Assalamualaikum.
Pernah tak kau muhasabah diri dan terfikir kenapa gaji banyak pun kadang-kadang masih tak cukup?
Satu je aku mampu fikir.
Keberkatan.
Ya, keberkatan.
Mana mungkin kamu punya keberkatan bila mana amanah yang dipegang kamu sia-siakan.
Wednesday, 1 November 2017
Monday, 30 October 2017
memori ukm
Assalamualaikum.
Sungguh aku rindu. Zaman dimana kau tak perlu fikir masalah manusia lain. Hanya fikir masalah sendiri iaitu belajar. Belajar dan terus belajar. Bila masuk alam pekerjaan baru aku sedar aku lagi selesa alone. Sebab aku letih nak mengadap manusia dengan seribu satu ragam. Termasuk ragam aku. Ya ragam aku yang aku sendiri tak pasti. Ragam dimana kejap kau rasa kau buat sesuatu dengan penuh ikhlas tetapi sebenarnya tak. sigh
Sungguh aku rindu zaman belajar di UKM. Kenapa UKM? sebab dekat sini aku belajar kenal diri sendiri. Aku tahu apa kelemahan, kekurangan, mahupun kekuatan aku. Setahun di UKM, aku mula suka rasa bersendirian. You know bila kita dah masuk postgrad we dont need to deal with others except for yourself. Bukan nya aku cakap ni sebab aku tak social dengan kawan, ada je waktu untuk lepak-lepak. Tapi kau akan lebih masa terhadap diri sendiri.
Kenapa aku cakap macam tu? Mostly assignment untuk student postgraduate ni secara indivudual okey. Jadi nak tak nak you have to sit alone dan brainstorm *read seorang diri*. Ya, brainstorm seorang diri. Apa kau dapat? Selalu masa undergrad kau boleh lagi nak berdiam diri tanpa bagi idea bernas because someone might cover you dengan idea yang sangat outstanding sampai idea orang lain dia tak nak dengar.
Mula masuk memang aku culture shock because i cant adapt dengan situasi dimana kau diskusi dengan diri sendiri. Tapi bila dah terbiasa buat aku rasa macam 'eh actually i love this surrounding, this feeling'. Surrounding di mana kau tak perlu deal dengan manusia. Kau akan rasa tenang tanpa gangguan. Best sangat perasaan tu. Ya aku tahu mungkin ada yang cakap what a lone ranger. Tapi aku suggest rasai sendiri pengalaman sebagai lone ranger tu baru kau tahu dan kau akan rasa 'not bad la, i can survive, or even better'
Dulu kan aku rasa sangat loser kalau makan sorang. Tapi surrounding dekat UKM tu buat kita rasa macam who cares makan sorang ke dengan kucing ke. Sebab no one cares. Dan dulu jugak aku rasa loser kalau naik bas sensorang sebab aku terfikir nanti dalam bas nak borak dengan sape? sape nak duduk sebelah aku? haha soalan macam ni pun terfikir. Motip sangat. Tapi sekarang lantak la sape nak duduk, tak nak duduk. Even aku enjoy talking to strangers. Stranger mean student dalam UKM jugak la. Takde la stranger yang jumpa tepi jalan on the way nak gi TBS ke hape. kahkah
Paling aku rindu library UKM aka PTSL (pustaka tun sri lanang). Mesti ada yang kecam sis cakap 'eh nerdy nya mu' tak pun 'poyo kuasa dua' Tunggu dulu tak habis explain lagi ye. Haha Ya aku rindu nak gi library UKM. Bukan sebab aku rindu library sebenarnya. Tapi aku rindu surrounding dekat library tu. Library tu dekat dengan PUSANIKA. Sis lupa short form apa sebenarnya pusanika ni. Yang sis tahu kat sini banyak kiosk makanan, baju and whatsoever you name it. Takde lah cakap macam mall semua ada. Cuma cukup lah untuk release stress student yang mendambakan hiburan. Haha
Paling aku ingat bakery kat tingkat bawah tu. Sebab aku selalu lepak situ. Sorang okey sorang. Selalu rutin aku kalau takde class petang gi library pastu nanti singgah sekitar pusanika tu and lastly singgah kolej keris mas. Sanggup gi sensorang naik bus sebab nak makan sedap. Takde la sedap sangat tapi kat kolej tu banyak choice jugak. Pastu nak makan western sikit boleh gi GLAM (gerai larut malam). Ya allah memori sangat :')
Mood ape tah malam ni menggamit memori kat UKM. Tetiba teringat sebenarnya sebab tengok kengkawan konvo. One day aku akan kembali ke alam universiti. One fine day. Okey i should stop. Till meet again.
Bye~
p/s: Sebelum ni aku cakap nak cerita by part kan study life kat ukm. Insyaallah kalau rajin. Dan sekarang aku separuh rajin je, tu yang flashback sikit aje. Lol
Sunday, 24 September 2017
pupillage journey part 1
Assalamualaikum.
Disebabkan aku rajin malam ni, aku nak share sikit pengalaman chambering aku. Harus diingatkan pengalaman orang berbeza. Ni based on true experience aku. Sape nak baca boleh teruskan. Taknak baca boleh blah. Haha!
Buat sesiapa yang tak tahu lagi, chambering atau dipanggil pelatih dalam kamar ni adalah training sebelum seseorang itu layak bergelar Advocate & Solicitor atau dalam erti kata lain peguam. Tempoh chambering ni 9 bulan. Maksud nya lepas 9 bulan kita akan diiktiraf sebagai Peguambela & Peguamcara Malaya melalui 'event' Called to the Bar atau dipanggil jugak 'long call'.
Hari Called to the Bar ni kira macam hari graduasi kita. Pada hari ni Master kita akan sarungkan jubah aka robe untuk 'mengesahkan' kita ni dah tamat tempoh training dan boleh practise as a lawyer. Tapi tapi kau jangan ingat terus dapat kerja sebagai lawyer. Ni cuma lesen aje untuk kita practise. Ofcourse secara normalnya kita kena hantar resume kat mana-mana firm yang berkenan di hati. Melainkan kau di retain di tempat chambering. Kihkih
Okey buat yang tak tahu, Master ni kira macam supervisor kita sepanjang pupillage period tu. Nama Master ni akan ada masa kita Filing Borang 1&2. Kira Master ni akan buat petition kemasukan kita sebagai pelatih dalam kamar. Nama Master je letak situ, semua benda ofcourse la kau sendiri kena handle. Jangan mandai ye mintak tolong Master nanti kena tunjal. Hahak Master ni yang akan ajar kita dari A to Z. Ni secara teori la. Praktikal nya ikut pandai kau la nak belajar apa. Kalau rajin dapat la ilmu lebih. Hihi
Kalau pemalas macam aku ni memang tak ambik port sangat. Pengakuan ikhlas ni. Haha Kalau kat firm aku ada conveyancing, banking litigation, generalities dan accident cases. Criminal memang jarang sangat. Bagus la sebab aku pun tak nak belajar. Haha Dan kat firm tu aku memang buat fully banking litigation. Ada la jugak satu dua fail aku buat convey dan general. Tapi memang jarang la. Sebab nya? Mula-mula masuk aku ditempatkan dekat department litigation. Ceh department sangat kau. Padahal hahataklawak So nak tak nak memang aku kena buat la litigation.
Buat yang tak tahu, conveyancing ni tak melibatkan pergi court. Maksud nya kau duduk je office buat kerja-kerja yang berkaitan. Secara senang nya convey ni dia involved bila kita ada nak jual beli tanah, nak pindahmilik tanah, nak buat loan dengan kerajaan untuk buat rumah, nak beli rumah atau whatsoever korang nak buat berkaitan tanah. Secara umum la aku bagi ni. Bila kau nak buat semua benda ni boleh la guna khidmat peguam. Sebab benda macam ni semua complicated. Jadi kau bayar je legal fee dan goyang kaki aje dirumah tunggu result. Haha
Litigation pulak melibatkan pergi court. Macam contoh kita saman orang. Proses saman menyaman tu ofcourse la kena naik turun mahkamah. Macam aku pulak memang buat banking litigation. Sebab firm tu banyak jadi panel bank. So banyak la jugak aku belajar untuk banking ni. Sape-sape yang suka pergi court jumpa dengan hakim semua boleh la buat litigation. Haha Ada setengah orang dia tak suka gi court jadi dia buat convey. Ikut suka korang la nak prefer yang mana. Tapi untuk chambering ni disyorkan belajar semua supaya senang masa depan korang nanti. Bila gi interview cakap je saya boleh semua bidang. Eceh berlagak. Haha
Okey tamat part 1. Nanti sambung lagi boleh? Sebab aku dah malas nak taip. Kahkah Nanti aku share cara nak filing Borang 1 & 2. Doakan aku ingat lagi steps dia. Banyak sebenarnya nak share ni. Tapi kan tulaa masalah nya. MALAS. Doakan aku rajin.
Bye.
Wednesday, 20 September 2017
blogging no more?
Assalamualaikum.
Tiba-tiba benci dengan diri sendiri. Sebab sebelum ni kemain janji nak update belog at least sebulan sekali. Sekarang apa jadi? Habukk.
Sorry because im too busy with my life. Tapi reason utama malas. Kahkah Pejam celik lebih kurang sebulan lagi pupillage period aku nak tamat. woohoo. Suka dalam masa yang sama sedih. Ntah la kenapa. Maybe rasa beban penganggur lepas tamat. Haha
Sebenarnya kan dalam kepala aku ni duk fikir nak share pupillage journey kat sini. Untuk adik-adik junior buat rujukan. Start dari filing segala Borang tu, until pengalaman buat kerja-kerja, buat mitigasi and so on lah.
Tapi kan, aku malas sangat nak menulis. Apa benda tah buat belog tapi pemalas. Kan bagus ada laptop yang boleh scan fikiran kita. Hahak Insyaallah bila aku rajin aku akan start share pasal nak filing Borang 1, 2. Pastu share pengalaman. Ceceh budget macam banyak aje pengalaman kan. Tapi boleh la setakat nak kongsi-kongsi.
Tapi doa kan aku rajin dulu. Ni pun update entry sebab rasa hina sangat dengan janjian palsu yang pernah ditabur oleh tuan belog. Mohon maap ye anak-anak. Tapi kan thankyou sangat sape yang baca belog aku. Ade satu post tu dah sampai beratus. Maksud nya masih ada yang sudi membaca. Thankyou readers sudi baca belog yang maha picisan ini.
Bye.
Thursday, 13 July 2017
self-reminder part one
Aku percaya dunia ini macam roda.
Berputar.
Sekejap diatas, sekejap dibawah.
Jangan pernah kau bongkak.
Kerna kau tak kan pernah tahu bila kau dibawah.
Bila tak perlu buat macam tak wujud.
Ayat nak berlagak je.
Sekarang kau cari siapa?
Syukur lah masih ada orang yang nak layan manusia macam kau.
Siapa?
Aku.
Ya, aku yang kalau boleh tak nak tahu kewujudan kau.
Tapi aku bukan manusia seperti kau.
p/s: terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya aku percaya kifarahmu.
Berputar.
Sekejap diatas, sekejap dibawah.
Jangan pernah kau bongkak.
Kerna kau tak kan pernah tahu bila kau dibawah.
Bila tak perlu buat macam tak wujud.
Ayat nak berlagak je.
Sekarang kau cari siapa?
Syukur lah masih ada orang yang nak layan manusia macam kau.
Siapa?
Aku.
Ya, aku yang kalau boleh tak nak tahu kewujudan kau.
Tapi aku bukan manusia seperti kau.
p/s: terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya aku percaya kifarahmu.
Friday, 2 June 2017
'Aku tak kisah kau bodoh. Yang aku kisah bila kau pura-pura bijak'
Wednesday, 10 May 2017
craziest thing you have done
Assalamualaikum.
Because today is holiday. So let's start blogging.
Hari tu ada kawan tanya dalam group whatsapp what is the craziest thing you have done? Dan semua orang berkongsi pengalaman kecuali aku. Sebab aku ni jenis manusia yang malas taip panjang-panjang dalam Whatsapp. So aku share kat sini lah ye pengalaman aku tu. Because I know they are reading my blog. Thank you friends!
Nak cakap craziest thing to do tu takde lah sangat. Banyak je aku rasa kerja gila aku pernah buat. Kahkah Tapi yang ni aku rasa one of those. Bagi aku yang tak pernah buat ni lah. Kalau yang selalu buat mesti cakap, ape benda ntah macam ni pun panggil craziest thing ke? Sorry friends, kalau tak mencapai tahap craziest thing yang korang dambakan. KahKah Sekurangnya sis cuba.
Awal tahun 2016
Masa ni pengajian aku kat UKM belum tamat. Dan adik aku masih kat Uitm Shah Alam lagi. Disebabkan kami ni anak perantau, nak balik rumah rasa macam jauhh sangat. Nak pergi rumah sedara mara rasa segan takut menganggu. So kitaorang decide nak lepak bersama. Tapi paham je lah kan UKM dan Uitm jauh nye macam mana. *Ofrourse untuk pengguna public transport macam kami* Lepas membuat kata sepakat, terus aku decide nak tido kat sana. Walaupun tak tahu lagi kat mana nak tido. Haha
So bermula la journey aku dari UKM. *read alone* Bermula dengan naik bas ke stesen KTM UKM, pergi ke KL Sentral. Dari KL Sentral tukar KTM untuk ke Shah Alam which is makan masa berjam jugak (include tunggu KTM). Sampai stesen KTM Shah Alam, ambik random bas untuk bergerak ke Uitm Shah Alam. Ni first time aku turun kat Stesen Shah Alam, selalu nya aku akan ambik bas straight dari KL Sentral ke Uitm Shah Alam. Saja nak try pengalaman baru which is menakutkan sebenarnya. Haha Sebab bas memang penuh dengan amah indonesia dan diaorang tengok aku pelik gila macam aku ni warga asing. Confuse kejap sapa yang warga asing ni?
Tapi alhamdulillah berjaya sampai ke dalam Uitm Shah Alam. Menggamit memori jugak la masa zaman asasi dulu. Zaman joli-jolian orang panggil. Kahkah Lepas jumpa adik aku terus sepakat nak tido hotel kat Seksyen 7. Dewasa sangat you. Hahah Tapi macam tak sangka jugak la, kami berdua pergi menyewa hotel without parent guidance. Nasib baik receptionist hotel tu tak halau kami. Haha
So, lepas check in bermula aktiviti food hunting. Ofcourse fast food would be our preference. Mula-mula take away Pizza Hut. Tapi masih rasa tak cukup. Terus pergi take away KFC. Nampak takk, perangai food maniac sangat. Kesannya sampai ke esok pagi kau tido dengan makanan. Haha Bayangkan kami sewa bilik hotel yang standard room untuk dua orang je. Hotel budget paham-paham je lah kecik nye macam mana. Meja lampu tido kecik aje, tak muat nak letak. So kitaorang letak semua makanan kat tengah-tengah katil *buat macam bantal golek* pastu buat parti kecilan. Heaven gilaa masa tuu. Release semua stress. Kalau tunjuk dekat mak aku siappp! Haha
Pastu esokan tu balik ke kolej masing-masing. Back to reality lah kan. Ni lah orang panggil the great escape. A memory worth to remember. Okay mesti lepas baca ada yang kecam aku beramai-ramai, mana part craziest nyaa? Bagi aku ni kerja gila sebab aku tak pernah buat benda macam ni sebelum ni. Bayang kan gigih gila aku pergi Uitm naik public transport. Bukan tak pernah naik public transport sebelum ni, tapi aku guna route berbeza. Dan part gila bila sewa hotel and beli makanan banyakk gilaaa *macam nak makan 5 orang*
Okay lah kan. Kan dah cakap sis cuba. At least i dont owe you anything friends. Sebab dah share kan salah satu pengalaman aku ni. Nanti rajin aku share lagi ye. Doa lah mood rajin aku sentiasa ada. Tengok macam ni pagi-pagi lagi dah gigih menaip. Okay lah nak sambung tido. Kahkah
Cau Cincau.
Tuesday, 9 May 2017
door gift ideas
Assalamualaikum.
Tadi ada google door gift ideas for guests. Terus terkejut tengok sebab tak sangka orang boleh bagi benda ni sebagai door gifts. Aku rasa macam cooooolll gilaaaa. hahaha Tapi ofcourse la orang putis yang buat macam tu. Kalu kat Malaysia ni bagi benda alah macam tu mahu kena kutuk tujuh keturunan. kahkah
Jom lah layan gambar-gambar google aku. Penat aku tangkap dari encik google. Sila lah jamu mata kalian :P
![]() |
| Bagi selipar jepun je oi. Jimat sangatt |
![]() |
| Balik kenduri boleh la buat popcorn caramel sendiri uols. |
p/s: Letak gambar banyak-banyak ingat tumblr ye kak? :P Ni namanya malas menaip. Okay byee kengkawan!
Sunday, 23 April 2017
this would be a private blog soon
assalamualaikum.
mesti terkejut kan tengok tajuk entry. itu pun kalau ada orang baca lah. kahkah okay seperti mana tajuk, dengan ini aku announce belog aku akan jadi private belog. mean public dah tak boleh baca belog ni. mesti ramai stalker aku akan sedih bila baca announcement ni. hahataklawak.
ade beberapa sebab aku nak private kan belog ni. first skali aku jarang update. nanti peminat-peminat aku sedih bila bukak belog nampak entry yang dua tiga bulan lepas. untuk tidak mengecewakan peminat aku sekalian, aku buat keputusan nak private belog. so takde la diaorang tertunggu. walaupun aku rasa peminat aku cuma imiginary fan. kahkah
secondly sebab aku nak mengutuk dalam belog ni. kira logik jugak la kan sebab aku ni. disebabkan aku sekarang banyak hidup dalam manusia yang 'not in the list to meet in future', aku harap belog aku ni dapat jadikan medium mengutuk secara berhemah. berhemah disini bermaksud aku tak kan kutuk membabi buta. kutuk mesti bersebab kan. so untuk mengelakkan belog aku jadi bahan umpatan and viral di masa hadapan, aku bertekad nak private kan ia.
okay tu jelah alasan kukuh nak privatekan belog. jangan risau aku tak kan private kan untuk selamanya. bila aku dah bersedia nak buat post banyak-banyak nanti aku akan publickan ia. tapii jangan risau, sape-sape yang nak baca belog aku boleh tinggalkan email or whatsoever korang nak bagi supaya aku boleh add sebagai friend dan supaya kamu boleh baca belog aku.
dannn jangan risau lagi. aku tak privatekan sekarang, tempoh berkuat kuasa untuk private kan belog ni bermula satu bulan dari sekarang. so sesiapa nak stalk aku punya belog boleh lah berbuat demikian. (berkata tuan punya belog pada diri sendiri)
bye belog. i will miss my public/silent readers :')
Thursday, 13 April 2017
Dedikasi buat umi dan abah
assalamualaikum.
I know this is kinda random post. Tapi nak jugak buat. Tiba-tiba hati jadi emosi bila fikir pengorbanan mak ayah. Biasalah words can simply describe your emotion. Bila nak cakap direct mungkin tak terluah. Mungkin sebab malu, mungkin sebab ego. Budget macam hati kental, sebenarnya dengar pasal mak ayah pun dah sebak.
Kalau aku nak list pengorbanan umi dan abah rasanya tak mampu aku senarai. Dari sekecil-kecil perkara hingga seberat-berat masalah. Semua benda aku bergantung harap dengan mereka. Pengorbanan ni merangkumi banyak segi. Pengorbanan segi kewangan. Pengorbanan obvious yang mak ayah selalu buat sejak kita lahir.
Aku masih ingat masa semester pertama masuk degree. "Boleh acik nak apply ptptn?" Pertanyaan ku dibalas umi dan abah "abah umi masih mampu. Tak payah apply la" Aku masa tu masih muda. Yang aku ingat aku frust sebab orang lain 'cucuk ATM' boleh ambik duit dari PTPTN. Aku? Hanya mampu menunggu mesej "umi dah bank in duit" dari umi. Tapi selalunya aku tak perlu nak tunggu mesej sebab umi macam dah boleh paham. Bila hujung bulan je nampak jumlah akaun dalam bank bertambah. Betapa memahaminya umi dan abah waktu tu.
4 tahun aku kat degree mean 4 tahun aku bergantung kewangan pada umi dan abah. Diaorang tak pernah mengeluh tak pernah membebel. Setiap semester, setiap bulan setia bertanya "duit ada lagi tak? Duit cukup tak?" Aku hanya mampu membalas dengan segulung ijazah. Itu pun bukan first class degree. Sedih tak payah cakap. Aku bersyukur, cuma aku rasa my parent deserve more than this. Sejak hari tu aku tekad nak cari kerja, nak balas jasa mak ayah. dan sejak hari tu jugak aku bersyukur dan berterima kasih kat umi abah sebab tak buat hidup aku gelumang dengan hutang PTPTN.
Tapi kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Disebabkan degree aku time tu tak boleh nak practice as a professional, aku further master. Sebab umi aku pernah cakap, "jadi pensyarah pun okay" so aku consider itu sebagai impian umi aku nak tengok aku jadi warga pendidik. kahkah jadi bermula la journey aku as a master student. kalau kau cakap final year degree tu susah gila, master dua kali ganda susah. aku bukan nak takutkan ke hape, tapi sebab aku dah lalui. dan dah boleh rasa tahap meroyan nya bila kena buat individual assignment aka journal.
tapi yang aku nak highlight kat sini bukan pasal aku meroyan nak habiskan master. hahaha nak bagitau sambung master pun guna duit mak ayah. pathetic me. kau bayangkan orang lain dah bekerjaya, ada scholarship tanggung. aku? menumpang duit mak ayah. nasib la yuran master dekat UKM tak semahal Uni lain. kalau takk. mahu rasa bersalah sepanjang hidup. hahah abah aku siap cakap "kalau nak sambung PHD pun takpe, abah sanggup bayar" ya allah, masa tuh punya la terharu. bayangkan aku search cost untuk sambung boleh cecah 30K. takpe lah kuburkan dulu hasrat PHD. Insyaallah satu hari nanti. hihi
and until now, aku masih bergantung dengan mak ayah. umur dah 25 tahun wei. orang lain boleh jadi jutawan seawal usia macam aku. tapi aku mereput jadi kuli. kahkah selalu jugak aku mengeluh, give up separuh jalan. yela kau bayang kan zaman najib ni duit macam air. tapi umi aku selalu bagi nasihat, sokongan "anggap jela kita menumpang nak belajar di tempat orang, duit tak payah nak berkira sangat. Insyaallah ada rezeki kita di masa depan. Yang penting ikhlas kan hati, insyaallah pahala pun dapat." Terus aku rasa terharu dan sebak. tapi tak sampai tahap nangis. hati kena sado. kahkah Time rasa nak mencarut dengan kerja terus aku istighfar dan ingat kata-kata ni. sobsob T-T
lepas ni aku tekad, nak cari kerja. insyaallah kalau ada rezeki. wish me luck. mungkin aku tak boleh nak bagi sumbangan dari segi kewangan. tapi aku akan cuba terbaik untuk jadi anak yang baik, mendengar kata, dan paling penting solehah. giteewww.
okay lah nak pergi melayan perasaan kejap. seminggu dua ni emosi macam tak berapa sihat. simptom tiap bulan mungkin.
okay byee.
Sunday, 5 March 2017
resepi ayam lemon
assalamualaikum.
hari ni nak tunjuk resepi ayam lemon. yang simple aje. sebab aku ni chef amatur. jadi boleh kongsi resepi simple je lah. kalau nak resepi bertaraf antarabangsa sini bukan tempat nya. kahkah resepi ni pun aku ambik dekat belog mana tah. lupa nak save nama belog. credit dekat tuan punya resepi asal. pastu aku olah ikut suka hati aku lah. resepi ni simple sebab confirm bahan yang digunakan ada kat dapur. tapi jangan aspect pulak bahan simple macam garam gula. dah nama ayam lemon, confirm lemon kena wujud. disebabkan aku pencinta lemon, harus lah ade benda ni kat dapur. okay tak payah la aku membebel taip panjang. manusia yang gigih je akan baca benda aku merapu ni. hahaha jom check it out bahan dan cara penyediaanya.
step 1: ayam goreng crispy
bahan:
-isi ayam (nak guna tulang ayam pun takpe, takde orang nak marah)
- tepung bestari (aku guna yang spicy) sape yang rajin nak buat sendiri tepung pun boleh
cara:
-ayam disalut dalam tepung, pastu salut dalam telur pastu tepung balik. kira kena buat tiga step la. paham ke idok? baca sampai paham okay. hahaha
- bila dah salut semua ayam tu. panaskan kuali dalam minyak yang agak-agak boleh tenggelam isi ayam tu.kasi deep fry sama itu ayam. pastu dah masak and garing angkat dan ketepikan.
step 2: sos lemon
bahan:
1/3 cawan gula
1/2 kiub ayam bancuh dengan 1 cawan air
1 1/2 sudu makan tepung jagung
perahan sebiji lemon
3/4 sudu garam
2 sudu minyak
potongan nipis buah lemon
1 sudu sunquick
cara:
- cara aku senang aje. dah nama nye rajin kan. masuk kan minyak. masuk air yang dicampur kiub ayam, masuk gula, garam, masuk perahan air lemon, sunquick dan last sekali potongan nipis buah lemon. kasi humban semua bahan-bahan tu. make sure api kecik takut gula hangit tak memasal jadi ayam caramel. kahkah pastu dah nampak gelegak boleh le tutup. pejam mata aje buat ni. bukak mata nanti bila perasan ade bau hangit. kahkah lepas dah siap boleh lah curahkan sos lemon ke atas ayam. tapi aku suka letak asing takde la ayam tuh jadi lemau. ni ikut taste masing-masing lah ye.
![]() |
| masa masak kat rumah takde tepung jagung, so aku hentam letak tepung ubi. so tekstur nye pekat sikit dah macam ambuyat. sape taktau ambuyat boleh google. tapi tetap sedap. kahkah |
![]() |
| itu ayam yang digoreng guna tepung bestari je. sedap makan panas-panas. rangup je |
okay tu je update kali ni. nanti borak lagi. chau chin chau.
Saturday, 28 January 2017
Jalan-jalan lombok
assalamualaikum. Nak update sikit ye. Jari jemari terasa gatal gituu.Nak kongsi
trip ke lombok sekejap ye. Tak banyak pun. Just nak list few places wajib pergi
bila datang Lombok. Aku ni kalau pergi jenjalan suka pergi tempat yang
breathtaking. View yang superb. Tempat-tempat shopping tu kurang sikit. Kurang bukan
sebab ape, sebab nya ongkos tak berapa nak penuh. Kalau aku banyak ongkos
confirm tempat shopping laju je aku pergi. Kahkah
Tapi buat
masa ni memang aku suka pergi tempat view yang best-best aje la. Macam bagi
kepuasan dapat tengok alam semulajadi. Sambil tu boleh memuji kebesaran Allah. Ceceyh.
Aku more kepada nature view. Macam history view aku sangat lah kureng. Macam contoh
jenis-jenis tempat patung lama-lama, kuil ke, macam Angkor Wat tu. Bukan ape
aku ni jenis tak suka tempat misteri macam tu. Selalunya tempat history ni
banyak misteri nye. Aku kan jenis penakut. Nanti aku bayang yang bukan-bukan. Heheh
So balik
kepada cerita asal, aku listkan few places kat Lombok buat pencinta alam
sekitar yang nakkan breathtaking view. Sebelum tu aku nak bagitau awal-awal,
semua gambar aku letak kat entry ni ambik kat google aje. Malas nak cari
gambar-gambar kat phone. Satu lagi kualiti phone tak berapa nak senonoh sikit. So
credit to tuan punya gambar kat google.
Benang
Kelambu Waterfall
Disebabkan
air terjun ni kat dalam hutan, sebelum sampai situ kena naik motor weh. Motor pulak
bukan yang jenis lasak untuk aktiviti dalam hutan tu. Maaf la aku tak tahu
jenis motor ni nak sebut pun tak ghetii. Tapi yang aku tahu motor ni jenis yang
biasa-biasa kita jumpa tepi jalan kat Malaysia lah. Hahaa
Dah lah aku
ni lama gilaa tak naik motor. Aku tak expect la perjalanan ke sana begitu
mencabar. Masa dah naik motor tuh baru terkejut tengok jalan nye berbukit-bukit.
Dengan hujan lagi. Bayangkan jalan tanah takde tar memang berlecak teruk. Yang nak
lagi sadis orang bawak motor tuh kecik aje weh. Aku duk terbayang macam mane
die mampu gendong gajah aku kat belakang dengan jalan macam naik sampan di
lautan bergelora. Nasib baik jugak perempuan. Kalau la laki yang bawak memang
aku tobat tak nak naik.
Tapi worth
betul la perjalanan 15minit yang horror tu. Bila sampai je terus macam wow
cantik nye ayaq terjun nih. Kenape takde kat Malaysia? Terus rekod and
bergambar laju-laju macam tak pernah jumpa kamera. Air dia jernih gilaa wehh. Sayang
nye aku tak bawak baju lebih so tak leh nak mandi. Just rendam kaki je. Minum and
makan jajan sikit. Hilangkan penat lelah. Pastu sambung bergambaq.
Kenapa nama
dia Benang Kelambu? Sebab air terjun nya turun macam benang gitu. Nyaman gilaa
suasana. Tak tercemar pun. Duduk kat situ menikmati pandangan dalam sejam
jugak. Sebab nya nak boleh sampai situ kau kena tahan kencing sebab takut duduk
atas motor. Kahkah satu lagi bila dah sampai situ kena turun anak tangga dalam
5minit macam tuh. So duduk la lama-lama ikut
suka hati kau. Tapi jangan lebih dari pukul 6. Kalau tak tunggu esok la baru
boleh pulang. Kihkih yang penting kena ada stamina kuat. Sebab ni ala-ala
hiking jugak nak kena turun naik tangga yang membukit tuh. Aku ni berapa kali
pancit kejap berenti. Nafas semput. Haha
![]() |
| macam ni la ghupe air terjun tuh. rasa nak mandi shower semula jadi sila datang sini bawak baju lebih :p |
Bukit Seger
Aku rasa
seger ni segar dalam bahasa Malaysia. Cuma slang indo die bunyi segerrr. Comel pulak
nak nyebut nye. Hahaha Ni dah nama nye bukit ofcourse la kau kena memanjat kan.
Mula nak panjat aku macam serius laa takde tempat lain ke kau nak bawak. Dalam hati
je la mengomel. Kaki turut panjat jugak. Dah la aku pakai flat je time tuh. Nasib
la bila sampai tengok tapak kasut ade lagi. Ni pun stamina kena ada kalau tak
nangis la kau sorang-sorang kat kaki bukit. Satu lagi kena pandai balance diri.
Ni sape yang kurang ketinggian memang untung sebab cepat balance. Kahkah
Bila sampai
puncak bukit rasa macam taknak turun. Hahah berbaloi weh. Dapat tengok laut
yang crystal clear dari atas, sawah padi. Macam lukisan yang tak boleh digambar
dengan kata-kata. Dah la time tu takde orang, rasa macam bukit ni aku punyaa. Angin
menderu-deru. Memang bagus layan perasaan. Syiokk asyikk bangett. Ni pun worth
jugak. Tak kesah la tapak kasut aku dah haus ke hape janji puas hati akak.
![]() |
| nangis ke tak tengok pemandangan camni? (buat nature lover je lah) |
Okay aku
taip setakat ni dulu. Nanti sambung lagi. Penat wei taip lau dapat gaji okey la
jugak. Hahah
Chaw.
Friday, 6 January 2017
marah bertempat
assalamualaikum.
okay tu aje untuk entry kali ni. maaf ler kalau ayat pening tunggang terbalik. dah lama tak menulis kan. kahkah
lamanyaa tak update. last update tahun lepas. selamat tahun baru kawan-kawan. alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini. lama tak terupdate sebabnya aku dalam tempoh adapt kan diri sebagai wanita bekerja. cewahh adapt sangat kau. masih dalam tempoh trial lagi kerja ni. doa kan aku tabah ye. baru start kerja pun dah mintak ditabahkan hati. kahkah bukan ape, aku cuma doa supaya aku tak cepat stress dengan kerja. aku kan jenis manusia yang tak boleh ade kerja tak beres, nanti 24 jam fikir kerja je. workaholic sangat. puii
tajuk entry tak mula lagi. sibuk membebel benda lain. biasaa la kann. mesti ade mukadimah dulu. tak tahu nak mula macam mana. tapi let me simplified benda ni okay. pernah tak kau nak marah orang bila dia buat something yang kau tak suka? aku mengaku dulu aku macam tu. tapi sekarang aku belajar dari pengalaman. cuba kita duduk situasi orang yang kita marah tu. ape perasaan dia?
aku bagi contoh. budak-budak dalam tempoh tumbesaran dia mesti suka buat something menyakitkan hati. macam contoh sepahkan barang mainan, kotorkan rumah. mesti mak ayah diaorang akan marah kan? dalam situasi ni, kalau tiap-tiap hari kena marah agak-agak ape yang akan jadi kat budak tu? mesti emosi dan minda dia bercampur. dalam minda dia dah set kalau aku buat benda ni mesti kena marah dengan mak, ayah. budak macam ni kesian, dia hidup dalam ketakutan. dia takut nak cuba sesuatu yang baru sebab dah set dalam kepala nanti mesti kena marah.
aku tak cakap tak boleh marah. marah sekali dua sebagai peringatan boleh. tapi kalau asyik marah kau ghase? mungkin boleh cakap marah ni boleh sedar supaya tak buat silap benda yang sama. masalah nye tak perlu kot tiap kali buat salah kena marah. benda ni bukannya buat budak tu jadi 'ikut peraturan' tapi makin takut dengan life dia. dia akan kurang keyakinan sebabnya dia akan terfikir kalau aku buat benda ni mungkin orang akan marah. kamon lah kehidupan ni adalah sesuatu proses belajar. tak kemana pun kalau hidup asyik nak marah-marah.
macam aku, benda kena marah ni dah biasa dalam hidup. aku takde lah nak balas dendam tak puas hati ke ape kalau orang nak marah. dah memang kalau ade silap patut lah kena. tapi kalau semata nak marah tak bertempat ni macam tak logik kan. tak boleh ke ajar baik-baik? aku pergi sekolah jugak. boleh paham la ape benda nak diajar tu. aku tak marah, tak sedih aku just pelik. kenapa kau nak kena marah? i cannot brain. bukannya ajar secara baik tak boleh masuk otak pun. jangan cakap aku ni jenis tak boleh kena marah, kena tegur. sebab aku dah faced banyak situasi macam ni dalam hidup. cumanya jenis macam ni je aku tak boleh handle.
lesson learned.
okay tu aje untuk entry kali ni. maaf ler kalau ayat pening tunggang terbalik. dah lama tak menulis kan. kahkah
Friday, 18 November 2016
main masak-masak
assalamualaikum.
ni la masalah penganggur gemok macam aku ni. takde buat apa kat rumah. jadi selalu je duk tengok tv channel AFC tu. pastu mula la terliuq tengok makanan yang chef masak tu. pastu terus rasa lapar nak makan. ciss. hari tu ada beli salmon. pastu terus fefeeling nak buat macam chef omputih buat tuu. haha
![]() |
| terus aku grill kan salmon itu bersama asparagus. |
![]() |
| Pastu hias macam omputih buat tuh. kahkah |
omputih takpe la dia makan banyak tak gemok weh. sebab dia makan small portion je. aku tengok sadis je makan macam tuh. lekat celah gigi aje. kahkah
okay lah itu aje update belog untuk hari ini. byee.
Tuesday, 15 November 2016
kimbap manis
Assalamualaikum.
Ni lahh masalah penganggur. suka makann. kejap kejap fikir makan. tadi teringin nak makan kimbap. maka nya terus aku beli barang laju-lajuu. sebenarnya nak testing sushi roll yang baru beli dekat mr diy. haha
tapii yang sedihnya kimbap aku manis. sebabnya aku beli seaweed yang crispy punya. manis satu hal, bila dah crispy susah lah nak roll nyaa. sebab dia rapuh dan asyik koyak. padan muka akuu. sape suruh beli yang tuuu T_T
![]() |
| Dan ini lah hasilnyaa. tragis bukan. bentuk dah leper sebab susah nak roll. sila kesian dekat aku. |
Okay itu saje laporan kimbap manis hari ini. bertabah lah diri ku untuk menelan mereka-mereka yang manis itu. terus tak teringin nak makan kimbap sebulan.
Monday, 14 November 2016
penuaan
Kau semakin meningkat tua bila kau rasa...
Tak kisah ringtone handphone jenis apa. Janji berbunyi je.
Annoyed gila dengan youngsters yang suka melepak ramai-ramai, yang suka buang masa. Rasa macam nak bagi tazkirah budget kakak dewasa.
Makanan yang paling favorite masa kecik tak lagi jadi favorite. Boleh siap terfikir kenapa la taste bud aku masa kecik teruk bebeno. Benda macam ni pun aku boleh suka. kahkah
Buat kerja lebih sikit terus rasa semput. Macam orang tua sangat. Dulu relax je boleh kehulu hilir sekelip mata. Sekarang buat kerja sikit sakit badan lah. Lenguh sana sini. Sigh
Allergic tengok tempat bersepah. Dulu punya lah jenis pemalas. Nampak barang terabur pandang sebelah mata je. Berpegang dengan prinsip 'who cares? janji kau (merujuk kepada barang) tak ganggu aku sudah'. Sekarang tak suka tengok benda sepah, contoh pinggan tak basuh, kain tak lipat, mesti terus nak settlekan. Perangai menantu solehah ni. kahkah. Tapi kalau mood terlampau malas allergic jugak cuma dalam hati jela. Buat nya idokk. hahaha
p/s: list ni akan diupdate mengikut perkembangan hormon dan peningkatan kadar penuaan.
Monday, 24 October 2016
Fake muslimah
assalamualaikum.
Jangan salah paham dengan tajuk aku. Biar aku explain dulu.
Kalau dengar perkataan muslimah mesti terbayang watak perempuan alim yang baik lagi suci.
Tapi entah lah. Aku punya trust issue nak percaya tengok perempuan muslimah ni.
Sebab nya?
Aku jumpa ramai perempuan yang budget muslimah ni. Secara dasar nampak pakaian sopan, ayu dan cakap soal agama macam ustazah. Lelaki tengok pun boleh cair. Rasa nak buat calon isteri.
Tapi hakikatnya bila kau dah kenal dekat sikit. Dekat ye bukan rapat. Perangai nye nauzubillah. Aku bukan nak kutuk orang sebab aku sedar aku pun bukan baik sangat. Tapi takde lah sampai mengaku diri budget bagus. Muslimah sejati gituu.
Bila dah bawak imej muslimah tu cuba lah jaga diri sikit. Bukan buat orang makin meluat dengan kau. Ni tak mencarut dengan selamba nya. Kau ingat cool ke? Benci tahu.
Mencarut tu satu hal. Pastu guna agama untuk nampak halal kan cinta. Macam contoh, 'awak baca la Quran setiap kali rindu saya'. Eh pergi mati la. Kau dah kenapa baca Quran sebab manusia. Kita baca Quran sebab nak ingat Allah la. Bukan manusia. Awal-awal lagi dah tersasar konsep.
Pastu yang jenis couple pun sama. Letak gambar makwe pakwe dalam dompet. Pastu tunjuk dalam media sosial biar satu dunia tahu. Nak nampak islamik letak hadis, ayat Quran. Dengan hashtag yang tahpape.
Yang menyampah lagi jenis yang suka pergi ceramah keagamaan. Pergi ceramah tu memang bagus. Yang tak bagusnya bila kau memilih ceramah. Macam contoh nak pergi certain ceramah tu sebab tajuk nye 'dia imamku', 'dia bidadariku'. Yang tajuk keilmuan yang lain macam fiqh islami kau tak nak join pulak. Hadoii laaa.
Satu lagi. Dah tahu muslimah tak payah la gedik nak tayang muka cantik comel kau kat instagram. Nama lagi muslimah. Tak payah la nak letak gambar yang filter-filter tu banyak sangat. Sekeping dua cukup la. Sekadar orang tahu. Kadang-kadang aku rasa macam diorang ni syok sendiri pun ade.
Paling tak leh blah bila lepak dengan geng macam ni rasa nak tumbuk je. Sebabnya 24jam korang duk borak pasal laki je. Duk gosip pasal laki hensem tu. Stalk lelaki kat instagram. Eee tolonglah aku annoying nak mati. Bukan sebab aku jeles. Aku pun boleh nak stalk weh. Kahkah. Tolonglah. I just can't.
Paling tak leh blah bila lepak dengan geng macam ni rasa nak tumbuk je. Sebabnya 24jam korang duk borak pasal laki je. Duk gosip pasal laki hensem tu. Stalk lelaki kat instagram. Eee tolonglah aku annoying nak mati. Bukan sebab aku jeles. Aku pun boleh nak stalk weh. Kahkah. Tolonglah. I just can't.
Seriously I cannot brain with these people.
Ikhlas daripada,
Kawan kamu yang tak muslimah sangat, tapi syukur bukan fake muslimah.
Saturday, 24 September 2016
the hive singapore
assalamualaikum and hello.
hari tu aku janji kan nak bagitau trip aku g singapore. haa mai rapat-rapat baca ini entry. aku bukan nak citer the whole trip aku pergi sana. sebab aku rasa takde orang nak tau. lantak la ko nak pergi trip ke ape kan. kisah pulak aku. hihih cuma aku nak highlightkan satu accomodation ni. tapi untuk yang nak buat trip ala backpacker jelah eh. kalau nak harap hotel five stars sini bukan tempat nya.
meh la aku citer sikit mukadimah trip ini. sebenarnya trip ni bukan saje-saje suke hati mak bapak kau tau. trip ni dibuat sempena memenuhi subject yang aku amik. subject tourism law. ha kau jangan ingat belajar law stress je. ade jugak yang kurang stress. kurang ye bukan takde terus. dah nama subject pun tourism, mesti lah kena g melancong ye tak. so lepas sepakat semua kitaorang nak g singapore. entah kenapa boleh pilih singapore. dah lah mahal you knoww. bawak duit malaysia macam dah banyak. tapi bila dah convert usd singapore terus nangis laju-laju.
lepas sampai singapore terus je kitaorang pergi check in hotel and letak beg. nama hotel ni The Hive Singapore. hotel ni hotel budget. so memang sesuai sangat kalau kita pergi sebagai backpacker. sebab nye murah, bersih dan yang penting ada aircond. hehe hotel die more kepada dorm bagi aku. so kalau g ramai-ramai lagi okay la kan. rasanya paling sikit ada 4 katil. dan ade katil yang double decker.
Hive Singapore ni nak cakap hotel pun bukan, sebab dia simple je macam dorm pastu tambah aircond je. Dorm dia ada untuk female only, male only dan mix dorm. Kalau datang hotel ni jangan lah kau gedik nak ambik mix dorm. Nanti pagi terkejut pulak nampak laki tido sebilik. Kahkah selalunya mat Salleh je ambik mix dorm in sebab diorang kan tak kisah tido campur-campur. Sebab boleh berkenalan and mingle around gituu.
Toilet dia kat luar ye, kena kongsi ramai-ramai. Pandai-pandai la kalau nak keluar ke toilet. Sebab tu aku cakap sesuai pergi backpacker ramai-ramai. Untuk backpacker tempat tido tak kisah sangat pun. Sebab motif kira nak g jenalan, bukan nak jenjalan dalam hotel. Haha. shower dia tak sediakan sabun seingat aku, so untuk selamat bawak sendiri la peralatan mandi korang.
Kat sini ada breakfast so tak payah susah nak keluar cari. Tapi simple breakfast jela. Macam roti bakar dan cereal + susu. Boleh ulang makan banyak kali kalau tak malu la. Haha. sini jugak guna access card. Setiap bilik ada bagi satu card (ke dua, lupa pulak aku). Mean nak naik bilik kena guna access card. Untuk keselamatan la kata. Kira ni susah sikit la kalau travel ramai-ramai. Buat nya orang tu nak turun bilik, tapi kawan dia tak turun lagi. Kan susah. So pandai-pandai la planning turun sesama. Biasa la bila ramai-ramai ni banyak cekadaknye.
Overall aku bagi 7/10. Sebab takde TV and sabun. Ngade nye aku. Kahkah. Gambar takde tapi boleh tengok sendiri kat website. Okay tu je. Byee
P/s: lama dah sebenarnye entry ni dalam draft. Tak sempat nak update je. Berkarat dah entry. Ni pun sempat update guna tab.
Monday, 19 September 2016
La Putri Boutique Hotel [simple review]
Assalamualaikum.
Ni nak buat review sikit. Sikit je tak banyak pun. Kahkah. Alang-alang tanam anggur. Kita tulis belog lah ye. Aku assume ramai yang tak tahu sangat hotel ni. Sebab hotel ni macam baru lagi. Dan aku search review kat google pun macam takde. So biar aku la yang mereview ye. Orang nak baca ke tanak baca belakang kira. Janji aku boleh buat rujukan masa hadapan. Panjang pulak bebelnya.
Okay straight to the point. Hotel ni terletak dekat area Bangi. Tapi sorry aku tak ingat hotel ni kat seksyen berapa. Kalau nak pergi boleh waze. Aku pun guna waze je sebab tak tahu kek mano tempat nyo. Bagi aku hotel ni menarik sebab bilik nya comel. Ada tema setiap level. Kalau korang dah pernah pergi hotel De Art dekat Shah Alam korang boleh agak macam mana hotel La Putri ni. Sebab dua hotel ni konsep nya sama. Hotel budget dan setiap bilik ada tema.
Tapi kat La Putri hotel ni tema bilik dia by level. Contoh tingkat empat tema malay tingkat dua tema Japanese. Kira satu level tu tema nya sama je. Takyah la engko berebut nak level sama tapi tema berbeza. Kiki. Decoration dia cantik. Cuma bilik dia agak kecik jugak. Family room pun tak berapa nak besar. Kalau compare dengan hotel De Art la. Toilet okay cuma air slow sikit. Bagi aku slow la sebab aku jenis yang suka air laju. Bila bukak shower tu biar air mencurah-curah macam kau buat ice bucket challenge. Kahkah
Jangan bimbang kat sini ada breakfast. Cuma kau jangan expect makan mewah la. Dah nama hotel budget. Hari tu aku breakfast ada roti bakar, meehoon goreng, nasi lemak. Air pulak as usual coffee or tea. Tapi yang best hotel ni lokasi dia. Memang strategik bai. Hahah. Kau bayang lokasi dia dikelilingi butik online yang famous amos. Macam zawara, radiusite, minaz, banyak lagi laa. Kalau orang tak kuat iman jalan kat sini kena pejam mata sambil zikir. Kalau tak duit terbang-terbang melayang. Hahah
Overall aku bagi 7/10. Sebab nya space bilik agak kecik untuk family room. Pastu shower dia air slow. And satu lagi TV tak berapa clear. Yang lain okay kot. Itu je. Nanti aku update gambar bilik nya ye. Maklum la update guna tab je, gambar takde lagi. Okay bye. Adios mi amigos!
Edited.
![]() |
| Ini lah gambar bilik ituu. Ni family room. Harga nya RM220. tak silap aku. boleh check balik dekat website atau call je nak tahu rating terkini. |
Saturday, 10 September 2016
because im too lazy to blog dan cerita seram
assalamualaikum.
sorry lama tak update. bukan takde masa. masa banyakk gilaa. tapi aku yang pemalas. bak kata orang putih 'becoz ima lazy like dat'. kahkah bila dah lama jadi penganggur ni tahap malas dia melampau okey. sampai satu tahap rasa malas gila nak g kencing sanggup tahan. hahaha pastu confirm lemak naik mendadak lah kan. nanti aku diet laa (monolog dalaman)
bila banyak masa free ni mula lah berfikir masa hadapan. fikir aje la nak kerja dulu ke, atau nak start chambering. tapi end up dua-dua aku tak buat lagi. ada sebab sebenarnya. tak perlu lah aku bagitau kat sini. sape nak tahu pm aku. saje kasi suspen takde ape pun sebenarnya. haahaa. bila dah taip separuh rasa macam malas gila pulak nak publish. tapi kena gigih jugak update entry nanti peminat i marah. kihkih taktahu nak citer life pasal ape. sebab rutin sama je penganggur ni. cuma upgrade jadi driver full time je la. hehe
sekarang ni rutin harian suka baca website fiksyenshaha. sape yang taktahu boleh la google ye. macam hobi pulak hari-hari nak baca itu. pastu malam mula lah takut fikir bukan-bukan. sampai nak g toilet pun nak berteman. typical me. haha tapi dah alang-alang cakap pasal citer seram meh la aku kongsi pengalaman seram aku sepanjang hidup. mungkin untuk orang lain xseram la. tapi bagi aku yang penakut ni boleh dikatakan seram. tapi takde la seram pun. level dia kalau /10 boleh kasi 4 je. haha
ni aku compile beberapa kisah la ye. sepanjang aku hidup. dan yang seingat aku. mohon jangan keji kalau tak seram. dan mohon jangan baca. aku tak paksa pun. haha
kisah 1
pengalaman ni memang aku akan ingat sampai bila-bila kot. sebab ni kira first aku kena benda macam ni. citer dia pendek je. macam ni. seingat aku masa tu aku baru darjah 6 atau form 1. kejadian ni berlaku masa aku balik kampung rumah mak sedara aku. bila duduk kampung paham-paham aje la. toilet nye kat luar. tapi yang aku nak cakap ni bukan toilet. haha pasal bilik mandi nya. bilik mandi orang kampung kan jenis yang tak duduk dalam rumah. means kau kena langkah ke luar dalam 2 langkah baru boleh masuk bilik mandi.
bilik mandi nya pulak besar beserta kolah. pastu semua simen. imagine sendiri la ye. aku ni gedik awal-awal tak nak mandi. bila dah malam baru sibuk nak gi mandi. disini la tragedi bermula. ayat macam seram aje. padahal. baca dulu okey. haha kalau kat kampung kan selalu sediakan kain basahan. tapi aku masa ni kecik lagi. dikira kecik la kan. haha terus bukak baju nak mandi. pastu aku cebok la air kolah guna koleh tu kan. betol ke koleh? koleh tu tempat orang ceduk air la. haha
aku pun jirus la air first dalam koleh tu ke badan. tiba-tiba lampu terpadam. kau bayang kan bilik mandi tu besar dan gelap. aku tak nampak apa-apa. tapi aku gigih jalan slow-slow pergi kat pintu. nak tanya rumah blackout ke apa. pastu dan dan aku bukak selak pintu, lampu terbukak kembali. aku cakap dalam hati. mungkin ada orang tutup sebab ingat takde orang ke ape. so aku pegi balik la kat kolah. nak sambung mandi. bila aku ceduk air kedua, lampu tertutup balik.
aku pun jalan kali kedua nak p bukak pintu. sampai je kat pintu lampu terbukak. pastu aku tak fikir apa lagi time ni. aku pun jalan ke kolah balik. kali ketiga aku jirus air lamu terpadam. pastu aku rasa sunyi gila dalam bilik mandi tu. dan meremang satu badan. dalam hati aku cakap takleh jadi ni. 'dia' nak main-main lampu dengan aku. aku terus keluar ajak adik aku teman kan aku mandi. dah tak sanggup aku. aku duk terbayang macam mana la kalau 'dia' tiba-tiba muncul kan diri. tak pun 'dia' tersenyum sinis sebab berjaya usik aku. seramm aku time tu. lepas tu terus insaf taknak mandi malam kalau balik kampung. huhuu
kisah 2
kisah ni pulak berlaku masa aku duk uitm shah alam. aku asasi lagi time tu semester kedua. ni aku kena masa duk kat kolej mawar. takpe la aku bagitau nama kolej pun kan. sebab nya ramai dah duk cerita pasal kolej tu. hehe masa first semester bilik tingkap bawah. ground floor. jadi okey je la. takde pengalaman seram pun. semester dua bilik tingkap 3 ke 4. lupa dah.
citer dia macam ni. ada classmate aku ni dia jenis yang suka lepak bilik kawan-kawan. kira macam dia suka melawat kawasan la setiap bilik classmate kami. dah la jalan malam-malam sensorang pastu p singgah situ sini. nak jadi cerita dia singgah bilik aku last sekali. so kira dah malam la masa dia singgah tu. pastu borak punya borak dalam bilik sampai lewat malam. tetiba masa nak balik tu dia cakap kaki dia sakit. dan makin lama tak boleh nak jalan. padahal tadi okey je masa sampai.
pastu panggil la kawan aku sorang lagi tolong tengok kan dan urut. pastu kawan yang urut tu boleh pulak cakap biasa la tu, kadang-kadang ada je yang nak menumpang. aku dengar macam dah seram. tapi abaikan jela. sebab dia tak boleh nak bangun, so kawan aku tu tumpang tido kat bilik aku. disini la bermula keseraman aku tu. malam tu taktau kenapa mata aku susah sangat nak tido. roomate aku yang lain dan classmate aku tu semua dah tido.
pusing kiri kanan tak jugak tido. aku rasa macam lambat gila malam tu. nak je cepat siang. tak tau kenapa. pastu tiba-tiba aku dengar macam ringtone. bukan ringtone sangat sebenarnya, more to music box. sape yang pernah dengar music box tu tahu la betapa mendayu nya dia. masa aku dengar aku pelik, sebab aku bukak mata tengok orang lain tengah tido macam tak dengar pape. aku budget roomate aku yang buat alarm. tapi serius aku tak pernah dengar pun bunyi alarm macam tu sebelum ni.
aku pun tengok la jam kat handphone aku. and guess what? pukul 3.00 a.m tepat. terkejut aku. kau bayangkan terdengar music box yang mendayu tengok jam pukul 3 pagi. nak nangis aku time tu. aku pun ape lagi. terus ambik selimut selubung satu badan. peluh jangan cakap la. takut gila aku time tu. aku mengiring ke arah roomate aku. kira aku membelakangi tingkap, sebab duduk tepi tingkap. aku rasa macam ada orang perhati aku tido. tapi biasala bila kita takut, macam-macam boleh bayang, boleh rasa dan pikir. yang tu jela aku rasa paling seram. yang lain macam lampu tertutup sendiri tu dah biasa. pastu pernah sekali masa kawan aku tumpang tido dia dengar macam bunyi ketukan dari meja aku. why me? tapi aku buat donno jela. kalau kita takut benda tu lagi suka.
okey tu jela nak citer seram. sorry la tak berapa seram. level anak ayam je citer seram aku ni. kahkah sebenarnya saje kongsi citer seram sebab dah tak tahu nak citer apa. lain kali aku sambung lagi okey. panjang sangat dah ni. daa~
Subscribe to:
Posts (Atom)















