Friday, 28 February 2014

no title

haloo belog.lama nyaa tinggal. rinduu tau nak peluk cium. blergh

sekarang ada kat shah alam. anto adik. rasa heaven tau duduk melepak kat hotel tanpa perlu pikir pape. internet pown lajuu nak mati. ni yang menyempat berbelog. walaupun sikit jadi lah kan. at least ade jugek benda aku tulis untuk bulan february. disebabkan esok dah bulan march. so aku gagah kan jugak menaip sini. kan janji nak buat entry at least satu dalam sebulan kan? heeee

takde nak citer sangat buat masa sekarang. everything macam biasa. malas nak citer. tak penting.

k lah bubyee.. hahaha 

keji sangat entry ni!takde benda nak citer!hahak

Wednesday, 5 February 2014

new sem new hope

assalamualaikum.

sekarang aku sudah berada di terengganuuuuu. ape mau buat wei? kelas last minit baru cakap takde. menyesal balik awal. tapi dah balik tak kan nak stat enjin keta laju-laju dan pulang rumah khen. sedih amat. cuti pendek je. tak sempat jumpa kawan-kawan :( ape nak buat. time raya cina hari tuh kena bawak family mak sedara g jenjalan. memang tak duduk kat rumah. jalan je keje. macam dah exhausted sangat badan. okey ini poyo

okay macam biasa la. bila bukak sem baru mesti ade azam baru. tapi capai nye tak macam student yang lain jugak, aku punya azam nak study hard. taknak main-main dah. tapi mula-mula jelah bedah oi. bila ditengah sem didatangi test, kuiz, assgnment, mula lah buat ayat sedih and hampir give up macam 'try harder next sem'. cliche sangat youu. cuba cakap 'aku akan berjuang sampai titisan peluh yang terakhir'. rare kan tuhh.

pasal result pulak. alhamdulilah sangat. Allah bagi aku rezeki ni. syukur pada mu ya Allah. dengan usaha yang tak seberapa ni, tapi aku yakin doa mak ayah paling penting. tanpa mereka aku mungkin tak kan dapat result sebegini. tenkiu umi dan abah :')  

tapi serius aku tak sangka. sebab dalam exam main tibai je. ade yang cakap aku ni cakap je tak leh buat tapi nanti result ok je. aku cakap betol, i have no confident dalam apa jua jawapan yang aku beri dalam exam. sebab tu bila orang cakap boleh jawab ke tak, aku akan cakap tak boleh. jawab main hentam je. bukan niat aku nak menipu. tapi tu lah hakikat nya. takde kompiden. even 10x hafal benda sama. tetap ragu-ragu. betol ke tak jawapan yang aku beri ni. low self esteem nyeww itew. hahahak

ape pasal aku tiba-tiba buat entry ala-ala nak meluah perasaan pulak. tah pape jee. okay lah itu je. nak pergi tengok tv la.even takde citer. ini aje la life kat terengganu yang boleh dinikmati. tonton tv sambil makan nasi tambah 3 pinggan. wehuuuu. 

okkay lah peeps. daaa~

Friday, 24 January 2014

mengidam

assalamualaikum.

tepi,tepi tuan belog yang gemuk comel nak lalu. keji nya internet. bila ada mood nak update terus ja internet mengalami zaman kemunduran. tiba-tiba slow ya amat. sebelum ni relaks je tengok citer online kt youtube smoothly. aih nasib badann. 

sebenarnya bukan nak update sangat. tapi nak cakap bahawasanya aku tengah mengidam nak makan nasi ayam mualaf dekat tesco tuh. tah kenapa tah perut ni mengada sangat. nak cakap prengnant jauh sekali lah. prengnant lemak hadoo lah woi. tsk tsk T.T 

bukan nye tak leh makan kat kedai lain. masak lagi lah boleh. tapi masalahnye nak makan yang kedai mualaf tuh. rasa dia okey la. takde la nak cakap sedap sangat sampai bergenang air mata ekau makan. tapi boleh la buat ekau teringat nak gi makan untuk kedua kali nya. 

dia ade banyak jugak jenis ayam. tak silap grilled, bbq and ape tah. lupe pulaks. tapi yang paling best dia punya tauhu telur. best gua cakap luu. *ni dah kenapa main gua-gua bagai?* dia punya kulit tauhu tuh cruncy and crispy kat luar but at the same time lembutt didalam (buat gaya seperti iklan daia *lembutt ditangan*).





ni lah ghupe tauhu telur comey ituh. nampak biasa je kan. tapi sedak woi sedak. bila tengok rasa nak penyek-penyek je.
woi dah kenapa emotional ngan makanan tiba-tiba?
kredit to: google and tuan yang amik gamba ni

nasi ayam nye mane?? 


tak payah tengok pun takpee. ekau orang dah boleh bayang kan cemano. lagi pun ghupe nasi ayam lebih kurang sama je semua. takde nye nak letak hiasan seperti seketul durian dalam pinggan tuh. rasa je yang membezakan. makan kat sini agak mahal lah jugak. standard macam kat kedai kopitiam. hari tuh aku makan untuk 5orang dalam 60hengget. mahal lah jugak kan. bukan dari kategori affordable.bagi aku lah, yang tak berapa nak kaya raya ni....sebab ianya bukan kategori restoren yang ade aircond and tak berapa formal, so mahal lah kan. bape kali nak ulang mahal daaaaaaaa. tui


tapi.......

masalah nyeee..kedai tuh dah lama tak bukak. duatiga kali ronda dengan kereta polis asyik tutup je. nak cakap cuti CNY macam dah lama sangat cuti. jangan lah tutup. masih mengharap nak makan kat sana ni. selagi signboard 'Nasi Ayam Mualaf' ade, selagi tuh aku mengharap. so tolonglah kalau nak tutup pun, bukak la cawangan kat lain pulak. nak makan ni. mengidam. cam ape je mengidam. uwekk

okay lah itu aje luahan mengidam. bye. adios. dan selamat malam.

~do you want to build a snow man? come on lets go and play~
currently addicted sangat ngan lagu neh. sape yang taktau lagu nih sila pergi tonton Frozen. macam comey sangat lagu ney. rasa nak pijak-pijak and nangis bila dengar. kau dah kenapa emotional dengan semua benda? tah ape ape.

Tuesday, 21 January 2014

first post in 2014

assalamualaikum.

how im supposed to write? takda idea sesangat. now i know kenapa aku jarang update blog. bila dah tulis separuh, tiba-tiba takde idea. terus tekan backspace laju-laju. sebelum ni macam ada idea sangat.

entah lah. it is more into mood daripada idea senanye. takde mood nak berblog. dulu masa newbie bukan main ekau. esaited nak buat blog la khonon nyeee. takde idea takpe, yang penting mood tuh membuak-buak. and now? mood memang asyik ke laut. malasss sangat woi. 

kalau tulis pun i tend to make it in small paragraph. sebab nak nampak banyak kanng. soo ape nak cakap ni ha?

my current life?

okay baru saja menamatkan semester 5. dengan jayanya  the result is? tak tahu nak cakap cemano. hanya mampu menunggu result exam keluar je. takut lah.serius takut. sebab subject sem ni semua nya katang tough. 5 subject hanya untuk subject law. hadoii. dengaq ja bleh buat kepala ceq berputaq oi. hanya mampu bertawakal dan berdoa kepada Allah sahaja.

pastu bila dah habis sem boleh duduk rumah dengan senang lenang. tanpa perlu pikir apa sahaja yang relate dengan pelajaran. duduk berpelesiran dengan tenang gituh. (ape pasal bunyi macam skema skematic diagaram ni?)

tapii yang tak best nya, cuti semester pendek baq hang. orang lain cuti masuk jugek sebulan. ini tak. berapa ketul minggu aje. tak sukaa okay! nk duduk rumah lelama lah. tak suka belaja. tapi nak cepat habis degree. cemano tu eh? 

takpe lah.sebelum habis cuti nak enjoy pepuas kat rumah. harap2 my family buat family vacation sebelum start sem baru neh. dah lamaa tak gi jenjalan. jalan jejauh i mean. kalau jenjalan kat kota bharu ni dah tiap2 hari sangat dahh.hahaa

okay chow peeps.

entry yang hampagas sangat. takde input mahu pun output.

bye.

Saturday, 14 December 2013

loser me

boleh tak nak cakap loser me sampai 100x?

hari tuh kunun nya buat belog nak update tetiap hari. tapi sekarang nan hado laa. update sebulan sekali. aku rasa hidup sebagai law student ni tak boleh nk berjimba jimbo. banyak benda nak buat jemah oi. pejam celik semingu jew lagiw nak study week (perlukah eww itew?) uwek. so aku malas nak update belog. minda pun dah tetutup nak tulis apa. tunggu nanti cuti sem lah yeee. so wish me luck. so many things to do before study week. test ada 3. assignment 3. total works to do 6. hadoih mampu kira je. buat nye?

Thursday, 7 November 2013

student mode is on

assalam.

dah lama tak menaip. mood nak berblog kelaut. tambah pulak laptop buat hal. bukan sekali. tapi dua kali dalam tempoh tak sampai seminggu. harap takde untuk kali ketiga. amin. makan rm500 jugak nak repair laptop  kuang asam kesayangan ni. first repair masalah tak boleh nak cas battery rege dlm rm100. second repair masalah skrin ke hape. makan duit rm400. botak hoi. kesian my umi terpaksa keluarkan duit. hajat dihati mau ditukar aja. tapi nak beli baru paling koman kena tambah rm500 lagi. so laptop aku mohon sangat bertahan lagi dua tahun. tunggu aku grad yeee.

*hoii kenapa aku ends up menaip masalah laptop pulak?*

sebenarnya sedang bercuti mid term. kerja macam banyak. tapi biasa bro. bila dah nama nya cuti memang haremm la nak bukak buku. hape kau ingat aku geek sangat ke nak bukak buku time cuti. baik tido aje bagus. tapi cuti dah nak habis. bermakna terpaksa facing semua benda alah assignment, tutorial, test, final and etc. sobs sobs takpe niat mahu belajar kerana Allah. 

kenapa bila habis cuti mesti ada satu perasaan tanak balik. rasa nak bertapa kat rumah jee. okay lah itu aje. nanti tahun depan aku update lagi. 

bye.

p/s: tadi baru aje nak tido. bila tengok laptop rindu pulak nak menaip kat laptop ni. setelah sekian lama tak guna. 

gudnite peeps.




Sunday, 8 September 2013

dont judge

assalamualaikum. sekali dan berkali-kali lagi update guna fong. ni nak jimat battery laptop. ape ke malas beno tuan  punya laptop? so sila baca dalam satu nafas sebab aku menaip pun dalam satu perenggan. kalau tak paham atau konfius kenapa tiba-tiba aku citer benda lain lepas tu lain pulak sila duduk diam buat buat tahu. alhamdulillah secara rasmi nya aku dah bergelar pelajar tahun tiga. ehek tahun tigaa baru. bukan jadi loyar pong. setahun lagi nak merasa jadi super senior. nak buli juniorss sekalian. okay gurau je. junior pun aku tertukar dengan senior. ada hati tuh nak buli. hahaha okay pasal tajuk entry tak cakap lagi. nak cakap sikit je. nak pejam mata sambil taip. begini lah dipendek kan cerita. aku memang tak suka bila ada manusia yang cepat sangat judge orang. sebagai contoh dua pihak sedang bergadoh. sorang pergi bercerita hal dia kat orang. nak lagi drama siap nangis. pastu si tukang dengar ni pulak percaya tiga segi kat sorang ni. dan terus nak label pihak satu lagi sebagai jahat. hellooo kalau kau tak tau citer sebenar jangan nak judge ikut suka hati je. kita tak tahu pun situasi sebenar. mungkin pihak yang dilabel jahat tu ada sebab dia sendiri. ya memang aku akui kalau kawan kita yang duk ngadu tu tendency nak percaya kat dia lagi tinggi. tapi bagi aku kena tengok pihak yang terlibat tu. macam mana perangai dia. pergaulan dia dengan manusia sejagat. adakah dia ni si pengadu domba, batu api atau jenis lidah biawak. bila dah tahu perangai jenis cemni tak kan kau nak sokong dia semata dia berlagak innocent depan kau.  jadi aku mohon sangat dengar dari dua pihak baru boleh kau nak cakap/judge/komen. jangan jadi macam citer retis. dengar dari wartawan atau gosip. terus nak cop retis tuh jahat. okay bye. dah tertidor. zzz