Wednesday 23 March 2016

master di ukm - part 1

assalamualaikum. haa hari tu aku janji nak citer kan pasal life kat ukm ni. so aku buat lah entry ni. saje gedik-gedik tak tau nak buat ape. tapi maybe aku buat by part la (atau takde part langsung). tengok atas kerajinan lah ye. so back to the topic okay. sebelum masuk ukm ni ofcourse la kena selesai kan ape yang patot. macam yuran pengajian, medical check up, ape yang uni and fakulti nak dan segala bagai yang kena buat mengikut arahan pihak uni lah kan. 


pastu tiba hari kejadian nak daftar tu terus straight daftar by fakulti. ape yang aku suka ukm ni dia siap sedia kan kita punya kad matrik. takde lah kau nak gusar tudung senget ke ape. sebab boleh bagi gambar passport online. so tiba hari kejadian dah boleh ambik kad matrik. selesai daftar terus boleh pergi daftar kolej. daftar kolej pun kena walk in je tau. dia tak macam kita masuk degree dulu. semua benda dah diatur. walk in tu maksud nya kita kena pergi tanya setiap kolej ada bilik kosong tak. kaedah nya sama lah macam kita tanya bilik kat hotel tuh. tapi ni kena rebut-rebut lah sikit. sebab bilik untuk student master terhad. aku pun ape lagi bergegas lah ke kolej tersebut. 


dan alhamdulillah hasil gigih bergegas berjaya jugak lah aku dapat bilik. buat pengetahuan adik-adik yang nak sambung master, kehidupan master ni totally lain dari degree. sebab nya kita semua dah besar kan. so everything kena urus kan sendiri lah ye. takde nye kau expect ade mingu mesra siswa bagai untuk perkenal kan universiti tu kat korang. so pandai-pandai lah korang nak hidup kat sini. kena cari pengetahuan sendiri la. 

so back to my kolej. aku dapat kolej pendeta zaaba. warga ukm mesti tahu kan. kolej ni paling hujung sekali. tapi suka jugak la aku sebab kolej ni dekat dengan fakulti. tapi dekat pun still kena naik bus. kalau tak menangis sampai kelas. 

kolej ni okay bagi aku. despite orang banyak duk citer seram. hehe satu bilik duduk dua orang. taktahu la wujud ke tak bilik untuk sorang. walaupun kecik okay la kan. bersyukur dapat bilik. kalau tak jenuh la nak cari rumah sewa kat sini. kali ni aku citer pasal kolej dulu lah ye (mood rajin datang). nanti bila-bila rajin aku citer pulak benda lain. hehe okay kolej zaaba ni ade banyak blok. ade blok laki and perempuan. dulu first time datang macam terkejut jugak la sebab nampak laki. tah kenape la aku terkejut. macam tak biasa aje kan. hahah cafe kolej ade satu. tapi ade beberapa kedai berbeza. banyak kedai pun still aku takleh nak adapt makan kat sini. sebabnya tak kena selera. entah kenape. takde selera pun still makan banyak engko ni kahkah

untuk student yang takde transport jangan risau. ukm ade sediakan bus. bus pun ade zon tertentu tau. macam kat kolej aku bus zon 2 je naik. dan zon 2 ni tak lalu fakulti aku. kena naik bus zon lain untuk g fakulti. tapi boleh request kat pakcik bus zon 2 nak g fakulti undang-undang. kalau nasib tak baik dia cakap suruh naik bus zon lain. tapi selalunya pakcik bus baik aje bagi tumpangkan. hehe ape lagi nak cakap pasal kolej ye? so far okay lah kot. ape kau expect duk kolej ade pesta tiap hari ke. tapi kadang ade jugak diorang buat event tahunan. ade la orang bukak gerai jual makanan. so time ni lah nak beli makanan lain sikit dari yang cafe. 

ape lagi ye? oh ye, kat zaaba ni ade masalah parking sikit. untuk yang bawak kereta la. selalu aku tengok penuh aje tempat parking nya. nak parking pun jenuh nangis dalam kereta. tambah pulak time ade event. hazab lah ko nak cari parking. dari segi facilities macam tak nampak sangat. tapi taktahu lah kot-kot aku je yang tak tau. mesin basuh jangan risau ade je setiap blok. cuma weekend kena beratur jugak lah nak basuh. baju ko je yang beratur. bukan tuan baju. tapi kalau taknak orang potong q boleh lah beratur bersama baju. hewhew taklawak untuk yang suka bersukan ade gelanggang futsal. dan sebelah dia ade gelanggang badminton ke ape tah. aku confuse sebenarnye sebab kejap aku nampak orang main badminton sekejap main sepak takraw. entah ler. gelanggang sebaguna barangkali. hahah

ape lagi nak citer pasal kolej ni? dah macam banyak je. nanti lau aku ingat aku tulis lagi ye. nak publish je entry ni. dah lama peram. nanti boleh baca balik bila dah tua. ade jugak kenangan diari kat sini. kuakua

p/s: sorry la aku takde gambar nak letak. jenis manusia yang nak berbelog tapi maleh nak ambik gambar. tolong jangan kecam saya(trademark viral)

3 comments:

  1. Hi. Nak tanya. Sebelum sambung master. Pihak ukm ade suruh email pemohonan dkt kolej penginapan tak? untuk pastikan ade kekosongan? atau mase hari pendaftaran ada disediakan pilihan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. macam saya dulu memang walk in je. lepas defatar terus pergi kolej tanya ada kosong ke tak. lau nasib baik ada. goodluck with your master :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete