yay sekarang kita tengah cuti sem! jom tepuk tangan ramai-ramai sambil nyanyi lagu rasa sayang tanda gembira.
lamaa nyaa tak berupdet. rindu lah nak menaip. uwekk. bila dah cuti sem baru ada masa sikit nak pegang laptop ni. nampak beno nipu nye. time exam pun aku rilek je bukak laptop. kuakua sebenarnya dah beberapa minggu aku selamat bersantai di rumah. niat nak updet belog tuh ade, tapi belog ni macam buat hal pulek. terstuck ke hape aku pun tak tau.
but but nak cerita short vacation 2 hari lepas. tak pergi jauh pong. cameron aje dah cukup. rasa dah lamaa sangat tak pergi sana. ni last minit plan. so macam tak bersedia sangat lah. pergi tak bawak sweater konon nya macam hebakk boleh tahan sejuk. alah cameron je pong. tapii sekali sampai, sejuk mak hoii. dia punya breeze menusuk ke tulang baqhang. masa ni mula lah rasa menyesal. tapi tak gunaa. sebab nya dah sampai sana tak guna nak menangis air mata kucing sekali pun.
disebabkan kami berempat. jom kita ambik family room. cakap senang la. sebab bukan aku yang bayar. tapi harganya worth la kot. sebab malam ada makan steambot untuk 4 orang. pagi pun sama, ada breakfast. nak cakap sedap tuh takde la. so-so aje. buleh la sekadar nak mengenyangkan perut. tapi better lah kan dari takde makanan. sebab setengah hotel tak provide any foods. tapii yang best nyaa room dia besar jugak. kalau nak masukkan dalam 7-8 orang pun muat. tapi kena extra bed. siap boleh jogging lagi dalam bilik. -.- tapi takde aircond ye. ekau gila nak ada aircond tetengah sejuk. mau jadi bahan frozen haku. tapi kipas disediakan untuk mereka yang tahan kebal.
![]() |
okay ni saje nak tunjuk bilik dia. macam ni lah family room nye. cilok dari google aje. takde keja sangat aku nak snap gambo bilik. hahaha |
dekat cameron takde banyak sangat aktiviti nak buat. makan, membuta dan tengok tv disamping usha pemandangan di luar tingkap nya yang luas. memang tak rasa pun nak buat benda. nak duduk aje bungkus dalam selimut. hoii bertambah gemuk lah akuuu. yang best nya dapat shoping strawberries berkilo-kilo you. ni lah part yang paling best bila kat cameron. bila mana dapat makan strawbery macam kacang tanpa perlu memikirkan harga. dulu masa first datang jakun sangat. beli sayur-sayuran yang segar. kalau boleh semua benda nak ambil. tapi sekarang tengok sayur jeling je. dah muak. hahaha tapii sweet corn mesti beli. salah satu fevret jugak. benda yang kena nikmati kat cameron setiap kali datang, strawbery, sweet corn and cendawan goreng (makan panas-panas menitik air mata woi) makan lah sepuas nya.
![]() |
okay lah itu aje nak cite. bye! berjumpa lagiii dalam rancangan....... -.-
assalam.
No comments:
Post a Comment