Wednesday, 4 July 2012

RM

Assalamualaikum and hello.

Currently sangat addicted tengok RUNNING MAN. Rasa sangat loser pulak bila orang lain dah tengok sampai beratus episod. Tapi aku tak sampai pun 50 episod lagi. Double loser. Sebenarnye tak nak tengok sangat pun variety show ni. Time kat asrama kengkawan aku kecoh sangat nak sedot pendrive sesama diorang semata-mata nak tengok show ni. Tapi aku rilekk je cungkil gigi goyang kaki. Malas nak ambik port sangat sebab tak minat. Aku memang tak suke tengok benda yang memakan masa sampai berjam-jam.

TAPI disebabkan dalam hard disk ni ade episode RM sampai beratus-ratus. Tiba-tiba rasa berminat pulak. Kate takde aktiviti. Harus lah layan segala jenis cerita yang ada dalam hard disk ni. Takde lah lengkap semua episod tapi cukup lah sekadar nak memenuhkan aktiviti harian aku. Tengok hari-hari memang boleh addicted. Sebabnye diorang sangat KELAKAR okay. First tengok biase aje. Good-good je. Tapi lama-lama boleh bikin aku gelak macam kena histeria. Diorang punya gelagat bikin perut gua sakit. Tengok show ni serius boleh hilang kan stress. Memang gelak gila gua cakap.

Tambah pulak setiap race diorang berbeza. Macam explorace pun ada. Dah kate running man. Harus lah berlari -.- aku memang suka tengok show yang ala-ala explorace. even aku ni seorang yang loser kalau nak berlari. Jogging satu round keliling sekolah pun dah semput. Bukan takat satu round suku je kott -.- diorang punye guests pun berlainan setiap episod. So takde lah boring sangat sebab guests die selalu bertukar-tukar.

Part yang paling aku suka bila geng-geng RM ni kena cari guests diorang. And dalam masa yang sama guests ni boleh singkirkan geng RM menggunakan running ball. Ehh tak perlu lah aku nak explain lebih-lebih. Baru tengok sikit dah kecoh. Orang lain tengok episod beratus-ratus takde pun nak bagitau. Pathetic me -.- ni lah bile dah excited sangat semua benda nak kasi tau. Heeee teringin sangat nak main macam RM. Jadi guests pastu singkirkan semua orang. Haha takde keje betoi hang ni.  TAPI MEMANG TAK LAH KAN. BERANGAN BOLEH LA. Kalo main camtu kat korea semua orang suka tapi kalo buat macam ni kat Malaysia aku rase orang duk kutok ade la.









okay lah itu aje nak ngomong.

byebye.

Tuesday, 26 June 2012

stressssss

danggg! gila stress kalo terpaksa tunggu 15 jam semata-mata nak tengok video duration nye cuma 15 minit. sengsara wooo. rasa nak hempas semua barang campak masuk longkang. arghhh over la. what the the betol.


@#^%!&*$#^@%&!*#%@&@^$% (bahasa carutan yang tidak dapat dikenal pasti)


p/s: dah lah tak bagi salam, mencarut pulek tuu. sabar jela. maap. emosi kurang stabil. itu aje nak tulis. kbai!

Saturday, 23 June 2012

end of first year!

assalamualaikum and hello peeps!


its been a year. pejam celik. pum pam pum pam. tengok-tengok dah setahun aku jadi student law. baru je rase angkat 10 ketul beg time nak daftar. dah setahun rupe nye... *hilang ingatan kejapp* its tough broo. toughh! baru tahun pertama dah rasa nak masuk ICU. nanti tahun berikut aku rasa dah meninggal. time-time aku down, syaitan mula lah nak berlegar dalam minda aku. nak suruh aku give up. tanak amik dah course ni. tapi bila aku muhasabah diri balik baru aku sedar bukan mudah nak capai sesuatu yang kita impikan. macam lah aku tukar course boleh jadi budak genius pulekk kan? choi choi choi buang pandangan kotor negatif sekarang!


ape-ape pun aku tanak pikir subjek-subjek law yang boleh buat aku jadi asthma. nak rilekk duluuu bersama kitkat. banyak benda sebenar nye aku nak buat time cuti ni. nak isi dengan benda faedah sikit. tidor ke makan ke. ehh faedah ke camtu?? zzz -.- actually aku dah berjaya graduate habiskan satu drama pun dalam masa tiga hari. semangat gila kan? itu la jangan bagi aku tengok drama yang panjang-panjang. bila dah tengok memang addicted. nak tengok sampai habis jee. dah tanak tengok drama. nak tengok movie je. tapi tak janji. hahaha -.-


buat masa ni aku tak boleh nak pikir lagi ape benda aku nak mencarut tulis. but semalam aku ade mimpi ngeri. takot banget sih. nak citer sikit pasal mimpi tu boleh? tak boleh pun tak pe. ade aku kesah pulek kan. hihihi okay lah citer die camni sebenar nye, dalam mimpi tu aku baru pindah asrama, yang paling tepat aku kembali ke alam persekolahan. dan yang scary nye student kat situ selalu je ke rasuk. and aku secara live boleh tengok studet-student yang kena possessed tu. takot gila kot. dan yang paling tak ley blah aku pulak yang kena sembuh kan diorang. aku pun tak tau naper. (dah kate mimpi aku, mesti la aku jadi pelakon utama) hehe konon nye dalam mimpi tu aku ni seorang yang alim jugak la. 


tapi yang aku nak highlight kat sini ialah ape yang aku nampak dalam mimpi tu macam sangat real. cara diorang kena rasuk. dan memang aku boleh nampak face to face. takot weyy. maybe kalo citer camni boleh buat citer lawak tapi aku mengigil kot. bayang kan kalo in real korang kena ngadap orang yang tengah kena rasuk. pastu kena communicate ngan diorang. menggigil satu badan kott. 


okay lah itu aje nak kongsi. malas nak taip panjang-panjang daa..hehe
okay bye bye.


p/s: moral of the story tidor kena basuh kaki. ehh ape yang aku nak citer sebenar nye dalam entry neh? layan je lahh~ -.-

Friday, 8 June 2012

wish me luck!


seronok dapat study week kat rumah. bila kelaparan tak perlu nak susah tukar baju, pakai tudung semata-mata nak pergi cari makanan kat cafe yang jauh beribu batu. kalau makanan sedap takpe lah jugekk. duk rumah heaven je. bila lapar time study boleh terbang jalan ke dapur selongkar makanan yang best-best.


the thing is bila makanan banyak sangat kat rumah, berat badan seperti belon yang di pam. *sila bayang kan rupa belon yang dipam dengan gas helium* plus tahap kemalasan berganda kuasa dua. benci tau macam ni. 


okay lah nak sambung study. bye bye peeps. 


p/s: wish me luck! exam just around the corner. 





Tuesday, 5 June 2012

quote of the day

"orang yang sukar menutup auratnya dengan sempurna, sukar juga menyempurnakan ibadat wajib kepadaNya"

P/S: not being stereotype, but based on experience.

Saturday, 19 May 2012

im sooo busyy

serius memang takda masa nak online
nak bukak intenet pun tak boleh
*apa pun tak boleh!*
naseb baek ku online kat room kawan ku
boleh jugek tau dunia semasa
dah lama tak balik rumah
dah nak dekat setahun sebulan 
*over kau*
bulan ni memang busy giler ah
for the next 3 weeks aku ade banyak benda nak buat
hantar assignment, test, kuiz and macam-macam lagi lah
lepas tu terus final
cuti 2 bulan lebih
woohoooo
i like!

okay itu je.
 bye.
assalamualaikum.

Saturday, 28 April 2012

pathetic you

benci betul bila ada manusia yang suka cari publisiti murahan kat facebook.
segala status nak update.
apa yang dia tengah buat, tengah makan minum semua nak bagitau orang.
bila tak puas hati buat status.
saja nak suh orang simpati kan.
kalau tak puas hati cakap lah wei.
cuba datang depan cakap face to face.
jangan nak jadi pengecut sangat.
bila kat facebook cakap macam-macam.
bila kat depan macam tikus jumpa kucing.
pathetic you!




p/s: dah lama tak update blog. kesibukan terlampau.


okay. byebye


salam