Saturday 24 September 2016

the hive singapore

assalamualaikum and hello.

hari tu aku janji kan nak bagitau trip aku g singapore. haa mai rapat-rapat baca ini entry. aku bukan nak citer the whole trip aku pergi sana. sebab aku rasa takde orang nak tau. lantak la ko nak pergi trip ke ape kan. kisah pulak aku. hihih cuma aku nak highlightkan satu accomodation ni. tapi untuk yang nak buat trip ala backpacker jelah eh. kalau nak harap hotel five stars sini bukan tempat nya. 

meh la aku citer sikit mukadimah trip ini. sebenarnya trip ni bukan saje-saje suke hati mak bapak kau tau. trip ni dibuat sempena memenuhi subject yang aku amik. subject tourism law. ha kau jangan ingat belajar law stress je. ade jugak yang kurang stress. kurang ye bukan takde terus. dah nama subject pun tourism, mesti lah kena g melancong ye tak. so lepas sepakat semua kitaorang nak g singapore. entah kenapa boleh pilih singapore. dah lah mahal you knoww. bawak duit malaysia macam dah banyak. tapi bila dah convert usd singapore terus nangis laju-laju. 

lepas sampai singapore terus je kitaorang pergi check in hotel and letak beg. nama hotel ni The Hive Singapore. hotel ni hotel budget. so memang sesuai sangat kalau kita pergi sebagai backpacker. sebab nye murah, bersih dan yang penting ada aircond. hehe hotel die more kepada dorm bagi aku. so kalau g ramai-ramai lagi okay la kan. rasanya paling sikit ada 4 katil. dan ade katil yang double decker. 

Hive Singapore ni nak cakap hotel pun bukan, sebab dia simple je macam dorm pastu tambah aircond je. Dorm dia ada untuk female only, male only dan mix dorm. Kalau datang hotel ni jangan lah kau gedik nak ambik mix dorm. Nanti pagi terkejut pulak nampak laki tido sebilik. Kahkah selalunya mat Salleh je ambik mix dorm in sebab diorang kan tak kisah tido campur-campur. Sebab boleh berkenalan and mingle around gituu.

Toilet dia kat luar ye, kena kongsi ramai-ramai. Pandai-pandai la kalau nak keluar ke toilet. Sebab tu aku cakap sesuai pergi backpacker ramai-ramai. Untuk backpacker tempat tido tak kisah sangat pun. Sebab motif kira nak g jenalan, bukan nak jenjalan dalam hotel. Haha. shower dia tak sediakan sabun seingat aku, so untuk selamat bawak sendiri la peralatan mandi korang. 

Kat sini ada breakfast so tak payah susah nak keluar cari. Tapi simple breakfast jela. Macam roti bakar dan cereal + susu. Boleh ulang makan banyak kali kalau tak malu la. Haha. sini jugak guna access card. Setiap bilik ada bagi satu card (ke dua, lupa pulak aku). Mean nak naik bilik kena guna access card. Untuk keselamatan la kata. Kira ni susah sikit la kalau travel ramai-ramai. Buat nya orang tu nak turun bilik, tapi kawan dia tak turun lagi. Kan susah. So pandai-pandai la planning turun sesama. Biasa la bila ramai-ramai ni banyak cekadaknye. 

Overall aku bagi 7/10. Sebab takde TV and sabun. Ngade nye aku. Kahkah. Gambar takde tapi boleh tengok sendiri kat website. Okay tu je. Byee

P/s: lama dah sebenarnye entry ni dalam draft. Tak sempat nak update je. Berkarat dah entry. Ni pun sempat update guna tab. 

No comments:

Post a Comment