Sunday 8 September 2013

dont judge

assalamualaikum. sekali dan berkali-kali lagi update guna fong. ni nak jimat battery laptop. ape ke malas beno tuan  punya laptop? so sila baca dalam satu nafas sebab aku menaip pun dalam satu perenggan. kalau tak paham atau konfius kenapa tiba-tiba aku citer benda lain lepas tu lain pulak sila duduk diam buat buat tahu. alhamdulillah secara rasmi nya aku dah bergelar pelajar tahun tiga. ehek tahun tigaa baru. bukan jadi loyar pong. setahun lagi nak merasa jadi super senior. nak buli juniorss sekalian. okay gurau je. junior pun aku tertukar dengan senior. ada hati tuh nak buli. hahaha okay pasal tajuk entry tak cakap lagi. nak cakap sikit je. nak pejam mata sambil taip. begini lah dipendek kan cerita. aku memang tak suka bila ada manusia yang cepat sangat judge orang. sebagai contoh dua pihak sedang bergadoh. sorang pergi bercerita hal dia kat orang. nak lagi drama siap nangis. pastu si tukang dengar ni pulak percaya tiga segi kat sorang ni. dan terus nak label pihak satu lagi sebagai jahat. hellooo kalau kau tak tau citer sebenar jangan nak judge ikut suka hati je. kita tak tahu pun situasi sebenar. mungkin pihak yang dilabel jahat tu ada sebab dia sendiri. ya memang aku akui kalau kawan kita yang duk ngadu tu tendency nak percaya kat dia lagi tinggi. tapi bagi aku kena tengok pihak yang terlibat tu. macam mana perangai dia. pergaulan dia dengan manusia sejagat. adakah dia ni si pengadu domba, batu api atau jenis lidah biawak. bila dah tahu perangai jenis cemni tak kan kau nak sokong dia semata dia berlagak innocent depan kau.  jadi aku mohon sangat dengar dari dua pihak baru boleh kau nak cakap/judge/komen. jangan jadi macam citer retis. dengar dari wartawan atau gosip. terus nak cop retis tuh jahat. okay bye. dah tertidor. zzz

No comments:

Post a Comment