan nak sidai dekat pagar rumah sewa. Nanti mat bangla curik.

Nak enjoy beberapa hari sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan persekolahan. Nak cium bilik aku sampai pengsan. Ehh gilaa sudah.

Okay lah byebye world!



meet my new room for this 2 months(maybe) or for the rest of sem 3 (if rayuan asrama gagal) huu