Tuesday, 27 January 2015

amoi

aku ade satu cerita. rasa nak gelak pun ada bila ingat.

kisah nye macam ni. ade la sorang budak perempuan ni.
die budget die amoi.
bila orang panggil dia amoi.
mesti dia duk terbayang kulitnye putih, mata sepet, comel-comel gitew.
padahal die tak sedar orang panggil die amoi sebab pakaian die tuh.
pakaian macam amoi.
macam bukan orang islam.
atau nak jahat sikit pakai macam orang kapir.
kah kah kah.
satu lagi dah terang-terang muka melayu.
kulit pun boleh tahan kemelayuan nye.
sawo matang. tak pun hitam manis.
kah kah kah.
tiba-tiba aku rasa nak gelak guling. 

deeiii tambii learn sarcasm pleaseeeee!

Saturday, 24 January 2015

pisang keju satu buk!

assalamualaikumwarahmatulllahiwabarakatuh.

saje bagi salam panjang sebab dah lama tak masuk belog T.T
ni lah akibatnye bila malas die tahap melampau.
sekarang ni tengah cuti sem.
tapi lagi seminggu nak bukak.
sedih gilaa woo.
tak sempat nak jimba-jimba lagi ni.
tapi takpe tak sabar nak tamatkan LLB ni. 
sebenarnye tanak citer current life aku pong.
cuma nak cakap tengah mengidam nak makan pisang keju. 



bukan pisang keju yang ni tau. yang ni pisang cheese. 



ni la pisang keju nye. walau pun name nye cuma di translate dari pisang cheese. rupa dan rasa nya tak sama.



jangan pandang rupa tau. walau rupa nye tak se gah pisang cheese. tapi rasa nye sedap tauu. first time makan ni masa gi bandung. mula-mula pandang sebelah mata je. cakap dalam hati ape benda la diorang jual ni. bila makan punye lah sedap. dengan crispy nye. teringinn nak makan lagii. tapi masalah nye benda ni jual kat bandung je. ke ade kat Malaysia? teringin gila kott. dah lama gila tak makannn T.T



jangan pandang rupa ku. belum cuba belum tahuuuu

ok lah itu je nak tulis. kahkahkah. takde benda nak citer.
nanti rajin ku tulis lagi ye.

p/s: credit kepada tuan gamba. ambik kat google je. lol

Tuesday, 16 December 2014

final exam is coming

aku paling benci manusia yang tahap confident dia melebihi gunung kinabalu tapi hakikatnya dia punya IQ macam tin kosong. menyampah tahu? 

okay lah sambung lepas final. saje nak update belog.huahua

to be continued..

Monday, 20 October 2014

pupus

assalamualaikum.

sedang bersiaran secara langsung dari rumah. 
sebab cuti midsem on progress.
dan nak cakap dah lama gilaa tak update.
dah takde perasaan nak tulis kat belog inih.
kesian beliau kan.
sejak masuk final year ni mood malas kemain.
kata nak tulis sebulan sekali?
janji palsu semua tuh!
tak tahu nak update ape sebenar nye.
rasa macam nak tutup belog ni.
tapi sayang pulak.
mane lah tahu nanti tetibe gatal nak menulis.
sayang pulak tengok traffic belog aku.
makin meningkat walau pun sikit.
hahahaakutipuje. 

best sebenarnye cuti mid sem ni.
tak payah pikir nak buat kerja sekolah.
paling penting tak yah bangun awal siap-siap g kelas. 
lepas tu dapat tau kelas cancel.tahi nye.
yang tak best nye lepas bukak sem banyok bebeno kejo eden.
assignments,test,presentation.
sedih nye pikir. 
tak tenang cuti ku.

bila nak grad ni??
tak sabar nyee.
setahun lagi setahun.
setahun macam lama sangat bunyi nye.
bulan enam tahun depan je dah habis.
sikit lagii.
cayokk!!

p/s: saje buat ayat dalam bentuk puisi.bagi efek panjang. padahal malas nak tulis. nanti lah ye update bila mood rajin. makne nye kena tunggu grad lah duluuuu. 






Monday, 14 July 2014

saya kembali

assalamualaikum.

lama menyepi kan. sebenarnya aku baru habis praktikal. sebelum ni sibok sikek. perasan sibok je 

pastu lepas habis praktikal terus pergi shah alam. 

ni update belog sebab nak citer pasal satu hotel kat shah alam ni yang aku rasa comfortable dan affordable. sebab tu saje share. mane lah tahu ade yang nak searching atau survey hotel-hotel budget. 

nama hotel nye De Art Hotel.

ape yang menarik kat hotel ni ialah die punye design setiap bilik. ada tema masing-masing okay. comel pulak tuh. pandai-pandai la pilih. tapi disarankan book lebih awal sebab bilik nya agak terhad dan selalu fully booked. 






ni bilik yang family aku amik mase pergi hari tuh. tema nye peacock. cantik okey dan paling penting luas la jugak untuk hotel yang bertaraf budget hotel. hahak






siap ada buai lagi tuh. jakun kejap


sape-sape yang nak try boleh lah ye datang ke shah alam. google je website die. boleh terus jumpa and booking. 

have a nice holiday everyone!


 nanti update lagi ye belog. 



chao.

Wednesday, 4 June 2014

ima dead meat!

haloo.


just stoppin by and wanna say


i screwed my last paper! 


oh nevermind then..


but suddenly remembered, i screwed all my papers this semester!!


ima dead meat.really dead.


just hoping and keep praying to Allah for miracle. 


BUT first of all i need a sleep. a really long one. 

ZzzZ

i will update my blog soon. stay tuned.


p/s: kau tak boleh nak poyo lagi ke? budget orang baca belog kau. kahkah 

Monday, 7 April 2014

a recap of my random vacation

assalamualaikum and halooo.

tajuk entry nak good-good aje kan. padahal okay sebelum membuka bicara lebih panjang nak cakap dulu I'M HOMIEE. saje letak capslock nak nampak esaited di situ. dah lama tak cakap sesuatu kat sini. kesian belog ni terabai. dah kata tuan sibuk? hehee 

aku ni memang ade satu penyakit nak ikut perkembangan semasa tapi bila dah ada, takde pulak aku guna. sebagai contoh aku dah daftar dua email aku untuk instagram. tapi berakhir dengan uninstall pulek. first aku daftar sebab aku tengok kawan-kawan aku guna macam syiok aje. tapi tak letak sekeping pong gambar. bila dah lama tak bukak aku lupa password dia. then buat la guna second email konon berjanji nak guna. tapii janji melayu aje lah. sebab nya aku tak ingat jugak second password ni. tahi sangat kan. bila dah geram sangat aku uninstall balik. tuan email yang salah nak geram kat sape nye oi? 

okay stop cakap pasal masalah instagram aku yang tahpape tuh. 

yang boleh tetiba aku rasa nak berblog ni sebab nya tadi aku terbukak folder gambar yang pergi vacation. terus rasa nak letak kat blog ni. dah kata kat rumah. memang takde keja lah kan. hee kasi can la tuan belog ni nak letak gambar skek. mana la tau nti dah tua tak ingat boleh refer di sini. hehee

tapi aku nak letak random gambar sahaja. yang mana aku rasa memorable la. yang selalu pergi tak payah. hahaha

1. trip ke bandung

aku dapat pergi sebab nya i pass my pmr with flying colour (konon). so its a reward from my cousin. sebab dia dah janji. kena lah tunaikan. dia janji sebab maybe tak sangka aku boleh dapat kot. hahah but aku pergi after spm sebab nya susah nak cari masa yang seswai. yang best kat sini nye engko boleh shopping manyak-manyak woo. sebab murahhh gilaa. tapi make sure kena bawak calculator sebab nak convert.hahah so many factory outlet kat sini. kalau pilih hotel yang berdekatan outlet senanglah poket nak kering ye. tapi disebabkan aku budak lagi time tuh, takde la nak fikir shopping sangat. dapat pergi jenjalan pun seronok tak ingat dunia. jakun sangat aih. hehee

gambar bertuah nye adalahhh..........


v
v
v
v
v
v




tahniah ya dik. gambar kamu berjaya menjadi gambar yg bertuah. hahah ok sebenarnya i was shocked bila datang sini sebab nya once kita stop kat traffic lite kita akan dihiburkan oleh sekumpulan manusia yang memang menunggu kehadiran kita kat traffic lite tuh. kesian sangat tau. diorang sanggup buat apa je mcm dancing, wearing weird mask n anything as long as kita bagi duit. kalau nak lagi bertuah akan ada penjual key chain, souvenir dan strawberry pun ada. at first aku terfikir how come diorang boleh buat macam ni kat jalan raya? bahaya okayy. tapi that is life. we never appreciate til we see it. baru lah aku rasa bertuah nye hidup aku sekarang nak dibandingkan dengan diorang. 

ok stop here untuk trip pergi bandung. kalau nak cerita semua memang tak habis la woi. lagg laptop aku dibuat nye. hahah


2. trip to bukit tinggi

okay sapa yang tak tau bukit tinggi ni kat mana sila lah google. sebab aku malaih sangat nak citer. tapi datang sini best boleh feeling2 g oversea. sapa yang tak dapat g oversea lagi datang sini pun jadi lah ye. aku lah tu. heee



bangunan kat sini ala2 di France gitew. pastu mula lah budget nak makan roti and pastry france aje.tengok nasi pun sebelah mata.hahah



ape yang aku amazed sangat dia punya bridge. comel baq hang. macam bridge dalam castle citer kartun. omeyy


3. Thistle Port Dickson





kat sini takde ape nak cakap. just normal vacation. cuma nya nak bagitau yang aku amazed dengan skill aku amik gambar ni. nampak macam pro gituh. padahal guna henpon cikai je time ni. ke aku je perasan sensorang gambo ni lawo? hihik



4. I-city Shah Alam





nothing to say jugak. same macam gamba sebelum nye. aku rasa macam comey pulaks aku ambik. haha so saje nak letak kat sini. mane tau nanti hilang di folder boleh ambik sini. hahah i-city ni cantik sangat okay. banyak lampu lil lap lip lap. aku rasa orang tua datang sini pun akan ternganga menengok kecomelan lampu ni. budak ape tah lagi kan.hehe dulu selalu je datang kalau g shah alam. tapi sekarang jarang dah pergi. sebab nye ramai gilers orang. malas nak menyempit. heh

okay lah itu aje kot. tadi rase macam semangat nak recap segala bagai. ni rasa malas pulak. tu lah kata, bila mood malas mai, yang rajin tadi pun boleh takde mood. okay lah nanti aku sambung lagi. bila takde keja.

byee~