Monday 30 January 2012

jom membaca!

pada minggu lepas, saya dan keluarga telah berangkat ke Kuala Lumpur. tujuan kami ke sana adalah untuk mengisi waktu lapang sambil membeli belah. setiba nya kami di KL, banyak tempat yang kami lawati antara nya ialah Suria KLCC, Pavilion, SOGO, Jalan TAR dan banyak lagi (arghh ayat macam budak sekolah rendah. tak matured langsung)


*back to normal* banyak-banyak tempat kat KL, tempat yang paling menarik bagi mata aku ialah kat Excess Bookstore di Amcorp Mall. actually tempat ni lecturer aku yang rekomen kan. die cakap la kat sini banyak buku murah. masa tu aku macam malas nak ambik tau sangat. sekadar dengar nak ambik hati je. then tiba-tiba macam berminat pulak nak pergi teroka tempat tuh. aku pun try la tanye kengawan camne nak pergi plus usha-usha die punye site. kat sini banyak gilaaa novel murah-murah. serius murah. macam jualan mega akhir tahun. bayang kan harga buku sophie kinsella, cecilia ahern aku boleh dapat dengan harga separuh. memang gila buku kejap bila aku masuk club bookstore tuh. even aku takde lah ulat buku sangat.


aku ni memang ade tebiat yang pelik. aku suka hidu bau kedai buku. nikmat gitew. macam hisap gam. keh3 kedai tuh memang seciput berlambak-lambak buku die. aku masuk jadi macam excited kejap. terlompat-lompat macam budak jumpe gelongsor. teruja gitew. tak sangka dapat pergi tempat yang aku dah lama aim nak pergi *mata bergenang* aku sanggup tinggal kan kedai-kedai baju yang sale 50-80% semata-mata nak masuk kedai ni. giler semangat. meh aku nak citer sikit macam mana nak pergi Amcorp Mall tuh. dulu aku tanya orang sekarang aku pulak jadi penunjuk arah *berlagak giler* kalo naik LRT memang tersangat senang. anda cuma hanya perlu berhenti dekat station Taman Jaya. dari situ memang dekat dengan Mall tuh. dalam LRT lagi dah boleh nampak Mall. dari station Taman Jaya ke Amcorp tu kalo jalan kaki mengambil masa dalam 10minit bagi yang jalan secara normal. bagi yang jalan ala-ala itik pulang petang dalam setengah jam baru sampai kot. keh3 kat google cakap dalam 3minit. tapi aku syak yang 3minit tuh die guna rollerblade. sebab macam tak logic je korang nak turun tangga bagai dalam masa 3minit. nak lintas jalan lagi.


kembali pada citer aku tadi. lepas duk godek-godek buku kat situ. aku duk budget la nak beli buku guna baucher buku RM200 tuh. tapi sangat hampa. pergi kat kaunter akak tu cakap 'maaf dik, kat sini baucher buku tak boleh guna, kami baru dalam perbincangan' okay fineee hati aku hancur. baru je ingat tak nak keluarkan satu sen. ni lah padah nye bila kerajaan bagi baucher untuk beli buku pelajaran ye. PELAJARAN. bukan beli novel untuk dibaca time boring. tapi aku takde lah frust sampai bersila menongeng. sebab buku kat situ sangat murah. cuba kira brape kali aku guna perkataan murah. nak menunjukkan betapa murah nyee buku. keh3


so aku dengan riang nye memulakan aktiviti explore kat kedai tuh. banyak gila buku sampai aku pun tak tau nak pilih yang mana. pegang satu buku, nampak buku cun di sudut yang lain terus lari-lari pergi sana. nampak buku bagus kat tempat lain terus bergegas ke sana pulak. ke sana ke mari. boleh bayang tak? betapa meroyan nye aku. nasib baik security dia tak halau aku keluar -.- novel tebal-tebal pun harga seploh hengget je *muka bersemangat* jadi sape-sape nak beli buku atau novel omputih sila lah datang ke kedai ini. aku rase kat kedai ni jual buku english je. sebab aku duk tengok jugak buku melayu tapi tak jumpa. nak tanya pekerja dia nampak sangat aku first time datang. haha so aku syak ade buku and novel omputih je lah. hehee ape tunggu lagi. datang beramai-ramai bawak satu family. semua peringkat buku ada dijual. eh macam promoter tak berbayar dah. zzz






ini buku yang berjaya aku rembat.
lai lai manyak mulah woo.



so aktiviti aku sepanjang cuti sem ni ialah membaca ye. saje beli buku banyak-banyak nak mengelakkan keluar rumah pergi shopping. hehee okay lah itu saje buat masa ni. byebye. assalamualaikum.

chow.




 

No comments:

Post a Comment