Friday 1 March 2013

another boring day

assalamualaikum. hello march!

sedar tak sedar dah masuk bulan tiga. macam kejap je kan masa berlalu. tengok-tengok esok lusa dah nak kawin. *eh gedik* muahaha abaikan kegedikan temporary itu. setiap hari Jumaat mesti datang satu perasaan yang tak tahu nak describe macam mana. boring pun ada. malas pun ada. letih pun ada. semua perasaan tunggang terbalik konklusi nya. bercampur baur bagai susu dengan milo. eh ape kaitan pun tak tau. bila asignments takde lagi memang lah tak rasa kan. nanti dah ade discussion bagai mau nangis haku. dah tak boleh ada perasaan macam ni. aku pun tertanya-tanya apa lah kengkawan kelas tengah buat sekarang. tidor ke, layan movie ke. or tengah study. kalau yang tengah study memang aku berani potong sayur la. petang macam ni tengah study? memang gempak wei. 

aku rasa hidup aku ni tak kan pernah muncul kamus study hard. entah lah bukan aku tak nak try study bila waktu free. tapi badan aku ni allergic. tak boleh terima reaction dari sebarang buku-buku ilmiah. mula lah gelisah tak tentu hala macam kena santau. mungkin terlalu banyak syaitan yang bergayut dekat mata ni. tapi bila time final boleh aje mengadap buku tebal gedabak. boleh je nak hadam semua. ni kata benda yang baik ni kena buat secara terpaksa. bila dah selalu buat, lama-lama akan jatuh cinta lah kan. iye ke eh? itu teori aku lah. orang lain aku tak tau.

nafsu study tak pernah datang. tapi bila time nafsu makan membuak-buak nauzubillah. teruk sangat. makan macam untuk 5 orang. 10 orang macam hover pulak kau. seriusly aku boleh makan 5 different foods at the same time. tapi dalam amount yang sikit lah. but still bila sikit dah campur total nya still banyakk kan. wuhuhu sedih dengan diri sendiri. azam nak diet memang ada. tapi nak laksana tuh macam susah sangat. macam langit dengan bumi. jauh sangat wei. tak nak diet takpe, tapi makan kena kawal. aku ni kes tanak diet tapi makan nauzubillah banyakk. acano ni ha? 

hari ini pun dah macam-macam selamat masuk dalam esophagus ni ha. pagi-pagi lagi mengidam nak makan popia pisang coklat. semangat tau pergi beli barang-barang nak buat. sebelum tuh dah pekena nasi minyak. and petang nya pulak makan mee kuah. belum masuk malam. entah apa pulak yang bakal masuk dalam perut malam ini. how im suppose to burn all these calories? memang tak ter burn lah wei. hajat di hati mau berkebun. jangan pandang sebelah mata. aku punya minat berkebun selain baking. cuma minat je lah. berkebun tuh jarang sekali. muahaha. tapi bila dah ada masa terluang apa salah nya. 
salah satu my dream, aku  nak punya garden yang dipenuhi flowers and fruits too. insyallah kalau ada rezeki in future aku nak bukak bakery and nak ade garden sendiri. itu dream sampingan sebenarnya. bila fikir banyak sangat benda aku nak buat in future. *arghh dah start berangan* heheee :p

motip aku tulis benda-benda ni bagai sebab aku boring. nothing to do hari Jumaat. selalu orang akan cakap Thanks God its Friday. but for me its a boring day. takde benda sangat kan nak buat. so mari lah kengkawan kita isi masa lapang dengan benda pekdah. *pakai topi kebun sambil pegang cangkul* nak pergi jenjalan tapi tak tahu ape tempat menarik di terengganu ni. Mydin and Giant ade lah. tuh pun berduyun-duyun warga terengganu pergi. masjid kristal? dah kali ke berapa pergi. but still amazed dengan masjid itu. tapi tak nak lah pergi. biar tourist je yang pergi. baru tak jem. hehe

esok baru busy sedikit. ada kokurikulum tenis. saja ambik benda yang tak pernah belajar sebelum ni. hope boleh belajar benda baru. and luckily hari isnin cuti. soo yay another free day. 

okay lah itu sahaja. bye peeps.

No comments:

Post a Comment