Saturday 23 February 2013

part time domestic worker

assalamualaikum.

hari ini nak buat diari harian seorang surirumah separuh masa pulak. disebabkan hari ini hari Jumaat so aku bertungkus lumus siapkan house chores. baju yang berlambak tak basuh seminggu disebabkan sangat busy pada minggu pertama. nak basuh pun malas sebab takde machine. so terpaksa gunakan tangan. rajin tak i? seawal jam 8 pagi dah bangun. gigih nak basuh baju. tapi it ends up aku basuh pukul 10. duduk melilau atas katil pikir nak basuh ke tak nak baju ni. tak kan nak gali tanah buang semua baju yang malas basuh neh. *argh mengarut* 

dalam dua jam jugak lah aku bertapa dalam tandas tuh. mana tak nya baju dari seminggu tak basuh. tunggu weekend aje. keluar je bilik air rasa macam 10 tahun dah tua dari usia asal. rasa macam tahap penuaan naik mendadak T_T memang aku tabik spring pada para surirumah yang boleh siapkan semua kerja tiap-tiap hari macam ini. tapi housewife sekarang dah moden. dah guna mesin basuh. aku jugak macam zaman dolu-dolu. basuh baju guna tangan. nasib je tak basuh tepi sungai. wuwuw :'(

rasa nak nangis jugak lah buat benda alah ni. bukan nye tak pernah basuh baju dengan tangan. tapi tak pernah basuh baju dengan tangan sebanyak ini. and tak pasal-pasal kena membebel dengan sepupu ku. dia tengok aku kesian gamak nye. dah macam ape basuh baju berlambak tuh. tapi nak buat cemane kan dah tak sempat. kat depan garaj dah nampak macam rumah setinggan dah disebabkan baju-baju aku tersidai merata. tak cukup tempat weii nak sidai.

tapii rasa bangga jugak. tak sangka i manage to cleann baju-baju tuh. yay new achivement for me. rasa terharu jugak untuk diri sendiri. ehh mengade je kan orang lain basuh baju berbakul-bakul relax je. takde nak gebang macam aku ni. biase lah wei first time babe. heheee pastu rasa rajin nak kemas katil. kemas bilik. time cuti jelah nak jadi suri rumah pong. nanti bila dah ade kelas perangai macam anak jantan. baju entah sepah ke mana. katil dah takde cadar. huhuhu 

petang nanti nak siapkan kerja tutor and kerja lain yang lect bagi. what a hectic day. *hectic lah sangat kan*    

p/s: entry ini sepatotnya di publishkan jumaat semalam~                                           

No comments:

Post a Comment