assalamualaikum. Nak update sikit ye. Jari jemari terasa gatal gituu.Nak kongsi
trip ke lombok sekejap ye. Tak banyak pun. Just nak list few places wajib pergi
bila datang Lombok. Aku ni kalau pergi jenjalan suka pergi tempat yang
breathtaking. View yang superb. Tempat-tempat shopping tu kurang sikit. Kurang bukan
sebab ape, sebab nya ongkos tak berapa nak penuh. Kalau aku banyak ongkos
confirm tempat shopping laju je aku pergi. Kahkah
Tapi buat
masa ni memang aku suka pergi tempat view yang best-best aje la. Macam bagi
kepuasan dapat tengok alam semulajadi. Sambil tu boleh memuji kebesaran Allah. Ceceyh.
Aku more kepada nature view. Macam history view aku sangat lah kureng. Macam contoh
jenis-jenis tempat patung lama-lama, kuil ke, macam Angkor Wat tu. Bukan ape
aku ni jenis tak suka tempat misteri macam tu. Selalunya tempat history ni
banyak misteri nye. Aku kan jenis penakut. Nanti aku bayang yang bukan-bukan. Heheh
So balik
kepada cerita asal, aku listkan few places kat Lombok buat pencinta alam
sekitar yang nakkan breathtaking view. Sebelum tu aku nak bagitau awal-awal,
semua gambar aku letak kat entry ni ambik kat google aje. Malas nak cari
gambar-gambar kat phone. Satu lagi kualiti phone tak berapa nak senonoh sikit. So
credit to tuan punya gambar kat google.
Benang
Kelambu Waterfall
Disebabkan
air terjun ni kat dalam hutan, sebelum sampai situ kena naik motor weh. Motor pulak
bukan yang jenis lasak untuk aktiviti dalam hutan tu. Maaf la aku tak tahu
jenis motor ni nak sebut pun tak ghetii. Tapi yang aku tahu motor ni jenis yang
biasa-biasa kita jumpa tepi jalan kat Malaysia lah. Hahaa
Dah lah aku
ni lama gilaa tak naik motor. Aku tak expect la perjalanan ke sana begitu
mencabar. Masa dah naik motor tuh baru terkejut tengok jalan nye berbukit-bukit.
Dengan hujan lagi. Bayangkan jalan tanah takde tar memang berlecak teruk. Yang nak
lagi sadis orang bawak motor tuh kecik aje weh. Aku duk terbayang macam mane
die mampu gendong gajah aku kat belakang dengan jalan macam naik sampan di
lautan bergelora. Nasib baik jugak perempuan. Kalau la laki yang bawak memang
aku tobat tak nak naik.
Tapi worth
betul la perjalanan 15minit yang horror tu. Bila sampai je terus macam wow
cantik nye ayaq terjun nih. Kenape takde kat Malaysia? Terus rekod and
bergambar laju-laju macam tak pernah jumpa kamera. Air dia jernih gilaa wehh. Sayang
nye aku tak bawak baju lebih so tak leh nak mandi. Just rendam kaki je. Minum and
makan jajan sikit. Hilangkan penat lelah. Pastu sambung bergambaq.
Kenapa nama
dia Benang Kelambu? Sebab air terjun nya turun macam benang gitu. Nyaman gilaa
suasana. Tak tercemar pun. Duduk kat situ menikmati pandangan dalam sejam
jugak. Sebab nya nak boleh sampai situ kau kena tahan kencing sebab takut duduk
atas motor. Kahkah satu lagi bila dah sampai situ kena turun anak tangga dalam
5minit macam tuh. So duduk la lama-lama ikut
suka hati kau. Tapi jangan lebih dari pukul 6. Kalau tak tunggu esok la baru
boleh pulang. Kihkih yang penting kena ada stamina kuat. Sebab ni ala-ala
hiking jugak nak kena turun naik tangga yang membukit tuh. Aku ni berapa kali
pancit kejap berenti. Nafas semput. Haha
![]() |
macam ni la ghupe air terjun tuh. rasa nak mandi shower semula jadi sila datang sini bawak baju lebih :p |
Bukit Seger
Aku rasa
seger ni segar dalam bahasa Malaysia. Cuma slang indo die bunyi segerrr. Comel pulak
nak nyebut nye. Hahaha Ni dah nama nye bukit ofcourse la kau kena memanjat kan.
Mula nak panjat aku macam serius laa takde tempat lain ke kau nak bawak. Dalam hati
je la mengomel. Kaki turut panjat jugak. Dah la aku pakai flat je time tuh. Nasib
la bila sampai tengok tapak kasut ade lagi. Ni pun stamina kena ada kalau tak
nangis la kau sorang-sorang kat kaki bukit. Satu lagi kena pandai balance diri.
Ni sape yang kurang ketinggian memang untung sebab cepat balance. Kahkah
Bila sampai
puncak bukit rasa macam taknak turun. Hahah berbaloi weh. Dapat tengok laut
yang crystal clear dari atas, sawah padi. Macam lukisan yang tak boleh digambar
dengan kata-kata. Dah la time tu takde orang, rasa macam bukit ni aku punyaa. Angin
menderu-deru. Memang bagus layan perasaan. Syiokk asyikk bangett. Ni pun worth
jugak. Tak kesah la tapak kasut aku dah haus ke hape janji puas hati akak.
![]() |
nangis ke tak tengok pemandangan camni? (buat nature lover je lah) |
Okay aku
taip setakat ni dulu. Nanti sambung lagi. Penat wei taip lau dapat gaji okey la
jugak. Hahah
Chaw.