Saturday, 14 December 2013

loser me

boleh tak nak cakap loser me sampai 100x?

hari tuh kunun nya buat belog nak update tetiap hari. tapi sekarang nan hado laa. update sebulan sekali. aku rasa hidup sebagai law student ni tak boleh nk berjimba jimbo. banyak benda nak buat jemah oi. pejam celik semingu jew lagiw nak study week (perlukah eww itew?) uwek. so aku malas nak update belog. minda pun dah tetutup nak tulis apa. tunggu nanti cuti sem lah yeee. so wish me luck. so many things to do before study week. test ada 3. assignment 3. total works to do 6. hadoih mampu kira je. buat nye?

Thursday, 7 November 2013

student mode is on

assalam.

dah lama tak menaip. mood nak berblog kelaut. tambah pulak laptop buat hal. bukan sekali. tapi dua kali dalam tempoh tak sampai seminggu. harap takde untuk kali ketiga. amin. makan rm500 jugak nak repair laptop  kuang asam kesayangan ni. first repair masalah tak boleh nak cas battery rege dlm rm100. second repair masalah skrin ke hape. makan duit rm400. botak hoi. kesian my umi terpaksa keluarkan duit. hajat dihati mau ditukar aja. tapi nak beli baru paling koman kena tambah rm500 lagi. so laptop aku mohon sangat bertahan lagi dua tahun. tunggu aku grad yeee.

*hoii kenapa aku ends up menaip masalah laptop pulak?*

sebenarnya sedang bercuti mid term. kerja macam banyak. tapi biasa bro. bila dah nama nya cuti memang haremm la nak bukak buku. hape kau ingat aku geek sangat ke nak bukak buku time cuti. baik tido aje bagus. tapi cuti dah nak habis. bermakna terpaksa facing semua benda alah assignment, tutorial, test, final and etc. sobs sobs takpe niat mahu belajar kerana Allah. 

kenapa bila habis cuti mesti ada satu perasaan tanak balik. rasa nak bertapa kat rumah jee. okay lah itu aje. nanti tahun depan aku update lagi. 

bye.

p/s: tadi baru aje nak tido. bila tengok laptop rindu pulak nak menaip kat laptop ni. setelah sekian lama tak guna. 

gudnite peeps.




Sunday, 8 September 2013

dont judge

assalamualaikum. sekali dan berkali-kali lagi update guna fong. ni nak jimat battery laptop. ape ke malas beno tuan  punya laptop? so sila baca dalam satu nafas sebab aku menaip pun dalam satu perenggan. kalau tak paham atau konfius kenapa tiba-tiba aku citer benda lain lepas tu lain pulak sila duduk diam buat buat tahu. alhamdulillah secara rasmi nya aku dah bergelar pelajar tahun tiga. ehek tahun tigaa baru. bukan jadi loyar pong. setahun lagi nak merasa jadi super senior. nak buli juniorss sekalian. okay gurau je. junior pun aku tertukar dengan senior. ada hati tuh nak buli. hahaha okay pasal tajuk entry tak cakap lagi. nak cakap sikit je. nak pejam mata sambil taip. begini lah dipendek kan cerita. aku memang tak suka bila ada manusia yang cepat sangat judge orang. sebagai contoh dua pihak sedang bergadoh. sorang pergi bercerita hal dia kat orang. nak lagi drama siap nangis. pastu si tukang dengar ni pulak percaya tiga segi kat sorang ni. dan terus nak label pihak satu lagi sebagai jahat. hellooo kalau kau tak tau citer sebenar jangan nak judge ikut suka hati je. kita tak tahu pun situasi sebenar. mungkin pihak yang dilabel jahat tu ada sebab dia sendiri. ya memang aku akui kalau kawan kita yang duk ngadu tu tendency nak percaya kat dia lagi tinggi. tapi bagi aku kena tengok pihak yang terlibat tu. macam mana perangai dia. pergaulan dia dengan manusia sejagat. adakah dia ni si pengadu domba, batu api atau jenis lidah biawak. bila dah tahu perangai jenis cemni tak kan kau nak sokong dia semata dia berlagak innocent depan kau.  jadi aku mohon sangat dengar dari dua pihak baru boleh kau nak cakap/judge/komen. jangan jadi macam citer retis. dengar dari wartawan atau gosip. terus nak cop retis tuh jahat. okay bye. dah tertidor. zzz

Sunday, 1 September 2013

time to sleepppp!

ohoi. another update through phone. bukan ape. slalu bukak laptop ade je benda lain nak buat. sampai lupa nak bukak belog. hihii dah lama rasanya tak tidor lewat cenggini. sejak praktikal ni balik rumah je mesti tidor awal. sampai dah habis praktikal pong masih nak tidor macam orang bekerja. pondan sangat ni. pukul 2.45 pagi tak tidor rasa macam lewat nyaa. dulu kul 4 pagi baru nak tutup laptop. tuh pun lekluu. usha sana sini. stalk menusia sejagat. hoi tak berfaedah sangat hoi! kalau tidor lewat buat solat sunat ke dapat jugak pahala. k bye. assalamualaikummm.

Tuesday, 27 August 2013

bodoh sampai ke tua

'kita ni jangan nampak bodoh sangat depan orang'      heh? bagi aku baik tanya daripada tak tahu. jangan nak berlagak macam tau semua benda. hakikat nya lagi blur dari orang yang duk tanya tuh. nama lagi process learning. tak salah pun nak tanya banyak-banyak. lain lah kau dah ade pangkat prof madya ke. berlagak pandai je lebih. walhal merapu banyak. bak kata kawan aku (kawan ke?) 'jangan nak peram sangat bodoh tuh. nanti sampai ke tua bodohnya' (maksudnya bila tak tau sesuatu cepat-cepat la bertanya, jangan nak budget macam tau, nanti sampai ke tua pun tak tau) ada logik nya jugak ayat ni. okay bye! p/s: malu bertanya sesat jalan!

Saturday, 24 August 2013

aduan rakyat

assalamualaikum.

ni nak ngadu sikit boleh? ape ke benda la baru update blog dah nak ngadu. sebenarnya dah lama nak ngadu dalam blog ni. tapi sebab tak menyempat terpaksa tangguh kejap. hurmm macam mana nak cakap ya? patot ke tak aku ngadu kat sini? lantak la nak repot jugak kat blog. bukan ada orang baca pun kan. haha takot nanti terkantoi jee. huu

begini al kisah nya. nak buat aduan pasal result. result nak buat aduan? pun boleh. ala kalau aku mengadu dalam blog pasal result bukan nya boleh ubah pong result aku tuh. melainkan aku pergi luah tak puas hati kat HEP. okay sebenarnya result dah lama keluar. tapi ni baru nak cakap pasal result. subjek lain aku tanak komen. sebab semua memang hasil usaha rajin malas aku. yang aku nak komen ni pasal subjek kokurikulum aku.

seperti sedia maklum aku ambik koku tenis sem lepas. dan aku pernah cerita dalam satu entry penat lelah aku ke hulur hilir angkut benda alah nak menjayakan program tuh. tapi hasilnya? boleh dikatakan kecewa jugak lah. mungkin kalau aku mengungkit nampak macam aku tak ikhlas pulak. tapi aku cuma nak tau atas dasar ape pemberian markah tuh dibuat. kenapa ada yang dapat A solid and ada yang tak. nak cakap aku ponteng. orang lain pun ponteng. nak kata aku tak buat kerja, sampai aku ke hulu hilir dari pagi n malam sambung buat kerja buku log tuh ape? 

mungkin ada yang cakap bersyukur lah dapat result camtu. yesh memang aku bersyukur sebab dapat result elok sikit dari sem sebelum nya. ada yang cakap tak jejas pun pointer. tapi bagi aku penting. contoh lah engkau dapat 2.95 sebab dapat B+ subjek sekian sekian. tapi kalau lect tuh dah bagi A- mungkin dah boleh dapat pointer 3. tuh aku kadang kadang macam pelik pulak cara pembahagian markah. ala subjek koku je pong. tak yah nak kedek markah sangat. aku nak tau apa yang beza if sorang dapat A, sorang A- dan sorang lagi B+. atas dasar apa wei? kalau lah gred tuh random memang tak logik. kesian lah sape mangsa yang dapat B+ disebabkan kerandoman dalam pembahagian makah.

okay aku tak patut mengungkit. tapi aku just nak tau. kalau markah aku rendah sebab aku tak buat kerja takpe. ni tak.. tapi takpe lah. bersyukur saje kan. ape ape kena syukur. 'syukur negara kita aman jugak'.

okay lah itu saje. nanti nak update pasal attachment pulok. daa~

Tuesday, 13 August 2013

mood raya

assalamualaikum. ni update guna fong aje. so abaikan tulisan yang tungang terbalik. selamat hari raya kengkawan! raya dah nak habis baru nak ucap. apa barang weii. takpe lah belum cukup seminggu lagi kan. tapi yang sadisnya tak rasa macam raya. first skali sebab raya ke-6 dah kena sambung attachment. dengan automatiknya tak leh join family day kat agro resort. my umi n abah jela pergi. thanx my sisters sebab sanggup tak pergi nak temankan ku. terharu iols. sobs nak lagi dramatik laptop aku buat hal pulok. tak leh nak cas. what a 'lucky' me. sedih wei sedih. orang beraya tengok citer bestbest kat tv. aku duk menghadap buku kat library nii. dah lah. nak pergi sambung baca cases. ni lah rutin harian. kalau tak ngadap cases ngadap OKT. haa pilih mana kau nak hadap. duadua aku taknak! ni nak wish hari raya ka nak luah perasaan. attachment ni memang la spoil mood raya aku. k byebye!