Thursday 28 February 2013

emotional enough

assalamualaikum.

EMOSI. EMOSI. 

mana mungkin aku tak beremosi bila mana baca akhbar yang menyakitkan hati. dah banyak sangat aku dengar berita nyawa budak kecil diperkotak katik kan. macam takde nilai langsung. yang terbaru kematian seorang budak yang baru berusia 5 tahun. paling menyedihkan dia dibunuh secara kejam, dicekik dan dibakar. bukan itu saje, terdapat DNA suspek pada vagina and dubur gadis kecil tersebut. mungkin dia dirogol dan diliwat. 

ni mungkin kes yang dilaporkan. bagaimana pulak dengan kes yang tak pernah dibangkitkan. yang hanya suam-suam kuku. aku kesal kenapa hukuman yang diberikan kadang-kadang ringan kalau nak dibandingkan dengan kesalahan yang dibuat. ada satu kes ni, datuk yang dah masuk kategori warga emas. tapi dituduh bersalah merogol tiga orang perempuan. seriusly umur yang dah layak masuk kubur tetap nak buat perkara terkutuk macam tuh. bila masuk bab hukuman. sebatan tidak dikenakan pulak. sebab dah masuk kategori warga emas. habis merogol orang boleh pulakk?? aku pelik kenapa tak dibiarkan sahaja hukuman sebatan even dah tua bangka sekali pun. dah memang dia buat kesalahan yang wajar dengan hukuman. tak kan nak escape dia dari hukuman semata-mata dia dah tua. tak adil. lantak la orang nak kata apa. bagi aku tak adil. dah benda merogol tuh pandai pulak dia buat. masa tuh tak rasa tua ke??

manusia sebegini hanya layak mandatori gantung sampai mati. itu pun belum cukup hukumannya bagi aku. diaorang tak pernah rasai bertapa seksa nya budak-budak yang diperlakukan begitu. bagi aku diorang layak merasai benda yang sama. seksa sebelum mati. itu belum lagi masuk seksa di akhirat. aku betol-betol sedih bila baca berita kanak-kanak yang tak tahu ape-ape tapi dibunuh, dirogol. aku tak paham dengan motif pembunuh ni. kenapa mesti kanak-kanak? cita-cita menjadi pendakwa raya semakin meluap bila aku dengar kes-kes macam ni. aku nak sangat pembunuh kanak-kanak macam ni betol-betol terima hukuman yang setimpal. bukan hanya terlepas macam tuh je. 

aku tak tahu la sama ada aku ni terlebih emotional bab-bab macam ni. tapi seriusly benda macam ni boleh buat aku sedih, rasa nak mencarut pun ada bila nampak muka pembunuh tuh dalam tv or paper. mungkin sebab i just love kids soo much and tak sampai hati nak tengok if jadi ape-ape kat diorang. tengok diorang menangis pun rasa bersalah ini kan pulak jadi benda-benda buruk macam ni. dan aku harap sangat parents kat luar sana menjaga anak nya dengan baik. dunia sekarang bahaya. even kita tak aspect pun benda macam tuh boleh berlaku but still boleh terjadi.

sorry sedikit beremosi. okay bye.

p/s: hopefully kempen hak asasi kanak-kanak dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment