Monday 30 October 2017

memori ukm

Assalamualaikum.

Sungguh aku rindu. Zaman dimana kau tak perlu fikir masalah manusia lain. Hanya fikir masalah sendiri iaitu belajar. Belajar dan terus belajar. Bila masuk alam pekerjaan baru aku sedar aku lagi selesa alone. Sebab aku letih nak mengadap manusia dengan seribu satu ragam. Termasuk ragam aku. Ya ragam aku yang aku sendiri tak pasti. Ragam dimana kejap kau rasa kau buat sesuatu dengan penuh ikhlas tetapi sebenarnya tak. sigh

Sungguh aku rindu zaman belajar di UKM. Kenapa UKM? sebab dekat sini aku belajar kenal diri sendiri. Aku tahu apa kelemahan, kekurangan, mahupun kekuatan aku. Setahun di UKM, aku mula suka rasa bersendirian. You know bila kita dah masuk postgrad we dont need to deal with others except for yourself. Bukan nya aku cakap ni sebab aku tak social dengan kawan, ada je waktu untuk lepak-lepak. Tapi kau akan lebih masa terhadap diri sendiri.

Kenapa aku cakap macam tu? Mostly assignment untuk student postgraduate ni secara indivudual okey. Jadi nak tak nak you have to sit alone dan brainstorm *read seorang diri*. Ya, brainstorm seorang diri. Apa kau dapat? Selalu masa undergrad kau boleh lagi nak berdiam diri tanpa bagi idea bernas because someone might cover you dengan idea yang sangat outstanding sampai idea orang lain dia tak nak dengar

Mula masuk memang aku culture shock because i cant adapt dengan situasi dimana kau diskusi dengan diri sendiri. Tapi bila dah terbiasa buat aku rasa macam 'eh actually i love this surrounding, this feeling'. Surrounding di mana kau tak perlu deal dengan manusia. Kau akan rasa tenang tanpa gangguan. Best sangat perasaan tu. Ya aku tahu mungkin ada yang cakap what a lone ranger. Tapi aku suggest rasai sendiri pengalaman sebagai lone ranger tu baru kau tahu dan kau akan rasa 'not bad la, i can survive, or even better'

Dulu kan aku rasa sangat loser kalau makan sorang. Tapi surrounding dekat UKM tu buat kita rasa macam who cares makan sorang ke dengan kucing ke. Sebab no one cares. Dan dulu jugak aku rasa loser kalau naik bas sensorang sebab aku terfikir nanti dalam bas nak borak dengan sape? sape nak duduk sebelah aku? haha soalan macam ni pun terfikir. Motip sangat. Tapi sekarang lantak la sape nak duduk, tak nak duduk. Even aku enjoy talking to strangers. Stranger mean student dalam UKM jugak la. Takde la stranger yang jumpa tepi jalan on the way nak gi TBS ke hape. kahkah

Paling aku rindu library UKM aka PTSL (pustaka tun sri lanang). Mesti ada yang kecam sis cakap 'eh nerdy nya mu' tak pun 'poyo kuasa dua' Tunggu dulu tak habis explain lagi ye. Haha Ya aku rindu nak gi library UKM. Bukan sebab aku rindu library sebenarnya. Tapi aku rindu surrounding dekat library tu. Library tu dekat dengan PUSANIKA. Sis lupa short form apa sebenarnya pusanika ni. Yang sis tahu kat sini banyak kiosk makanan, baju and whatsoever you name it. Takde lah cakap macam mall semua ada. Cuma cukup lah untuk release stress student yang mendambakan hiburan. Haha

Paling aku ingat bakery kat tingkat bawah tu. Sebab aku selalu lepak situ. Sorang okey sorang. Selalu rutin aku kalau takde class petang gi library pastu nanti singgah sekitar pusanika tu and lastly singgah kolej keris mas. Sanggup gi sensorang naik bus sebab nak makan sedap. Takde la sedap sangat tapi kat kolej tu banyak choice jugak. Pastu nak makan western sikit boleh gi GLAM (gerai larut malam). Ya allah memori sangat :') 

Mood ape tah malam ni menggamit memori kat UKM. Tetiba teringat sebenarnya sebab tengok kengkawan konvo. One day aku akan kembali ke alam universiti. One fine day. Okey i should stop. Till meet again.

Bye~

p/s: Sebelum ni aku cakap nak cerita by part kan study life kat ukm. Insyaallah kalau rajin. Dan sekarang aku separuh rajin je, tu yang flashback sikit aje. Lol

No comments:

Post a Comment