Tuesday 4 September 2012

deskriminasi

deskriminasi menjatuhkan aku..reputasi kini menjadi bisu..dan aku.. (tetiba rasa nak nyanyi lagu bunkface)


Amaran: maaf kalau isi yang bakal ditulis neh agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi aku memang takde motif untuk menghina, mengutuk or ape-ape yang sekutu dengan nye. Aku cuma nak bagi pendapat peribadi sahaja. Jadi aku mintak maaf awal-awal kalau ade yang terasa or tacing lebih ngan ayat aku. Chill okay. Baca dan fikirkan. Yang mana baik jadi kan teladan. Yang buruk jadi sempadan. *ehh banyak la polak kau nak membebel kat intro neh. Baling batu kang*

Kat mane-mane mesti ade orang akan deskriminasi. Tipu lah cakap kita satu bangsa, satu negara, satu Malaysia! Yay merdeka! Merdeka! Merdeka! (overdose nye kau) sama ada secara sedar atau tak deskriminasi ni memang berlaku. Sebagai contoh itik putih tak nak kawan dengan itik hitam. Sebab die hitam. Motip kau tak nak kawan dengan orang hitam? Sebab ketiak dia hitam, ketiak hitam mesti bau tengik, nanti boleh pengsan. See deskriminasi boleh menjurus kepada salah paham dan buruk sangka. Mana kau tau ketiak hitam bau tengik? Kau hado cium ke? Ntah-ntah bau lavender. 






Orang cantik tak boleh kawan dengan orang hodoh. Orang gemok tak boleh dekat dengan orang kurus. Orang miskin tak boleh duduk semeja dengan orang kaya. Mesti ade yang cakap ‘mane adee aku kawan dengan semua orang laa, kau jangan nak fitnah ye’ ya ya ya memang aku akui ade je segelintir manusia yang tak kisah kawan dengan sape-sape pun. Tapi rata-rata cuba kita tengok balik, mau ke gadis yang pakai barangan Prada, Gucci, shopping dengan gadis pakai barangan 3 for RM10?

KAUM.RACE benda ni selalu dipertikaikan. Bila kita nak lantik ketua or whatsoever jawatan mesti kita akan tengok kaum dia kan. Pastu kita akan cakap ‘eh aku tak nak la dia jadi ketua aku, sebab dia tu kaum *tet tet* nanti tak pasal-pasal die suh semua kaum dia conquer jawatan. Baik kita ambik geng-geng kita je’ pastu ade pulak segelintir kaum yang buat event tak nak ajak pun kaum lain. Dalam dewan tuh semua geng die je. Based on true story~ ape ni? Ape ni? Kate satu Malaysia? Tapi masih lagi ade pemikiran yang cetek. Okay aku mengaku memang kadang-kadang aku punya sifat racist sikit. Tapii bukan sebab aku tak suka diorang. Cuma sebagai orang melayu mesti aku akan tolong bangsa aku sendiri kan. Sebagai contoh ade dua orang budak, satu india, satu melayu, mintak duit dekat kau. Masa tu pulak kita ade 50sen aje. Mane dulu korang nak bagi? Aku berani cakap la kaum lain pun akan buat benda yang sama. Sape yang tak sayang kaum sendiri oii. Ape pun aku memang anti racist yang melampau okay.  

Dan tak lupa jugak segelintir manusia yang selalu membeza-beza kan orang mengikut kenegerian masing-masing. Aku tak pelik kalau ade orang yang menganggap kaum perempuan pantai timur ni tak elok. Perangai tak sopan. Jahat. Gedik la. Macam-macam. Aku pernah tanya kawan aku kenapa diorang tak suka perempuan kelantan/pantai timur. Pastu aku dapat satu jawapan yang aku kira logik jugak la untuk diorang membenci kelantanese girls neh. Nak tau ape jawapan nye? Diorang cakap, gegurl kelantan or pantai timur ni agak bersifat kepuakan. Maksud nye bila dah jumpe geng-geng klate nye, die akan tinggal kan kawan-kawan die yang lain. Haha itu lah salah satu jawapan yang aku dapat. Yes exactly memang aku akui orang kelantan neh bila diorang dah jumpe geng budu diorang macam ade magnet + and – yang menarik antara satu sama lain. Mane tak nye nak kecek sesama sendiri pong senang paham :p

Tapi ade jugak yang cakap perempuan pantai timur ni gedik la. Tak tau malu la. Terhegeh-hegeh kejar jantan. Yang ni aku tak boleh nak komen lebih sebab kita tak boleh nak menilai orang dari negeri nye. Ape kau ingat perempuan negeri lain takde ke yang perangai cemni? Jangan sebab kau tengok sorang dua pompuan kelantan gila jantan habis kau nak tuduh semua sepsis yang sama ke? Ee what a lame.

Aku sebagai pemegang IC 03 pun memang tak menafikan ade aje pompuan-pompuan sundal kat kelantan neh. Maap di atas kekasaran bahasa. Tapi tuh je yang mampu aku cakap. Pompuan tak tau malu. Harga diri terbang dibawa timbunan wang. Tapi bukan kat kelantan je. Semua tempat pun ade lah bitch cemni. Hahaha so jangan nak deskriminasi sangat la penduduk pantai timur neh. Kami tau la kami neh cantik, ayu. (ayat poyo mintak kaki) muahaha bagi aku pulak, memang aku tak kesah nak kawan dengan sape-sape je. aku memang tak memilih. janji perangai nye elok, takde perangai cam dajal tuh aku terima seada nye heee :3

Sebagai penutup nye, moh la kite same-same hentikan deskriminasi beramai-ramai. Say no to smoking! Eh tetibe.

Okay lah dah malas nak membebel. Byebye world!



No comments:

Post a Comment