Wednesday, 3 February 2016

life updated

assalamualaikum.

nak update sekejap boleh? lima bulan tanpa satu post. dan baru aku perasan ni first entry aku untuk tahun 2016. sorry lah ye. janji melayu laa aku ni. pastu bila aku bukak belog baru perasan ada orang komen tanya soalan. im soo sorry tak reply komen soon as possible. rasa nya soalan dah expired. dan dah ade orang lain jawab. sory sangat ye. tapi kalau nak suruh aku jawab boleh tinggal kan komen sekali lagi. bukan ape aku ni dah memang jarang bukak belog ni. bukan tanak bukak tapi tak sempat dan mood nak menaip panjang tuh malas. sebabnya aku dah sambung belajar sekarang (alhamdulilah). harap nye cepat lah habis ye. penat dah ni. lepas ni janji taknak sambung lagi. nak kerja dulu boleh? hahah

sebenarnya aku sambung belajar bulan 9 hari tu. tak sempat nak update kat ini belog. sibuk sangat lah katekan. sekarang ni tengah cuti semester. tuh yang menyempat kejap. taktahu la ape nak update. tapi saje jugak nak taip kat sini. dah kata cuti sem, takde kerja sangat lah kita. so ape lagi menaip laa. banyak sebenarnye nak citer. nak start dari mana pun tak tahu la. experience life kat ukm ni nanti aku citer satu-satu boleh. sebab nye aku teringin jugak nak buat entry pasal life in ukm. citer pengalaman. supaya orang boleh refer (and aku pun boleh baca balik sebagai kenangan). 

sekarang aku tengok orang suka baca blog nak tahu info mengenai sesuatu. termasuk lah aku. so why not nanti aku buat kan satu entry khas untuk yang first time sambung belajar macam aku. ni based on experience lah. nak citer lebih-lebih tak berani. sebab experience orang ni tak sama kan. tapi tak nak citer kat sini. nanti lain entry pulak aku buat. sebab nak kena karang and fikir ape yang aku dah lalui. maklum lah belog main hentam aje. takde nye nak buat catatan kembara di perantau. heheh

disebab kan ni musim aku bercuti so kita relak lah dulu kat rumah ye. goyang-goyang kaki sikit. nanti aku nak citer jugak trip kelas g singapore. takde lah nak citer trip sangat. sebab aku rasa dah banyak orang cakap pasal pengalaman g singapore. aku just nak recommend kan satu hostel ni. nanti aku citer lebih sikit. sampai sini saje lah ye. tengah blur-blur ayam kejap macam mana nak taip. zzz

byee

Tuesday, 11 August 2015

malas

assalamualaikum.

sorry. lama gilaa tak terupdate ini belog. bukan ape sekarang dah jarang sangat bukak laptop. nak update kat henpon memang tak kan lah. pastu sekarang perangai macam orang tua sangat. tido paling lewat kul 12. 12 wei. dulu kul 12 malam baru nak on laptop. stalk manusia sejagat sekarang bila time nak kul 12 jer mata dah layu. orang tuaa sangat. zaman penuaan beransur naik. 

tapi takpe la kan. kalau update pun benda sama jeer. tak tahu nak tulis ape. nak tulis tu ade jugak sikit. tapi malas nak taip la. baik tak payah ade blog camni takde ape yang menarik current life aku. sebab dah tamat belajar kan jadi duk rumah aje lahh. jadi driver part time. gaji takde. tapi cukup lah makan pakai tiap-tiap bulan. wakaka :p 

dan alhamdulillah jika diberi kesempatan aku akan sambung belajar september ni. daftar akhir bulan lapan. malas nye nak pergi hoi. tapi salah satu sebab aku nak sambung supaya tak nampak sangat aku ni penganggur berjaya. duduk aje kat rumah. so baik kita sambung belajar je kan. orang pun akan cakap budak tu sambung belajar instead of budak tu sekarang dah habis belajar tengah cari kerja. macam penganggur berjaya pulak.

okay nanti aku update lagi. bila pulak tah. bila mood tengah rajin mungkin. 

adios 

Monday, 22 June 2015

updated

'siapa kita nak tentu pahala dan dosa orang? itu kerja Allah'

dah banyak kali sebenarnye aku dengar benda ni. jawapan cliche bila buat salah tapi tak nak ngaku. memang la kita bukan siape-siape nak tentu kan dosa pahala orang. kita ni hamba Allah je. tapi kalau dah terus terang dalam Quran, Hadis cakap benda tu haram, berdosa kalau buat. tak kan nak nafi kan lagi. orang sekarang suka nak putar belit benda yang terang dan nyata. zaman sekarang memang orang boleh buat macam-macam interpretation. tapi atas kita la nak guna pakai atau tak. kalau betul kita ambik. kalau dah terang-terang salah tak payah la nak pertikai. muak tahu nak dengar?

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” - Imam Syafie.

p/s: cece sekarang dah pandai nak buat tarbiah pulek. nampak tak nampak tak. tahap kematangan berunsur naik.

okey lah nak chow dulu. tak tahu ape nak update. so kita kasi tarbiah sikek di bulan puasa. tarbiah sangat

Tuesday, 16 June 2015

beza

beza kita orang islam dengan bukan islam adalah aurat. kalau kita sendiri tak reti nak tutup aurat, ape beza kita dengan orang bukan islam? lain la kalau rasa bangga dapat tunjuk rambut yang tak se gah mana. body pulak kalau putih takpe nak pakai mini skirt. dah la lutut hitam wakaka

#budgettarbiahsentap

assalamualaikum dan halo.

saje nak buat tarbiah sikek sebelum start berbelog. selalu asyik ayat cliche 'lama tak update blog'. ni kita mula kan blog dengan tarbiah. baru rare sikek. kah kah

okey la taknak tulis pape lagi. sebab takde mood. dan takde cerita.

sebelum mengundur diri nak bagitau yang finally aku dah unofficially tamat degree in law. unofficial sebab tak konvo lagiiii. takpe la janji dah tamat. tapi bukan maksud tamat belajar. insyaallah kalau ade rezeki sambung lagi.

tapi nak berjimba dulu kat rumah. nak joget riang ria. 

takpayah nak joget sangat la. esok lusa dah nak puasa. insap la sikek woi. 

ok bye. nanti kita belog belog lagi ye.


Tuesday, 27 January 2015

amoi

aku ade satu cerita. rasa nak gelak pun ada bila ingat.

kisah nye macam ni. ade la sorang budak perempuan ni.
die budget die amoi.
bila orang panggil dia amoi.
mesti dia duk terbayang kulitnye putih, mata sepet, comel-comel gitew.
padahal die tak sedar orang panggil die amoi sebab pakaian die tuh.
pakaian macam amoi.
macam bukan orang islam.
atau nak jahat sikit pakai macam orang kapir.
kah kah kah.
satu lagi dah terang-terang muka melayu.
kulit pun boleh tahan kemelayuan nye.
sawo matang. tak pun hitam manis.
kah kah kah.
tiba-tiba aku rasa nak gelak guling. 

deeiii tambii learn sarcasm pleaseeeee!

Saturday, 24 January 2015

pisang keju satu buk!

assalamualaikumwarahmatulllahiwabarakatuh.

saje bagi salam panjang sebab dah lama tak masuk belog T.T
ni lah akibatnye bila malas die tahap melampau.
sekarang ni tengah cuti sem.
tapi lagi seminggu nak bukak.
sedih gilaa woo.
tak sempat nak jimba-jimba lagi ni.
tapi takpe tak sabar nak tamatkan LLB ni. 
sebenarnye tanak citer current life aku pong.
cuma nak cakap tengah mengidam nak makan pisang keju. 



bukan pisang keju yang ni tau. yang ni pisang cheese. 



ni la pisang keju nye. walau pun name nye cuma di translate dari pisang cheese. rupa dan rasa nya tak sama.



jangan pandang rupa tau. walau rupa nye tak se gah pisang cheese. tapi rasa nye sedap tauu. first time makan ni masa gi bandung. mula-mula pandang sebelah mata je. cakap dalam hati ape benda la diorang jual ni. bila makan punye lah sedap. dengan crispy nye. teringinn nak makan lagii. tapi masalah nye benda ni jual kat bandung je. ke ade kat Malaysia? teringin gila kott. dah lama gila tak makannn T.T



jangan pandang rupa ku. belum cuba belum tahuuuu

ok lah itu je nak tulis. kahkahkah. takde benda nak citer.
nanti rajin ku tulis lagi ye.

p/s: credit kepada tuan gamba. ambik kat google je. lol

Tuesday, 16 December 2014

final exam is coming

aku paling benci manusia yang tahap confident dia melebihi gunung kinabalu tapi hakikatnya dia punya IQ macam tin kosong. menyampah tahu? 

okay lah sambung lepas final. saje nak update belog.huahua

to be continued..