Wednesday 10 May 2017

craziest thing you have done

Assalamualaikum.

Because today is holiday. So let's start blogging.

Hari tu ada kawan tanya dalam group whatsapp what is the craziest thing you have done? Dan semua orang berkongsi pengalaman kecuali aku. Sebab aku ni jenis manusia yang malas taip panjang-panjang dalam Whatsapp. So aku share kat sini lah ye pengalaman aku tu. Because I know they are reading my blog. Thank you friends!

Nak cakap craziest thing to do tu takde lah sangat. Banyak je aku rasa kerja gila aku pernah buat. Kahkah Tapi yang ni aku rasa one of those. Bagi aku yang tak pernah buat ni lah. Kalau yang selalu buat mesti cakap, ape benda ntah macam ni pun panggil craziest thing ke? Sorry friends, kalau tak mencapai tahap craziest thing yang korang dambakan. KahKah Sekurangnya sis cuba. 

Awal tahun 2016

Masa ni pengajian aku kat UKM belum tamat. Dan adik aku masih kat Uitm Shah Alam lagi. Disebabkan kami ni anak perantau, nak balik rumah rasa macam jauhh sangat. Nak pergi rumah sedara mara rasa segan takut menganggu. So kitaorang decide nak lepak bersama. Tapi paham je lah kan UKM dan Uitm jauh nye macam mana. *Ofrourse untuk pengguna public transport macam kami* Lepas membuat kata sepakat, terus aku decide nak tido kat sana. Walaupun tak tahu lagi kat mana nak tido. Haha

So bermula la journey aku dari UKM. *read alone* Bermula dengan naik bas ke stesen KTM UKM, pergi ke KL Sentral. Dari KL Sentral tukar KTM untuk ke Shah Alam which is makan masa berjam jugak (include tunggu KTM). Sampai stesen KTM Shah Alam, ambik random bas untuk bergerak ke Uitm Shah Alam. Ni first time aku turun kat Stesen Shah Alam, selalu nya aku akan ambik bas straight dari KL Sentral ke Uitm Shah Alam. Saja nak try pengalaman baru which is menakutkan sebenarnya. Haha Sebab bas memang penuh dengan amah indonesia dan diaorang tengok aku pelik gila macam aku ni warga asing. Confuse kejap sapa yang warga asing ni?

Tapi alhamdulillah berjaya sampai ke dalam Uitm Shah Alam. Menggamit memori jugak la masa zaman asasi dulu. Zaman joli-jolian orang panggil. Kahkah Lepas jumpa adik aku terus sepakat nak tido hotel kat Seksyen 7. Dewasa sangat you. Hahah Tapi macam tak sangka jugak la, kami berdua pergi menyewa hotel without parent guidance. Nasib baik receptionist hotel tu tak halau kami. Haha

So, lepas check in bermula aktiviti food hunting. Ofcourse fast food would be our preference. Mula-mula take away Pizza Hut. Tapi masih rasa tak cukup. Terus pergi take away KFC. Nampak takk, perangai food maniac sangat. Kesannya sampai ke esok pagi kau tido dengan makanan. Haha Bayangkan kami sewa bilik hotel yang standard room untuk dua orang je. Hotel budget paham-paham je lah kecik nye macam mana. Meja lampu tido kecik aje, tak muat nak letak. So kitaorang letak semua makanan kat tengah-tengah katil *buat macam bantal golek* pastu buat parti kecilan. Heaven gilaa masa tuu. Release semua stress. Kalau tunjuk dekat mak aku siappp! Haha

Pastu esokan tu balik ke kolej masing-masing. Back to reality lah kan. Ni lah orang panggil the great escape. A memory worth to remember. Okay mesti lepas baca ada yang kecam aku beramai-ramai, mana part craziest nyaa? Bagi aku ni kerja gila sebab aku tak pernah buat benda macam ni sebelum ni. Bayang kan gigih gila aku pergi Uitm naik public transport. Bukan tak pernah naik public transport sebelum ni, tapi aku guna route berbeza. Dan part gila bila sewa hotel and beli makanan banyakk gilaaa *macam nak makan 5 orang* 

Okay lah kan. Kan dah cakap sis cuba. At least i dont owe you anything friends. Sebab dah share kan salah satu pengalaman aku ni. Nanti rajin aku share lagi ye. Doa lah mood rajin aku sentiasa ada. Tengok macam ni pagi-pagi lagi dah gigih menaip. Okay lah nak sambung tido. Kahkah

Cau Cincau.


No comments:

Post a Comment