Wednesday, 12 June 2013

exam fever

assalamualaikum.

dah lame tak buat luahan perasaan disini uols. maklum lah minggu exam. tak sempat nak buat pape pong. tapi tidur menyempat aje kan. acano tuh? so disini gigih kan jugak tulis diari. nanti boleh baca balik buat kenangan. ape yang aku dah buat pada hari sekian sekian. blerghh. 

sebenarnye dah empat exam aku lalui. so far okay lah kot. bagi aku okay lah. bagi lecturers no komeng. hahaa sebenarnya takot jugak sebab semester ni semua carry mark rendah. macam dah takde harapan nak dapat A plus plus. tak tau ape dah jadi dengan diri. mungkin level kemalasan meningkat sem ini. tapi nak buat acano benda dah lepas. tak kan nak nangis guling guling depan bilik lecturers atau ugut bunuh anak diorang semata mata nak naik kan carry mark. tak pepasal aku yang 'terbunuh'. zzz so terpaksa terima je lah keputusan nya nanti. berdoa dan tawakal kepada Allah. disamping mengharapkan keajaiban aku boleh dapat A. aminn 

macam mana nak dapat miracle kalau bagi jawapan dalam exam pun terkial kial? tapi aku pedulik hape. aku percaya kuasa Allah. bila bab exam ni mula lah doakan keajaiban. bukan aku sorang ye. semua pelajar akan buat benda yang sama dengan aku. hahaa macam sem lepas tak expect pun nak dapat result macam tuh. walaupun tak berapa tinggi tapi okay lah untuk aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi. itu kan rezeki dari Allah. mana kita tau. semua tuh rahsia Allah. 

exam seterusnya nih paling mendebar. tak tau kenapa dari sem lepas memang mengigil kalau terbayang subjek ni. CRIMINAL. nama pun ngeri kan. killer subjek okayh. nasib baik ada gap empat hari. tapi cukup kah?  atau empat hari ni dimanfaat dengan menonton tv dan bersenang lenang sambil makan keropok ikan. 

sesungguh nya exam empat hari berturut turut tanpa gap memang memenatkan otak. lepas baca benda tuh baca benda lain. kalau tertukar cemano? rukun akad nikah yang disulami dengan hak orang ditangkap bersama pentingnya keusahawanan dan dicampur dengan grounds penceraian. hamik kau. 4 dalam 1. kau hado? zzz study ni memang membuatkan orang cepat lapar kan? ke aku je berkeadaan sedemikian rupe? 

formula yang dapat dihasilkan : study=lapar=makan=mengantok=tak study=fail exam

so konklusi nya study boleh fail exam? baik tak yah study bhai. muahahaha

okay bye. assalamualaikum. 



Friday, 10 May 2013

luahan perasaan

hai hai orang kampung. dah lama tak dengar kabar. ada sihat ka?

ni nak buat luahan sikit kat orang kampung. (haruslah guna term orang kampung supaya dapat effect ramai yang baca) *hakikat nya aku sendiri baca* wakaka -tak lawak-

okayy seriusly aku cakap minggu ini memang satu minggu yang memenatkan. banyak kerja woo nak kena buat. assignment jangan cakap la. banyak macam kulit kuaci yang bersepah tepi longkang. tapi yang menambahkan kepenatan dan stress is bila mana kena buat final projek untuk kokurikulum yang hanya 1 jam kredit. 

engkau bayangkan aku dah macam AJK tugasan khas dah. ke hulu hilir bawak muatan sarat yang semua berat macam tong drum. hari ini dalam salah satu sejarah hidup kerana aku berjaya tak tidur seharian. new achievement for me. sebelum ini buat ape sekali pun wajib tidur walau hanya 5 minit. seawal 6 pagi dah bangun untuk hantar sepupu ke kerja. dah macam mak-mak uols hantar anak gi sekolah. balik rumah terus study. study tuh. bia betikk. sebab ade test je pong. kalau tak memang haremm nak study. wuwuw :'(

pukul 8 nye hantar kereta untuk diservis. pastu sambung study. pukul 10 pergi test. tapi hampa. study macam tak berapa nak study. hape aku jawab pun tak tau. harap-harap mengarut pun diterima. wakaka balik rumah dalam pukul 1 lepas berjimba-jimbo dekat cafe. cafe je pong tak payah nak berjoli sangat. tapi hari ni cafe kat kampus spesial. ade festival bahasa. macam-maccam boleh tengok dan makan. semua bahasa ade, arab, thailand, jepun, vietnam dan macam lagi lah. pastu siap makan somtam sampai tercirit uols. 

balik terus surf internet pasal asignments dan cari gambar untuk buku log tenis. ha jangan memain uols. bukan sekolah rendah aje buat buku log koku. kat unversiti pun ade. pastu petang pergi ambik barang untuk program koku esok. petang pergi teman kengkawan main tenis jap. pastu balik sambung siapkan buku log. sampai nak kentut pun tahan. sampai tak sempat nak tido. aku ni kalau tak dapat tidor mula lah jadi zombi. tak pepasal nak marah orang. kalau tak cukup makan okay lagi. tapi tak cukup tido aku pancung sensorang yang cari pasal dengan aku. padat sangat uols. sedih tau. bila dah banyak kerja baru ingat masa itu berharga. mula lah lagu raihan demi masa berkumandang di telinga. cepat sangat pulak tuh masa berlalu.

malam nye ade meeting pulak untuk program esok. lepas balik sambung siapkan buku log. dan alhamdulillah berjaya jugak siap walaupun tak seberapa. janji cukup syarat aje sudah. penat la nak hias-hias comel macam zaman kecemerlangan dulu. sekarang baru boleh tido dengan aman. sebelum tido sempat kemas bilik ape patot. dah tak tahan tengok rupa bilik yang tak senonoh. sekarang aku nak tido. esok nak bangun awal untuk tournament tenis. 

moral of the story: jangan tangguhkan kerja, sampai satu tahap engkau akan rasa tertekan seperti mau menjerit dan menangis keliling kampus. dan jangan main tenis nanti engkau jadi zombi. eh probability ape kah ini? 

okay bye. selamat malam dunia.

Wednesday, 24 April 2013

day by day

assalamualaikum peeps.

comey tak kak ton? takde motip sangat kan stat tulis belog dengan tag line kak ton kite. tapi seriusly kelakar. setiap kali aku tengok mesti gelak guling-guling. saje je kan kak ton ni buat lawak. tapi memang comey. muehehe

selalu je nak update belog tapi rasa malas. kejap rajin kejap malas. silih berganti. nak tulis pun mood hilang. tapi hari ni aku gagahkan jugak tulis. untuk rujukan anak cucu aku esok-esok. rujukan la sangat. pui.

lately dapat selonggok assignment. ibarat mendapat durian free selonggok. durian runtuh you. semua asignment datang dalam masa yang sama. nak kena siapkan cepat. baru lah tak kalut sangat nanti. tapi kenapa aku ends up menaip kat sini? ye ye aje nak buat asignment kan. dah kata janji melayu. aku kan melayu. hahaha

dalam banyak asignment sempat jugak berjimba-jimbo dengan kawan. pergi makan kfc spicy korean chicken. kau hado? aku tak paham motip die nak letak nama korean kat situ. ape yang korean pun aku tak tau. saje nak tarik pelanggan letew. ni kan musim 'korean wave'. haruslah ambil peluang. seseorang usahawan yang berjaya harus mencari dan merebut peluang dalam meningkatkan perniagaan mereka. mentang-mentang la belajar asas keusahawanan dah berlagak. pui

sebenarnya motip keluar tadi nak beli tiket balik. balik cuti mengundi. tapi bukan sebagai pengundi sebagai parti yang tersenarai untuk bertanding. (memang dalam mimpi lah kan) nak mengundi pun tak dapat, ni ada hati nak jadi calon parti bertanding. kalau mengikut umur sebenar memang dah boleh mengundi. tapi bila duk godek laman web nak daftar mengundi asyik error je. so dah fed up. aku buat keputusan tak nak daftar. sedih jugak. sebab undi aku boleh menentukan sape yang bakal memimpin negara kita. ayat poyo aje kan. hahaa

ape-ape pun janji aku dapat balik. lama jugak woo cuti. nak sampai semingu. bermula 1 may. hebak tak? nak mengundi tiap-tiap tahun la camtuh. boleh tambah kan cuti. hehee

okay lah itu je, nak siapkan asignment pulok.

daa peeps. selamat malam dunia!

Saturday, 13 April 2013

bye bye midsem break

just a quick update using phone.                                                                                                                                            

hari yang paling malas dan rasa sebak bila tiba hari nak kena balik jalani hidupan sebagai student. tolong lah saat ni rasa macam nak bungkus dalam selimut. pura-pura pengsan. supaya tak payah balik sana. malas hanya allah sahaja yang tahu. malas nak fikir hari-hari yang padat dengan kelas,asignments, test, kokurikulum and macam-macam lagi.                              

so sebelum aku tinggal kan belog ini dengan sawang, izinkan aku mengucap selamat tinggal. till then peeps. harap-harap boleh pulang tiap minggu.                                                                                          byebye.muga ketemu lagi.

Tuesday, 9 April 2013

midsem break yaw

assalamualaikum and hello peeps.

even cuti midsem still masih ada banyak kerja nak kena settle. assignments, tutorial, and test. sabor aje lah. boleh kena nervous shock aku kalau hari-hari dapat kerja macam ni. nanti bukak sem ni terus di hadiahi dengan dua test sekali gus. pada hari yang sama pulak. sabar sabar. nasib baik yang satu test objective. boleh aku main bulat-bulat sambil pejam mata. hasil nya markah aku jugak menjadi bulat. 

lately rasa mengidam nak baking. baking tuh uols. tak pernah dalam hidup. rasa nak makan kek sendiri. hasil air tangan sendiri. baru sedap khen. padahal kalau buat sendiri kek tak tahu nak beza kek dengan batu. lepas gagal buat roti hari tuh rasa trauma nak buat something yang ada kaitan dengan pastry. bila mana kau rasa roti kau boleh jadi macam roti boy tapi malang nya sangat keras. lempar di dinding pun still tak berubah in shape. hebak tak roti saya? sobs

semalam berjaya TERminum dua gelas nescafe. TER okay. bukan disengajakan minum. tak dapat tidur malam. tapi bersyukur dapat siapkan jugak satu kerja hasil dari nescafe dua gelas. nanti bila aku dah desperate nak siapkan kerja pada saat terakhir nak try minum lima  gelas air yang mengandungi cafein. mana tau kerja dapat disiap dalam sekelip mata. 

time midsem break ni lah aku nak berpoya-poya. tapi selalu terfikir aku nak tidur ke.ke nak siapkan semua kerja yang tertangguh ni. nak jadi skema ke or nak jadi gengster? arghh dua-dua aku taknak. tapi selalu nya akan jadi gengster. bila last minit baru terpaksa jadi skema. TERPAKSA okay. 

okay lah. bye peeps.  

Friday, 15 March 2013

im homee

hello peeps. im homiee. im homee. 

motip nak bagitau semua orang kau balik kampung? sajee nak kasik jeles sapa yang dah lama tak balik rumah. kejam tak? even just 2 days aku kat rumah. its worthh okay. nothingg is more good when umi gorengkan my favorite jemput ubi masa kecik and then siap panggil makan lagi. exclusive kau. kau hado? hehee

saja rasa nak balik walau terpaksa ponteng kokurikulum esok. sorry sir. bukan taknak pergi, tapi rumah saya is much more better than going to koko early in the morning. but if sir tanya kenapa tak hadir. memang tak lah aku nak guna ayat tadi. mau dia pukul aku dengan raket tenis tuh. memang aku determined sangat nak balik minggu ni. becos i got lot of works to do next two weeks. minggu depan kena attend kenduri. ada dua kenduri pulak tuh. tak pergi kang macam tak memberi support pulok. next two weeks ada dinner faculty. so memang tak boleh pulang lah kan.

currently aku dah jinak kan diri nak membaca buku law tebal gedebak tuh. sebelum ni memang takde nafsu nak bukak. bukak time ada quiz and tutorial je. kalau tak, mau bersawang buku-buku aku tuh. dulu aku baca buku sebab nak dapat A dalam exam. baca buku sebab nak masuk final je. tapi sekarang bila aku fikir balik, kita belajar sebab nak masuk exam, sebab nak grad dengan jayanya tak kan kemana. ilmu yang kita belajar tuh akan hilang camtu je. kenapa tak kita menimba ilmu untuk kegunaan masa hadapan. bila kita belajar dengan niat nak tuntut ilmu, insyaallah ilmu yang kita dapat tuh akan berkekalan sampai bila-bila. 

sekarang ni aku sedang berusaha keras menukar pemikiran aku belajar hanya sekadar nak masuk exam. aku nak sangat ilmu-ilmu yang aku dah pelajari dan bakal pelajari kekal sampai bila-bila. dan yang lebih baik ilmu ini disebar kepada orang lain. tak rugi kalau kita belajar benda baru. insyaallah berguna pada masa hadapan dan boleh dipraktikkan bila perlu. bila kita niat belajar untuk menuntut ilmu, tendency untuk kita memahami ilmu tuh lebih tinggi. dan sebaliknya jika kita belajar semata-mata nak masuk exam, kita akan lebih cenderung untuk memorize benda-benda dalam buku tuh. and lepas habis exam, we end up with nothing. benda yang dibelajar entah ke mana, ilmu pun hilang macam tuh je. so jangan terlalu mengejar pointer or whatsoeva. takut nanti cgpa cemerlang tapi bila dah grad lupa habis apa yang dipelajari. ambik lah faedah dan pengajaran dari ilmu yang kita pelajari.

okay lah itu je. byebye.

p/s: sekadar renungan untuk diri sendiri, semoga aku boleh mengubah mind set aku dan jugak kawan yang lain. bak kata pepatah "tuntut lah ilmu sehingga ke negeri Cina" :P

Friday, 1 March 2013

another boring day

assalamualaikum. hello march!

sedar tak sedar dah masuk bulan tiga. macam kejap je kan masa berlalu. tengok-tengok esok lusa dah nak kawin. *eh gedik* muahaha abaikan kegedikan temporary itu. setiap hari Jumaat mesti datang satu perasaan yang tak tahu nak describe macam mana. boring pun ada. malas pun ada. letih pun ada. semua perasaan tunggang terbalik konklusi nya. bercampur baur bagai susu dengan milo. eh ape kaitan pun tak tau. bila asignments takde lagi memang lah tak rasa kan. nanti dah ade discussion bagai mau nangis haku. dah tak boleh ada perasaan macam ni. aku pun tertanya-tanya apa lah kengkawan kelas tengah buat sekarang. tidor ke, layan movie ke. or tengah study. kalau yang tengah study memang aku berani potong sayur la. petang macam ni tengah study? memang gempak wei. 

aku rasa hidup aku ni tak kan pernah muncul kamus study hard. entah lah bukan aku tak nak try study bila waktu free. tapi badan aku ni allergic. tak boleh terima reaction dari sebarang buku-buku ilmiah. mula lah gelisah tak tentu hala macam kena santau. mungkin terlalu banyak syaitan yang bergayut dekat mata ni. tapi bila time final boleh aje mengadap buku tebal gedabak. boleh je nak hadam semua. ni kata benda yang baik ni kena buat secara terpaksa. bila dah selalu buat, lama-lama akan jatuh cinta lah kan. iye ke eh? itu teori aku lah. orang lain aku tak tau.

nafsu study tak pernah datang. tapi bila time nafsu makan membuak-buak nauzubillah. teruk sangat. makan macam untuk 5 orang. 10 orang macam hover pulak kau. seriusly aku boleh makan 5 different foods at the same time. tapi dalam amount yang sikit lah. but still bila sikit dah campur total nya still banyakk kan. wuhuhu sedih dengan diri sendiri. azam nak diet memang ada. tapi nak laksana tuh macam susah sangat. macam langit dengan bumi. jauh sangat wei. tak nak diet takpe, tapi makan kena kawal. aku ni kes tanak diet tapi makan nauzubillah banyakk. acano ni ha? 

hari ini pun dah macam-macam selamat masuk dalam esophagus ni ha. pagi-pagi lagi mengidam nak makan popia pisang coklat. semangat tau pergi beli barang-barang nak buat. sebelum tuh dah pekena nasi minyak. and petang nya pulak makan mee kuah. belum masuk malam. entah apa pulak yang bakal masuk dalam perut malam ini. how im suppose to burn all these calories? memang tak ter burn lah wei. hajat di hati mau berkebun. jangan pandang sebelah mata. aku punya minat berkebun selain baking. cuma minat je lah. berkebun tuh jarang sekali. muahaha. tapi bila dah ada masa terluang apa salah nya. 
salah satu my dream, aku  nak punya garden yang dipenuhi flowers and fruits too. insyallah kalau ada rezeki in future aku nak bukak bakery and nak ade garden sendiri. itu dream sampingan sebenarnya. bila fikir banyak sangat benda aku nak buat in future. *arghh dah start berangan* heheee :p

motip aku tulis benda-benda ni bagai sebab aku boring. nothing to do hari Jumaat. selalu orang akan cakap Thanks God its Friday. but for me its a boring day. takde benda sangat kan nak buat. so mari lah kengkawan kita isi masa lapang dengan benda pekdah. *pakai topi kebun sambil pegang cangkul* nak pergi jenjalan tapi tak tahu ape tempat menarik di terengganu ni. Mydin and Giant ade lah. tuh pun berduyun-duyun warga terengganu pergi. masjid kristal? dah kali ke berapa pergi. but still amazed dengan masjid itu. tapi tak nak lah pergi. biar tourist je yang pergi. baru tak jem. hehe

esok baru busy sedikit. ada kokurikulum tenis. saja ambik benda yang tak pernah belajar sebelum ni. hope boleh belajar benda baru. and luckily hari isnin cuti. soo yay another free day. 

okay lah itu sahaja. bye peeps.