Sunday, 5 March 2017

resepi ayam lemon

assalamualaikum.

hari ni nak tunjuk resepi ayam lemon. yang simple aje. sebab aku ni chef amatur. jadi boleh kongsi resepi simple je lah. kalau nak resepi bertaraf antarabangsa sini bukan tempat nya. kahkah resepi ni pun aku ambik dekat belog mana tah. lupa nak save nama belog. credit dekat tuan punya resepi asal. pastu aku olah ikut suka hati aku lah. resepi ni simple sebab confirm bahan yang digunakan ada kat dapur. tapi jangan aspect pulak bahan simple macam garam gula. dah nama ayam lemon, confirm lemon kena wujud. disebabkan aku pencinta lemon, harus lah ade benda ni kat dapur. okay tak payah la aku membebel taip panjang. manusia yang gigih je akan baca benda aku merapu ni. hahaha jom check it out bahan dan cara penyediaanya. 

step 1: ayam goreng crispy

bahan:

-isi ayam (nak guna tulang ayam pun takpe, takde orang nak marah)
- tepung bestari (aku guna yang spicy) sape yang rajin nak buat sendiri tepung pun boleh

cara:

-ayam disalut dalam tepung, pastu salut dalam telur pastu tepung balik. kira kena buat tiga step la. paham ke idok? baca sampai paham okay. hahaha

- bila dah salut semua ayam tu. panaskan kuali dalam minyak yang agak-agak boleh tenggelam isi ayam tu.kasi deep fry sama itu ayam. pastu dah masak and garing angkat dan ketepikan.

step 2: sos lemon

bahan:

1/3 cawan gula
1/2 kiub ayam bancuh dengan 1 cawan air
1 1/2 sudu makan tepung jagung
perahan sebiji lemon
3/4 sudu garam
2 sudu minyak
potongan nipis buah lemon
1 sudu sunquick

cara:

- cara aku senang aje. dah nama nye rajin kan. masuk kan minyak. masuk air yang dicampur kiub ayam, masuk gula, garam, masuk perahan air lemon, sunquick dan last sekali potongan nipis buah lemon. kasi humban semua bahan-bahan tu. make sure api kecik takut gula hangit tak memasal jadi ayam caramel. kahkah pastu dah nampak gelegak boleh le tutup. pejam mata aje buat ni. bukak mata nanti bila perasan ade bau hangit. kahkah lepas dah siap boleh lah curahkan sos lemon ke atas ayam. tapi aku suka letak asing takde la ayam tuh jadi lemau. ni ikut taste masing-masing lah ye.



masa masak kat rumah takde tepung jagung, so aku hentam letak tepung ubi. so tekstur nye pekat sikit dah macam ambuyat. sape taktau ambuyat boleh google. tapi tetap sedap. kahkah

itu ayam yang digoreng guna tepung bestari je. sedap makan panas-panas. rangup je

okay tu je update kali ni. nanti borak lagi. chau chin chau.

Saturday, 28 January 2017

Jalan-jalan lombok

assalamualaikum. Nak update sikit ye. Jari jemari terasa gatal gituu.Nak kongsi trip ke lombok sekejap ye. Tak banyak pun. Just nak list few places wajib pergi bila datang Lombok. Aku ni kalau pergi jenjalan suka pergi tempat yang breathtaking. View yang superb. Tempat-tempat shopping tu kurang sikit. Kurang bukan sebab ape, sebab nya ongkos tak berapa nak penuh. Kalau aku banyak ongkos confirm tempat shopping laju je aku pergi. Kahkah

Tapi buat masa ni memang aku suka pergi tempat view yang best-best aje la. Macam bagi kepuasan dapat tengok alam semulajadi. Sambil tu boleh memuji kebesaran Allah. Ceceyh. Aku more kepada nature view. Macam history view aku sangat lah kureng. Macam contoh jenis-jenis tempat patung lama-lama, kuil ke, macam Angkor Wat tu. Bukan ape aku ni jenis tak suka tempat misteri macam tu. Selalunya tempat history ni banyak misteri nye. Aku kan jenis penakut. Nanti aku bayang yang bukan-bukan. Heheh

So balik kepada cerita asal, aku listkan few places kat Lombok buat pencinta alam sekitar yang nakkan breathtaking view. Sebelum tu aku nak bagitau awal-awal, semua gambar aku letak kat entry ni ambik kat google aje. Malas nak cari gambar-gambar kat phone. Satu lagi kualiti phone tak berapa nak senonoh sikit. So credit to tuan punya gambar kat google.

Benang Kelambu Waterfall

Disebabkan air terjun ni kat dalam hutan, sebelum sampai situ kena naik motor weh. Motor pulak bukan yang jenis lasak untuk aktiviti dalam hutan tu. Maaf la aku tak tahu jenis motor ni nak sebut pun tak ghetii. Tapi yang aku tahu motor ni jenis yang biasa-biasa kita jumpa tepi jalan kat Malaysia lah. Hahaa

Dah lah aku ni lama gilaa tak naik motor. Aku tak expect la perjalanan ke sana begitu mencabar. Masa dah naik motor tuh baru terkejut tengok jalan nye berbukit-bukit. Dengan hujan lagi. Bayangkan jalan tanah takde tar memang berlecak teruk. Yang nak lagi sadis orang bawak motor tuh kecik aje weh. Aku duk terbayang macam mane die mampu gendong gajah aku kat belakang dengan jalan macam naik sampan di lautan bergelora. Nasib baik jugak perempuan. Kalau la laki yang bawak memang aku tobat tak nak naik.

Tapi worth betul la perjalanan 15minit yang horror tu. Bila sampai je terus macam wow cantik nye ayaq terjun nih. Kenape takde kat Malaysia? Terus rekod and bergambar laju-laju macam tak pernah jumpa kamera. Air dia jernih gilaa wehh. Sayang nye aku tak bawak baju lebih so tak leh nak mandi. Just rendam kaki je. Minum and makan jajan sikit. Hilangkan penat lelah. Pastu sambung bergambaq.

Kenapa nama dia Benang Kelambu? Sebab air terjun nya turun macam benang gitu. Nyaman gilaa suasana. Tak tercemar pun. Duduk kat situ menikmati pandangan dalam sejam jugak. Sebab nya nak boleh sampai situ kau kena tahan kencing sebab takut duduk atas motor. Kahkah satu lagi bila dah sampai situ kena turun anak tangga dalam 5minit macam tuh.  So duduk la lama-lama ikut suka hati kau. Tapi jangan lebih dari pukul 6. Kalau tak tunggu esok la baru boleh pulang. Kihkih yang penting kena ada stamina kuat. Sebab ni ala-ala hiking jugak nak kena turun naik tangga yang membukit tuh. Aku ni berapa kali pancit kejap berenti. Nafas semput. Haha


macam ni la ghupe air terjun tuh. rasa nak mandi shower semula jadi sila datang sini bawak baju lebih :p


Bukit Seger

Aku rasa seger ni segar dalam bahasa Malaysia. Cuma slang indo die bunyi segerrr. Comel pulak nak nyebut nye. Hahaha Ni dah nama nye bukit ofcourse la kau kena memanjat kan. Mula nak panjat aku macam serius laa takde tempat lain ke kau nak bawak. Dalam hati je la mengomel. Kaki turut panjat jugak. Dah la aku pakai flat je time tuh. Nasib la bila sampai tengok tapak kasut ade lagi. Ni pun stamina kena ada kalau tak nangis la kau sorang-sorang kat kaki bukit. Satu lagi kena pandai balance diri. Ni sape yang kurang ketinggian memang untung sebab cepat balance. Kahkah

Bila sampai puncak bukit rasa macam taknak turun. Hahah berbaloi weh. Dapat tengok laut yang crystal clear dari atas, sawah padi. Macam lukisan yang tak boleh digambar dengan kata-kata. Dah la time tu takde orang, rasa macam bukit ni aku punyaa. Angin menderu-deru. Memang bagus layan perasaan. Syiokk asyikk bangett. Ni pun worth jugak. Tak kesah la tapak kasut aku dah haus ke hape janji puas hati akak.


nangis ke tak tengok pemandangan camni? (buat nature lover je lah)


Okay aku taip setakat ni dulu. Nanti sambung lagi. Penat wei taip lau dapat gaji okey la jugak. Hahah

Chaw. 

Friday, 6 January 2017

marah bertempat

assalamualaikum.


lamanyaa tak update. last update tahun lepas. selamat tahun baru kawan-kawan. alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini. lama tak terupdate sebabnya aku dalam tempoh adapt kan diri sebagai wanita bekerja. cewahh adapt sangat kau. masih dalam tempoh trial lagi kerja ni. doa kan aku tabah ye. baru start kerja pun dah mintak ditabahkan hati. kahkah bukan ape, aku cuma doa supaya aku tak cepat stress dengan kerja. aku kan jenis manusia yang tak boleh ade kerja tak beres, nanti 24 jam fikir kerja je. workaholic sangat. puii 

tajuk entry tak mula lagi. sibuk membebel benda lain. biasaa la kann. mesti ade mukadimah dulu. tak tahu nak mula macam mana. tapi let me simplified benda ni okay. pernah tak kau nak marah orang bila dia buat something yang kau tak suka? aku mengaku dulu aku macam tu. tapi sekarang aku belajar dari pengalaman. cuba kita duduk situasi orang yang kita marah tu. ape perasaan dia? 

aku bagi contoh. budak-budak dalam tempoh tumbesaran dia mesti suka buat something menyakitkan hati. macam contoh sepahkan barang mainan, kotorkan rumah. mesti mak ayah diaorang akan marah kan? dalam situasi ni, kalau tiap-tiap hari kena marah agak-agak ape yang akan jadi kat budak tu? mesti emosi dan minda dia bercampur. dalam minda dia dah set kalau aku buat benda ni mesti kena marah dengan mak, ayah. budak macam ni kesian, dia hidup dalam ketakutan. dia takut nak cuba sesuatu yang baru sebab dah set dalam kepala nanti mesti kena marah. 

aku tak cakap tak boleh marah. marah sekali dua sebagai peringatan boleh. tapi kalau asyik marah kau ghase? mungkin boleh cakap marah ni boleh sedar supaya tak buat silap benda yang sama. masalah nye tak perlu kot tiap kali buat salah kena marah. benda ni bukannya buat budak tu jadi 'ikut peraturan' tapi makin takut dengan life dia. dia akan kurang keyakinan sebabnya dia akan terfikir kalau aku buat benda ni mungkin orang akan marah. kamon lah kehidupan ni adalah sesuatu proses belajar. tak kemana pun kalau hidup asyik nak marah-marah.

macam aku, benda kena marah ni dah biasa dalam hidup. aku takde lah nak balas dendam tak puas hati ke ape kalau orang nak marah. dah memang kalau ade silap patut lah kena. tapi kalau semata nak marah tak bertempat ni macam tak logik kan. tak boleh ke ajar baik-baik? aku pergi sekolah jugak. boleh paham la ape benda nak diajar tu. aku tak marah, tak sedih aku just pelik. kenapa kau nak kena marah? i cannot brain. bukannya ajar secara baik tak boleh masuk otak pun. jangan cakap aku ni jenis tak boleh kena marah, kena tegur. sebab aku dah faced banyak situasi macam ni dalam hidup. cumanya jenis macam ni je aku tak boleh handle.

lesson learned.

okay tu aje untuk entry kali ni. maaf ler kalau ayat pening tunggang terbalik. dah lama tak menulis kan. kahkah

Friday, 18 November 2016

main masak-masak

assalamualaikum.

ni la masalah penganggur gemok macam aku ni. takde buat apa kat rumah. jadi selalu je duk tengok tv channel AFC tu. pastu mula la terliuq tengok makanan yang chef masak tu. pastu terus  rasa lapar nak makan. ciss. hari tu ada beli salmon. pastu terus fefeeling nak buat macam chef omputih buat tuu. haha




terus aku grill kan salmon itu bersama asparagus.




Pastu hias macam omputih buat tuh. kahkah

omputih takpe la dia makan banyak tak gemok weh. sebab dia makan small portion je. aku tengok sadis je makan macam tuh. lekat celah gigi aje. kahkah

okay lah itu aje update belog untuk hari ini. byee. 

Tuesday, 15 November 2016

kimbap manis

Assalamualaikum.

Ni lahh masalah penganggur. suka makann. kejap kejap fikir makan. tadi teringin nak makan kimbap. maka nya terus aku beli barang laju-lajuu. sebenarnya nak testing sushi roll yang baru beli dekat mr diy. haha

tapii yang sedihnya kimbap aku manis. sebabnya aku beli seaweed yang crispy punya. manis satu hal, bila dah crispy susah lah nak roll nyaa. sebab dia rapuh dan asyik koyak. padan muka akuu. sape suruh beli yang tuuu T_T


Gigih aku prepare bahan-bahan nyaa. itulah seaweed yang crispy. sebenarnya orang guna seaweed jenis lain. aku malas cari jadi aku ambik jelah yang tuh. padan muka aku benda tuh maniss. yang aku pelik dia tulis classic flavour. takde pulak tulis sweet ke ape. cisss. ohh yang putih tuh la sushi roll yang aku beli. 



Dan ini lah hasilnyaa. tragis bukan. bentuk dah leper sebab susah nak roll. sila kesian dekat aku.


Okay itu saje laporan kimbap manis hari ini. bertabah lah diri ku untuk menelan mereka-mereka yang manis itu. terus tak teringin nak makan kimbap sebulan. 

Monday, 14 November 2016

penuaan

Kau semakin meningkat tua bila kau rasa...

Tak kisah ringtone handphone jenis apa. Janji berbunyi je.



Annoyed gila dengan youngsters yang suka melepak ramai-ramai, yang suka buang masa. Rasa macam nak bagi tazkirah budget kakak dewasa.



Makanan yang paling favorite masa kecik tak lagi jadi favorite. Boleh siap terfikir kenapa la taste bud aku masa kecik teruk bebeno. Benda macam ni pun aku boleh suka. kahkah



Buat kerja lebih sikit terus rasa semput. Macam orang tua sangat. Dulu relax je boleh kehulu hilir sekelip mata. Sekarang buat kerja sikit sakit badan lah. Lenguh sana sini. Sigh


Allergic tengok tempat bersepah. Dulu punya lah jenis pemalas. Nampak barang terabur pandang sebelah mata je. Berpegang dengan prinsip 'who cares? janji kau (merujuk kepada barang) tak ganggu aku sudah'. Sekarang tak suka tengok benda sepah, contoh pinggan tak basuh, kain tak lipat, mesti terus nak settlekan. Perangai menantu solehah ni. kahkah. Tapi kalau mood terlampau malas allergic jugak cuma dalam hati jela. Buat nya idokk. hahaha


p/s: list ni akan diupdate mengikut perkembangan hormon dan peningkatan kadar penuaan. 



Monday, 24 October 2016

Fake muslimah

assalamualaikum.

Jangan salah paham dengan tajuk aku. Biar aku explain dulu. 

Kalau dengar perkataan muslimah mesti terbayang watak perempuan alim yang baik lagi suci. 

Tapi entah lah. Aku punya trust issue nak percaya tengok perempuan muslimah ni. 

Sebab nya?

Aku jumpa ramai perempuan yang budget muslimah ni. Secara dasar nampak pakaian sopan, ayu dan cakap soal agama macam ustazah. Lelaki tengok pun boleh cair. Rasa nak buat calon isteri.

Tapi hakikatnya bila kau dah kenal dekat sikit. Dekat ye bukan rapat. Perangai nye nauzubillah. Aku bukan nak kutuk orang sebab aku sedar aku pun bukan baik sangat. Tapi takde lah sampai mengaku diri budget bagus. Muslimah sejati gituu.

Bila dah bawak imej muslimah tu cuba lah jaga diri sikit. Bukan buat orang makin meluat dengan kau. Ni tak mencarut dengan selamba nya. Kau ingat cool ke? Benci tahu.

Mencarut tu satu hal. Pastu guna agama untuk nampak halal kan cinta. Macam contoh, 'awak baca la Quran setiap kali rindu saya'. Eh pergi mati la. Kau dah kenapa baca Quran sebab manusia. Kita baca Quran sebab nak ingat Allah la. Bukan manusia. Awal-awal lagi dah tersasar konsep.

Pastu yang jenis couple pun sama. Letak gambar makwe pakwe dalam dompet. Pastu tunjuk dalam media sosial biar satu dunia tahu. Nak nampak islamik letak hadis, ayat Quran. Dengan hashtag yang tahpape. 

Yang menyampah lagi jenis yang suka pergi ceramah keagamaan. Pergi ceramah tu memang bagus. Yang tak bagusnya bila kau memilih ceramah. Macam contoh nak pergi certain ceramah tu sebab tajuk nye 'dia imamku', 'dia bidadariku'. Yang tajuk keilmuan yang lain macam fiqh islami kau tak nak join pulak. Hadoii laaa. 

Satu lagi. Dah tahu muslimah tak payah la gedik nak tayang muka cantik comel kau kat instagram. Nama lagi muslimah. Tak payah la nak letak gambar yang filter-filter tu banyak sangat. Sekeping dua cukup la. Sekadar orang tahu. Kadang-kadang aku rasa macam diorang ni syok sendiri pun ade.

Paling tak leh blah bila lepak dengan geng macam ni rasa nak tumbuk je. Sebabnya 24jam korang duk borak pasal laki je. Duk gosip pasal laki hensem tu. Stalk lelaki kat instagram. Eee tolonglah aku annoying nak mati. Bukan sebab aku jeles. Aku pun boleh nak stalk weh. Kahkah. Tolonglah. I just can't.

Seriously I cannot brain with these people.

Ikhlas daripada, 
Kawan kamu yang tak muslimah sangat, tapi syukur bukan fake muslimah.